BAB 2
“Assalamualaikum..”Ujar
Mariana gugup. Tadi semasa dia menyimpan beg tiada rakan sebilik yang
sudah sampai. Sekarang ni dah beratur selipar depan bilik. Kedengaran
dua, tiga suara menyahut salamnya.
Perlahan-lahan
pintu bilik dibuka, Mariana menghulur kepalanya dahulu, mahu intai
siapa yang ada.. Macam la dia kenal orang-orang dalam bilik tu..
Tiba-tiba.. KELETUK! Woo~ sakit kepala kena ketuk free-free... Ingat
abang si Mariana ni tak bayar zakat fitrah dia ke???
“Adoi!!!'hampir
menangis Mariana di muka pintu bilik barunya. Wajah yang mengetuk
kepala tanpa sengaja sudah pucat melihat kepala yang diketuk tanpa
sengaja itu.. erk.. berbelit la plak.. haha
“So..sorry!!!”jerit
perempuan itu. Mariana memandang pelik. Mana tak pelik, perempuan
yang mengetuk kepala dia pulak yang menangis beria-ria. Mariana masuk
ke dalam bilik itu. Dia mengusap perlahan belakang gadis yang sedang
teresak-esak.
“Kenapa
ni Lily?”tanya seorang gadis yang menerpa ke arah mereka berdua.
“Li..Lily
ketuk kepala dia la Kak Ana... huawaaa!!!”tangis perempuan yang
digelar Lily sambil menuding ke arah Mariana. Perempuan yang
dipanggil kak Ana oleh Lily itu pantas ketawa.
“Dah-dah,
tak payah nak gelak sangat. Nama saya Karina tapi awak boleh panggil
Kari, yang duk gelak tak hinggat dunia tu.. nama dia Ana Rosali bukan
Ana Rafali tau.. kita panggil kak Ana sebab dia tua dua tahun tapi
lambat masuk uni. Yang duk menangis macam bini mati laki tu nama dia
Lily Soraya. Awak nama apa? Okey ke kepala tu?”berderet-deret
perkataan keluar dari mulut si Kari. Sampai tergelak kecil Mariana
dibuatnya.
“Nama
saya Mariana. Awak semua boleh panggil Mar. Kepala ni okey je.. tak
ada apa-apa..”kata Mariana sambil menghulurkan salam perkenalan.
Salam disambut secara bergilir. Sampai turn Lily, Mariana tarik
sengih kelat mana taknya, Lily lap hingus guna tangan jew.. ewww..
Nak tak nak sambut je la salam dia.
“Oh
ya, saya ambil katil atas ya..”ujar Kari. Mariana mengangguk. Dia
juga tidak sanggup tidur di belah atas dengan badan sebegini. Karang
ada yang penyek.
Mereka
bergaul dengan mesra. Walaupun berasal dari negeri yang berlainan,
Kari, Kak Ana dan Lily tidak segan dan sombong dengan Mariana.
Mariana senang dengan rakan-rakan barunya. Tidak pula mereka
menyindir bentuk badan dan kulitnya. Abang Ar ni saja buat Mariana
takut. Tidak sampai dua jam mereka berborak kedengaran pengumuman
dari speaker Universiti.
'SEMUA
PELAJAR TAHUN SATU DIMINTA BERKUMPUL DI DEWAN UTAMA UNTUK SESI
ORENTASI. DI ULANG SEMUA PELAJAR TAHUN SATU DIMINTA BERKUMPUL DI
DEWAN UTAMA UNTUK SESI ORENTASI. SEKIAN'
“Ala..
baru nak makan rendang itik ibu Mar ni...”ujar Kak Ana dengan
muncung yang panjang. Kari dan Mariana ketawa geli hati melihat
telatah kak Ana itu. Ditambah pula dengan gaya gelojoh Lily makan
rendang itik bagaikan tak pernah makan memang membuat manusia dua
orang ini gelak tidak ingat dunia.
“Hahaha..
dah-dah la tu. Kejap lagi kita sambung la makan balik.. Banyak lagi
ni..”ujar Mariana yang sudah bersedia di muka pintu.
“Eh,
bukan kita kena pakai baju kurung ke Mar?”tanya Lily dengan mulut
yang penuh.
“Ye
ke?”Mariana pantas menyelak manual pelajar tahun satu miliknya.
Memang benar, pelajar tahun satu dikehendaki memakai baju kurung
apabila berada di dalam minggu orentasi. Mariana sedikit mengeluh.
Dengan langkah yang malas dia mengambil baju lalu menukar di bilik
air.
ooooooooooooo
Mariana
berdiri mencari kerusi. Oleh kerana dia turun agak lambat habis semua
kerusi sudah dikebas orang yang datang awal. Sudahlah dia tidak
selesa berbaju kurung ditambah pula dengan keadaan yang sesak membuat
Mariana menjadi cepat lelah. Nampak sahaja kerusi kosong pantas
sahaja Mariana mengajak rakan-rakan sebiliknya duduk. Terpaksalah
mereka duduk di hadapan sekali.
Sesi
orentasi bermula, ucapan demi ucapan disampai. Mariana yang keletihan
pantas sahaja tertidur. Nasib baiklah dia ni dari kecil kalau tidur
duduk tu tegak je. Macam orang jaga. Tepukan yang kuat mengejutkan
Mariana dari tidur. Pantas sahaja dia bertepuk sama. Dalam diam
setiap gerak gerinya menjadi perhatian seseorang. Wajah orang itu
tersenyum nakal.
“Baiklah,
sekarang sudah selesai sesi orentasi hari pertama..” kedengaran
sorakan dari pelajar yang sudah keletihan duduk. “Haip! Sabar dulu,
korang tak habis lagi. Ada satu lagi program. Special punyer...”nada
Mc itu sudah kedengaran jahat je.
Mariana
mula buat muka menyampah. Dah dekat pukul 12 pagi siapa tak
menyampah?! Dahlah pakai baju kurung segala!! Terpaksalah Mariana
meredakan dirinya yang tak reda itu.
“Baiklah
sekarang kami para senior akan memulakan slot terakhir malam ini.
Kamu semua akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan
itu ada diketuai seorang senior. Kamu dihendaki mengikut semua arahan
senior kamu. Sekiranya tidak, kamu semua akan diDENDA!”ujar
seorang senior lelaki dengan wajahnya ditutup dengan topeng ultraman.
Para junior yang melihat rasa nak ketawa sahaja tetapi mendengar nada
serius senior itu membuatkan mereka rasa gentar pula.
Suasana
dewan menjadi agak gelap apabila lampu dewan mula dimalapkan. Mungkin
para senior ini sengaja mahu menguji junior mereka. Mariana mengikut
kumpulannya. Dari tadi dia tidak melihat siapa ketua aka senior
mereka, maklumlah mamai sikit tadi.
Ketuanya
membawa kumpulannya berjalan keluar dari dewan. Walaupun sedikit
pelik tiada seorang pun yang berani bersuara. Tiba-tiba kumpulannya
berhenti mengejut. Mariana yang berada dihujung hampir sahaja jatuh
terduduk.
“Awak
yang dekat belakang sekali tu! Mari sini!”ujar suara seorang lelaki
aka senior Mariana. Mariana menelan air liur yang kalau dikira-kira
boleh jadi air liur basi kalau dia dah tidur sekarang ni. Erk..
merapu pulak.. Mariana melangkah perlahan.
“Saya..”ujar
Mariana takut-takut. Dia tidak mampu nak angkat kepala. Takut sangat
la tu..
“Tadi
awak tidur masa taklimat bukan?!”tanya senior itu agak kuat.
Tersentak Mariana mendengar suara seniornya itu. Macam guruh!!
Mariana pantas mengangguk.
“Saya
nak awak........”kata-kata senior itu bagaikan halilintar di
telinga Mariana. Ahli kumpulannya memang simpati. Air mata mula
bergenang. Mariana akhirnya bertentang mata dengan seniornya.
Alamak!!! handsome la pulak!!
"Saya nak awak........"
ReplyDeleteadoiiihhhh ayat tak boleh blah punya mamat
hahaha... memang mamat tu x boleh blah..
Deletebtw thanks sbb sudi komen red ^_^