Bab 3
“Gila
betullah, ada ke patut dia suruh aku jalan sesorang dalam gelap ni.
Untuk benda yang tak munasabah pulak tu. Nak cari topi dia je.. haih
macam tak boleh cari besok siang..”kedengaran rungutan kecil dari
mulut Mariana.
“Ehem,
ehem!” kuat betul orang tu berdehem. Sampai Mariana yang asyik
membebel hampir terlompat. Mariana menggosok-gosok dadanya, mahu
menghilangkan rasa terkejutnya. Pantas sahaja dia berpaling melihat
siapakah gerangannya yang berdehem tadi.
“Erk..
so..sorry abang Irsyad!” kuat suara Mariana meminta maaf apabila
menyedari yang berdiri dibelakangnya itu merupakan senior yang
menyuruhnya buat benda-benda yang padanya tidak masuk akal.
“Saya
taklah kejam sangat nak biarkan awak jalan sesorang..” ujar Irsyad
sedikit geram. Mariana terkulat-kulat disitu.
“Dah,
dah jom cari topi saya tu sekarang!”ujar Irsyad tegas. Mariana
sekadar menbuntuti seniornya. Sedang mereka asyik mencari topi si
senior sengal (gelaran baru dari Mariana) Mereka dikejutkan oleh
bunyi hilaian yang kuat.
Mariana
sudah bangun mendekati Irsyad. Irsyad masih dengan muka coolnya.
Tiba-tiba...
“IBU!!!”
Mariana sudah memeluk erat tubuh Irsyad. Bagai mahu luruh jantungnya
melihat 'sesuatu' terbang dari arah semak disebelahnya.
Tak
lama kemudian kedengaran gelak ketawa dari arah semak tersebut.
Mariana yang masih memejam mata perlahan-lahan membuka matanya dah
mengintai siapa yang ketawa itu. Dalam takut-takut tu sempat lagi nak
menengok tu. Kedengaran pula bunyik 'klik' macam bunyi kamera. Lagi
pantaslah Mariana membuka matanya.
“Hahahaha..
Irsyad comellah kau dengan minah bambam ni.. Bagai pinang dibelah
empat belas. Hahahaha” ketawa Alif salah seorang senior Mariana.
Apabila tahu dirinya dikenakan pantas sahaja Mariana menjauhkan diri
dari Irsyad. Dek kerana geram yang melampau, Mariana pantas memijak
kaki Irsyad sekuat hati. Irsyad bagai baru tersedar.
“Apa
yang dah jadi?! Mana Mariana?!” tanya Irsyad yang ternyata blur dan
sedang kesakitan.
“Aik..
dah terpesona ke kena peluk dengan si bambam tu Irsyad??”tanya Alif
dengan tawanya. Muka Irsyad memerah. Dia rasa bersalah pula buat
Mariana begitu. Padahal ini semua rancangannya.
“Dah
la tu jum masuk bilik, depe semua dah lama bersurai kau je lama-lama
kat sini sukalah tu dapat duduk dengan bambam dia...” usikkan Alif
masih tidak reda. Irsyad hanya mampu mendiamkan diri rasa bersalah
masih menebal. Dia nekad mahu mencari Mariana dan meminta maaf dengan
gadis itu.
0______^
Mariana
melajukan langkahnya. Dia rasa seperti ada yang mengikutnya dari
belakang. 'Dahlah tersesat ni... ibu tolong!! mana jalan nak ke
bilik?!' Mariana menahan air mata dari gugur. Baru hari first dah
kena macam ni. Boleh ke dia bertahan?
Akibat
terlalu tergesa-gesa Mariana tersadung baju kurungnya yang labuh.
Jatuh bergolek-golek dia ditepi koridor itu.
“Ya,
Allah!”jerit satu suara.
“Awak
okey ke?”tanya suara itu lagi. Mariana mengangkat muka, air mata
yang ditahan akhirnya mengalir keluar.
“Huawaaaa!!!”
tangis Mariana bersungguh-sungguh.
“Erk...
awak okey ke?” tanya lelaki itu. Dibelek-belek siku Mariana yang
terluka.
“Nak
balik bilik.. huawaaaa!!” makin kalut lelaki itu dibuatnya.
“Okey,okey
tak mo nangis-nangis.. jom saya hantar awak balik bilik..” ujar
lelaki itu membantu Mariana bangun. Perlahan-lahan Mariana mengikut
langkah lelaki itu. Kakinya sedikit sakit mungkin tergeliat.
“Terima
kasih..” ucap Mariana perlahan selepas bertenang.
“Hm..”
ujar lelaki itu masih memimpin Mariana. Takut juga jika gadis betubuh
agak besar itu jatuh kembali.
“Nama
awak siapa?” tanya Mariana. Sebenarnya dia agak takut dengan
suasana yang sunyi. Jadi dia tidak habis-habis menganggu lelaki itu.
“Mikail..
awak?” tanya Lelaki itu kembali. Mariana tersenyum, lega akhirnya
lelaki itu bersuara.
“Mariana
tapi awak boleh panggil saya Mar... ^_^..” Mariana sedikit senang.
“Oh..
student baru ye?”tanya Mikail. Mariana mengangguk mengiyakan
kata-kata Mikail.
“Hm..
patutlah.. awak kena buli ke tadi Mar?”tanya Mikail sekali lagi.
Entah kenapa dia tertarik untuk berbicara dengan gadis ini.
“Haah...
saya benci senior tu.. Memang saya takkan maafkan dia!”ujar Mariana
tegas. Mikail semakin tertarik mendengar kemarahan Mariana.
“Siapa
yang buat awak marah sangat ni? Teruk sangat ke dia buli?” tanya
Mikail teruja.
“Firsyad..
senior tahun 3 rasanya.. tak la teruk sangat. Tapi saya marah sebab
saya dah terpeluk dia.!”ujar Mariana. Terbeliak mata Mikail.
“Peluk?
Macam mana boleh jadi? Ce citer ce citer..” Mikail menggesa Mariana
untuk menceritakan perkara itu memandangkan hostal perempuan semakin
dekat.
Mariana
menceritakan hal itu sepenuh hati. Terangguk-angguk Mikail
mendengarnya. Kadangkala lelaki itu mengeleng. Akhirnya mereka tiba
dihostel perempuan.
“Hm..
memang patut awak marah dia..” ujar Mikail di depan hostel
perempuan.
“Tu
la.. apa-apa pun thanks sebab dah tolong saya...” Kata Mariana
sambil tersenyum ikhlas. Terkesima Mikail melihat senyuman Mariana
itu. Comel! Itu sahaja perkataan yang muncul dalam otaknya.
“Comel..”desis
Mikail. Mariana berkerut-kerut dahi.
“Apa?”tanya
Mariana yang kurang jelas dengan apa yang Mikail katakan.
“Tak
ada apa-apa, saya cakap sama-sama.. hehehe juma esok, lupa pulak awak
jurusan apa ya?” tanya Mikail yang sudah bersedia mahu ke hostelnya
pula.
“Saya
ambik jurusan pereka dalaman..”ujar Mariana.
“Okey
kita jumpa lagi dalam masa seminggu!”ujar Mikail yang sudah sedikit
menjauh.
“Hm..
okey!” Mariana melambai Mikail. Dia sendiri tak faham... seminggu,
jumpa? 'Ah, lantaklah.. nak tidur!!!' Mariana melangkah
perlahan-lahan ke biliknya. Pasti rakan sebiliknya sudah tidur.