Qis & Along
“Ibu,
kenapa along tak suka kawan dengan Qis? Sebab Qis nakal ke bu?” tanya Qistina
yang baru berusia 11 tahun.
“Kenapa
Qis cakap macam tu? Along suka berkawan dengan Qis. Qis je yang rasa macam tu.”
“Betullah
ibu. Along tak suka kawan dengan Qis. Dia layan adik Iz dengan baby lain
sangat. Dengan Qis along tak nak pegang tangan pun. Kenapa ye bu?” muka Qistina
mula berubah. Air mata mula bertakung. Sedih apabila dirinya selalu disisih
tatkala mereka bermain.
“Mungkin
sebab Qis dah besar. Adik Iz dengnan baby kecik lagi, sebab tu along manjakan
mereka.” Kata Laila yang sudah serba salah.
“Akak,
jom main!” jerit Izreen membuat Qis berlari ke arah adiknya.
2017
Qistina melangkah penuh keyakinan di lapangan
terbang KLIA itu. Tiga tahun dia di Sabah menuntut ilmu. Tiga tahun dia tidak
pulang ke rumah keluarganya. Entah bagaimana reaksi adik-adiknya apabila dia
sampai ke rumah. Along? Dah pasti abangnya itu tiada sebarang reaksi. Dingin.
Macam ais. Ketika umurnya meningkat 10 tahun, along mula berubah. Tidak mahu
mendekatinya. Seakan-akan dia membawa virus yang tidak dapat diubati.
“Eh! Faiz!” jerit Qistina sebaik sahaja dia terlihat
seorang jejaka memang cardboard bertulis ‘Welcome home princess Qistina!’.
“Welcome home!”tangan didepakan. Seakan-akan mahu
memeluk tubuh Qis. Terus Qistina menghadiahkan penumbuk manja ke lengan Faiz.
“Ngeklah kamu ni! Macam mana tahu aku balik hari
ni?” tanya Qistina kepada kawan baiknya sejak STPM.
“Well, media sosial la! Kau tu apa-apa pun update
kat IG, that how i know you’re coming home. Jom, aku hantarkan! Sebelum tu, jom
lepak makan dulu.” Faiz mengambil alih tugas Qistina yang menolak troli yang
berisi beg.
“Aku on je. Jom.”
“Tapikan weih, kenapa ek, troli kau ni berat macam
hapa je? Bawak balik batu ke apa dari Sabah tu? Ke kau seludup future husband
dalam beg kau ni?” tanya Faiz yang terkerut-kerut dahi menolak troli Qistina.
Qistina membuat muka.
“Kau tu yang lemah. Nama je lelaki. Meh aku tolak!”
troli beralih tangan. Faiz tersengih. Lemah ke malas?
-
“Assalamualaikum!
Assalamualaikum!” laung Qistina di depan rumah teres dua tingkat itu. Faiz
berpeluh-peluh mengangkat beg-beg Qistina ke depan pintu rumah.
“Mana family kau ni Qis? Berpeluh-peluh aku angkat
beg kau tapi pintu tak bukak pun.” Rungut Faiz yang sudah terduduk diatas
lantai keletihan.
“Hm... tulah. Kita tunggulah kejap.” Elok sahaja
Qistina habis berkata, sebuah kereta berwarna hitam meluncur masuk ke dalam
perkarangan rumah.
“Hah! Sapa tu Qis?" Faiz mula berdiri tegak,
macam nak menyambut menteri besar sahaja gayanya.
“Entahlah Iz, aku pun first time tengok kereta ni.
Tak tahulah siapa yang pakai.” Qistina turut berdiri apabila Faiz berdiri.
Pintu kereta dibuka. Wajah along muncul dari kereta
hitam itu. Masam, mungkin tak senang dengan kehadiran dirinya. Mana tahu along
ada dalam kereta hitam tu. Dia pun memandai-mandai buat suprise. Memang
masamlah alongnya itu.
“Er... Assalamualaikum along.” Qistina menunduk ke
tanah. Takut ada, gerun pun ada. Tangan memang tak dihulurkan. Sedari usianya
10 tahun along tak sudi menyambut huluran tangannya. Seperti ada kotoran di
dirinya.
“Waalaikumusalam. Bila sampai?” Hakim berbasa basi
dengan Faiz.
“Dalam 15 minit juga kami sampai dekat sini along.”
Kata Faiz sambil tersenyum.
“Oh, masuklah dulu. Ibu, ayah dengan adik-adik
keluar pergi mall.” Hakim membuka pintu rumah. Melihat Faiz mengangkat beg-beg
Qistina, Hakim turut membantu.
Qistina hanya mengikut langkah Faiz. Faiz keluar
rumah angkat begnya, dia pun ikut sama. Faiz masuk ke dalam rumah, dia pun ikut
sama. Tak sanggup dia menghadap abang sulungnya itu. Gerun.
Qistina mula muncung. Pelik jugak dengan along ni.
Dengan Faiz habis dia cerita ibu, ayah dan adik-adik pergi mana, siap hidang
air lagi untuk kawan dia ni. Dengan dia senyap je. Lepas tu jeling-jeling
dengan mata beku dia tu. Memang mamat ais!
Qistina menyiku-nyiku badan Faiz. Faiz yang terkejut
terus tersembur air ke muka Hakim. Terhenti segala pergerakan yang ada.
“Er... er...” tergagap-gagap Faiz melihat wajah
Hakim yang dibasahi air orennya. Hakim membuka matanya dan memandang tepat ke
wajah Qistina.
“Kau ni sengaja ke hah?” perlahan tapi tajam menusuk
ayat Hakim itu. Qistina mula cuak.
“Er... maaf bang, eh along, maaf tak sengaja.
Sumpah!” kata Faiz yang sudah berdiri mencari kain lap.
“Hm... its okay. Tak apa. Duduk je kat sini. Saya
pergi bilik air sekejap.” Kata Hakim tanpa perasaan. Elok sahaja Hakim hilang
dari pandangan, Qistina mula menarik nafas lega. Senyap seketika.
“Hahahaha” ketawa Qistina tersembur tiba-tiba.
“Hoi! Diamlah Qis! Karang along kau dengar mampus
kita! Kau ni pun, siku-siku aku apa kes? Hish! Aku nak baliklah macam ni.”
Rungut Faiz yang masih kesal dengan apa yang terjadi.
“Manalah aku tahu akibat aku menyiku kau tersembur
air oren tu. Kalau aku tahu tak adalah aku siku. Tapikan... kelakar gila rupa
along aku dengan muka cuak kau. Aku tengok kau macam nak tanggal baju je lap
muka along aku tadi.” Qistina gelak sepuas hatinya.
“Hampir-hampir tau aku nak tanggalkan baju tadi.
Huhuhu nasib baiklah aku tak buat gila. Kalau tak lagi malulah aku.” Keluh
Faiz.
“Hahaha nasib baik!”
“Weih diamlah! Along kau nak turun tu!” bisik Faiz.
Namun Qistina tidak dengar bisikan Faiz, dia terus ketawa hingga keluar air
matanya.
“Ehem! Sedap kau ketawa ye Qistina?” perlahan tetapi
menyentap jantung, hati, limpa dan usus Qistina. Matanya terbeliak, mulutnya
terlopong.
“Faiz, erm... Faiz... nak tanya ni. betul ke ada
along dekat belakang aku ni?”bisik Qistina yang jelas ketakutan. Faiz menayang
senyuman simpati. Kepala dianggukkan perlahan.
“Oh my Allah! Mati aku.” Bisik Qistina sambil
memalingkan mukanya ke belakang.
“Erm, hi along? Hihihi.” Qistina menayang muka
comel.
“Hi? Bye-bye!” Hakim menayang senyum jahat. Tapi handsome
la pulak Qistina tengok, haip! Abang tu!
Hakim mula mendekati Qistina. Qistina dengan pantas
menyorok di belakang Faiz. Faiz pula dah berpeluh dingin melihat reaksi Hakim.
Hakim punya gaya macam nak makan orang. Serius ni double gerun!
“Relaks dulu long. Qis ni baru je sampai along. Relaks
dulu. Kasi dia jumpa auntie dengan uncle dulu, adik-adik dulu. Lepas tu along
seksa la dia.” Cadangan bernas dikeluarkan oleh Faiz. Qistina menumbuk belakang
Faiz geram bila mendengar cadangan itu.
“Sakitlah Qis! Aku nak selamatkan kau sekarang ni
tau tak? Karang auntie dengan uncle balik kena buat kenduri arwah pulak.” Bisik
Faiz. Qistina sudah menarik muncung.
Hakim menarik nafas panjang. Beberapa kali dia
berbuat demikian. Akhirnya dia tersenyum manis umpama manusia yang tak pernah
mempunyai perasaan marah.
“Mana ada marah. Along saja je usik Qis ni. Eh, ibu
ayah ni Qistina dah sampai rumah.” Lembut saja suara Hakim ketika ini. Sampai
terawang-awang Qistina mendengarnya. Macam best je kalau alongnya bercakap
dengan dia menggunakan nada ini.
“Anak ibu dah balik?” suara teruja Laili memeluk
erat anak daranya itu. Pipi comel Qistina dicium-cium melepaskan rindu. Rambut panjang
anaknya itu dibelai-belai.
“Cantiknya anak ibu sekarang ni! Rindu sangat dengan
anak ibu ni. Qis tak rindu ibu ye? Raya pun tak balik. Tiga tahun ibu
menanggung rindu.” Sendu suara Laili ketika ini. Air mata bergenang.
“Anak ayah dah balik! Ayah rindu dengan anak
perempuan sulung ayah ni.” dahi Qistina dikucup penuh kasih.
“Qis sayang la dengan ibu, ayah! Qis bukan tak nak
balik. Lagipun ibu, ayah dengan adik-adik selalu jenguk Qis dekat sana kan?”
balas Qistina yang kini sudah meleleh air matanya. Dalam hati sempat berbisik ‘Ibu, ayah dengan adik-adik je yang rajin. Along
tak pernah tunjuk muka setiap kali ibu dan ayah datang ke Sabah.’
“Yelah ayah dengan ibu je yang sayang Qis. Qis tak
nak pulak balik. Ni bila balik buat suprise pulak. Nasib baik ayah tak bawak
semua pergi jalan jauh. Kalau tak? Melopong la Qis depan rumah ni.” marah-marah
sayang Naim kepada gadis itu.
“Qis... sorry.... ibu ayah. Qis sayang ibu ayah
sangat-sangat. Qis tak tipu. Qis sayang semua. Qis minta maaf sebab tak balik
dalam 3 tahun ni.” hampir meraung Qistina bila ibu dan ayahnya seperti berjauh
hati dengannya.
“Yelah-yelah ibu faham. Ibu dengan ayah sayang Qis,
adik-adik, along pun sama.” Pujuk Laili bila Qistina semakin terus tangisnya.
“Udah le menangis tu Qis, huduh aku tengok.” Faiz
mencelah tiba-tiba. Adik Iz dan baby sudah mengekek pabila melihat Qistina
memberi renungan maut kepada Faiz.
“Tah, buruk benor rupa kau sekarang ni.” kata Hakim
dengan nada mendatar. Macam robot!
Terus Qistina mengelap air matanya. Air mata tak
mengalir, melihat wajah serius alongnya itu. Boleh pulak dia komen aku buruk! Desis
hati Qistina, geramnya! Wajah minta simpati di tayang kepada ayah, tangan di
depa terus tubuh ayahnya dipeluk erat. Naim menggeleng kepala. Alahai, anak
dara seorang ni. manja bukan main. Dah boleh kahwin tapi manjanya.... huih
risau bakal menantu jealous.
“Along.” Tegas suara Naim. Bukan marah betul pun. Sekali
sekala manjakan anak dara yang selalu jauh ni.
“Sukalah tu, ada yang back up dia. Pujuk dia. Ayah pun
layan sangat manja dia ni. Nanti dah kahwin gaduh dengan laki pun mengadu
dengan ayah.” Kata Hakim dengan selambanya.
“Hakim.” Suara Laili pula kedengaran. Hakim
mendengus tak suka bila ibunya pula bersuara.
“Along ni jeles la tu, kak Qis dimanja-manjakan...”
berlagu Izreen mengusik alongnya.
“Sayang adik Iz ni! Meh kak Qis peluk!” lepas sahaja
pelukan ayahnya Qis memeluk si adik yang sudah menjadi anak dara sunti. Cantik letops
adiknya sekarang ni baru umur 15 tahun kalau lebih, mesti ramai peminat
silap-silap sekarang ni pun beratur peminatnya.
Izreen yang sememangnya manja dengan Qis terus
memeluk kakaknya yang berbeza hampir 8 tahun itu. Dahi si adik dikucup mesra. Baby
a.k.a Izaty sudah muncung apabila dirinya seakan-akan lutsinar di sisi
kakak-kakaknya.
“Alololo baby besar ni! Dah 12 tahun pun
muncung-muncung ke? Meh kiss kak Qis sikit.” Pipi disua. Terus dikucup oleh si
adik yang hampir sama tinggi dengannya. Sungguh Qistina pendek orangnya.
“Kak Qis dengan kak Iz la... Suka buat-buat tak
nampak Baby.” Ujar Izaty dengan suara lirih. Tersentaplah tu, anak bongsukan. Harus
dia lagi manja.
“Hm... mengada. Manja bukan main. Malas layan Baby
ni.” Usik si Izreen buat si bongsu menarik muka tangis.
“Adik Iz! Dah tau dia ni manja lagi diusik. Tapi memang
Baby manja pun kan. Baby besar kak Qis ni?” ujar Qistina sambil menepuk-nepuk
belakang Izaty. Izaty merengek manja. Qistina tergelak kecil.
“Yelah-yelah. Dah jangan merajuk. Kak Qis dah puas
menangis. Nak happy-happy nak gelak-gelak.” Ujar Qistina sambil menayang muka
geram.
“Okay! Nak hadiah!” riang suara Izaty meminta
ole-ole daripada Qistina.
“Jom tolong angkat beg akak ke bilik. Ada banyak
hadiah!” pantas adik-adiknya mengangkat beg bersama-sama.
Kelibat Qistina dan adik-adiknya mula menghilang ke
tingkat dua rumah itu. Faiz terpinga-pinga apabila rakannya pergi meninggalkan
dirinya sendirian bersama along dan ibu bapa rakannya itu. Sungguh tak
kesiankan diri dia. Terkulat-kulat dia di situ. Along tengok dia macam nak
telan. Uncle dan auntie tengok dia tersengih-sengih seperti ada makna. Semoga tak
ada makna yang pelik-pelik. Saya kawan anak auntie je! Jerit di dalam hatinya.
“Hm... kenapa macam duduk atas api je ni Faiz?”
tanya Laili sambil tergelak kecil.
“Entah, gemuruh macam tengah bertunang.” Tambah Naim.
Ketawa pasangan tersebut memenuhi telinga pemuda-pemuda yang ada di situ.
“Hah?” ternganga Faiz. Peluh dingin semakin memenuhi
wajahnya. Hakim mendengus tidak suka dengan komen ibu dan ayahnya.
“Budak keding ni? kalau betul bertunang mau pengsan.”
Ujar Hakim dengan riak ‘tak de makna kau nak tunang dengan adik aku!’ Faiz
menelan liur yang terasa sangkut di tekak.
“Along setuju ke kalau dia bertunang?” tanya Laili
sambil mengangkat-angkat kening ala-ala Ning Baizura pula.
“Tunang dengan sapa? Lantak dia la nak tunang...
asalkan...”
“Asalkan...?”
“Asalkan bukan adik-adik along!” ujar Hakim tegas
lalu beransur dari ruangan itu. Faiz melepaskan nafas yang dia tak sedar sedang
ditahan.
Ketawa Laili dan Naim meledak sekali lagi. Suka
betul pasangan ni mengenakan anak-anak mereka. Nakal, manalah tak nakal
anak-anaknya, menurun perangai mak bapak le tu.
“Er... saya minta diri dulu ye. Assalamualaikum!”
laju Faiz menyarung kasut. Lantak la Qistina tu, kawan pun dia lupa. Malam nanti
je dia whatsapp bagi tahu dia sentap habis!
“Awak, abang rasa kita nak takutkan anak orang tu.” Ujar
Naim yang tersengih melihat Faiz berlari bagaikan lipas kudung.
“Biarlah. Saja usik anak orang. Anak sendiri susah
nak usik, asyik merajuk je.” Balas Laili sambil mencubit pipi suaminya.
“Sakitlah yang. Jom tengok anak teruna kita tu. Masam
semacam je.”
“Biarlah dia. Melayan perasaan. Geram jugak Laili
dengan dia. Suka layan Qis macam tu. Dibuatnya Qis betul-betul lari kali ni,
baru dia tahu!” ujar Laili yang sudah memeluk tubuh.
“Alah, dia masih keliru tu.” Pujuk Naim.
“Kelirulah sangat! Kalau suka cakap je la suka. Ni layan
Qis macam Qis tu orang luar! Dia tu anak sedara abang tau! Dia marah apa sangat
dengan Qis tu? Qis rampas kasih sayang kita sebab kita yang jaga dia lepas kak
Zah dan abang Zarif meninggal? Tak ada maknanya. Sebelum si Qis tu akil baligh
bukan main manja dia melayan Qis. Ni sekarang ni, layan nak tak nak je. Asyik marah
lepas tu bila ada yang suka dekat Qis dia takutkan macam Qis tu dia yang punya!
Mana boleh!” marah sungguh Laili ketika ini.
“Dia suka Qis. Dia cuma keliru je. Nanti dia akan
sedar satu masa nanti. Sabarlah sayang.”
“Sabar tu boleh je bang. Yang kesiannya dekat si Qis
tu. Laili takut before Hakim sedar dia suka Qis, Qis dah lari jauh dari dia,
dari kita semua. Abang nak macam tu?” Pantas Naim mengeleng.
“Laili bagi masa 2 bulan je. Kalau dia buat perangai
lagi. Laili sendiri carikan calon suami terbaik untuk Qis!” ujar Laili, tegas.
Naim menelan liur. Seram pulak bila isteri dia tegas
semacam. Terus dia mengangguk setuju. Senyuman manis terukir di bibir Laili.
“Nasib baik abang setuju. Jom kita rehat-rehat dulu.
Kejap lagi kita bawak dia semua makan dekat restoran kegemaran Qis.” Laili menarik
tangan suaminya ke bilik.
Disebalik dinding yang memisahkan dapur dan ruang
tamu, Hakim menyandarkan belakangnya ke dinding. Muka berkerut seribu, marah,
geram, kesal, semuanya bercampur baur. Tapi ada satu rasa yang dia sendiri
pelik kenapa ada ketika itu. Rasa risau, tak tentu arah mendengar kata-kata
ibunya. Kenapa dia kisah? Dia sayangkan Qistina ke? Tak mungkin, Qistina dah
macam adik kandung dia. Tapi...
Ada dekat wattpad jugak. hehehe kalau nak baca di wattpad sila bukak melalui fb asyu ye. tak reti nak share link di sini.
sorry sangat-sangat lama tak update.
cerita ni mungkin akan ada lagi 2 part.
jangan risau, akan kelakar macam nak gila part kedua nanti
doakan asyu rajin menulis.
hahahaha
soalan interview tesis pun tak buat lagi deh....
huhuhu
buh bye
sayang korang ketat2