UNDERCOVER
bismillahirahmanirahim
assalamualaikum
hyeeee huhuhu cerpennnnn lagiiiiiiiiiiiii hahahaha asyu tgh gila cerpen...
hrap maaf sapa yg nantikan DKAKUS tu...
enjoyyyyy
Turutan dari kisah BODYGUARD. Mengisahkan
Far(salah satu watak utama BODYGUARD).
‘Tit!
Tit! Tit!’ mata Far yang kuyu
mula terbuka. Ditenyeh-tenyeh mata yang terasa masih melekat kuat. Telefon
dicapai. Dengan mata yang terbuka kecil, dia mengintai telefonnya.
‘Alarm!
4.40 am!’ itu yang tertera di
skrin telefonnya. Ibu jari menekan button cancel.
“Argh...
malasnya!” rambut yang
sememangnya kusut itu dikusutkan lagi dengan kedua-dua belah tangannya. Dalam
keterpaksaan, Far duduk bersila di atas katil. ‘Wargh!!! Rasa nak nanges je...
hukhukhuk rindu dengan D’, Xin, Sam and Jo.’ Tangan menyepah-nyepahkan
cadar katil. Kaki menendang-nendang udara. Sebijik budak umur 2 tahun mengamuk
sebab tak dapat ais-krim.
Lagu ‘Mission Imposible’ mula kedengaran. Ala lagu citer
kartun Kim Possible tu.. dengan muka monyok Far mengangkat call (memang
kanak-kanak riang). Nama caller itu dilihat, oh... mamat ni. Sebelum
butang warna hijau ditekan, dia siap-siap menjarakkan telefon itu dari
telinganya.
“WOI!
BANGUN CEPAT!” jerit satu suara
dihujung talian. Terpejam-pejam mata Far menahan ke’vokal’an kawannya itu. Baru
aja sebut-sebut dah muncul salah seorang rakannya ni. memang panjang umur.
“Yelah
Xin oit!” balas Far dengan
suara yang segar. Kalau tak segar mahu Xin menjerit macam tarzan hilang bini
lagi.
“Hah,
siap cepat! Tugas undercover kau yang first start hari ni!” Xin mengingatkan. Hilang terus rasa malas
Far. Baru dia ingat hari ini dia start tugas yang penting. So... conclusionnya,
dia tak bersama geng bodyguard dia dah... No more a brother like D’, berlagak
macho Sam, busybody Xin (tapi sekali sekala mamat busybody ni ada jugak sebab
dah nama pun busybody) dan Mr. Cold Lion like Jo.
Such a boring life that I will through.
“Hah,
jangan nak berangan pergi mandi cepat!”jerit Xin lagi sekali. Far tersentak. Telefon dicampak ke
atas katil, tuala dicapai dan Far berdesup ke bilik air.
“Thanks
Bro!”jerit Far dari bilik air.
Xin dihujung talian ketawa mengekek. Far... Far... title naught kau punya,
title lembab pun kau nak bolot ker....
+++
“Encik
Zul ni PA encik yang baharu, namanya Far.” Terang Xintia, sentiausaha encik Zul Helmi orang yang
bakal dilindungi Far.
“Saya
sedia berkhidmat, Encik Zul.” Tangan
dihulurkan salam. Zul memandang tangan Far hendak tak hendak. Tapi disambut
juga salaman Far, tak mahu menjatuhkan air muka bapanya, Tan Sri Zul Suhaimi
yang turut berada di situ.
Berlalu sahaja Tan Sri Zul Suhaimi dari bilik itu,
perwatakkan Zul turut berubah. Dari baik bertukar bongkak.
“Dengar
sini, aku tak suka PA aku dekat dengan aku, berborak dengan aku, dan yang
paling penting tak boleh bising serta tak boleh handsome lebih dari aku!” pesannya sombong. Far dalam dilema nak gelak
ke nak serius. Ceh... cheq ingat hampa elok la perangainya.. tapi hampeh! Far
mengutuk dalam hati.
Ada ke tak boleh handsome dari dia? Hahaha manalah Far
nak menyangkal kelebihan yang dikurniaan Allah kepadanya...
Tapi... memang... B. O. S. A. N. la diri dia lepas ni.
Hurm... satu keluhan terbit dari mulutnya.
+++
Seperti biasaan Far sepanjang seminggu ini, Far
menyediakan tempat mesyuarat seperti biasa. Pelik tak kenapa PA kena buat kerja
ni? selalunya setiausaha yang kena buat. Ini tak lain tak bukan kerja si Zul
yang dengki dengan ke’handsome’an Far.
“Wow...
handsome la si Far tu, Tia...”
bisik Laili kepada Xintia.
“Tula...
rugi betul aku dah kahwin...”
rungut Xintia.
“Eh,
kau ni... kau tu mak buyung dah tau... jangan nak potong line aku la..” kata Laili sedikit kuat. Far yang sedang
menyiapkan meja mesyuarat sudah tarik senyum. Nak buat macam mana... akukan
anugerah Allah terindah. Rebut la macam mana pun aku kat sini bukan lama pun...
Tepat pukul 1.00 petang, pekerja yang terlibat dengan
mesyuarat ini mula memasukki bilik mesyuarat. Far berdiri tegak dibelakang Zul.
Wajah yang ditayang seperti biasa 100% serius. Macam
patung! Tapi patung yang handsome la.
Dengan kaca mata hitamnya, semua pekerja perempuan tidak
mampu mengalihkan perhatian dari Far.
Tapi satu sahaja yang mereka tidak
tahu, Far sebenarnya sedang mencari siapakah yang berniat jahat kepada Zul.
Seminggu sebelum.
“Far
kau ditugaskan untuk satu misi undercover.” Jo mula memberi tugas kepada anak-anak buahnya.
“Ye ke? Wah... ini kali pertama aku kena buat undercover.” Far rasa
macam nak melompat bintang je.
“Hm...
jangan seronok sangat Far. Kali ni kau seorang je..” kata D’ pula.
“La...
awat pulak lagu tuh! Tak syok la kami!” mulalah bahasa utara dia keluaq dah!
“Nak
buat macam mana. Tak kan nak undercover ramai-ramai kot. Tu bukan undercover.
Tapi jangan risau... lepas kau kesan je lelaki itu, Xin bertanggungjawab tolong
kau dari jauh. Tugas dia ialah menelefon pihak berkuasa.”terang Sam pula.
Muka Far masih masam.
D’ menepuk mesra bahu rakannya itu.
“Hah,
dah dah. Ni... Far, kau kena tau, yang orang kau kena lindungi dalam samaran ni
sebenarnya jadi target bunuh.” Far menelan liur mendengar maklumat dari Jo.
“La...
nak wat lagu mana nih? Cheq mana la tau nak wat lagu mana...”rungut Far.
“Hm...
jangan risau. Nih... tok guru Jo dengan D’ ada... wat pa hang nak kalut?!”balas D’ dalam loghat utara juga. Far tarik
sengih. Kelakar betul bunyi D’ cakap utara.
Mata Far menangkap kelakuan pelik 2
orang pekerja Zul. Kedua-duanya orang penting dalam syarikat itu. Dia perlu
menginform rakan-rakannya. Nanti kalau jadi apa-apa ada la back-up. Far membawa
diri ke sebuah bilik stor terbiar di dalam syarikat itu. Telefon dikeluarkan.
Nombor D’ didail laju.
“D’
aku kesan ada 2 orang yang pelik la D’. Dua orang ni asyik mengekor
Prince-Ice-Cold yang tak handsome tu.” D’ yang mulanya mendengar dengan
serius mula ketawa di hujung talian.
“Prince-Ice-Cold
yang tak handsome?”tanya D’ yang masih seronok ketawa.
“Hu’uh...
dah dia kaya tapi dingin macam ice lepastu boleh plak cemburu dengan kekacakkan
diri aku ni...”cerita Far kenapa dia memberi gelaran itu.
“Far...
Far.. hahaha. Okay.. okay... sekarang ni kau kena sentiasa rapat dengan dia.
Mata tu buka sambil-sambil tu perhatikan dua orang yang mungkin menjadi suspek
tu...” kata D’.
Far mengangguk beria. Tangan laju
melepuk dahi. ‘Adoi... ni telefon nokia 3310... bukan smart phone... manalah D’ nak
nampak..’ marah Far pada dirinya sendiri.
“Okay bro D’ thanks!” balas Far.
Far meneruskan aktivitinya.
--
Seminggu mengintip pergerakan
mereka. Membuat Far yakin bukan mereka yang ingin melakukan benda tidak baik
terhadap Zul. Cuma mereka menyimpan rasa tidak puas hati terhadap prince-ice-cold-tak-handsome.
Hump... jangan kata mereka... si Far yang tulus, mulus bagaikan minyak Johnson
& Johnson ni pun rasa tak puas hati.
Ada kesepanjang dia undercover ni
dia dilayan mengalahkan balaci? Kuang ajaq betul prince-ice-cold-tak-handsome
tu. Mujur la... dia masih dalam penyamaran dan kalau tak diingatkan lelaki
kuang ajaq tu la yang dia kena lindungi memang dah lama kena balun sampai
lunyai. Kalau lunyai boleh buat pekasam tak apalah... ni.. buat sakit hati ja.
“Far... ni Laili ada buat nasi goreng kampung untuk
Far...” Laili menghulurkan
sebekas plastik kepada Far. Far mengerut dahi. Tak suka dengan tindakan Laili.
“Hum... susah-susah ja...” kata Far sebenarnya dia nak kata gini “ Wat
pa la hang wat nasi goreng kampung. Kot hang nak pikat aku pun... hang wat la
benda yang aku suka... haih.. nak tak nak kena telan jugak benda alah ni..”
La... bukan tak suka Laili kasi
makanan, rupa-rupanya tak suka Laili kasi nasi goreng kampung. Biasalah kalau
orang Penang... nak kasi pikat perut senang ja... Kari Kepala Ikan
Satuuuuuu~!!!!
--
Far duduk melepak di sofa panjang
ruangan pantri itu. Zul masih di pejabatnya, menyiapkan kerja apa entah. Mata Far
yang hampir terpejam terbuka luas saat ada tangan menyentuh badannya.
“Woi!
Apa ni?”sergah Far. Rupa-rupanya Tian yang memegang badannya. Tian
meletakkan jari dibibir Far. Senyuman penuh menggoda dilemparkan. Mata Far
membulat.
“Gila?”marah
Far. Siapa tak marah kalau kena sexual harresment macam tu? Oleh kaum sejenis
pulak!
“Far...
jangan la macam ni... I tahu you pun macam I... Sebab tu you handsome sangat...”
kata Tian dengan suara menggoda.
“Hello... aku handsome sebab tuhan jadikan tau! Aku bukan
handsome sebab aku gay... aku straight okay!!!” Far mengetap gigi. Mahu sahaja penumbuknya melayang ke
muka betina yang ada dalam badan jantan ni.
“Oh...
sorry. I ingat.. I ingat...” Tian sudah melarikan diri. Malu.
“Gila betul bekerja pejabat ni! Yang bosnya marah aku
handsome lebih dari dia. Yang pekerjanya keliru jantina. Susahnya jadi lelaki
handsome ni..” rungut Far yang
sudah bangun menuju ke bilik Zul. Lama pula si Zul ni buat kerja selalu dia
yang terjerkah-jerkah suruh Far cepat.
“PRANG!” bunyi kaca pecah berderai
membuat Far berlari ke arah bilik Zul dengan lebih pantas.
“Hoi!”Far
menengking lelaki yang cuba mencederakan Zul. Mujur sahaja Zul memang berdiri
dekat dengan pintu. Pantas Far menarik Zul yang masih terkejut ke belakangnya.
“Lu
ni bro! Nak buat jahat agak-agak la.. pe hal main pisau pulak ni. Hang tau tak
cheq tengah hangat ni?! Memanglah hang silap banyak... Meh sini sebelum cheq
lipat hang! Sekali cheq tampaq melekat dekat dinding tau!” amuk Far.
Si penjenayah terkebil-kebil. Tidak memahami
apa yang dituturkan Far. Lelaki itu cuba melepaskan diri. Tendangan diberi. Lelaki
itu mengacah-ngacahkan pisaunya. Far mematahkan serangan lelaki itu. Pisau terpelanting
jauh ke bawah meja Zul.
Namun Far tak gentar. Tendangan ditangkis,
siku pantas disua. Menyebabkan lelaki itu terbatuk menahan perit. Melihat lelaki
itu tertunduk, Far melompat dan menghentak tulang belakang lelaki itu. Membuat lelaki
itu longlai jatuh terduduk.
“So.. sorry bro!” rayu lelaki itu. Kepalanya Far tunjal.
“Sorry,
sorry.. sorry naik lori la hang. Pi naik lori ayam tu! Memang padan la dengan
perangai hang yang macam hantu ni... eii.. ikutkan hati mau cheq kasi lutut! Biar
koma terus!” Far makin galak bercakap. Tapi tangan jalan juga, tali dicapai
lalu kaki dan tangan si penjenayah diikat kuat.
“Te..terima
kasih!”ucap Zul yang masih trauma.
“Tak
payah la hang nak terima kasih bagai. Hang
tau dak yang perangai hang yang loqlaq ni la yang kasi hang jadi lagu ni!
Sombong, bongkak, riak! Tu semua hang la tu... and then hang kaya pulak..
memang sedap la musuh-musuh perniagaan hang kasi pedajal. Suh aja budak mentah
lagu dia ni bunuh hang. Kasi duit kasi kepuasan... memang la depe nak wat.” Celoteh
Far tak henti-henti.
“Lagi
satu nih! Hang nak ambik pekerja tu biaq la elok sikit.. Ni yang tak kenal
pasti jantina sendiri kau nak ambik... hish! Cheq hampir-hampir jadi mangsa
tau!”
Zul terangguk-angguk bagai orang
bodoh. Far melepaskan nafas lega. Telefon dikeluarkan.
“D’! hang p telefon polis skang gak. Ni malaun ni dah
cheq balun. Tinggai nak sumbat lokap aja.”
“Ye
ke? Okay bro.” D’ menamatkan panggilan.
“Kamu
ni siapa?”tanya Zul yang mula hilang traumanya.
“Cheq?
Cheq bodyguard. Tapi kali ni special case... cheq undercover.” Balas Far
selamba. Zul ternganga. Nasib baik selama dia buli Far, Far tak balas balik. Kalau
tak mati dia...
Laili yang sedari tadi menjadi
penonton, Far tenung. Mana tak tenung dah macam patung cendana. ‘Ni awat pompuan ni lagu ni?’
“Hang
pasai pa?”tanya Far.
“Cheq
nak kahwin ngan hang, Far!” kata si Laili tiba-tiba. Dalam bahasa utara
pulak tu. Dah berkenan sungguh ni!
“La
hai... mai lagi satu bala....” Far menepuk dahi. Laili hanya tersengih.
Habislah Far... Laili ni memang jenis tak putus asa.
“D’,
Jo, Xin, Sam tolong cheq!”jerit Far. Tapi dalam hati jelah... jatuh la air
muka kalau jerit depan perempuan. Muka Laili dipandang. Nak buat macam mana...
dah handsome kena la redhaaaa.....
my first doodle... hehehe comottt
ni adalah tunjuk ajar adik Aina Nabila
Boleh ke blog dia klu nak wat doodle guna paint je
cantik doodle akk lukis
ReplyDelete