FATE
Jodoh itu sudah ditakdirkan
Natasha V
Jo
Adammmmm yang comeyyyyy
Assalamualaikum
bismillahirahmanirahim
hye... jumpe lagi. dah sekali lagi cerpennnn
hak hak hak jangan marahhh ni jadi sebab ada org kasi story line
Watak utama kali ini juga merupakan salah seorang daripada
watak bodyguard. Iaituuuuuuuuuuu...... jeng jeng jeng JO! Huhuhu JO yang
ganazzzz! Seperti ayat di atas... JODOH... maksudnya JO bertemu JODOH!!! Wah!
JO yang ganazzz + dinginnn ni akan berjumpa jodoh??? Dengan siapa???
Bagaimana??? He he he nantikannnnnn....
----
Tamat dah penantian hahahaha
“Jo,
kali ini awak bertanggungjawab untuk menjaga seorang budak kecil.”terang X, CEO syarikat BODYGUARD.
“Budak?
Jadi... saya seorang?”tanya Jo dengan berkarismanya.
“Ya,
budak, seorang budak berumur dalam likungan 4 tahun. Anak kepada Datuk Dr.
Syamier.”X sudah mengeluarkan
sehelai kertas bersaiz A4. Jo segera menyambut kertas itu.
“Natasha
V?”dahi Jo berkerut.
“Ya...itulah
partner awak. Jadi tugasan awak bermula esok pagi. Seawal pukul 5.50 pagi awak
dihendaki berada di rumah Datuk Dr. Syamier.” Kata X lagi. Jo mengangguk faham. Maklumat yang diberikan X
dibawa keluar.
“Hoi
Jo pe cer?”tanya D’. Jo tayang sengih. Dengan D’ semua sifat dia tak boleh
sorok. Kawan baiklah katakan...
“Hm...
aku dapat job baru. Jaga budak kecik...”kata Jo sambil mencapai sebiji buah pear yang sememangnya
tersedia dipantri.
“Budak
kecik? Traumalah dia dengan kau...”usik
D’.
“Kau
mulut... tak da maknanya trauma... si Far tu elok je...” Jo mengerling Far yang tertidur dengan mulut
ternganga di sofa.
“Haah
jugak.. si Far tu lebih kurang kanak-kanak riang juga... lupa pulak kau sorang
je ke misi kali ni?”tanya D’
yang kini membancuh air. Ringan tulang si D’ ni... untung siapa dapat...
“Hump...
tu satu hal. Aku dapat patners perempuan.”Jo menyerabutkan rambutnya. D’ menahan gelak. Ya... ini memang
kelemahan Jo. Perempuan.
“Kau
tak cakap dengan X pasal kelemahan kau tu? Mmmm.... Mmmmm..”
“Shu’ssss!
Kau ni nak kasi semua orang tahu kelemahan aku ke?”mulut D’ ditekup rapat. D’ mengkerdip-kerdipkan matanya,
konon-konon comel la tu.
“Sorry
he he he... Jo... kau punya sakit ni kronik betul.”D’ mula nak mentarbiah rakannya itu.
“Nak
buat macam mana. Kalau aku jumpa dia orang(perempuan) aku rasa nak pengsan je..” Jo mengusap dagunya yang berserabut dengan
janggut yang baru menjenguk dunia.
“Hm...
susah ni. Nanti kau nak kahwin macam mana?”tanya D’ lagi.
“Itu
aku serahkan bulat-bulat dekat mak aku.” Jo sudah bangun mengangkat gelas milo kosong yang tadinya
dibancuh D’ untuknya.
“Oh...
hm... kau tak pernah nak jatuh cinta?”
“Hm...
aku.. aku..”
“Oi
korang jum makan Sam belanja hari ni!” kemunculan Xin dan Sam mematikan bicara Jo. D’ hanya
memandang muka budak berdua itu dengan rasa tak puas hati. Penat-penat dia
korek rahsia, lagi sipi je nak dengar jawapan Jo...
“Wah,
ayam goreng!!!”jerit Far yang sudah melompat macam anak kera baru kena
lepas dengan maknya.
“Relaks
la Far... banyak ni. Nah!”seketul
peha hot’n’spicy di sumbat Sam ke mulut Far. Mengelupur sekejap budak bawah
umur tu(konon-kononnya). D’ tergelak kuat melihat gelagat mereka. Jo sekadar
mengukir senyuman nipis. Tak boleh nak senyum mengenangkan esok dia akan
bekerjasama dengan wanita.
---
Tepat pukul 5.50 a.m. Jo sudah
terpacak di depan pagar rumah Datuk Dr. Syamier.
“Assalamualaikum.”salam diberi, jangan tak tahu, Jo ni Islam. Yang lain-lain
tu baru tak Islam, nama betul Jo, ialah Johan Ashaare. Lebih kurang saja
bunyinya dengan pelakon Juvana tu.
“Waalaikumusalam.
Masuk.” Pintu pagar terbuka secara automatik. Baru sahaja Jo nak melangkah
masuk, seorang wanita cantik, berwajah seperti Taylor Swiff masuk tergesa-gesa.
Jo sudah panas hati. Pagi-pagi lagi dia sudah di duga.
“Maaf
Datuk saya lambat!”kata si wanita. Jo merengus
kasar.
“Datuk,
saya Jo yang ditugaskan mengawal anak Datuk selama dua bulan.”Jo memperkenalkan dirinya.
“Saya
Natasha V. Panggil saya V sahaja.”
V menghulurkan tangan kepada Jo. Jo buat bodoh. Nak dia pengsan di sini? Memang
tak salam la jawabnya. Lagipun bukan mahram kan...
“Sombong..”kata
V perlahan namun didengari Jo. Jo
menjeling dari ekor mata.
“Okay,
ini ialah Adam Zaqrel. Anak saya yang akan awak awasi. Dia sekarang sedang
belajar di tadika XanCer. Adam salam.”arah Datuk Dr. Syamier.
Adam mendekati mereka berdua dengan
takut-takut. Masih tidak biasa dengan mereka berdua. V terus mencangkung,
menyamakan paras mereka, maklumlah V ni ada darah british sikit tu yang tinggi
lonjong tu.
“Hai...
nice to meet you!” V menghulurkan salam.
“Hai...
assalamualaikum.” Ujar Adam yang petah
berkata-kata. V tersipu-sipu malu. Jo tersengih. ‘Padan muka kau!’
“Waalaikumusalam.
Adam, saya Jo.” Kata Jo yang kekok dengan budak kecil. Dilayannya Adam
seperti orang dewasa.
“Terima
kasih sudi jaga saya.” Ucap Adam
bijak. Jo tersenyum melihat gelagat Adam. Senang. Tak rumit nak jaga.
V mencebikkan bibir. Tak puas hati
dengan Adam dan juga Jo. Datuk Dr. Syamier tersenyum.
“Baiklah
saya tinggalkan anak saya dalam jagaan awak berdua. Saya terpaksa out station
selama dua bulan ini dan isteri saya tiada kerana berpantang di Pahang. Adam ada
sesi persekolahan jadi dia terpaksa ditinggalkan.”Jelas Datuk Dr. Syamier. Jo terangguk-angguk.
Sayang sangat Datuk Dr. Syamier dengan
anaknya. ‘Untungnya ada anak..’ Jo memasang angan-angan nak anak secomel
dan sepandai Adam.
_-
Baju V ditarik-tarik. V membongkokkan
badan.
“Ada
apa Adam?”tanya V. Geram tengok muka
Adam yang comel ni.
“Nak
shishii..”kata Adam berbisik.
“Apa?”tanya
V yang blur.
“Nak
kencing la...” marah Jo kepada V. Kesian budak kecil ni tahan kencing. V
memasamkan muka.
“Oh...
tak apa kau... ada ubi ada batas ada hari aku balas...” V membebel seorang
diri.
---
“Assalamualaikum,
mak. Along tengah kerja ni. ada apa mak?”tanya Jo sopan. Adam yang asyik bergayut dilengannya dihayun-hayun
sebelah tangan. V terpana melihat Jo bercakap dengan maknya secara sopan. Malah
Adam yang menganggu tidak dimarahi. Memang boleh jadi anak dan bapa mithali.
“Jo...
Adam nak ice-cream.” Kata Adam
yang terlihat motosikal yang menjual ais-krim. Jo mengangguk. Dia mencari-cari
di mana perginya partner dia. Ada saja disitu termenung bagaikan orang tak
betul.
“Oit
cik akak uit.. ni hah, bos kecik nak ais-krim. Layan kejap. Berangan je tahu...
aish... kenapalah aku dapat partner yang macam ni.” rungut Jo kuat sengaja.
V tersentap. Dengan mak, Adam bukan main baik
lagi dengan aku macam hampeh! Dalam geram V membawa Adam membeli
ais-krim yang diidamkan.
“Ya
mak. Along ada lagi ni.” ujar
Jo.
“Along
mak nak pinangkan seorang perempuan ni untuk along. Along setuju tak?”tanya
Cik’ Liah perlahan. Takut juga anaknya naik hantu. Anaknya itu panas baran.
“Hm...
along tak kisah. Along setuju je mak.” Balas Jo. Memang anak yang soleh. First class!
“Alhamdulillah.
Nama dia.. Vidia Natasha Senrose.” Kata Cik’ Liah seronok. Siapa tak
seronok nak dapat menantu.
“Hm..
okay mak. Along ada kerja ni assalamualaikum.” Selepas maknya menyambut salam, Jo mematikan talian.
Mata Jo terpaku melihat kelembutan V
melayan Adam. Memang terserlah sifat keibuannya. Dada dipegang. Dug dag dug
dag. Kuat rentaknya, laju. Mata Jo seakan tak boleh berkalih dari memandang V.
“Sudah...
Jo jangan buat gila. Kau baru sahaja setuju nak meminang anak dara siapa tu...
jangan nak jatuh pula...”kata Jo
kepada dirinya sendiri.
“Hah,
apa hal tercegat kat situ? Adam dah mengantuk ni.” ujar V yang memapah Adam yang terhuyung hayang.
“Letak
dia belakang aku.” ujar Jo. Buat pertama
kalinya dia dekat sangat dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya
“Hm...” V hanya menurut. Hilang sakit hati, geramnya
melihat sifat Jo yang satu ini.
---
“Apa
mama?”V terjerit kecil.
“Yaa...
mama dah terima pinangan mak cik Liah kamu.” Kata Cik’ Suli, mak V.
“Apa
ni mama?”tanya V tidak puas hati.
“Apa?
Kamu nikah la.. lagi dua bulan.” Kata cik’
Suli muktamad. V menarik muncung.
Nak melawan jauh sekali. Dia tak nak
title ‘anak derhaka’.
“Hurm..
yelah.. apa nama dia?”tanya V
“Johan
Ashaare.” Beritahu Cik’ Suli.
“Oh.
Okay.” Balas V. Selepas memberi salam
talian dimatikan.
“Hm...
Jo.. kau hanya mimpi siang aku ja..”
kata V memujuk hati sendiri.
--
Tinggal lagi 3jam sahaja lagi, tugas
mereka bakal berakhir. Jo mengusap lembut kepala Adam. Sungguh mengenali Adam
membuat dia ingin menimang anak sendiri.
“Jo...
nanti kita jadi kawan ya.” Kata Adam
menghulur jari, mahu mengikat janji. Jo menghulurkan jari kelingkingnya.
“Okay.”
Jari bertaut. Adam bersorak kegembiraan. Comel. Comel macam orang di sana. Mata Jo
memandang V tidak lepas. Wajah wanita itu kemerahan mungkin baru lepas
menangis.
“Jom
Adam kita jemput papa.” Tangan kecil Adam dipimpin. Adam mencapai tangan V.
Mereka kelihatan seperti sebuah keluarga kecil yang bahagia.
Jo memandang wajah V. V memandang
wajah Jo.
‘Aku suka kau!’ kata mereka serentak di dalam hati.
Di lapangan terbang.
Adam duduk di riba V. Jo pergi
membelikan air untuk mereka. Rambut Jo yang agak ikal dimain.
“Adam
nanti akak V nikah Adam datang tau.”
Ujar V.
“Bila?”tanya
Adam. Dia mendongak memandang wajah V.
“Esok.”
“Okay!”
“Nah
air.” Tiba-tiba sesuatu yang sejuk
menyentuh muka V. Terkejut dia.
“Jangan
nangis. Nanti kau tak lawa.” Kata Jo yang membuka tin minuman untuk Adam. V
sudah merah mukanya menahan bahang.
“Papa!!!” jerit Adam seraya mendapatkan papanya. V dan Jo
yang tertinggal dibelakang terasa kekok.
“Erm...
sampai sini jelah kita jumpa.” Ujar Jo
sedikit sedih. V mengangguk. Wajah ditundukkan. Tak mahu melihat wajah Jo dan
Adam nanti ada yang meleleh.
“Aku
pergi dulu.” Kata V. Lantas dia
meminta diri dari Datuk Dr. Syamier.
“Datuk,
esok jemput ke rumah saya. Ada kenduri.” Ujar Jo.
“Owh.
Kenduri apa?”tanya Datuk Dr. Syamier.
“Saya
nikah esok.” Kata Jo mengundang rasa terkejut Datuk Dr. Syamier.
“Ye
ke?” Jo mengangguk. Adam melihat wajah papanya dan Jo silih berganti. Tadi bukan
V kata nak nikah juga ke? Hurm... biar jelah. Polos betul Adam ni.
“Baiklah
Datuk, saya minta diri dulu.” Jo melambai tangannya. Adam membalas. Sedih juga
Jo rasa. Tapi sedih lagi bila V pergi tadi.
--
“Saya
terima nikahnya Vidia Natasha Senrose dengan mas kahwin 3000 ringgit tunai.” Sekali sahaja lafaz Jo sudah sah menjadi suami
orang. Perlahan Jo bangun ke bahagian wanita di masjid itu. Mahu melakukan
upacara membatalkan air sembahyang.
“Kau!”jerit
mereka serentak. Jo terkejut melihat V di tempat pengantinnya. V juga sama.
Adam yang sedari tadi mengekori Jo tersengih.
“Mak
tak cakap pun V ni yang mak pinang!” bisik Jo. Cik’ Liah tersengeh.
“Dah
kata dah. Vidia Natasha Senrose.”
Kata Cik’ Liah sedikit tidak puas hati.
“Mama
ni tak cakap pun Jo yang jadi pengantin!” giliran V membisik ke telinga
mamanya.
“Mama
dah cakap dah. Johan Ashaare.” Kata Cik’Sali tak mahu kalah.
“Dah
la tu sarung cincin cepat.” Kata si
cilik Adam. Semua tetamu ketawa.
Cincin disarung. Tangan dikucup. Dahi dikucup.
“Terima
kasih. Abang tak sangka V jadi pengantin abang. Tak sia-sia rasa di hati abang.”
Bisik Jo ditelinga V.
“Sama-sama. V pun sama abang.” Air mata V mengalir. Tanda terharu dengan takdir
indah ini.
Kalaulah D’ tahu pasal V. Mesti meroyan
mamat tu... Jo tersengih. Aku pun nak jatuh cinta. Dan cinta aku
manis...
This is our FATE. Jodoh kita lebih manis
dengan janji takdir ini.-Jo&V