Suamiku BFF adikku
Assalamualaikum.. jemput layan cerpen baru dari asyu.. hehehe cerpen kedua yang asyu tulis dari sudut Aku.. Sila baca dan komen.. Hope2 happy2 selalu ye semuaaaa
“Umi! Umi, tolong Naurah Umi.. isk..isk.. sanggup
dia.. Naurah.. Naurah cintakan dia, umi.. isk isk” tangisan aku mula mengila.
Tak sangka dia sanggup buat aku begini. Lelaki yang aku cintai sanggup
melakukan aku begini. Mana aku nak letakkan mukaku ini, air muka umi, babah,
keluargaku kini bagai dipijak-pijak lelaki itu.
“Sabar Naurah..
Umi faham.. Sabar ya sayang...” Umi kenapa umi begitu tabah, umi? Tak malukah
umi dengan tindakan bakal menantu tak jadi umi itu? Aku memandang wajah tenang umi.
Hebat sungguh ibuku ini. Andai aku sekuat dia...
Babah segera
meluru masuk ke bilikku yang cantik berhias tanda gembira menyambut menantu.
Menyambut menantu tak jadi... Air mukanya keruh, biarpun tiada kata-kata tidak
enak keluar dari mulut babah, aku tahu dia menanggung malu yang teramat.
“Naurah..
sekarang babah mintak tolong sangat dengan Naurah. Naurah kahwin dengan pilihan
babah ya..?” tanya babah penuh berharap. Aku hanya memandang kosong. Hatiku
sudah remuk, hancur. Buatlah babah, buatlah apa sahaja, aku sudah tidak mampu
berfikir, tidak mampu membantah. Hatiku sudah tertutup untuk lelaki itu,lelaki
yang aku cintai. Aku mengangguk perlahan. Babah tersenyum, nampak sedikit
kelegaan diwajah babah. Dalam sudut hatiku, aku turut lega babah masih boleh
tersenyum.
Akhirnya
berlangsung juga majlis pernikahanku. Entah siapalah babah rembat untuk
dijadikan suamiku... Rembat? hehehe agak terlaluan pula aku ni.
Kedengaran doa
dibacakan menandakan aku telah sah menjadi seorang isteri kepada lelaki yang
entah siapa. Asyik benar aku mengelamun mengenang perbuatan lelaki tak guna itu
sehingga tidak sedar bila aku telah sah menjadi seorang isteri. Umi memelukku
tanda bersyukur. Bersyukurkah aku dengan keadaan ini?
“Naurah, hulurkan
tangan, nak. Suami nak sarungkan cincin tu..” ujar Umi, lembut. Aku
menghulurkan tangan. Kelihatan tangan lelaki itu turut mengigil. Sejuk. Sama
seperti tanganku, sesejuk ais batu.
Cincin disarung,
cantik. Cincin emas ringkas dihiasi batu berlian yang sederhana besar kelihatan
cantik dijari manisku. Sempat pula dia.. ops... suamiku membeli cincin ini..
Tangannya ku
kucup. Hati cuba ikhlaskan untuk menerima suamiku ini. Lantas aku dongakkan
kepala. Ingin juga aku lihat kacakkah lelaki yang babah ‘rembat’ untukku ini.
Entah-entah mamat bangla manalah babah angkut jadi suamiku...
“Saiful?!” nak
terkeluar anak tekak aku menyebut nama itu. Saiful ini ke yang babah pilih
untuk aku? Saiful yang telah aku anggap seperti adik sendiri ini? Saiful inikan
kawannya Dzaquan, adik kandung aku... Biar betul babah ni!!! Sengaja je nak
kasi aku kena heart attack.
Saiful menyengih.
Siap kasi tanda peace lagi. Walawei... matilah aku... macam mana aku nak jadi
isteri dia? Sudah 14 tahun dah aku anggap dia sebagai adik, sama seperti adikku
Dzaquan. Terus hilang rasa frust aku dekat lelaki itu, yang tinggal rasa
terkejut + tak percaya dengan kehadiran Saiful . Memanglah handsome tahap gaban
si Saiful ni.. kalah Keith Foo yang menjadi pujaan aku tu.. tapi.. adik is
still adik right??
Aku memandang
wajah babah, tanda tidak percaya. Haih, babah ni siap main kenyit-kenyit mata
dengan aku.. Huish.. Sabar Naurah, sabar.. tarik nafas lepas.. Tarik lepas..
“Relakslah sis...
‘abang’ Saiful belum sampai masa lagi nak ngap sis...” ujar Saiful nakal dalam
nada berbisik. Hish.. ada jugak yang buta mata karang... Nasib baik garfu tak
ada kalau tak dah selamat dah Saiful jadi Kasim Selamat aku buat. Aku sedar
mulut aku duk terlopong dengan bicara nakal Saiful, tapi mulut ni degil tak nak
tutup.
“Bila pulak dia
ni berabang-abang ni.. nasib baik masih panggil aku sis.. klu tak dah lama kena
pelakung dengan aku..” aku berbicara sendiri. Kalaulah umi dengar haru aku..
walaupun umi itu seorang penyabar tapi kalau berkaitan dengan tanggungjawab
seorang isteri mampus aku kena leter 24/7.
Aku memalingkan
muka melihat si Saiful.. apalah nasib.. nak buat macam mana reda jelah.. Aih..
si Dzaquan ni sepakat dengan Saiful and babah rupanya.. patutlah dari masa aku
dapat mesej from lelaki tak guna tu.. dia terus hilang bukannya nak menenangkan
diri kakaknya ini... Tup tup tup elok je dekat sebelah Saiful.. Siaplah kau
adik.. kakak kesayangan kau nak bertukar jadi Godzilla balik nanti. Aku
mengukir senyuman kepada tetamu yang hadir memeriahkan majlis pernikahan aku
ini. Sebenarnya senyuman mengerikan. Dzaquan aku lihat sudah menelan air liur.
Saiful masih dengan muka gembiranya apa yang digembirakan tak tahu la.. suka
sangat kot dapat aku yang cantik ni sebagai isterinya hahahaha... Manakala
babah sudah menyorok dibelakang umi. Dia tahu anak daranya sorang ni kalau
mengamuk mengalahkan dia.
Akhirnya kesemua
tetamu sudah pulang. Termasuklah ibu bapa saudaraku belah umi dan babah.
Maklumlah rumah aku ni bukannya rumah banglo macam rumah Saiful tu.. rumah aku
rumah biasa-biasa sahaja. Orang kata selesa, nyaman dan cantik mata memandang.
Nak tidur beramai-ramai memang taklah.. mahu berhimpit macam ikan sardin dalam
tin.
Tudung yang
berlapis-lapis ini aku buka perlahan. Runsing, rimas dan bengang mula
bermain-main dalam hati aku ni. Sedang aku ralit buka tudung yang banyak pin
ni, si Saiful masuk dengan muka selamba. Ikutkan hati nak sahaja aku jerit kata
mangkuk kenapa masuk bilik aku tapi mengenangkan Saiful ni dah jadi suami aku..
terpaksa la pasrah.
Eh, buang tabiat
apa si Saiful ni. Main pegang-pegang pulak. Actually bukan pegang apa pun..
tapi mamat ni tetiba rajin pulak tolong aku bukak tudung yang dari tadi mintak
kena bakar saja.
“Er.. trimas
Saiful. Sanggup jadi suami akak..” tak sempat aku nak habiskan ucapan terima
kasih aku tu, Saiful terus letakkan jarinya dimulutku. Lain macam sahaja budak
tak berapa nak cukup umur ni..
“No Saiful,
Saiful. No kakak, akak. Just abang and Naurah.” Ujar Saiful dengan muka serius.
Aip.. ni memang mintak aku masuk hospital ni Dah tahu muka awak tu handsome
tahap gaban.. janganlah buat aku macam ni.. Cair tau tak? Cair......
Kejap... just
abang and Naurah?! Biar betik.. tak kan dalam masa 24 jam aku kena ubah
semuanya?? Tidakkkkk!!!!!
“No!!! Saiful,
akak!” Aku dah mula serius juga.
“No! No! No!
Abang and Naurah!” Jangan buat muka macam tuuuu... cairrrrr... kalah ais batu
tengah panas.. aku lagi cair...
“Whatever...” Aku
dah mula malas nak layan.. bukan apa.. takut cair lebur.. sebelum aku yang
terkam dia.. baik aku tidur. Alamak.. ni satu lagi hal.. macam mana aku nak
tidur sebelah dia.. matilah aku.. matilah aku...
“Erm.. okey then.
Abang nak pergi bilik air sekejap.” Elok je dia hilang ke bilik air. Aku terus
buat terjun tiruk ke atas katil aku. Selimut ditarik sehingga menutupi seluruh
badanku. Takut woo~!! Takut aku yang terkam dia nanti.. (@0_0@’’’)
Kedengaran bunyi
bilik air dibuka. APTB(Apa Pun Tak Boleh) dah ni.. Dah keras kejung aku atas
katil ni bila dia duduk sebelah aku. Kiranya tak rugi jugalah lelaki yang aku
cinta separuh mati blah masa hari pernikahan aku. Tak sangka dapat pengganti
yang handsome tahap gaban.. walaupun aku tak rela sebab dia ibarat adik aku..
Tapi yelah siapa tak suka dapat husband handsome tahap gaban ni weih??!!!
Hurm.. sedapnya
dia gelakkan aku. Macam mana aku tahu? Memang tahulah.. dengar dia cakap
‘Naurah.. Naurah.. Naurah...’ sambil ketawa kecil. Cis kau!!! Tunggulah sampai
aku dah tak segan dengan kau, Saiful. Masa tu memang tak cukup tanah kau nak
lari...
Dah dia baring
sebelah aku pulak... Aiseman.. mati aku macam ni.. aku dah try pejamkan mata
ni.. tapi.. tapi.. jantung ni tak beri kerjasama la pulak.. Eih.. lebih-lebih
pula Saiful ni... Sampai peluk-peluk aku pulak.. But.. selesanya pelukkan
Saiful ni.. Buat aku.. aku rasa mengantuk je... Hm.. sedapnya... dan entah bila
aku terus hanyut dalam mimpi indah dimana Saiful berada di dalam mimpiku.
♡♡♡♡♡♡
Hurm.. beratnya
mata aku ni. Azan subuh dah makin perlahan. Nak tak nak aku bangun dari
pembaringan. Alamak~!! Time, time nilah.. bulan nak turun dari langitnya..
habis baju dan cadar katil aku ni.. tapi masalah yang utamanya bukan baju ke
cadar ke.. Tapi si Saiful ni... Macam mana nak suruh dia bangun ni.. Karang tak
pasal-pasal tebal 10 inci muka aku kalau dia nampak warna merah ni.
“Awak... awak..
Awak! Hish.. bangunlah.. dah subuh ni..” Aku dah mula geram bila tengok Saiful
makin lena. Macamlah suara aku ni sedap sangat. Lagipun aku bukan mendodoikan
dia pun...
“Hurm..” bunyi
dah ada.. tangan dia pun ikut gerak sekali tapi yang tak bestnya.. dia peluk
aku dengan muka yang tersangatttt Tomeyyyyyy Cute.. Ish.. ada yang kena gigit
ni karang..
Sekali aku tolak
memang bergoleklah kau ke bawah katil tu. Kan dah kata tergoleklah kau..
hahaha.. Saiful dengan muka mamai menggosok belakangnya, mungkin terasa sengal.
Aku buat muka bodoh sambil suruh dia mandi dan ambil wuduk. Baik pula Saiful ni
ikutkan aja apa yang aku suruh.
Elok sahaja pintu
bilik air tertutup aku pantas menukar baju dibilik Dzaquan, nasib baik juga
adik aku tiada didalam biliknya kalau tidak mesti berderet-deret soalan dia
untukku. ‘Benda’ penting untuk sangat-sangat ini pun tak lupa aku bawakan. Siap
mandi segala aku berlari ke bilikku. Takut kalau-kalau Saiful nampak cadar yang
sudah dicemari darah kotor.
Sah dia dah
nampak. Buktinya, cadar katil ni dah selamat ditanggalkan. Mesti kerja Saiful.
Tengok Saiful yang asyik menunaikan solat membuat aku ralit melihatnya. Terlupa
sekejap dengan malu aku. Seusai Saiful memberi salam, aku terus menyalami
tangannya, spontan. Dahiku dikucup lembut juga aku kira spontan. Buat seketika
aku dan dia berbalas renungan yang aku kira punya sesuatu kuasa.
“Ehem.. ehem..”
kedengaran suara Dzaquan. Terbantut renungan kami. Aku tersipu-sipu malu
manakala Saiful segera bangkit dan melipatkan sejadah.
“Umi ajak
makan..” Dzaquan pantas turun meninggalkan kami. Aku bingkas bangun. Mata
terlekat dicadar yang terletak disebelah katil. Kat situ rupanya Saiful
letakkan. Baru sahaja nak aku nak ambil, Saiful lebih pantas. Dengan senyuman
nakal dia berbisik.
“Rugi abang..
tapi nak buat macam kenalah tunggu 4 hari lagi baru boleh ‘ngap’ Naurah..
hehehe” Malu weihhhhh~!! Merah dah agaknya muka aku ni. Saiful ni memang
sengallah.. Sengaja je.. Elok je dia buat aku malu sampai aku rasa aku kena
duduk terperak dalam bilik air je, dia ambil cadar tu dan bawa turun bawah.
Sebelum ada kejadian yang lain memerahkan muka aku baik aku ikut dia sekali.
“Hah... turun pun
pengantin baru kita ni..” kan dah kata memang makin merahlah muka aku.. Babah
ni memang la memang..
“Hah, kamu nak ke
mana Saiful?” aih.. sengaja je Dzaquan ni.. Karang Saiful pecah lobang tak ke
malu aku...
“Nak letak cadar
ni.. tadi tertumpah air milo yang semalam punya. Takut bau masam tu yang nak basuh
terus ni..” ujar Saiful selamba. Lega hati aku dengan Saiful jawab macam tu.
“Adik ni.. apa
kamu-kamu lagi.. Dia dah jadi abang iparkan.. panggil dia abang.. faham?” soal
umi dalam suara yang lembut. Patutlah babah asyik nak melekat dengan umi. Dzaquan
tersenyum kambing. Seronoklah tu... ishh.. geramnya aku...
“Dah-dah cepat
makan. Karang kamu nak ke rumah mentua kamu, Naurah. Jangan lupa sampaikan
salam umi dan babah.” Ujar umi sekali lagi. Ni yang nak tercekik ni. Memang
tersedak aku dibuat umi. Saiful yang baru duduk segera menuangkan air untuk
aku.
“Apa la kak Ura
ni.. ada ke suami yang layan dia patutnya dia yang layan suami.” Sabar Naurah..
Sabar.. Karang mati pulak adik kamu kalau kamu mengamuk.
Yang aku risaukan
sekarang ni bukan sindiran Dzaquan tapi.. Macam mana aku nak hadapi Tan Sri
Hisyam dengan Puan Sri Lily. Mereka tahu ke yang aku ni dah sah jadi menantu
mereka?
♡♡♡♡♡♡
Jantung..
tolonglah bekerjasama dengan aku buat masa sekarang. Kalau kau nak buat kerja
lebih masa pun tunggulah lepas aku dah balik rumah umi. Kereta Honda City
Saiful berhenti sebaik sahaja masuk ke perkarangan rumah banglo milik orang
tuanya. Aku dah panik tahap petala ke 20 dah ni.. Saiful memegang tangan aku..
Walaupun rasa nak sentap je tangan aku dari pegangan dia tapi.. genggaman dia
melegakan sedikit panik aku.
Senyuman tak
berapa nak menjadi aku ukirkan. Asalkan nampak manis sudah.. Puan sri Lily
menyambut kedatangan kami dengan baik. Aku dipeluk dan diciumnya. Terasa
kelegaan yang teramat dengan layanan mama Saiful ini.
“Selamat datang
menantu mama.” Ujarnya ikhlas.
“Terima kasih
puan sri..” ujar aku sedikit malu-malu.
“Apa puan sri-puan
sri ni? Mamalah Naurah..” ujar Mama sengan senyuman manis. Aku sedikit malu.
Segan dengan layanan mama Saiful ini.
“La.. kesian
menantu papa duk tercongak dekat depan pintu. Mamanya jemputlah mereka
masuk..”ujar Tuan Sri Hisyam. Aku tersenyum enang. Ternyata diri aku telah
diterima dengan baik. Saiful menarik tanganku masuk ke dalam rumahnya. Aku
terpana melihat perlakuan matang Saiful selama ini dirinya aku pandang seperti
anak-anak kecil. Tapi hari ini terasa dia cuba membuat aku selesa, seperti
seorang lelaki yang matang.
Sampai sahaja ke
rumah aku terus masuk ke bilik. Aku perlu jelaskan dekat dia.. yelah aku tak
biasa lagi dengan dia.. Dia pun kata lepas aku abis ‘datang’ je dia nak ngap
aku.. Gilalah semua ini...
Sedang aku
menyusun kata nak diucapkan kepadanya. Saiful masuk. Dia terus datang duduk di
depan aku, melutut. Yelah aku duduk atas katil dia terus ambik tempat depan
aku, atas lantai.
“Naurah okey?”
tanyanya lembut. Ya Allah kuatkanlah hati aku ni..
“Okey.. Sai..
erk.. A.. Abang.. Naurah nak cakap sesuatu ni..” ujar aku sedikit gagap. Saiful
mengangguk. Menanti kata-kata seterusnya dari mulutku.
“Erm.. Naurah
minta ampun. Naurah tak boleh layan abang macam suami. Abang fahamkan? Dulu
abang adik sekarang.. yelah abang, abang.. Naurah minta masa dari abang..
Naurah perlu fikirkan perkara ini dengan lebih dalam..” Aku terus menunduk tak
sanggup nak pandang mukanya. Tangan Saiful mengangkat wajahku. Dia pantas
mengambil tempat disebelahku.
“Abang faham.
Malah abang bersyukur Naurah masih nak panggil Abang, abang.” Ujar Saiful
ikhlas. Aku nampak sinar matanya. Melihat wajahnya, mulutku automatik
mengukirkan senyuman.
“Hurm.. lagi satu
boleh tak kita pindah? Pindah ke rumah abang? Naurah sebenarnya tak selesa nak
tidur sebilik dengan abang.” Ujar aku. Aku tahu permintaan aku kali ini agak
melampau. Tapi yelah sebelum aku terkam dia baik kami duduk asing-asing
walaupun dalam satu rumah yang sama. Saiful tergelak kecil, lantas dia
mengangguk.
“Tapi lagi
seminggu baru kita gerak. Rumah abang tu tengah renovate..” kata-katanya aku
sambut dengan senyuman manis.
♡♡♡♡♡♡
WoW~!! Hanya itu
yang mampu keluar dari mulut aku.. Memang cantik rumah Saiful yang baru
direnovate ini. Sebelum ini pernah juga aku datang ke rumah ini, menemani Dzaquan.
Tapi rumah ini memang nampak lain sangat. Ada aura yang sangat istimewa.
“Bilik Naurah
disebelah bilik abang. Ditingkat dua..” ujar Saiful seraya membawa beg aku ke
bilik yang dimaksudkan.
“Ni bilik Naurah.
Yang belah kanan ni bilik abang. Kalau ada apa-apa senang sikit.” Matanya
mengerling aku nakal. Hish, budak ni karang kena sekeh kang marah.
“Thanks!” pintu
bilikku dihempas kuat. Geram. Kedengaran ketawa Saiful diluar bilik. Seronoklah
tu buat aku geram.
Lama juga aku
terlena. Nasib baik waktu solat Asar masih ada. Solat pantas aku tunaikan.
Selesai sahaja solat aku segera ke dapur mahu menyediakan sesuatu untuk makan
malam kami. Terhenti langkah aku apabila melihat Saiful terlena di sofa di
ruang tamu. Comel dan kacak sungguh suamiku ini. Wajahnya ku sentuh lembut. Dia
sedikit terganggu lantas terjaga. Pantas aku berdiri.
“Dah solat belum?
Karang terlepas terus waktu..” aku pantas melarikan diri ke dapur. Saiful yang
masih mamai segera ke biliknya. Aku ketawa kecil melihat telatah Saiful. Mamai
sungguh dia dan dia kelihatan sungguh polos..
Pintu peti ais
dibuka. Bahan-bahan yang ada cukup untuk aku buatkan nasi goreng tom yam untuk
kami makan malam. Cukuplah sekadar nasi goreng. Aku pun rasa tak berapa nak
sihat jadi yang simple-simple sahaja aku masakkan untuknya.
Setelah siap
masak aku hidangkan di depan televisyen. Bukan apa takut kekok pula bila makan
berdua dengannya. Air oren dari kotak DailyFresh aku tuang ke dalam gelas.
Mulanya aku nak simpankan kembali tapi takut pula dia tidak tahan pedas lantas
aku biarkan kotak air itu diatas meja.
“Wah, sedapnya!
Terima kasih!” ujarnya keanak-anakkan. Jujur aku katakan.. walaupun usianya
sudah menjangkau 23 tahun tapi perangai keanak-anakkannya masih terserlah. Aku
tersenyum. DVD korea milik aku, aku pasang. Lantaklah dia suka ke tak suka yang
penting aku nak layan cerita Slip Time Doctor Jin ini sampai habis.
Aku mempamerkan
riak muka yang cukup bersemangat saat Dr Jin menjalankan pembedahan. Best
giler.. dah la handsome doctor jin ni.. Pandai selamatkan nyawa orang pulak..
aih.. memang la memang. Saiful disebelah aku kerling. Patutlah senyap. Rupanya
dia tutup muka dia. Tak sanggup nak tengoklah tu... Hehehe.. nasib baik dia tak
suruh aku tutup.. kalau dekat rumah mengamuk umi. Katanya geli, tak sesuai
dipasang ketika makan. Memang betul pun.. tapi otak akukan gile-gile..
Selesai sahaja
makan aku pantas mengutip pinggan kotornya. Lalu aku bawak ke sinki. Elok
sahaja aku pasang air. Ada sepasang tangan lain yang tolong basuhkan.
“Eih.. biarlah
Naurah yang kemaskan..” ujar aku cuba memprotes.
“Naurah dah penat
masak.. biarlah abang yang tolong basuhkan..” aku sekadar mengangkat bahu.
Tubuh yang penat aku bawa ke bilik. Katil seakan-akan memanggil aku aja.
Selesa sudah
berbaring di atas katil. Mata ini degil pula tak nak tutup. Nak kata tak biasa
tidur di tempat baru memang takla.. Aku dah biasa merantau tiada istilah tak
sesuai atau apa-apa saja. Aku jadi rindu dengan pelukan Saiful yang telah
menemaniku lebih dari seminggu. Pelukan yang buat aku rasa selamat dan
mendodoikan aku..
Dalam aku
mengelamun mengingatkan suami yang aku anggap sebagai adik itu.. aku hanyut
dibuai lena..
♡♡♡♡♡♡
Malasnyaaa...
Hari ini aku akan mula bekerja balik. Dah tamat dah cuti aku. Kenduri kedua-dua
belah pun dah selamat dijalankan. Aku segera menyiapkan baju untuk Saiful dan
diriku sendiri. Selepas itu aku memasak sarapan ala-ala America. Cukup untuk
melapik perut kami hingga ke tengah hari.
Dengan muka yang
selebet, Saiful turun. Aku tahu mesti dia pun ada sindrom aku ni. Malas nak
kerja... hehehe..
“Dah-dah tak
payah nak tayang muka macam tu.. Naurah pun malas.. tapi dah tanggungjawabkan..
Cepatlah nanti marah papa awak lambat. Abang hantar Naurah ke hari ni?” tanya
aku. Saiful mengangguk. Aku segera menyiapkan beg kerjanya dan handbag aku.
Karang tertinggal dah satu kerja nak mengambilnya pula.
Aku memasuki
ruangan pejabat dengan senyuman lebar. Mati senyuman aku saat dia kelihatan.
Bagaimana pula aku boleh lupa yang sang dia bekerja dibawah bumbung yang sama.
Mungkin kerana fikiranku hanya dipenuhi Saiful sahaja.. hurm.. sekali lagi aku
hanyut memikirkan suamiku itu.
“Naurah..”
tanganku dipegangnya kejap. Tersentak juga aku. Berani pula dia menyentuh
diriku. Bukankah dia tahu yang aku pantang disentuh lelaki bukan mahramku?
“What?”tanya ku
kasar.
“I.. I’m sorry.
Naurah I still love you.. Kita bersama kembali ya..” sesedap hati sahaja dia
kata begitu. Aku dah tak hinggin dengan kaulah! Nak sahaja aku kata begitu. Aku
terlopong melihat Saiful merenung aku dan Kamal dengan pandangan yang tajam.
Tanganku aku rentap kasar. Handbag aku yang berada dalam pegangan Saiful
dilepaskan ke lantai. Aku pantas mengejar Saiful.
“Abang.. abang..”
panggilan aku tidak dihiraukannya. Sedih betul aku rasakan. Lagi sedih dari
waktu aku mendapat mesej dari Kamal si tak guna itu.
Aku berbalik ke
tempat kerjaku. Aku lihat Kamal masih tercegat disitu. Aku hadiahkan tamparan
ke pipinya. Dia hanya terpaku.
“Itu sebab kau
dah malukan aku dan family aku. Dan yang ini kerana kau dah buat suami aku
salah sangka dengan aku.. Hubungan kita dah tamat sama sekali. Sekali lagi kau
buat macam ni.. siap kau adu adukan kepada pihak atasan kau buat sexual harassment kat aku..” sekali lagi tangan aku hinggap di pipinya.
Rasa nak letakkan
jawatan sekarang jugak. Kesian Saiful. Mesti dia sakit hati. Tapi perlu ke dia
sakit hati? Dia kahwin dengan aku pun spontan.. Hurm.. yang penting aku nak
jelaskan semuanya dekat dia.
Tepat pukul 5
petang aku terus turun ke bawah. Nasib baik Saiful sudah duk tercongak menunggu
aku. Kalau tak terpaksalah aku menumpang sesiapa yang baik hati.
Diam sahaja
sepanjang perjalanan kami. Aku takut nak mengeluarkan bunyi. Karang tak
pasal-pasal kena tinggal tepi jalan. Angin Saiful ni bukan boleh diduga masa
dia rapat dengan Dzaquan pun pernah dia buat hal tinggalkan Dzaquan tepi jalan.
Inikan aku... Nak bernafas pun aku takut. Yelah akukan selesama karang bernafas
kang keluar bunyi.. mestilah dia marah karang.
“Bernafas jelah.
Dah biru aku tengok. Aku buat CPR karang baru tahu.” Ujar Saiful dengan muka
serius. Aku mula bernafas seperti biasa.
“Abang.. tadi..”
tak sempat aku nak jelaskan dia potong cakap aku.
“Aku tahu kenapa
kamu tak dapat nak terima aku. Kamu sukakan dia lagikan..” hilang terus
‘abang-Naurah’ Cuma tinggal ‘Aku-kamu’. Aku terpegun. Dia ikhlas ke dengan aku?
“Tak.. Naurah..
Naurah tak suka dia.. Naurah.. Naurah Cuma..” Kata-kata aku hilang lesap sebaik
sahaja Saiful menangis.
“Abang..
janganlah macam ni..” dalam menangis-menangis tu, sampai jugaklah kitaorang
dekat rumah. Masuk sahaja rumah, Saiful terus ambil tempat dekat sofa. Mukanya
yang penuh dengan air mata ditutup dengan bantal kusyen. Nak tergelak aku
tengok.
Belakangnya aku
usap perlahan. Selepas puas menangis dia mengangkat wajahnya. Terhambur juga
ketawa aku melihat mukanya sudah sembab. Mulutnya dicebik. Marah le tu.. macam
aku tak tau..
“Alololo.. sorry
abang.. Naurah dah tak suka dia. Betul ni..” aku cuba menyakinkannya.
“Ye ke? Boleh
caya ke ni?” ujarnya yang masih tersedu-sedu.
“Betul.. Naurah
suka abang sorang je.. ops..” alamak.. terlajak perahu boleh diundur...
terlajak kata.. lari le jawabnye..
“Naurah tak payah
nak menyorok malam ni abang nak tuntut!!” Saiful berlari sambil ketawa kecil ke
bilikku. Habislah aku malam ni.. nak wat cam ne reda jelahhhhh....
♡♡♡♡♡♡
“Naurah suka
dekat abang sejak bile?” hish.. laki aku ni nak bersoal jawab tak kena tempat.
Orang nak mandi nak solat, boleh pulak
dia tanya macam tu. Dah la kes semalam tak hilang lagi malu aku..
“Sejak.. Dzaquan
bawak abang balik rumah nak main..” ujar aku malu-malu.. mukanya seakan
terkejut.
“Aih.. abang
kecik lagi masa tu.. baru 4 tahun.. biar betul Naurah ni..”
“Hurm.. Naurah
suka dekat abang sebab abang selamatkan anak kucing Naurah. Masa tu rasa abang
macam superman je..” makin kuat ketawa dia..
“Habis sekarang
tak ada gaya superman ke?”tanyanya dengan kenyitan matanya yang terkenal dengan
kegatalannya.
“Hish.. dah la
merapu je abang ni...” Aku bingkas lari masuk ke dalam bilik air. Gatal punye
suami..
♡♡♡♡♡♡
“Abang.. tolong Naurah...”
rengekku manja.. Saiful tersenyum melihat telatah aku. Sejak aku disahkan hamil
3 bulan yang lalu, peelku lain macam sahaja. Sekarang usia kandunganku sudah 4
bulan lebih peel mengadaku masih tak hilang-hilang.
“Ish.. mengadanya
Kak Ura ni..” ejek Dzaquan. Aku mencebik nak menangis. Saiful memujuk aku.
Perlahan aku ukirkan senyuman. Suka dimanjai sebegitu.
“Dah la tu Abang
Eful. Jom layan bola.. kak Ura ni karang melekat ngan umi punyelah..” kata
Dzaquan menarik suamiku masuk ke dalam rumah. Aku sudah menempal umi.
“Susahnya umi..
payahlah bila suami Naurah Bff adik.. Nak bermanja pun ada orang cemburu...”
adu aku kepada umi.
“Alololo.. cian
anak umi ni...” usapan umi menyenangkan aku.
“Aih.. susah nak
bermanja dengan isteri. Payah bila anak perempuan balik yelah umikan umi
kesayangan dia..” perli babah. Aku mencebik. Umi memujukku. Makin kuat
tangisanku.
“Alahai.. kesian
isteri Saiful ni.. Meh sini meh..” aku meluru ke dalam pelukannya.
“Jangan jeles...
sapa suruh suami akak bff adikku?” aku menjelirkan lidah kepada Dzaquan. Umi
dan babah sudah ketawa. Saiful dah mengeleng kepalanya. Dzaquan sudah membalas
jeliran lidah aku... Sudahnya kesemuanya ketawa melihat telatah aku dan adikku.
Semoga kebahagianku kekal ke Jannah. Amin...
.
assalamualaikum kak syu..best citer ni..kid suke bace..blh ngam la kataka,,keep it up..hehe
ReplyDeletethanks kid
Deletewah, dah bole buat buku ni
ReplyDeletedah follow sini dari LOTB
thanks Lee..syu masih banyak yg prlu dipelajari...
Deletebest.. ^^
ReplyDeletethanks
Deletebestnya karya asyu...
ReplyDeleteguys.. boleh x jenjalan kat blog saya?
https://megat92eyrulez.blogspot.com
thanks ME nnt syu pergi.. sibuk skit skg ni
Deleteterbaek punya cerpennnn!!! tip top! awesome!!! :D
ReplyDeletethanks SecreT_Aimie
Deletehahahahha... kelakar giler sih... mana lah kau dpat idea kawin ngan kawan adik sendiri.... kakakakaka.... sweet sgt... kakakaka... :D :D :D
ReplyDeletehehehe.. dpt idea ni sbb aku kan suka baca komik.. org jepun koreakan suka buat cerita luar alam sikit.. so aku cam terfikir klu kahwin ngan bestie adik cam ne la agaknye..btw thanks sbb sudi baca and komen ^_^
DeleteAsyu! Sye ade rahsia nak bgtau! BFF adik sye ensem, baik pulak tu...selalu sye gurau dgn adk sye, nk tnggu die besa...sye ckp kat adik sye...kalau umo sye da 25 thn, tp tak kahwin atw xder pakwe, sye snggp kawen dgn die, wlwpown hampir 10 thn beze umo kitorang..hehe..but of course, sye gurau jer...strictly, i don't have lolicon...kalo awk suke bce komik, awk taula ape lolicon tu...Anyway, pjg kan, sye membebel? hehe...nice story....>///<
ReplyDeletehehehe.. mana tau kot-kot ada jodoh... well.. saya lolicon pada komik je.. manusia betul x kot.. hehehe.. thanks sbb sudi komen Amy ^_^
Deletebest kak asyu (Y) buat sambungan lorh ea :)
ReplyDeletethanks cahaya... hehehe kena tunggu dulu la cahaya... banyak cerita tak habis lagi ni
Deletesweet sangat-sangat teruja saya baca..hihihi
ReplyDeleteterima kasih sudi baca
Deletewaaaaaa sweet walaupun terasa ke'awkward'an dia sikit ���� hahaha anyway love the storyline �� unique! rare! lain dr yg lain �� keep it up ! ��
ReplyDeleteterima kasih!!!
DeleteHaha...mcm ksah sya jerr ni...tpi we r just cple...blm smpai thap khwn lg...cple dgn kwn adq sya...haha...sbb tlmpau rpat...blh pla sngkut...kuikui...
ReplyDeleteye ke? mungkin jodoh awak kot. terima kasih sudi baca!
Deletepenggunaan bahasa yng santai .. tk baku . n best gile!!
ReplyDeleteterima kasih awakkk! >_<
DeleteBest giler......10 star
ReplyDeleteterima kasihhh >.< byknya 10 starrrr
Deleteso sweet and cutenyeee..^_^
ReplyDeleteterima kasihhh >_<
DeleteBesttt,cute n sweetttttttt
ReplyDeleteterima kasih awakkk >@<
Deleteterima kasih sudi baca!
ReplyDeleteBest la cerpen akak
ReplyDeleteDaebak!!!!
I luv it
sy perati je komen2..dari 2013 smpai skang..mmang terbhaekk lh cerpen ni..idea osem lorhh..santai je..buat lh vrsi raya plak ke..yg pasti cerpen ni best..gud job..
ReplyDelete