Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Sunday, 28 July 2013

Dalam Kebencian Ada Kasih untukmu, Suamiku. ~2~

ASSALAMUALAIKUM

BISMILAHIRAHMANIRRAHIM

BAB INI JUGA DAH DIEDIT




BAB 2

Afifah membetul-betulkan bajunya. Besar betul baju Harris ini. Kenapalah dia degil tak mahu membawa bajunya. Protes punya pasal. Sekarang tengok siapa yang rugi? Dia juga. Nampak seksi dan seksa dalam baju Harris ni. Teringat pula pada peristiwa hitam itu. Saat dia dinikahkan oleh abangnya. Mengapalah dia pulang pada saat itu. Degil betul dia ni!

            Afifah memberi salam. Rasa terujanya jelas terlihat di wajah. Kelihatan Faizul menyabut salamnya. Namun reaksi wajah Faizul jelas mengambarkan dia tidak senang dengan kepulangan Afifah. Seakan terkejut dengan kepulanganya. Tapi memang itu yang dia mahukan. Mahu membuat kejutan yang manis untuk abangnya itu.

            “Along tak suka Ifah balik ke? Konvo Afifah lagi 6 bulan baru ada... sebab bosan Afifah balik la. Along ni... macam tak suka je.. Afifah balik. Betul ke?”tanya Afifah sedikit kecil hati dengan reaksi abangnya. Selalunya bila dia pulang, Faizul pasti memeluk tubuhnya. Semua permintaannya ditunaikan lagaknya bagai puteri. Tapi... kenapa pelik sangat alongnya hari ini?

            “Bukan tak suka... Kenapa Ifah balik pada masa ni. Kan along dah cakap jangan balik! Dah pergi mana-mana dulu. Lepas maghrib baru balik. Faham?!” marah Faizul dalam bisik. Seolah-olah ada orang lain disitu. Faizul meminta adiknya beredar. Afifah mencebik. Tanpa mempedulikan halangan abangnya, dia melangkah masuk ke dalam rumah. Apa Afifah kisah?! Sekarang badannya penat... dia hanya nak tidur sepuas-puasnya.

            “Owh.. inilah gadis yang Harris katakan tu. Cantik..” ujar Puan Sakinah senang. Afifah yang tidak tahu menahu terkesima. Lebih-lebih lagi apabila lelaki yang dipanggil Harris itu mendekatinya. Kacak sungguh lelaki itu. Siapa ya? Kawan along mungkin.. Hati Afifah berdegup kencang saat matany direnung tajam oleh lelaki itu. Sudah... jangan kata..

            “Ya, mama Harris nak kahwin dengan dia!” kata Harris seraya mengeyitkan mata ke arah Afifah. Terbeliak mata Afifah mendengar kata lelaki itu. Mahu sahaja Afifah menjerit mengatakan tidak. Gila... baru sahaja berjumpa terus nak kahwin! Namun mengenangkan ada yang lebih tua disitu dia sabarkan hati.

            “Baiklah mama setuju. Bila nak langsung?” tanya Puan Sakinah turut teruja dengan pilihan anaknya. Sama cantik, sama padan.

            “Kalau boleh awal bulan depan!” ujar Harris menjawab bagi pihak Afifah. Makin terbeliak mata Afifah mendengar kata-kata lelaki yang tidak dikenalinya itu. Siapa pula lelaki ni? Baru sahaja berjumpa, tiba-tiba kata nak kahwin dengannya. Dia tak nak kahwin lagi! Along tolong!

            “Maknanya lagi seminggu?! Mana sempat nak buat persiapan semua, Harris biar rasional bila buat keputusan tu!” Puan Sakinah sudah mengurut-ngurut dadanya. Menahan sesak yang dirasakan pada saat ini. Anaknya ini kalau nakkan sesuatu memang tak fikir baik buruknya.

            “Mama.. kita buat perkara yang wajib dulu. Harris tak jamin boleh tahan dengan perempuan secantik dan sebaik Afifah.” Ujar Harris sedikit gatal. Puan sakinah mengeleng-geleng kepala melihat kegatalan anaknya. Sehingga merah muka Afifah pada saat itu. Merah kerana menahan marah dan juga malu.

            “Memang wajib kahwin ni. Hahaha nasiblah Afifah dapat suami tak tahu malu macam ni.” Puan Sakinah mengosok lembut tangan Afifah. Baru sahaja Afifah ingin membantah, alongnya menyampuk.

            “Baiklah. Sa..saya tak kisah puan.” Ujar Faizul tergagap-gagap. Dijeling adiknya. Mengharapkan pengertian di atas tindakannya ini.

            “Along!” terjerit kecil Afifah. Puan Sakinah tersenyum menyangka Afifah malu dengan persetujuan alongnya. Biasalah perempuan...

            “Baiklah, kalau macam tu kami mintak diri.”Puan Sakinah menarik anak bujangnya yang masih galak merenung Afifah. Afifah menyalami tangan Puan Sakinah. Terus wanita itu memeluknya. Lalu dikucup kedua-dua belah pipi.

            “Terima kasih, sudi membahagiakan anak mama..” bisik Puan Sakinah membuat Afifah serba-salah. Baru sahaja dia ingin memberitahu hal sebenarnya, hatinya mula berbelah-bahagi. Lebih-lebih lagi dia dilayan seperti anak oleh puan Sakinah.

            “Ehem.. mama je? Abang?” Harris menghulurkan tangan. Terus Puan Sakinah memukul manja tangan anaknya.

            “Amboi, tunggu lepas dah sah nanti!” marah Puan Sakinah pada Harris. Harris tersengih. Afifah masih dalam kabur. Tidak faham apa yang berlaku. Dia hanya memandang mereka berlalu. Pelbagai persoalan muncul. Siapa mereka? Kahwin dengan siapa? Dia? Apa yang terjadi ni?

            “Along tolong jelaskan perkara ni dekat Ifah..” rayu Afifah yang sudah memegang kepala. Faizul melepaskan nafas kasar. Bala sudah datang... dia sendiri pening bagaimana nak terangkan kepada Afifah.

            “Sebab tu along tak kasi Ifah balik! Kan along dah cakap jangan balik sampai along suruh! Ifah tahukan along banyak berhutang. Dia tu, Harris. Orang yang banyak kasi along pinjam duit. Beberapa hari lepas dia nampak gambar Ifah. Dia  kata dia suka dekat Ifah. Terus dia pujuk mama dia datang meminang. Along dah cakap tak boleh. Ifah nak kerja. Dia kata kalau Ifah tak terima.. dia.. dia nak potong kaki along. Along nak report polis pun masalah. Dia tu peminjam wang tanpa lesen. Kalau along report along pun sangkut. Tu yang along suruh Ifah jangan balik lagi.. Along nak dia fed up tunggu Ifah!” ujar Faizul panjang lebar. Afifah terdiam.

            Esoknya, Harris datang dan ugut Afifah supaya terimanya. Afifah mahu  sahaja lari dari situ. Tapi mengenangkan abangnya bakal cacat, terus dia membatalkan niatnya. Dia hanya mampu pasrah. Terus sahaja Afifah diam.

            Tak sampai seminggu, Harris datang memberi sehelai baju untuk pernikahan mereka. Nasib baik, dia sudah pergi kursus kahwin, tidak perlu dia terkejar-kejar. Dia hanya menunggu. Terasa pula seperti mereka memang ditakdirkan untuk berkahwin. Selepas kahwin dia akan membuat perhitungan atau dia akan lari semasa hari pernikahan. Takkan Harris sanggup memotong kaki alongnya dengan orang ramai bertandang?

            Hari yang dinantikan tiba. Baru sahaja Afifah mahu melarikan diri. Haris muncul dan menunjukkan gambar yang terdapat 5 orang lelaki berkawal dan bersedia menyerang alongnya. Sekali lagi Afifah tumpas. Dia terpaksa rela. Sekiranya tidak, nyawa alongnya terbang disebabkan dia.

            Tepat pukul 11 pagi, Afifah telah sah menjadi isteri kepada Harris Lee seorang usahawan yang berjaya namun disebalik semua sifat baik itu tersembunyi satu perihal yang kejam. Memaksa dia kahwin bukan sesuatu yang kejam ke?

            Afifah tersentak mendengar laungan Harris dari dapur  hilang semua kenangan itu diganti realiti. Dia sudah terikat, tidak boleh lari melainkan.. Harris menceraikan dia. Pantas sahaja dia keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Rasa takut, marah dan kecewa datang silih berganti dalam dirinya. Dia akan fikirkan cara untuk lari daripada sangkar derita ini.

-

            Di sebuah rumah agam seorang lelaki turut merasai kekecewaan. Matanya merenung ke syiling. Mengharapkan jika ada jalan keluar untuk masalahnya ini.

            Hazwan Lee terbatuk-batuk kecil. Dada yang terasa sesak diurut perlahan. Leong orang kanannya segera menghulurkan ubat dan air. Dalam kesakitan Hazwan menggeleng. Dia tak akan tumpas kepada sakitnya ini.

            Jika dia tumpas, siapa yang akan menguruskan perniagaannya ini? Menjaga anak-anak buahnya? Nak harapkan Leong? Huh, harapkan pagar, pagar makan padi bukannya dia tidak tahu aktiviti anak buahnya yang satu itu.

            Mengelapkan duitnya dalam diam. Bukannya dia tidak mahu menangkap Leong, Cuma buat waktu ini hanya Leong yang boleh diharapkan.

            Hazwan mencapai telefon. Wallpaper telefonnya ditenung tajam. Anak... ya satu-satunya anaknya. Harris Lee. Hanya dia yang mampu mengambil alih tempatnya.

            “Harris, Harris... dah nak kahwin dah. Tak beritahu daddy pun. Ha ha ha... jangan risau daddy akan hadir dalam majlis perkahwinan kamu. Dan... daddy akan berikan hadiah yang paling bermakna dalam hidup kamu.” Kata Harris sendirian.

            “Leong!” panggilnya.

            “Ye taiko!”

            “Aku nak kau siasat, di mana majlis Harris akan dibuat.” Arah Hazwan. Leong mengangguk faham sebelum berlalu.


2 comments:

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)