Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Friday, 26 July 2013

KERANA KAU ANJELKU 14

Bab 14


Nada memandang nak tak nak sahaja ayahnya yang setia berdiri disebelahnya. Rasa sebal masih belum hilang sepenuhnya. Mata bulatnya galak memerhati perlakuan ayahnya yang seakan-akan tidak tenang. Asyik berulang-alik dah macam tentera sahaja.. pening kepalanya. Azan Maghrib sudah berkumandang. Nada pantas sahaja berdiri, mahu menunaikan solat yang sedari tadi ditunggunya. Melihat ayahnya yang tidak bersuara, Nada pantas menunaikan tanggungjawabnya yang satu itu. Dibiarkan sahaja ayahnya, entah apalah yang dia nak cakapkan tu..

Nada telah selesai menunaikan solatnya. Dia menoleh ke tepi. Dilihat Huzairil masih setia menantinya dihujung katil. Nada melepaskan nafas kasar. Apa yang sebenarnya Huzairil mahukan?! Nada berdehem kuat apabila melihat ayahnya seperti tiada disitu.

“Eh, Nada dah habis solat?' tanya Huzairil seperti orang bodoh. Nada menayang muka pelik.

“Haah, dah lama Nada habis solat. Ayah tak solat ke?” tanya Nada yang mula membuka buku. Bosan pula melihat ayahnya duduk disitu tidak berkutik.
“Hm.. ayah nak pergi solat la ni. Nada.. Kalau.. Kalau la, daddy nak ambik Nada, Nada nak ikut tak?” tanya Huzairil dengan muka yang kusut. Nada terkesima mendengar pertanyaan ayahnya. Dah buang tebiat ke ayahnya ni?!

“Kenapa ayah tanya?” Nada menyoal kembali.

“Hm.. Nada jawab je. Nak ikut ke tak?”tanya Huzairil sedikit keras. Mungkin geram apabila persoalanya tidak berjawab.

“Erk.. Nada, Nada tak tahu la. Depends.. Nada.. Nada tak tahulah! Ayah please keluar, Nada ada homework ni.” Nada tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan itu. Hatinya sudah sayang pada daddynya dan keluarga ayahnya sudah sebati dengan hidupnya. Huzairil mengeluh mendengar jawapan anaknya itu. Jelas Nada sendiri berada dalam dilema. Perlahan dia meninggalkan bilik anaknya itu.

Nada mengeluh perlahan. Kenapa ayahnya bertanya soalan sebegitu? Ada sesuatu yang dah terjadi ke? Pertanyaan ayahnya membuat dia takut. Takut kalau-kalau semua yang dia miliki akan hilang begitu sahaja.

Buku yang tadinya dibiarkan terbuka ditutup. Kepalanya sakit memikirkan soalan ayahnya. Lantas Nada melangkah ke katil. Kepalanya yang sakit hanya akan reda bila dia tidur. Jam dikunci. Takut pula dia terlepas isyak. Dapat melelapkan mata 30 minit pun jadilah.




Huzairil duduk termenung ditaman mini buatan isterinya. Cuaca yang mendung sedikit menenangkan hatinya. Direnung langit bagai meminta jawapan bagi persoalanya. Mungkinkah Nada akan mengikut Huzairil suatu masa nanti? Keluhan nipis dilepaskan.

“Abang, jemput minum.” Linda meletakkan sedulang air teh ke atas meja batu itu. Huzairil menghirup teh yang berasap nipis itu. Suasana kembali sepi. Linda memandang suaminya dengan penuh rasa hairan. Mengapa suaminya itu mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa. Selalunya becok mulut suaminya menceritakan hal yang berlaku di pejabat.

“Abang okey ke?” tanya Linda. Huzairil memandang kosong wajah Linda. Linda semakin gelisah.

“Abang ni okey ke tak?” tanya Linda lagi. Kali ini sedikit tinggi nada suaranya.

“Abang.. Abang..hm..” keluhan kedengaran dari bibir Huzairil. Linda mencapai tangan suaminya. Dikucup perlahan.

“Abang kala ada masalah jangan simpan seorang. Linda sentiasa ada untuk menyokong abang. Walaupun Linda tak dapat nak membantu setidak-tidaknya beban abang terasa ringan.” ujar Linda lembut. Kata-kata Linda seakan-akan memberi Huzairil semangat. Direnung anak mata isterinya. Isteri yang dicintai mungkin dulu dia salah kerana merahsiakan hal Nada. Isterinya sememangnya isteri yang baik. Cuma keadaan yang memaksa Linda berubah menjadi kejam waktu dulu.

“Huzairil... dia..” Sekali lagi Huzairil kehilangan kata.

“Dia apa? Dia ganggu abang ke? Dia ugut abang?” tanya Linda dengan perasaan berdebar-debar.

“Dia.. Dia nak ambik Nada dari sisi kita..” ujar Huzairil sedikit perlahan. Linda terdiam mendengar perihal yang sungguh mengejutkan itu.

“Dia.. dia tak ada hak! Nada tu anak kita!” ucap Linda sedikit keras.

“Ya, Nada memang anak kita. Tapi... dia.. dia bapa kandung Nada. Dia juga ada hak, Linda..” ujar Huzairil sambil merenung ke langit. Linda menggeleng kepalanya, tak mungkin anak yang barju beberapa tahun dia curahkan kash sayang akan pergi jauh darinya. Tak mungkin!

“Huzairil nak buat tuntutan du mahkamah..” ujar Huzairil dengan seribu perasaan. Linda terlopong. Perlahan air mata keluar tanpa dijemput. Semakin lama semakin jelas esakkan Linda. Huzairil memeluk isterinya. Sepi menyelumbungi mereka.

“Apa?! Betul ke? Betul ke apa yang ayah cakap ni? Nada akan pergi jauh daripada kita?” tanya Amir tidak percaya. Nada akan jauh dari mereka. Padahal dia baru sahaja nak berbaik-baik dengan adik susuannya itu.

“Betul Amir. Bapa kandung dia nak buat tuntutan mahkamah.” Huzairil memandang anaknya yang masih berdiri kebingungan.

“Tapi.. tapi Amir baru nak sayang dia... Amir.. Amir banyak salah dengan dia..” ujar Amir sedikit sebak. Tak mungkin Nada akan perfi jauh daripada mereka.

“Ayah minta Amir rahsiakan dulu hal ini dari adik-adik yang lain. Nanti mahu kecoh. Nada juga akan rasa serba salah..” ujar Huzairil meminta anak sulungnya memahami. Amir memandang ayahnya. Perlahan kepala dianggukkan. Huzairil tersenyum dalam tangisan. Mereka bertiga berpelukkan dengan hati yang hiba. Adakah Nada masih akan bersama mereka di hari mendatang?

#sorry lambat plak update.. hehehe.. dah lama x update kan.. so sorryyyyyyy~!! >_< 

#hehehe klu rajin jemput komen ek... BTW kad raya tuk friends yang kwn ngan Asyu kat FB tlah selamat dipos.. maaf le klu x cantik hehehe ^_^


1 comment:

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)