Assalamualaikum
bismillahirahmannirahim.
apa khabar semua. Lama sungguh Asyu mendiam. Tak update apa2... Huhuhu...
Maaafffff tau sapa yang tunggu update dari Asyu.
Hari tu, Asyu ada hantar cerpen untuk kompilasi cerpen. Tapi... tak diterima. Dari cerita tu terkubur je dalam lappy. Asyu pun up kat sini.
Maaf kalau tak best. Harap semua enjoy ye.
Assalamualaikum. ^_^
Tajuk : Malu itu tandanya... Cinta!
“Eh, apa ni?! Mak!!!” jerit Azfa Zahara
dari biliknya. Mak Som yang asyik mengacau kuah laksa tersentak. Habis melayang
senduk di tangannya itu. Lantaklah kena mop ke apa lepas ini, yang penting
anaknya itu.
“Kenapa? Kenapa?”tanya Mak Som yang
sudah termengah-mengah. Dengan badan gempal berlari anak ke tingkat atas memang
membuatnya penat. Apa kena dengan anaknya ini? Ada ular, pencuri atau perogol
ke?
Mak Som melihat Azfa sudah terduduk
menangis teresak-esak. Hah, sudah, apa sudah jadi ni?!
“Kenapa ni Azfa? Sakit ke?”tanya Mak Som
yang jelas merisaukan satu-satunya anak perempuan yang dia ada.
“Tak... ni... baju Azfa dah berlubang...
Huawaaa Oyen buat!!!” Azfa menaikkan jari telunjuknya. Kucing berwarna oren
yang sedang lena di tunjuknya. Mak Som melepas nafas lega. Anak-anak, haih,
nasib tak ada apa yang berlaku.
“La... mak ingat apalah. Mana baju tu
meh mak tengok.” Pinta Mak Som. Baju bertukar tangan. Teruk juga koyaknya ini.
“Hm... beli jelah baju lain. Bukannya
Oyen ni tahu benda ni boleh buat ke tak.” Ujar Mak Som cuba meredakan gelodak
emosi anak gadisnya.
“Tak nak! Ni limited edition tau!” kata
Azfa sambil membaling bantal ke arah
kucing yang sedang lena itu. Terkejut kucing kesayangan abang sulungnya. Mak
Som menggeleng perlahan. Dengan kucing pun jadi. Lagi pun badannya gempal.
Susah nak cari baju yang sesuai dan selesa dengan bentuk badannya ini.
“Janganlah macam ni Azfa. Marah dek
along kamu karang baru kamu tahu.” Mak Som segera membawa lari kucing bernama
Oyen itu. Azfa menghentak kaki. Oyen ni memang dengki dengan dia. Dulu rampas
kasih sayang along dia sekarang rosakkan baju kesayangan dia pula, emak pun
suka menyebelahi si kucing durjana itu!
“Tengoklah Oyen, nanti aku dah kahwin
kau melopong je tengok aku bermanja dengan suami aku nanti!” dengan perasaan
marah Azfa melafazkan ikrarnya. Tapi... mana nak cari suami? Calon pun tak ada.
Telefon dicapai. Telefon ni pun satu,
kacau betul. Dari tadi asyik berbunyi je. Cemburu dengan Azfa jugak ke?
“Ma... matilah aku!!! Dee dah telefon banyak
kali. Jam pukul berapa ni? Hah! Pukul 11! Matilah!!!” jerit Azfa apabila
melihat 21 missed call dari Dee, bos keciknya. Baju yang hampir dengannya
dicapai. Hentam sajalah asalkan dia siap.
-
“Amboi merahnya mak ngah!” tegur Qhalis,
officemate Azfa. Azfa terpegun sekejap. Untunglah siapa dapat Qhal ni. Dahlah
handsome, kaya, sopan, tapi tulah dia dah melepas, bulan depan Qhal ni pun dah
nak naik pelamin dah.
“Merah, merah pun ayu okay...” balas
Syam. Ini pun satu lagi yang dia melepas. Semua lelaki yang baik-baik, menepati
kriteria dia mesti dah berpunya. Susahlah nak kahwin kalau macam ni.
“Ala... kecoh la korang ni. Aku sempat
sambar yang ini je. Oyen tu cari gaduh dengan aku lagi.” Adu Azfa. Manja. Dah
macam adik abang sahaja mereka. Qhalish dan Syam dah ketawa mengekek. Tak habis
lagi rupanya dendam dua ‘beradik’ itu.
“Kenapa? Apa pula dia buat kali ni?”
tanya Sham. Lina dan Zuri sudah muncul menepek di tepinya. Sibuk betul minah
berdua ini.
“Dia koyakkan baju LE aku yang dapat
masa oustation tahun lepas. Aku sayang gila baju tu. Oyen tu memang dengki
dengan aku...” adu Azfa lagi. Bengang betul dia dengan kucing yang baru berusia
5 tahun itu.
“Tau dek Dee mampus aku. Dia yang bagi
baju tu. Kononnya nak beri semangat dekat aku. Mampuslah aku kalau Dee tau.
Ish... ikutkan hati mati kucing tu aku ganyang!” Azfa meluahkan rasa sebalnya.
“Tau apa? Baju apa? Kucing?” terdengar
satu suara yang lembut menyapa. Membuat semua terkaku. Qhalish dan Sham sudah
cabut lari. Malas nak ambil tahu. Karang dengan mereka-mereka sekali di
ceramahkan. Dua orang lagi sudah buat-buat sibuk. Kalau dengan Dee memang semua
cabut. Azfa sahaja yang tahan dengan Dee ini.
“Tak ada apalah Dee. Sorry aku lambat.”
Kata Azfa sambil memaut lengan Dee, bos atau lebih kenali sebagai teman baiknya
dunia akhirat.
“Tulah! Aku nak bagitahu kau, yang bos
besar baru dah masuk hari ni!” Dee jadi teruja apabila dia teringat tujuan
sebenarnya dia mencari Azfa.
“Bos besar? CEO company ni ke?”tanya
Azfa blur.
“Haahlah. Sapa lagi yang pegang title
bos besar? Ya Allah, Azfa aku tak tahu yang anak Tuan Haji tu handsome gila,
peramah lagi tu! Cair aku yang dah jadi bini orang ni tau!” cerita Dee sambil
terpejam-pejam matanya membayangkan wajah tuan CEO baharu mereka.
“Ish, bukan setakat bini orang, kau tu
dah nak jadi mak orang dah pun. Tak sedar diri betul mak buyung ni. Tapi...
handsome benar ke lelaki tu?” tanya Azfa yang jadi ingin tahu mendengar cerita
Dee. Mak buyung ni dia punya citarasa memang tip top. Tengok sajalah suami dia
tu. Handsome bukan main.
“Handsomenya... tak terkata. Kiranya
handsome sikit dari suami aku tu.” Kata Dee sambil mengambil memejam matanya.
“Fuh... kalau macam tu memang
handsomelah. Ha ha ha tapi apa function kau cerita dekat aku ni?”tanya Azfa
yang jelas kebingungan.
“Tak ada apa. Saja nak bagi kau cemburu.
Sapa suruh lewat hari ni.” Dee menjulurkan lidahnya sebelum berlalu masuk ke
dalam ofis miliknya.
Azfa menggelengkan kepalanya. Tak padan
dengan title mak buyung, perangai macam budak baru lepas masuk tadika sahaja
lagaknya kawannya itu.
-
Azfa masuk ke dalam rumahnya. Jelas
rumah milik emak dan ayahnya,kosong, tiada orang di rumah. Maklumlah dah pencen
ini, suami isteri itu selalu sangat berjalan berdua. Dah lupa agaknya dengan
anak bongsu mereka ini.
“Hoi!” sergahan itu membuat Azfa
mencampakkan kasut yang baru dibuka ke arah orang yang menyergahnya.
“Adoi! Sakitlah adik oit!” jerit Along
sambil memegang dahinya. Azfa terlopong. Along ke depan matanya ini?
“Along? Eh, along! Sorry along. Siapa
suruh along sergah adik. Meh adik tengok kepala tu. Bila sampai long?” tanya
Azfa becok. Bertambah-tambah sakit kepala Along atau namanya, Azim ketika ini.
“Dahlah! Tak apalah adik. Adik memang
tak suka ya along balik. Sampai hati. Dah bengkak ni dahi ni. Konfem biru ni.
Nak buat macam mana Oyen sahaja yang baik dan sudi menerima diri along dekat
rumah ni...” along mula membuat cerita sedih. Oyen yang sedari tadi menempel
tuannya terus mengeow-ngeow. Simpati mungkin dengan nasib si tuan.
“Tak habis-habis Oyen. Dahlah Oyen buat
pedajal adik hari ni! Memang adik tak suka. Tak sayang. Malas nak layan. Pergi
naik kapal balik dengan si Oyen ni!” rajuk Azfa. Sememangnya dia angin dengan
Oyen, Along pula menambahkan minyak ke api yang marak. Memang terasalah Azfa
ketika ini. Azfa terus masuk ke biliknya. Azim terkebil-kebil.
“Eh, siapa yang patut merajuk ketika ni?
Budak ni...” Azim tertawa kecil. Mentang-mentang adik bongsulah katakan.
“Dengan kau pun dia nak cemburu, Oyen.”
Kata Azim sambil mengusap si kucing kesayangan.
-
“Adik, angah nak balik kejap lagi. Dia
bawa kawan sekali. Pakai baju tu sopan-sopan sikit. Kawan dia lelaki.” Pesan
along. Azfa mencebik bibir. Masih merajuk. Along sengal! Pujuk pun tidak ini yang
dia kata dia sayang adik dia ni.
“Azfa dengar cakap along tu.” Kata ayah.
Okay, kalau ayah dah bersuara maknanya ianya muktamad. Azfa memanjangkan
bibirnyanya. Mencebik.
“Yelah. Azfa tukar baju sekarang.” Azfa
segera masuk ke biliknya. Alang-alang dah nak tukar baju baik dia mandi terus.
Riuh rendah kedengaran dari ruang tamu.
Azfa malas hendak ke depan. Dengan tuala yang dia lilit bagaikan tudung di
kepalanya, Azfa melangkah ke luar, ke taman mini mereka. Kelihatan Oyen sedang
sedap tidur dibuaian yang ayah bina. Tak adil ni! Itukan ayah buat khas untuk
dia!
“Oyen! Kau nikan tak habis-habis rampas
kasih sayang aku ye... eii... geramnya aku dengan kau!” telinga Oyen yang
sedang lena itu di tarik-tarik lembut. Tarik kuat-kuat karang tercabut pulak
telinga kucing ni. Dia taklah kejam sangat.
Kucing itu makin lena. Senang di belai
begitu. Azfa tersengih sendiri. Manja betul Oyen ni. Dengan musuh dia pun jadi.
“Hai.” Tegur satu suara asing. Garau.
Kalau dah garau mestilah lelaki kan?
Azfa segera berpaling ke arah suara itu.
Alahai, handsomenya lelaki ini! kacak sungguh! Azfa segera merapikan tualanya.
Anak rambut ditolak ke dalam. Aduhai, kenapalah dia tidak memakai tudung tadi?
Sekarang dah segan sendiri.
“Er... hai. Kawan angah?”tanya Azfa
menutup segan.
“Angah? Oh, Azri! Ye. Kawan angah. Ni,
awak ni siapa?” tanya lelaki yang kacak itu.
“Adik angah.” Jawab Azfa pendek. Lelaki
itu tanpa diundang terus duduk disebelahnya dibuaian itu. Oyen pun kelas
sangat, elok sahaja lelaki itu duduk, dia bangun dan melompat masuk ke dalam
rumah. Azfa segera bangun dari buaian. Kekok satu hal, dosa pun satu hal, dan
tak lupa dengan keadaan jantungnya. Sudah berdegup melebihi hadnya.
“Oh, adik. Apa nama?”tanya lelaki itu
ramah. Senyum sahaja. Azfa menggigit bibir. Kenapa dengan lelaki ini? Ramah
semacam sahaja.
“Azfa Zahara, awak ni?” Azfa menjawab
juga soalan yang diajukan. Bukan sebab dia rajin melayan, tapi kerana dia juga
ingin tahu apakah nama yang dimiliki lelaki kacak ini.
“Iman Suhaimi.” Jawab lelaki itu dengan
senyuman manisnya. Azfa semakin kalut. Rasa bagai dipikat. Malu teramat.
Entah-entah dia syok sendiri sahaja.
“Em... saya masuk dulu ye Suhaimi.” Kata
Azfa meminta diri. Dia memanggil nama kedua lelaki itu. Dia suka dengan nama
Suhaimi yang membawa maksud kesejahteraan.
“Okay. Er... awak.” Panggil Suhaimi.
Azfa berpaling.
“Tu... awak pijak taik kucing.” Ujar
lelaki itu tanpa perasaan. Muka Azfa sudah memerah menahan malu dan geram. Dia
mengangguk kecil.
Elok sahaja dia masuk ke dalam.
Kedengaran suaranya bergema.
“OYEN!!!”
-
Azri, ketawa mengekek mendengar cerita
adiknya itu. Kesian pula dia melihat wajah Azfa yang sudah monyok. Ada sahaja
salah si Oyen itu kepada adiknya. Nak buat macam mana. Seekor kucing, yang lagi
satu ni manusia tapi dah macam anjing dan kucing. Eh, tersamakan adiknya dengan
anjing pula. Nauzubillah.
“Dah-dahlah tu Adik. Si Oyen tu bukannya
tahu apa. Dia binatang. Kamu tu tak berhati-hati, tu salah kamulah. Siapa suruh
jalan tak tengok depan bawah?” kata Azim dengan senyuman kambingnya. Nak gelak
tu memang nak gelak tapi melihat wajah adiknya itu dia jadi tak sampai hati.
“Along dengan angah ni jahat la! Oyen tu
punya hasil seni, Azfa dapat nama. Ini tak adil!” masam muka Azfa. Oyen yang
kebetulan lalu disebelahnya, ditolak-tolak dengan kaki. Laju tangan Azim
memukul lembut lutut adiknya.
“Kaki tu, dik. Dosa tau buat binatang
macam tu. Lagi pula, kucingkan binatang kesayangan Rasullulah.” Kata Azim
apabila air mata Azfa sudah bergenang. Cengeng. Memang anak bongsu betul
adiknya ini.
“Yelah nanti along denda Oyen. Kurung
dia dalam bilik air, biar tahu tempat buang air dia ye adik.” Pujuk Azim. Azri
hanya tersenyum. Along mereka memang memanjakan Azfa sedari kecil. Maklumlah
satu-satunya kuntuman bunga di rumah mereka ini.
“Hm... janji tau! Kalau tak adik hantar
along naik kapal, biar tak jumpa Oyen 6 bulan lagi. Angah pun sama, adik
bagitahu kak Maisa angah buli adik.” Kata Azfa sambil mengelap air matanya.
“Janji!” kedua abangnya berikrar. Suara
Azri lebih kuat. Takut jikalau Azfa benar-benar mengotakan kata-katanya.
Maklumlah Azfa dan Maisa rapatnya melebihi mereka adik-beradik. Jadi kalau Azfa
mengadu memang dia kena dengan si teman wanita.
-
“Pstt... pstt... Azfa... tu...” Dee
menolak-nolak lengan Azfa yang sedang asyik bersarapan mee sup di kantin
pejabat mereka. Azfa merengus kasar, geram waktu makannya terganggu.
“Apa?” tanya Azfa dengan suara
ditekankan. Marahlah katakan.
“Tu...” Dee segera menjuihkan bibirnya
ke arah belakang Azfa. Azfa pantas menoleh. Gulp! Itu... kan... Iman Suhaimi?!
Azfa pantas berpaling ke muka Dee kembali.
“Siapa dia?” tanya Azfa laju.
“Itulah CEO baru kita. Apa macam ada
handsome ka?” tanya Dee yang sudah tersengih-sengih. Mata Azfa membulat. Apa?
“C.. E... O... kita?” tergagap-gagap
Azfa menutur kata.
“Ye... C.E.O kita!” Dee sampai dah mengejakan
‘CEO’ untuk Azfa. Dahi Dee sudah berkerut seribu. Pelik betul reaksi kawannya
ini.
“Jomlah blah. Aku dah kenyang.” Azfa
pantas bangun. Dia malu nak berdepan dengan Suhaimi, malu pasal tahi kucing itu
pun tak hilang lagi. Dee yang terpinga-pinga pantas mengikut langkah si
teman baik.
“Eh, Puan Deebah kan?” Suhaimi menegur
Dee yang terketek-ketek mengekor Azfa.
“Haah, tak sangka saya Tuan ingat pasal
saya.” Teruja Dee rasa.
“Mana boleh tak ingat awakkan orang kuat
syarikat ni. Yang tu siapa? Kawan awak ke?” tanya Suhaimi ramah. Memang dia
suka berkomunikasi dengan pekerja-pekerjanya.
“Haah kawan, orang kuat syarikat ini
juga Tuan. Kenalkan Azfa Zahara.” Dee dengan semangatnya memperkenalkan kawan
baiknya mana tahu kalau-kalau Suhaimi tersangkut dengan Azfa.
“Azfa Zahara? Macam pernah dengar.” Kata
Suhaimi sambil menghampiri Azfa. Azfa mula gelabah. Patutnya dia terus sahaja
jalan tadi, tak payah tunggu mak buyung ni.
“Eh, awak!” Suhaimi jadi teruja melihat
wajah ayu itu.
Azfa membuat tanda ‘Peace’. Tindakan
spontannya. Dia yang baru tersedar dari tindakan refleks itu terus tersipu
malu. Aduh, kenapa dirinya selalu buat hal yang memalukan? Suhaimi tergelak
kecil. Comel betul adiknya Azri ini.
“Maaf Tuan.” Kata Azfa malu-malu. Tangan
menarik Dee, mengajak beredar dari situ. Tetapi si mak buyung hanyut dengan
wajah kacak Suhaimi.
“Ehem, dah nak pergi? Tak nak minum dulu
dengan saya?” tanya Suhaimi kepada Azfa. Azfa rasa serba-salah. Nak terima atau
pergi?
Tiba-tiba telefon Dee berbunyi.
“Eh, suami aku ada dekat bawah la Azfa.
Aku kena gerak dulu ni.” Kata Dee. Azfa memaut lengan Dee.
“Hah, jom aku teman. Aku pun dah lama
tak jumpa suami kau tu. Entah dia kenal ke tak dengan muka aku ni.” Azfa pantas
menarik tangan Dee ke lift. Suhaimi tersenyum.
Nampak sangat Azfa mahu melarikan diri. Tapi... kerja satu bumbungkan. Esok
lusa jumpa jugak.
-
“Eh, kenapa saya pulak yang kena ni
encik Luqman?” tanya Azfa tidak puas hati. Sepatutnya yang handle projek ni Dee
dengan Qhalish. Apa pasal pula dia yang kena incharge projek ni?
“Dah awak pun selalu tolong Deebah dengan Qhalish dalam
projek nikan? Deebah dah mula cuti, kan due dia 18 haribulan ni. Qhalish pula
dah mula sibuk dengan persiapan perkahwinan dia yang dua bulan lagi.”kata encik
Luqman. Sebenarnya encik Luqman pelik kenapa Azfa tidak bercakap terus dengan
encik Iman ni.
“Ala... saya punya projek macam mana?”
Azfa cuba mengelat
“Kan dateline projek awak tu lambat
lagi. Lagi pun projek Dee dengan Qhalish ni tinggal lawat site dengan present
je Azfa.” Encik Luqman masih cuba memujuk Azfa walaupun hakikatnya mahu tidak
mahu Azfa wajib pergi jika big bos sudah bersuara.
“Tapi...” Azfa kehilangan kata.
“Kenapa? Tak sudi ke buat kerja dengan
saya?” tanya Iman Suhaimi. Azfa menggigit bibir. Bukan tak sudi, sudi sangat,
tapi muka ni dah tebal 14 inci, kalau dengan Suhaimi macam-macam benda
memalukan jadi kepadanya, nanti dia takut dia tak boleh nak angkat muka pula.
“Kalau tak sudi nak buat macam mana.
Yelah siapalah saya...” Suhaimi sudah membuat muka sedih. Azfa serba-salah.
Melihat wajah kesian Suhaimi dan wajah pelik encik Luqman. Haih, Suhaimi ni,
saja nak mengundang gosip-gosip yang memang havoc di pejabat. Tengok saja muka
encik Luqman tu jelas dia dah salah faham.
“Eh,
mana ada encik Iman, saya ada hal time tu.” Kata Azfa cuba menghilangkan anasir
gosip itu.
“Apa halnya?”tanya encik Luqman pula.
Adui, encik Luqman ni pun...
“Er... er... kucing saya nak beranak!”
spontan alasan itu keluar dari mulutnya. Bergema tawa padu dari dua lelaki itu.
Azfa termalu alah.
“Setahu saya Oyen tu jantan.” Kata
Suhaimi sehabis ketawa. Azfa membulatkan mata. Malunya dia ketika ini. Pantas
Azfa keluar dari bilik mesyuarat itu. Kan dah kata kalau dengan Suhaimi malu
Azfa datang berganda-ganda.
Encik Luqman tersenyum penuh makna. Hai,
nama dan jantina kucing pun tahu... Hm... Something smell fishy.
-
Azfa termenung di warung itu. Dah tiga
hari dia di Kedah. Bukannya membawa diri, tetapi dipaksa membawa diri oleh
angah dan juga alongnya. Alasan mereka, ‘Kan ke adik yang pilih kerja tu, jadi
bertanggungjawablah jangan disebabkan malu adik tak nak kerja pula. Nak makan
duit haram ke?’ ‘DUSH!’ rasa kena tumbuk dengan ayat along dan angahnya. Jadi
dia di sini, di Kedah bersama encik Bos Besar.
“Termenung je ke? Tak makan?”tanya Suhaimi
mesra. Hatinya makin terpaut dengan wajah manis itu. Tutur kata dan tingkah
laku Azfa nyata memenangi hatinya.
“Er... dah kenyang.” Jawab Azfa
perlahan. Segan dengan Suhaimi yang sangat ramah itu.
“Ye ke? Dari pagi sampai petang saya
tengok awak tak makan-makan juga. Kuat betul perut awak ni. Untung siapa yang
kahwin dengan awak ni.” Mendengar kata Suhaimi membuat Azfa termalu sendiri.
Pipi memerah menunjukkan dia malu.
“Em... ada calon dah ke?” tanya Suhaimi
lagi
“Calon apanya encik Iman?” tanya Azfa
sedikit pelik. Tiba-tiba sahaja tanya calon. Calon apa? Pilihanraya ke?
“Calon suamilah. Awak nikan...” comel.
Sambung Suhaimi di dalam hati.
“Er... mana ada. Siapalah nak saya yang
gempal ni encik. Saya pun sedar diri.” Azfa menundukkan kepala seraya berkata
begitu.
“Gempal? Ha ha ha awak comel kut cik
Azfa Zahara.” Kata Suhaimi sambil melirik wajah Azfa.
“Mana ada comel. Encik Iman ni...” Azfa
termalu lagi. Mukanya terasa panas. Dengan Suhaimi mukanya selalu terasa panas.
Nak kata demam bukan demam. Apa ya tandanya bila asyik malu macam ini?
“Comel, baik, sopan, pandai jaga tingkah
laku.” Suhaimi memuji Azfa lagi. Bukan memuji ada makna tetapi ikhlas. Azfa
Zahara sememang seperti apa yang dia katakan.
“Malu saya encik Iman kata macam tu...”
Azfa cuba menghilangkan debar.
“Saya...”
“Saya...”
“Saya... su...”
“Erk... saya balik bilik dulu ya encik
Iman. Rasa penat pula.” Pantas Azfa memotong kata Suhaimi yang sedari tadi
tersangkut. Takut sebenarnya nak dengar apa yang bakal keluar dari mulut
Suhaimi. Takut keluar macam dulu. ‘Awak pijak taik kucing.’
-
Sebulan dah berlalu sejak mereka
oustation. Azfa semakin menjarakkan diri dari Suhaimi. Dia dapat merasakan ada
sesuatu yang disimpan Suhaimi. Tetapi untuk menghadapi perkara itu dia tidak
mampu. Mereka manakan sama, bagai pipit dengan enggang. Dia hanyalah pipit
biasa, dan Suhaimi bagaikan enggang yang gagah terbang di udara.
“Azfa aku tengok kau ni peliklah. Kata
datang melawat aku dengan baby Asyraf. Tapi asyik termenung je. Sampai anak aku
pun duk menenung kau.” Kata Dee yang sedikit pelik dengan perubahan rakannya
itu. Tak akan dia tak ada di pejabat
rakannya berubah 100%? Mana pergi Azfa yang kuat bercakap tu?
“Tak ada apalah. Kau tu... jaga diri
betul. Baru berapa hari kau beranak.” Pesan Azfa cuba menukar subjek. Pipi
Asyraf anaknya Dee diusap lembut, bauan harum bayi itu dihidu. Wangi.
Menenangkan jiwanya.
“Hm... yelah tu. Weih, apa cerita CEO
kita tu?” tanya Dee. Tak padan dengan baru lepas bersalin tu.
“Huh? Macam tu jelah.” Kata Azfa endah
tak endah.
“Hm...”Dee makin pelik. Ada udang
disebaik mee ni.
-
“Azri, adik kau tu ada pak we ke?” tanya
Suhaimi tiba-tiba. Azri tersedak. Memang best tersedak air cola ni. Azim
ternganga.
“Apasal kau tanya pasal adik kita orang
ni?” tanya Azri.
“Erm... aku... aku...” Suhaimi jadi
gugup di depan dua abang gadis itu.
“Aku, aku apa?” meja dihentak. Saja buat
gempak.
“Aku suka adik korang!” jerit Suhaimi
yang terkejut mendengar bunyi dihentak kuat itu. Habis semua melihat meja
mereka.
“Hah?!” Azim dan Azri membuntang melihat
Suhaimi. Rasa kecik besar, kecik besar sahaja lelaki itu.
“Aku ikhlas cintakan adik kau orang. Aku
nak kahwin dengan dia...” kata Suhaimi laju. Takut kena makan penumbuk sebelum
makan nasi dekat kedai ni. Azim memandang Azri, Azri memandang Azim.
Khali.
Tiba-tiba, mereka bertepuk tangan.
Ketawa. Suhaimi jadi pelik. Tadi lagaknya bagai nak membelasahnya sahaja.
“Alhamdulillah. Ada jugak orang nak
dekat adik aku tu.” Kata Azim lega. Sahaja dia kata begitu, bukan tak ada yang
hendakkan adiknya itu, cuma banyak orang yang dia tidak berkenan. Tup-tup
Suhaimi kata dia cintakan adik mereka. Mestilah dia suka. Kerana dia dapat
melihat sirna cinta tatkala Azfa melihat Suhaimi.
“Hee. Aku memang suka kalau kau nak
kahwin dengan aku. Memang bestlah ada geng tengok bola lepas ni.” Kata Azri
yang tersenyum suka.
“Ceh, habis tu aku ni tak pernah
temankan kau ke?” tanya Azim marah. Macam jahat sangat dia ni tak geng dengan
adik sendiri.
“Ala... bro... along kau kan atas kapal.
Cuti pun 2, 3 bulan je. Pastu naik kapal 3,6 bulan. Sunyi la along. Dah la
kebanyakkan waktu puncak bola tu kau atas kapal.” Rungut Azri. Sunyilah kalau
along tak ada.
“Heh, jangan gaduh pulak. Lepas aku
kahwin dengan adik kau... kita tengok sama-sama.” Suhaimi mencelah.
“Ha ha ha. Sebelum tu mulakan misi
memikat adik kita orang tu. Hati dia susah tahu nak pikat. Ingat senang ke?”
kata Azri sambil tersenyum nakal.
“Ehem... pasal tu... aku nak minta tolong
boleh?” tanya Suhaimi dengan malu-malu kucingnya.
-
“Along!!! Kata nak tengok wayang,
lusakan nak naik kapal dah...” rungut Azfa yang rimas menunggu alongnya.
Semalam bukan main lagi berjanji. Kata rindulah, jom luangkan masalah. Ni...
batang hidung pun dah tak nampak.
“Ala... adik... along sakit perutlah.
Adik pergi dulu dengan angah. Nanti along datang.” Kata Azim sambil menayang
muka berkerut-kerut.
“Ish... macam-macam. Makanlah lagi
sambal belacan semangkuk. Lain kali hirup je macam hirup kuah tu.” Perli Azfa.
Geram dengan Azim yang tak reti nak jaga diri dan pemakanan.
“He he he Sorry madam. Argh...
kecemasan! Kecemasan! Bye adik!” jerit Azim sebelum menghilang disebalik bilik.
“Jom angah. Along ni ada-ada aja. Kak
Maisa dah siap ke?” tanya Azfa tak sabar. Lama dah tak tengok wayang
ramai-ramai macam ni.
“Dah siap lama dah. Dia lagilah teruja
nak dating dengan angah yang menjadi pujaan dia ni. Kamu ni terlebih riang ni
kenapa? Nak jumpa pakwe ke dekat sana?” tanya Azri mengusik si adik bongsu.
“Heh, haah nak dating jugak ni. Dengan
along dan angah serta kak Maisa...” kata Azfa sambil memaut lengan abangnya
itu.
“Ceh... sibuk je along dengan adik ni.”
Kata Azri sambil ketawa. Azfa turut ketawa.
-
“Angah mana along? Wayang dah nak mula
ni.” Tanya Azfa yang asyik menilik telefon. Mana tahu along ada call ke apa ke.
“Nanti dia dah sampai dia masuk la.
Tiketkan ada dekat dia nanti dia duduk sebelah adik tu. Jangan risau.” Kata
Azri sambil memfokuskan diri ke skrin.
“Hm... yelah.” Telefon dimatikan.
Tumpuan cuba diberi ke skrin besar. Tangan laju menyuap popcorn yang dibeli kak
Maisa.
Terasa bagai ada yang duduk
disebelahnya. Azfa yang sudah menumpukan 100% ke atas cerita itu tidak
menghiraukan alongnya.
Sesekali tangan laju menyuap popcorn ke
mulut alongnya.
Hampir 2 jam mereka menonton, wayang pun
tamat. Alangkah terkejutnya Azfa melihat siapa yang duduk disebelahnya. Bukan
alongnya tetapi Suhaimi. Suhaimi menayang sengih.
“Apa ni? Mana along saya?” tanya Azfa
sedikit marah. Terasa bagai dipermainkan oleh lelaki-lelaki ini.
“Er... ni... ni...” Suhaimi jadi takut
melihat wajah marah Azfa. Azfa yang selalu tersipu malu sudah meletus marahnya.
Mungkin tidak tahan dengan tindakan mereka.
“Apa ni, ni? Angah!” Azfa segera
memanggil Azri. Tetapi Azri lebih pantas. Dalam sekelip mata Azri dan Maisa
sudah menghilangkan diri. Azfa mengeluh. \
“Maafkan kami...” Suhaimi cuba menagih
simpati. Wajah comel ditayang.
“Apa pasal pulak? Awak ada buat salah
ke? Along dengan angah yang buat saya marah.” Nada suara Azfa bagaikan anak
kecil yang sedang merajuk.
“Jangan salahkan mereka. Saya yang minta
tolong. Saya... saya...” Suhaimi jadi gugup. Apa yang dia ingin luahkan
bagaikan tersekat dikerongkong.
“Apa?!” sergah Azfa.
“Jom kahwin Azfa Zahara!” terpacul ayat
itu dari mulut Suhaimi. Mata Azfa terbeliak.
“Apa encik Iman merepek ni?” panggilan
sudah bertukar. Terasa janggal melihat wajah Suhaimi yang memerah menahan malu.
“Betul. Saya... saya dah jatuh cinta
dengan awak... ja... jadi... Kita kahwin ye?” pinta Suhaimi dengan muka sayu.
“Apa encik Iman merepekkan ni? Encikkan
bos saya, saya ni pekerja saja. Kot ye pun nak prankkan saya. Tak payah
seekstrem ni.” Kata Azfa sedikit terkilan. Tahukah Suhaimi dengan perasaannya.
Sampai hati mereka mempermainkan hatinya.
“Saya tak merepek. Saya sedar, waras!
Saya, Iman Suhaimi, cintakan awak, Azfa Zahara. Jadi dengan itu, saya nak
berkahwin dengan awak. Green light tak payah risau. Ayah, emak, along dan angah
dah bagi. Mereka kata nak dengar kata ‘ya’ sahaja dari awak. Jadi... Azfa
Zahara will you marry me?” tanya Suhaimi dengan penuh romantis. Azfa terkesima.
“Encik...” Azfa kehilangan kata. Ini
mimpi atau realiti?
“Will you marry me?” tanya Suhaimi buat
sekian kalinya.
“Yes.” Perlahan sahaja kata itu
dituturkan Azfa. Tetapi tetap didengari Suhaimi.
“Alhamdulillah. Along, angah dengar tak?
Azfa setuju!” jerit Suhaimi. Telefon yang diloud speakerkan dikeluarkan dari
poket.
Azfa yang terkejut dengan tindakan
Suhaimi memukul lengan lelaki itu spontan. Geram dan malu bercampur aduk.
Kalau dengan Suhaimi memang dirinya
senang terasa malu. Malu itu tandanya... cinta! semoga cinta mereka berkekalan
ke jinjang pelamin dan ke syurga-Nya.