Sunday, 28 June 2015

Malu itu tandanya... cinta! sebuah cerpen

Assalamualaikum
bismillahirahmannirahim.

apa khabar semua. Lama sungguh Asyu mendiam. Tak update apa2... Huhuhu... 
Maaafffff tau sapa yang tunggu update dari Asyu.

Hari tu, Asyu ada hantar cerpen untuk kompilasi cerpen. Tapi... tak diterima. Dari cerita tu terkubur je dalam lappy. Asyu pun up kat sini.

Maaf kalau tak best. Harap semua enjoy ye.

Assalamualaikum. ^_^




Tajuk : Malu itu tandanya... Cinta!

“Eh, apa ni?! Mak!!!” jerit Azfa Zahara dari biliknya. Mak Som yang asyik mengacau kuah laksa tersentak. Habis melayang senduk di tangannya itu. Lantaklah kena mop ke apa lepas ini, yang penting anaknya itu.

“Kenapa? Kenapa?”tanya Mak Som yang sudah termengah-mengah. Dengan badan gempal berlari anak ke tingkat atas memang membuatnya penat. Apa kena dengan anaknya ini? Ada ular, pencuri atau perogol ke?

Mak Som melihat Azfa sudah terduduk menangis teresak-esak. Hah, sudah, apa sudah jadi ni?!

“Kenapa ni Azfa? Sakit ke?”tanya Mak Som yang jelas merisaukan satu-satunya anak perempuan yang dia ada.

“Tak... ni... baju Azfa dah berlubang... Huawaaa Oyen buat!!!” Azfa menaikkan jari telunjuknya. Kucing berwarna oren yang sedang lena di tunjuknya. Mak Som melepas nafas lega. Anak-anak, haih, nasib tak ada apa yang berlaku.

“La... mak ingat apalah. Mana baju tu meh mak tengok.” Pinta Mak Som. Baju bertukar tangan. Teruk juga koyaknya ini.

“Hm... beli jelah baju lain. Bukannya Oyen ni tahu benda ni boleh buat ke tak.” Ujar Mak Som cuba meredakan gelodak emosi anak gadisnya.

“Tak nak! Ni limited edition tau!” kata Azfa sambil membaling  bantal ke arah kucing yang sedang lena itu. Terkejut kucing kesayangan abang sulungnya. Mak Som menggeleng perlahan. Dengan kucing pun jadi. Lagi pun badannya gempal. Susah nak cari baju yang sesuai dan selesa dengan bentuk badannya ini.

“Janganlah macam ni Azfa. Marah dek along kamu karang baru kamu tahu.” Mak Som segera membawa lari kucing bernama Oyen itu. Azfa menghentak kaki. Oyen ni memang dengki dengan dia. Dulu rampas kasih sayang along dia sekarang rosakkan baju kesayangan dia pula, emak pun suka menyebelahi si kucing durjana itu!

“Tengoklah Oyen, nanti aku dah kahwin kau melopong je tengok aku bermanja dengan suami aku nanti!” dengan perasaan marah Azfa melafazkan ikrarnya. Tapi... mana nak cari suami? Calon pun tak ada.

Telefon dicapai. Telefon ni pun satu, kacau betul. Dari tadi asyik berbunyi je. Cemburu dengan Azfa jugak ke?

“Ma... matilah aku!!! Dee dah telefon banyak kali. Jam pukul berapa ni? Hah! Pukul 11! Matilah!!!” jerit Azfa apabila melihat 21 missed call dari Dee, bos keciknya. Baju yang hampir dengannya dicapai. Hentam sajalah asalkan dia siap.

-

“Amboi merahnya mak ngah!” tegur Qhalis, officemate Azfa. Azfa terpegun sekejap. Untunglah siapa dapat Qhal ni. Dahlah handsome, kaya, sopan, tapi tulah dia dah melepas, bulan depan Qhal ni pun dah nak naik pelamin dah.

“Merah, merah pun ayu okay...” balas Syam. Ini pun satu lagi yang dia melepas. Semua lelaki yang baik-baik, menepati kriteria dia mesti dah berpunya. Susahlah nak kahwin kalau macam ni.

“Ala... kecoh la korang ni. Aku sempat sambar yang ini je. Oyen tu cari gaduh dengan aku lagi.” Adu Azfa. Manja. Dah macam adik abang sahaja mereka. Qhalish dan Syam dah ketawa mengekek. Tak habis lagi rupanya dendam dua ‘beradik’ itu.

“Kenapa? Apa pula dia buat kali ni?” tanya Sham. Lina dan Zuri sudah muncul menepek di tepinya. Sibuk betul minah berdua ini.

“Dia koyakkan baju LE aku yang dapat masa oustation tahun lepas. Aku sayang gila baju tu. Oyen tu memang dengki dengan aku...” adu Azfa lagi. Bengang betul dia dengan kucing yang baru berusia 5 tahun itu.

“Tau dek Dee mampus aku. Dia yang bagi baju tu. Kononnya nak beri semangat dekat aku. Mampuslah aku kalau Dee tau. Ish... ikutkan hati mati kucing tu aku ganyang!” Azfa meluahkan rasa sebalnya.

“Tau apa? Baju apa? Kucing?” terdengar satu suara yang lembut menyapa. Membuat semua terkaku. Qhalish dan Sham sudah cabut lari. Malas nak ambil tahu. Karang dengan mereka-mereka sekali di ceramahkan. Dua orang lagi sudah buat-buat sibuk. Kalau dengan Dee memang semua cabut. Azfa sahaja yang tahan dengan Dee ini.

“Tak ada apalah Dee. Sorry aku lambat.” Kata Azfa sambil memaut lengan Dee, bos atau lebih kenali sebagai teman baiknya dunia akhirat.

“Tulah! Aku nak bagitahu kau, yang bos besar baru dah masuk hari ni!” Dee jadi teruja apabila dia teringat tujuan sebenarnya dia mencari Azfa.

“Bos besar? CEO company ni ke?”tanya Azfa blur.

“Haahlah. Sapa lagi yang pegang title bos besar? Ya Allah, Azfa aku tak tahu yang anak Tuan Haji tu handsome gila, peramah lagi tu! Cair aku yang dah jadi bini orang ni tau!” cerita Dee sambil terpejam-pejam matanya membayangkan wajah tuan CEO baharu mereka.

“Ish, bukan setakat bini orang, kau tu dah nak jadi mak orang dah pun. Tak sedar diri betul mak buyung ni. Tapi... handsome benar ke lelaki tu?” tanya Azfa yang jadi ingin tahu mendengar cerita Dee. Mak buyung ni dia punya citarasa memang tip top. Tengok sajalah suami dia tu. Handsome bukan main.

“Handsomenya... tak terkata. Kiranya handsome sikit dari suami aku tu.” Kata Dee sambil mengambil memejam matanya.

“Fuh... kalau macam tu memang handsomelah. Ha ha ha tapi apa function kau cerita dekat aku ni?”tanya Azfa yang jelas kebingungan.

“Tak ada apa. Saja nak bagi kau cemburu. Sapa suruh lewat hari ni.” Dee menjulurkan lidahnya sebelum berlalu masuk ke dalam ofis miliknya.

Azfa menggelengkan kepalanya. Tak padan dengan title mak buyung, perangai macam budak baru lepas masuk tadika sahaja lagaknya kawannya itu.

-

Azfa masuk ke dalam rumahnya. Jelas rumah milik emak dan ayahnya,kosong, tiada orang di rumah. Maklumlah dah pencen ini, suami isteri itu selalu sangat berjalan berdua. Dah lupa agaknya dengan anak bongsu mereka ini.

“Hoi!” sergahan itu membuat Azfa mencampakkan kasut yang baru dibuka ke arah orang yang menyergahnya.

“Adoi! Sakitlah adik oit!” jerit Along sambil memegang dahinya. Azfa terlopong. Along ke depan matanya ini?

“Along? Eh, along! Sorry along. Siapa suruh along sergah adik. Meh adik tengok kepala tu. Bila sampai long?” tanya Azfa becok. Bertambah-tambah sakit kepala Along atau namanya, Azim ketika ini.

“Dahlah! Tak apalah adik. Adik memang tak suka ya along balik. Sampai hati. Dah bengkak ni dahi ni. Konfem biru ni. Nak buat macam mana Oyen sahaja yang baik dan sudi menerima diri along dekat rumah ni...” along mula membuat cerita sedih. Oyen yang sedari tadi menempel tuannya terus mengeow-ngeow. Simpati mungkin dengan nasib si tuan.

“Tak habis-habis Oyen. Dahlah Oyen buat pedajal adik hari ni! Memang adik tak suka. Tak sayang. Malas nak layan. Pergi naik kapal balik dengan si Oyen ni!” rajuk Azfa. Sememangnya dia angin dengan Oyen, Along pula menambahkan minyak ke api yang marak. Memang terasalah Azfa ketika ini. Azfa terus masuk ke biliknya. Azim terkebil-kebil.

“Eh, siapa yang patut merajuk ketika ni? Budak ni...” Azim tertawa kecil. Mentang-mentang adik bongsulah katakan.

“Dengan kau pun dia nak cemburu, Oyen.” Kata Azim sambil mengusap si kucing kesayangan.

-

“Adik, angah nak balik kejap lagi. Dia bawa kawan sekali. Pakai baju tu sopan-sopan sikit. Kawan dia lelaki.” Pesan along. Azfa mencebik bibir. Masih merajuk. Along sengal! Pujuk pun tidak ini yang dia kata dia sayang adik dia ni.

“Azfa dengar cakap along tu.” Kata ayah. Okay, kalau ayah dah bersuara maknanya ianya muktamad. Azfa memanjangkan bibirnyanya. Mencebik.

“Yelah. Azfa tukar baju sekarang.” Azfa segera masuk ke biliknya. Alang-alang dah nak tukar baju baik dia mandi terus.

Riuh rendah kedengaran dari ruang tamu. Azfa malas hendak ke depan. Dengan tuala yang dia lilit bagaikan tudung di kepalanya, Azfa melangkah ke luar, ke taman mini mereka. Kelihatan Oyen sedang sedap tidur dibuaian yang ayah bina. Tak adil ni! Itukan ayah buat khas untuk dia!

“Oyen! Kau nikan tak habis-habis rampas kasih sayang aku ye... eii... geramnya aku dengan kau!” telinga Oyen yang sedang lena itu di tarik-tarik lembut. Tarik kuat-kuat karang tercabut pulak telinga kucing ni. Dia taklah kejam sangat.

Kucing itu makin lena. Senang di belai begitu. Azfa tersengih sendiri. Manja betul Oyen ni. Dengan musuh dia pun jadi.

“Hai.” Tegur satu suara asing. Garau. Kalau dah garau mestilah lelaki kan?

Azfa segera berpaling ke arah suara itu. Alahai, handsomenya lelaki ini! kacak sungguh! Azfa segera merapikan tualanya. Anak rambut ditolak ke dalam. Aduhai, kenapalah dia tidak memakai tudung tadi? Sekarang dah segan sendiri.

“Er... hai. Kawan angah?”tanya Azfa menutup segan.

“Angah? Oh, Azri! Ye. Kawan angah. Ni, awak ni siapa?” tanya lelaki yang kacak itu.

“Adik angah.” Jawab Azfa pendek. Lelaki itu tanpa diundang terus duduk disebelahnya dibuaian itu. Oyen pun kelas sangat, elok sahaja lelaki itu duduk, dia bangun dan melompat masuk ke dalam rumah. Azfa segera bangun dari buaian. Kekok satu hal, dosa pun satu hal, dan tak lupa dengan keadaan jantungnya. Sudah berdegup melebihi hadnya.

“Oh, adik. Apa nama?”tanya lelaki itu ramah. Senyum sahaja. Azfa menggigit bibir. Kenapa dengan lelaki ini? Ramah semacam sahaja.

“Azfa Zahara, awak ni?” Azfa menjawab juga soalan yang diajukan. Bukan sebab dia rajin melayan, tapi kerana dia juga ingin tahu apakah nama yang dimiliki lelaki kacak ini.

“Iman Suhaimi.” Jawab lelaki itu dengan senyuman manisnya. Azfa semakin kalut. Rasa bagai dipikat. Malu teramat. Entah-entah dia syok sendiri sahaja.

“Em... saya masuk dulu ye Suhaimi.” Kata Azfa meminta diri. Dia memanggil nama kedua lelaki itu. Dia suka dengan nama Suhaimi yang membawa maksud kesejahteraan.

“Okay. Er... awak.” Panggil Suhaimi. Azfa berpaling.

“Tu... awak pijak taik kucing.” Ujar lelaki itu tanpa perasaan. Muka Azfa sudah memerah menahan malu dan geram. Dia mengangguk kecil.

Elok sahaja dia masuk ke dalam. Kedengaran suaranya bergema.

“OYEN!!!”

-

Azri, ketawa mengekek mendengar cerita adiknya itu. Kesian pula dia melihat wajah Azfa yang sudah monyok. Ada sahaja salah si Oyen itu kepada adiknya. Nak buat macam mana. Seekor kucing, yang lagi satu ni manusia tapi dah macam anjing dan kucing. Eh, tersamakan adiknya dengan anjing pula. Nauzubillah.

“Dah-dahlah tu Adik. Si Oyen tu bukannya tahu apa. Dia binatang. Kamu tu tak berhati-hati, tu salah kamulah. Siapa suruh jalan tak tengok depan bawah?” kata Azim dengan senyuman kambingnya. Nak gelak tu memang nak gelak tapi melihat wajah adiknya itu dia jadi tak sampai hati.

“Along dengan angah ni jahat la! Oyen tu punya hasil seni, Azfa dapat nama. Ini tak adil!” masam muka Azfa. Oyen yang kebetulan lalu disebelahnya, ditolak-tolak dengan kaki. Laju tangan Azim memukul lembut lutut adiknya.

“Kaki tu, dik. Dosa tau buat binatang macam tu. Lagi pula, kucingkan binatang kesayangan Rasullulah.” Kata Azim apabila air mata Azfa sudah bergenang. Cengeng. Memang anak bongsu betul adiknya ini.

“Yelah nanti along denda Oyen. Kurung dia dalam bilik air, biar tahu tempat buang air dia ye adik.” Pujuk Azim. Azri hanya tersenyum. Along mereka memang memanjakan Azfa sedari kecil. Maklumlah satu-satunya kuntuman bunga di rumah mereka ini.

“Hm... janji tau! Kalau tak adik hantar along naik kapal, biar tak jumpa Oyen 6 bulan lagi. Angah pun sama, adik bagitahu kak Maisa angah buli adik.” Kata Azfa sambil mengelap air matanya.

“Janji!” kedua abangnya berikrar. Suara Azri lebih kuat. Takut jikalau Azfa benar-benar mengotakan kata-katanya. Maklumlah Azfa dan Maisa rapatnya melebihi mereka adik-beradik. Jadi kalau Azfa mengadu memang dia kena dengan si teman wanita.

-

“Pstt... pstt... Azfa... tu...” Dee menolak-nolak lengan Azfa yang sedang asyik bersarapan mee sup di kantin pejabat mereka. Azfa merengus kasar, geram waktu makannya terganggu.

“Apa?” tanya Azfa dengan suara ditekankan. Marahlah katakan.

“Tu...” Dee segera menjuihkan bibirnya ke arah belakang Azfa. Azfa pantas menoleh. Gulp! Itu... kan... Iman Suhaimi?! Azfa pantas berpaling ke muka Dee kembali.

“Siapa dia?” tanya Azfa laju.

“Itulah CEO baru kita. Apa macam ada handsome ka?” tanya Dee yang sudah tersengih-sengih. Mata Azfa membulat. Apa?

“C.. E... O... kita?” tergagap-gagap Azfa menutur kata.

“Ye... C.E.O kita!” Dee sampai dah mengejakan ‘CEO’ untuk Azfa. Dahi Dee sudah berkerut seribu. Pelik betul reaksi kawannya ini.

“Jomlah blah. Aku dah kenyang.” Azfa pantas bangun. Dia malu nak berdepan dengan Suhaimi, malu pasal tahi kucing itu pun tak hilang lagi. Dee yang terpinga-pinga pantas mengikut langkah si teman  baik.

“Eh, Puan Deebah kan?” Suhaimi menegur Dee yang terketek-ketek mengekor Azfa.

“Haah, tak sangka saya Tuan ingat pasal saya.” Teruja Dee rasa.

“Mana boleh tak ingat awakkan orang kuat syarikat ni. Yang tu siapa? Kawan awak ke?” tanya Suhaimi ramah. Memang dia suka berkomunikasi dengan pekerja-pekerjanya.

“Haah kawan, orang kuat syarikat ini juga Tuan. Kenalkan Azfa Zahara.” Dee dengan semangatnya memperkenalkan kawan baiknya mana tahu kalau-kalau Suhaimi tersangkut dengan Azfa.

“Azfa Zahara? Macam pernah dengar.” Kata Suhaimi sambil menghampiri Azfa. Azfa mula gelabah. Patutnya dia terus sahaja jalan tadi, tak payah tunggu mak buyung ni.

“Eh, awak!” Suhaimi jadi teruja melihat wajah ayu itu.

Azfa membuat tanda ‘Peace’. Tindakan spontannya. Dia yang baru tersedar dari tindakan refleks itu terus tersipu malu. Aduh, kenapa dirinya selalu buat hal yang memalukan? Suhaimi tergelak kecil. Comel betul adiknya Azri ini.

“Maaf Tuan.” Kata Azfa malu-malu. Tangan menarik Dee, mengajak beredar dari situ. Tetapi si mak buyung hanyut dengan wajah kacak Suhaimi.

“Ehem, dah nak pergi? Tak nak minum dulu dengan saya?” tanya Suhaimi kepada Azfa. Azfa rasa serba-salah. Nak terima atau pergi?

Tiba-tiba telefon Dee berbunyi.

“Eh, suami aku ada dekat bawah la Azfa. Aku kena gerak dulu ni.” Kata Dee. Azfa memaut lengan Dee.

“Hah, jom aku teman. Aku pun dah lama tak jumpa suami kau tu. Entah dia kenal ke tak dengan muka aku ni.” Azfa pantas menarik tangan Dee ke lift.  Suhaimi tersenyum. Nampak sangat Azfa mahu melarikan diri. Tapi... kerja satu bumbungkan. Esok lusa jumpa jugak.

-

“Eh, kenapa saya pulak yang kena ni encik Luqman?” tanya Azfa tidak puas hati. Sepatutnya yang handle projek ni Dee dengan Qhalish. Apa pasal pula dia yang kena incharge projek ni?

“Dah awak pun  selalu tolong Deebah dengan Qhalish dalam projek nikan? Deebah dah mula cuti, kan due dia 18 haribulan ni. Qhalish pula dah mula sibuk dengan persiapan perkahwinan dia yang dua bulan lagi.”kata encik Luqman. Sebenarnya encik Luqman pelik kenapa Azfa tidak bercakap terus dengan encik Iman ni.

“Ala... saya punya projek macam mana?” Azfa cuba mengelat

“Kan dateline projek awak tu lambat lagi. Lagi pun projek Dee dengan Qhalish ni tinggal lawat site dengan present je Azfa.” Encik Luqman masih cuba memujuk Azfa walaupun hakikatnya mahu tidak mahu Azfa wajib pergi jika big bos sudah bersuara.

“Tapi...” Azfa kehilangan kata.

“Kenapa? Tak sudi ke buat kerja dengan saya?” tanya Iman Suhaimi. Azfa menggigit bibir. Bukan tak sudi, sudi sangat, tapi muka ni dah tebal 14 inci, kalau dengan Suhaimi macam-macam benda memalukan jadi kepadanya, nanti dia takut dia tak boleh nak angkat muka pula.

“Kalau tak sudi nak buat macam mana. Yelah siapalah saya...” Suhaimi sudah membuat muka sedih. Azfa serba-salah. Melihat wajah kesian Suhaimi dan wajah pelik encik Luqman. Haih, Suhaimi ni, saja nak mengundang gosip-gosip yang memang havoc di pejabat. Tengok saja muka encik Luqman tu jelas dia dah salah faham.

 “Eh, mana ada encik Iman, saya ada hal time tu.” Kata Azfa cuba menghilangkan anasir gosip itu.

“Apa halnya?”tanya encik Luqman pula. Adui, encik Luqman ni pun...

“Er... er... kucing saya nak beranak!” spontan alasan itu keluar dari mulutnya. Bergema tawa padu dari dua lelaki itu. Azfa termalu alah.

“Setahu saya Oyen tu jantan.” Kata Suhaimi sehabis ketawa. Azfa membulatkan mata. Malunya dia ketika ini. Pantas Azfa keluar dari bilik mesyuarat itu. Kan dah kata kalau dengan Suhaimi malu Azfa datang berganda-ganda.

Encik Luqman tersenyum penuh makna. Hai, nama dan jantina kucing pun tahu... Hm... Something smell fishy.

-

Azfa termenung di warung itu. Dah tiga hari dia di Kedah. Bukannya membawa diri, tetapi dipaksa membawa diri oleh angah dan juga alongnya. Alasan mereka, ‘Kan ke adik yang pilih kerja tu, jadi bertanggungjawablah jangan disebabkan malu adik tak nak kerja pula. Nak makan duit haram ke?’ ‘DUSH!’ rasa kena tumbuk dengan ayat along dan angahnya. Jadi dia di sini, di Kedah bersama encik Bos Besar.

“Termenung je ke? Tak makan?”tanya Suhaimi mesra. Hatinya makin terpaut dengan wajah manis itu. Tutur kata dan tingkah laku Azfa nyata memenangi hatinya.

“Er... dah kenyang.” Jawab Azfa perlahan. Segan dengan Suhaimi yang sangat ramah itu.

“Ye ke? Dari pagi sampai petang saya tengok awak tak makan-makan juga. Kuat betul perut awak ni. Untung siapa yang kahwin dengan awak ni.” Mendengar kata Suhaimi membuat Azfa termalu sendiri. Pipi memerah menunjukkan dia malu.

“Em... ada calon dah ke?” tanya Suhaimi lagi

“Calon apanya encik Iman?” tanya Azfa sedikit pelik. Tiba-tiba sahaja tanya calon. Calon apa? Pilihanraya ke?

“Calon suamilah. Awak nikan...” comel. Sambung Suhaimi di dalam hati.

“Er... mana ada. Siapalah nak saya yang gempal ni encik. Saya pun sedar diri.” Azfa menundukkan kepala seraya berkata begitu.

“Gempal? Ha ha ha awak comel kut cik Azfa Zahara.” Kata Suhaimi sambil melirik wajah Azfa.

“Mana ada comel. Encik Iman ni...” Azfa termalu lagi. Mukanya terasa panas. Dengan Suhaimi mukanya selalu terasa panas. Nak kata demam bukan demam. Apa ya tandanya bila asyik malu macam ini?

“Comel, baik, sopan, pandai jaga tingkah laku.” Suhaimi memuji Azfa lagi. Bukan memuji ada makna tetapi ikhlas. Azfa Zahara sememang seperti apa yang dia katakan.

“Malu saya encik Iman kata macam tu...” Azfa cuba menghilangkan debar.

“Saya...”

“Saya...”

“Saya... su...”

“Erk... saya balik bilik dulu ya encik Iman. Rasa penat pula.” Pantas Azfa memotong kata Suhaimi yang sedari tadi tersangkut. Takut sebenarnya nak dengar apa yang bakal keluar dari mulut Suhaimi. Takut keluar macam dulu. ‘Awak pijak taik kucing.’

-

Sebulan dah berlalu sejak mereka oustation. Azfa semakin menjarakkan diri dari Suhaimi. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang disimpan Suhaimi. Tetapi untuk menghadapi perkara itu dia tidak mampu. Mereka manakan sama, bagai pipit dengan enggang. Dia hanyalah pipit biasa, dan Suhaimi bagaikan enggang yang gagah terbang di udara.

“Azfa aku tengok kau ni peliklah. Kata datang melawat aku dengan baby Asyraf. Tapi asyik termenung je. Sampai anak aku pun duk menenung kau.” Kata Dee yang sedikit pelik dengan perubahan rakannya itu. Tak akan dia  tak ada di pejabat rakannya berubah 100%? Mana pergi Azfa yang kuat bercakap tu?

“Tak ada apalah. Kau tu... jaga diri betul. Baru berapa hari kau beranak.” Pesan Azfa cuba menukar subjek. Pipi Asyraf anaknya Dee diusap lembut, bauan harum bayi itu dihidu. Wangi. Menenangkan jiwanya.

“Hm... yelah tu. Weih, apa cerita CEO kita tu?” tanya Dee. Tak padan dengan baru lepas bersalin tu.

“Huh? Macam tu jelah.” Kata Azfa endah tak endah.

“Hm...”Dee makin pelik. Ada udang disebaik mee ni.

-

“Azri, adik kau tu ada pak we ke?” tanya Suhaimi tiba-tiba. Azri tersedak. Memang best tersedak air cola ni. Azim ternganga.

“Apasal kau tanya pasal adik kita orang ni?” tanya Azri.

“Erm... aku... aku...” Suhaimi jadi gugup di depan dua abang gadis itu.

“Aku, aku apa?” meja dihentak. Saja buat gempak.

“Aku suka adik korang!” jerit Suhaimi yang terkejut mendengar bunyi dihentak kuat itu. Habis semua melihat meja mereka.

“Hah?!” Azim dan Azri membuntang melihat Suhaimi. Rasa kecik besar, kecik besar sahaja lelaki itu.

“Aku ikhlas cintakan adik kau orang. Aku nak kahwin dengan dia...” kata Suhaimi laju. Takut kena makan penumbuk sebelum makan nasi dekat kedai ni. Azim memandang Azri, Azri memandang Azim.

Khali.

Tiba-tiba, mereka bertepuk tangan. Ketawa. Suhaimi jadi pelik. Tadi lagaknya bagai nak membelasahnya sahaja.

“Alhamdulillah. Ada jugak orang nak dekat adik aku tu.” Kata Azim lega. Sahaja dia kata begitu, bukan tak ada yang hendakkan adiknya itu, cuma banyak orang yang dia tidak berkenan. Tup-tup Suhaimi kata dia cintakan adik mereka. Mestilah dia suka. Kerana dia dapat melihat sirna cinta tatkala Azfa melihat Suhaimi.

“Hee. Aku memang suka kalau kau nak kahwin dengan aku. Memang bestlah ada geng tengok bola lepas ni.” Kata Azri yang tersenyum suka.

“Ceh, habis tu aku ni tak pernah temankan kau ke?” tanya Azim marah. Macam jahat sangat dia ni tak geng dengan adik sendiri.

“Ala... bro... along kau kan atas kapal. Cuti pun 2, 3 bulan je. Pastu naik kapal 3,6 bulan. Sunyi la along. Dah la kebanyakkan waktu puncak bola tu kau atas kapal.” Rungut Azri. Sunyilah kalau along tak ada.

“Heh, jangan gaduh pulak. Lepas aku kahwin dengan adik kau... kita tengok sama-sama.” Suhaimi mencelah.

“Ha ha ha. Sebelum tu mulakan misi memikat adik kita orang tu. Hati dia susah tahu nak pikat. Ingat senang ke?” kata Azri sambil tersenyum nakal.

“Ehem... pasal tu... aku nak minta tolong boleh?” tanya Suhaimi dengan malu-malu kucingnya.

-

“Along!!! Kata nak tengok wayang, lusakan nak naik kapal dah...” rungut Azfa yang rimas menunggu alongnya. Semalam bukan main lagi berjanji. Kata rindulah, jom luangkan masalah. Ni... batang hidung pun dah tak nampak.

“Ala... adik... along sakit perutlah. Adik pergi dulu dengan angah. Nanti along datang.” Kata Azim sambil menayang muka berkerut-kerut.

“Ish... macam-macam. Makanlah lagi sambal belacan semangkuk. Lain kali hirup je macam hirup kuah tu.” Perli Azfa. Geram dengan Azim yang tak reti nak jaga diri dan pemakanan.

“He he he Sorry madam. Argh... kecemasan! Kecemasan! Bye adik!” jerit Azim sebelum menghilang disebalik bilik.

“Jom angah. Along ni ada-ada aja. Kak Maisa dah siap ke?” tanya Azfa tak sabar. Lama dah tak tengok wayang ramai-ramai macam ni.

“Dah siap lama dah. Dia lagilah teruja nak dating dengan angah yang menjadi pujaan dia ni. Kamu ni terlebih riang ni kenapa? Nak jumpa pakwe ke dekat sana?” tanya Azri mengusik si adik bongsu.

“Heh, haah nak dating jugak ni. Dengan along dan angah serta kak Maisa...” kata Azfa sambil memaut lengan abangnya itu.

“Ceh... sibuk je along dengan adik ni.” Kata Azri sambil ketawa. Azfa turut ketawa.

-

“Angah mana along? Wayang dah nak mula ni.” Tanya Azfa yang asyik menilik telefon. Mana tahu along ada call ke apa ke.

“Nanti dia dah sampai dia masuk la. Tiketkan ada dekat dia nanti dia duduk sebelah adik tu. Jangan risau.” Kata Azri sambil memfokuskan diri ke skrin.

“Hm... yelah.” Telefon dimatikan. Tumpuan cuba diberi ke skrin besar. Tangan laju menyuap popcorn yang dibeli kak Maisa.

Terasa bagai ada yang duduk disebelahnya. Azfa yang sudah menumpukan 100% ke atas cerita itu tidak menghiraukan alongnya.

Sesekali tangan laju menyuap popcorn ke mulut alongnya.

Hampir 2 jam mereka menonton, wayang pun tamat. Alangkah terkejutnya Azfa melihat siapa yang duduk disebelahnya. Bukan alongnya tetapi Suhaimi. Suhaimi menayang sengih.

“Apa ni? Mana along saya?” tanya Azfa sedikit marah. Terasa bagai dipermainkan oleh lelaki-lelaki ini.

“Er... ni... ni...” Suhaimi jadi takut melihat wajah marah Azfa. Azfa yang selalu tersipu malu sudah meletus marahnya. Mungkin tidak tahan dengan tindakan mereka.

“Apa ni, ni? Angah!” Azfa segera memanggil Azri. Tetapi Azri lebih pantas. Dalam sekelip mata Azri dan Maisa sudah menghilangkan diri. Azfa mengeluh. \

“Maafkan kami...” Suhaimi cuba menagih simpati. Wajah comel ditayang.

“Apa pasal pulak? Awak ada buat salah ke? Along dengan angah yang buat saya marah.” Nada suara Azfa bagaikan anak kecil yang sedang merajuk.

“Jangan salahkan mereka. Saya yang minta tolong. Saya... saya...” Suhaimi jadi gugup. Apa yang dia ingin luahkan bagaikan tersekat dikerongkong.

“Apa?!” sergah Azfa.

“Jom kahwin Azfa Zahara!” terpacul ayat itu dari mulut Suhaimi. Mata Azfa terbeliak.

“Apa encik Iman merepek ni?” panggilan sudah bertukar. Terasa janggal melihat wajah Suhaimi yang memerah menahan malu.

“Betul. Saya... saya dah jatuh cinta dengan awak... ja... jadi... Kita kahwin ye?” pinta Suhaimi dengan muka sayu.

“Apa encik Iman merepekkan ni? Encikkan bos saya, saya ni pekerja saja. Kot ye pun nak prankkan saya. Tak payah seekstrem ni.” Kata Azfa sedikit terkilan. Tahukah Suhaimi dengan perasaannya. Sampai hati mereka mempermainkan hatinya.

“Saya tak merepek. Saya sedar, waras! Saya, Iman Suhaimi, cintakan awak, Azfa Zahara. Jadi dengan itu, saya nak berkahwin dengan awak. Green light tak payah risau. Ayah, emak, along dan angah dah bagi. Mereka kata nak dengar kata ‘ya’ sahaja dari awak. Jadi... Azfa Zahara will you marry me?” tanya Suhaimi dengan penuh romantis. Azfa terkesima.

“Encik...” Azfa kehilangan kata. Ini mimpi atau realiti?

“Will you marry me?” tanya Suhaimi buat sekian kalinya.

“Yes.” Perlahan sahaja kata itu dituturkan Azfa. Tetapi tetap didengari Suhaimi.

“Alhamdulillah. Along, angah dengar tak? Azfa setuju!” jerit Suhaimi. Telefon yang diloud speakerkan dikeluarkan dari poket.

Azfa yang terkejut dengan tindakan Suhaimi memukul lengan lelaki itu spontan. Geram dan malu bercampur aduk.


Kalau dengan Suhaimi memang dirinya senang terasa malu. Malu itu tandanya... cinta! semoga cinta mereka berkekalan ke jinjang pelamin dan ke syurga-Nya.