Monday, 18 November 2013

Suamiku BFF Adikku

Suamiku BFF adikku

Assalamualaikum.. jemput layan cerpen baru dari asyu.. hehehe cerpen kedua yang asyu tulis dari sudut Aku.. Sila baca dan komen.. Hope2 happy2 selalu ye semuaaaa



       “Umi! Umi, tolong Naurah Umi.. isk..isk.. sanggup dia.. Naurah.. Naurah cintakan dia, umi.. isk isk” tangisan aku mula mengila. Tak sangka dia sanggup buat aku begini. Lelaki yang aku cintai sanggup melakukan aku begini. Mana aku nak letakkan mukaku ini, air muka umi, babah, keluargaku kini bagai dipijak-pijak lelaki itu.

        “Sabar Naurah.. Umi faham.. Sabar ya sayang...” Umi kenapa umi begitu tabah, umi? Tak malukah umi dengan tindakan bakal menantu tak jadi umi itu? Aku memandang wajah tenang umi. Hebat sungguh ibuku ini. Andai aku sekuat dia...

        Babah segera meluru masuk ke bilikku yang cantik berhias tanda gembira menyambut menantu. Menyambut menantu tak jadi... Air mukanya keruh, biarpun tiada kata-kata tidak enak keluar dari mulut babah, aku tahu dia menanggung malu yang teramat.

        “Naurah.. sekarang babah mintak tolong sangat dengan Naurah. Naurah kahwin dengan pilihan babah ya..?” tanya babah penuh berharap. Aku hanya memandang kosong. Hatiku sudah remuk, hancur. Buatlah babah, buatlah apa sahaja, aku sudah tidak mampu berfikir, tidak mampu membantah. Hatiku sudah tertutup untuk lelaki itu,lelaki yang aku cintai. Aku mengangguk perlahan. Babah tersenyum, nampak sedikit kelegaan diwajah babah. Dalam sudut hatiku, aku turut lega babah masih boleh tersenyum.

        Akhirnya berlangsung juga majlis pernikahanku. Entah siapalah babah rembat untuk dijadikan suamiku... Rembat? hehehe agak terlaluan pula aku ni.

        Kedengaran doa dibacakan menandakan aku telah sah menjadi seorang isteri kepada lelaki yang entah siapa. Asyik benar aku mengelamun mengenang perbuatan lelaki tak guna itu sehingga tidak sedar bila aku telah sah menjadi seorang isteri. Umi memelukku tanda bersyukur. Bersyukurkah aku dengan keadaan ini?

        “Naurah, hulurkan tangan, nak. Suami nak sarungkan cincin tu..” ujar Umi, lembut. Aku menghulurkan tangan. Kelihatan tangan lelaki itu turut mengigil. Sejuk. Sama seperti tanganku, sesejuk ais batu.

        Cincin disarung, cantik. Cincin emas ringkas dihiasi batu berlian yang sederhana besar kelihatan cantik dijari manisku. Sempat pula dia.. ops... suamiku membeli cincin ini..

        Tangannya ku kucup. Hati cuba ikhlaskan untuk menerima suamiku ini. Lantas aku dongakkan kepala. Ingin juga aku lihat kacakkah lelaki yang babah ‘rembat’ untukku ini. Entah-entah mamat bangla manalah babah angkut jadi suamiku...

        “Saiful?!” nak terkeluar anak tekak aku menyebut nama itu. Saiful ini ke yang babah pilih untuk aku? Saiful yang telah aku anggap seperti adik sendiri ini? Saiful inikan kawannya Dzaquan, adik kandung aku... Biar betul babah ni!!! Sengaja je nak kasi aku kena heart attack.

        Saiful menyengih. Siap kasi tanda peace lagi. Walawei... matilah aku... macam mana aku nak jadi isteri dia? Sudah 14 tahun dah aku anggap dia sebagai adik, sama seperti adikku Dzaquan. Terus hilang rasa frust aku dekat lelaki itu, yang tinggal rasa terkejut + tak percaya dengan kehadiran Saiful . Memanglah handsome tahap gaban si Saiful ni.. kalah Keith Foo yang menjadi pujaan aku tu.. tapi.. adik is still adik right??

        Aku memandang wajah babah, tanda tidak percaya. Haih, babah ni siap main kenyit-kenyit mata dengan aku.. Huish.. Sabar Naurah, sabar.. tarik nafas lepas.. Tarik lepas..

        “Relakslah sis... ‘abang’ Saiful belum sampai masa lagi nak ngap sis...” ujar Saiful nakal dalam nada berbisik. Hish.. ada jugak yang buta mata karang... Nasib baik garfu tak ada kalau tak dah selamat dah Saiful jadi Kasim Selamat aku buat. Aku sedar mulut aku duk terlopong dengan bicara nakal Saiful, tapi mulut ni degil tak nak tutup.

        “Bila pulak dia ni berabang-abang ni.. nasib baik masih panggil aku sis.. klu tak dah lama kena pelakung dengan aku..” aku berbicara sendiri. Kalaulah umi dengar haru aku.. walaupun umi itu seorang penyabar tapi kalau berkaitan dengan tanggungjawab seorang isteri mampus aku kena leter 24/7.

        Aku memalingkan muka melihat si Saiful.. apalah nasib.. nak buat macam mana reda jelah.. Aih.. si Dzaquan ni sepakat dengan Saiful and babah rupanya.. patutlah dari masa aku dapat mesej from lelaki tak guna tu.. dia terus hilang bukannya nak menenangkan diri kakaknya ini... Tup tup tup elok je dekat sebelah Saiful.. Siaplah kau adik.. kakak kesayangan kau nak bertukar jadi Godzilla balik nanti. Aku mengukir senyuman kepada tetamu yang hadir memeriahkan majlis pernikahan aku ini. Sebenarnya senyuman mengerikan. Dzaquan aku lihat sudah menelan air liur. Saiful masih dengan muka gembiranya apa yang digembirakan tak tahu la.. suka sangat kot dapat aku yang cantik ni sebagai isterinya hahahaha... Manakala babah sudah menyorok dibelakang umi. Dia tahu anak daranya sorang ni kalau mengamuk mengalahkan dia.

        Akhirnya kesemua tetamu sudah pulang. Termasuklah ibu bapa saudaraku belah umi dan babah. Maklumlah rumah aku ni bukannya rumah banglo macam rumah Saiful tu.. rumah aku rumah biasa-biasa sahaja. Orang kata selesa, nyaman dan cantik mata memandang. Nak tidur beramai-ramai memang taklah.. mahu berhimpit macam ikan sardin dalam tin.

        Tudung yang berlapis-lapis ini aku buka perlahan. Runsing, rimas dan bengang mula bermain-main dalam hati aku ni. Sedang aku ralit buka tudung yang banyak pin ni, si Saiful masuk dengan muka selamba. Ikutkan hati nak sahaja aku jerit kata mangkuk kenapa masuk bilik aku tapi mengenangkan Saiful ni dah jadi suami aku.. terpaksa la pasrah.

        Eh, buang tabiat apa si Saiful ni. Main pegang-pegang pulak. Actually bukan pegang apa pun.. tapi mamat ni tetiba rajin pulak tolong aku bukak tudung yang dari tadi mintak kena bakar saja.

        “Er.. trimas Saiful. Sanggup jadi suami akak..” tak sempat aku nak habiskan ucapan terima kasih aku tu, Saiful terus letakkan jarinya dimulutku. Lain macam sahaja budak tak berapa nak cukup umur ni..

        “No Saiful, Saiful. No kakak, akak. Just abang and Naurah.” Ujar Saiful dengan muka serius. Aip.. ni memang mintak aku masuk hospital ni Dah tahu muka awak tu handsome tahap gaban.. janganlah buat aku macam ni.. Cair tau tak? Cair......

        Kejap... just abang and Naurah?! Biar betik.. tak kan dalam masa 24 jam aku kena ubah semuanya?? Tidakkkkk!!!!!

        “No!!! Saiful, akak!” Aku dah mula serius juga.

        “No! No! No! Abang and Naurah!” Jangan buat muka macam tuuuu... cairrrrr... kalah ais batu tengah panas.. aku lagi cair...

        “Whatever...” Aku dah mula malas nak layan.. bukan apa.. takut cair lebur.. sebelum aku yang terkam dia.. baik aku tidur. Alamak.. ni satu lagi hal.. macam mana aku nak tidur sebelah dia.. matilah aku.. matilah aku...

        “Erm.. okey then. Abang nak pergi bilik air sekejap.” Elok je dia hilang ke bilik air. Aku terus buat terjun tiruk ke atas katil aku. Selimut ditarik sehingga menutupi seluruh badanku. Takut woo~!! Takut aku yang terkam dia nanti.. (@0_0@’’’)

        Kedengaran bunyi bilik air dibuka. APTB(Apa Pun Tak Boleh) dah ni.. Dah keras kejung aku atas katil ni bila dia duduk sebelah aku. Kiranya tak rugi jugalah lelaki yang aku cinta separuh mati blah masa hari pernikahan aku. Tak sangka dapat pengganti yang handsome tahap gaban.. walaupun aku tak rela sebab dia ibarat adik aku.. Tapi yelah siapa tak suka dapat husband handsome tahap gaban ni weih??!!!

        Hurm.. sedapnya dia gelakkan aku. Macam mana aku tahu? Memang tahulah.. dengar dia cakap ‘Naurah.. Naurah.. Naurah...’ sambil ketawa kecil. Cis kau!!! Tunggulah sampai aku dah tak segan dengan kau, Saiful. Masa tu memang tak cukup tanah kau nak lari...

        Dah dia baring sebelah aku pulak... Aiseman.. mati aku macam ni.. aku dah try pejamkan mata ni.. tapi.. tapi.. jantung ni tak beri kerjasama la pulak.. Eih.. lebih-lebih pula Saiful ni... Sampai peluk-peluk aku pulak.. But.. selesanya pelukkan Saiful ni.. Buat aku.. aku rasa mengantuk je... Hm.. sedapnya... dan entah bila aku terus hanyut dalam mimpi indah dimana Saiful berada di dalam mimpiku.






        Hurm.. beratnya mata aku ni. Azan subuh dah makin perlahan. Nak tak nak aku bangun dari pembaringan. Alamak~!! Time, time nilah.. bulan nak turun dari langitnya.. habis baju dan cadar katil aku ni.. tapi masalah yang utamanya bukan baju ke cadar ke.. Tapi si Saiful ni... Macam mana nak suruh dia bangun ni.. Karang tak pasal-pasal tebal 10 inci muka aku kalau dia nampak warna merah ni.

        “Awak... awak.. Awak! Hish.. bangunlah.. dah subuh ni..” Aku dah mula geram bila tengok Saiful makin lena. Macamlah suara aku ni sedap sangat. Lagipun aku bukan mendodoikan dia pun...

        “Hurm..” bunyi dah ada.. tangan dia pun ikut gerak sekali tapi yang tak bestnya.. dia peluk aku dengan muka yang tersangatttt Tomeyyyyyy Cute.. Ish.. ada yang kena gigit ni karang..

        Sekali aku tolak memang bergoleklah kau ke bawah katil tu. Kan dah kata tergoleklah kau.. hahaha.. Saiful dengan muka mamai menggosok belakangnya, mungkin terasa sengal. Aku buat muka bodoh sambil suruh dia mandi dan ambil wuduk. Baik pula Saiful ni ikutkan aja apa yang aku suruh.

        Elok sahaja pintu bilik air tertutup aku pantas menukar baju dibilik Dzaquan, nasib baik juga adik aku  tiada didalam biliknya kalau tidak mesti berderet-deret soalan dia untukku. ‘Benda’ penting untuk sangat-sangat ini pun tak lupa aku bawakan. Siap mandi segala aku berlari ke bilikku. Takut kalau-kalau Saiful nampak cadar yang sudah dicemari darah kotor.

        Sah dia dah nampak. Buktinya, cadar katil ni dah selamat ditanggalkan. Mesti kerja Saiful. Tengok Saiful yang asyik menunaikan solat membuat aku ralit melihatnya. Terlupa sekejap dengan malu aku. Seusai Saiful memberi salam, aku terus menyalami tangannya, spontan. Dahiku dikucup lembut juga aku kira spontan. Buat seketika aku dan dia berbalas renungan yang aku kira punya sesuatu kuasa.

        “Ehem.. ehem..” kedengaran suara Dzaquan. Terbantut renungan kami. Aku tersipu-sipu malu manakala Saiful segera bangkit dan melipatkan sejadah.

        “Umi ajak makan..” Dzaquan pantas turun meninggalkan kami. Aku bingkas bangun. Mata terlekat dicadar yang terletak disebelah katil. Kat situ rupanya Saiful letakkan. Baru sahaja nak aku nak ambil, Saiful lebih pantas. Dengan senyuman nakal dia berbisik.

        “Rugi abang.. tapi nak buat macam kenalah tunggu 4 hari lagi baru boleh ‘ngap’ Naurah.. hehehe” Malu weihhhhh~!! Merah dah agaknya muka aku ni. Saiful ni memang sengallah.. Sengaja je.. Elok je dia buat aku malu sampai aku rasa aku kena duduk terperak dalam bilik air je, dia ambil cadar tu dan bawa turun bawah. Sebelum ada kejadian yang lain memerahkan muka aku baik aku ikut dia sekali.

        “Hah... turun pun pengantin baru kita ni..” kan dah kata memang makin merahlah muka aku.. Babah ni memang la memang..

        “Hah, kamu nak ke mana Saiful?” aih.. sengaja je Dzaquan ni.. Karang Saiful pecah lobang tak ke malu aku...

        “Nak letak cadar ni.. tadi tertumpah air milo yang semalam punya. Takut bau masam tu yang nak basuh terus ni..” ujar Saiful selamba. Lega hati aku dengan Saiful jawab macam tu.

        “Adik ni.. apa kamu-kamu lagi.. Dia dah jadi abang iparkan.. panggil dia abang.. faham?” soal umi dalam suara yang lembut. Patutlah babah asyik nak melekat dengan umi. Dzaquan tersenyum kambing. Seronoklah tu... ishh.. geramnya aku...

        “Dah-dah cepat makan. Karang kamu nak ke rumah mentua kamu, Naurah. Jangan lupa sampaikan salam umi dan babah.” Ujar umi sekali lagi. Ni yang nak tercekik ni. Memang tersedak aku dibuat umi. Saiful yang baru duduk segera menuangkan air untuk aku.

        “Apa la kak Ura ni.. ada ke suami yang layan dia patutnya dia yang layan suami.” Sabar Naurah.. Sabar.. Karang mati pulak adik kamu kalau kamu mengamuk.

        Yang aku risaukan sekarang ni bukan sindiran Dzaquan tapi.. Macam mana aku nak hadapi Tan Sri Hisyam dengan Puan Sri Lily. Mereka tahu ke yang aku ni dah sah jadi menantu mereka?






        Jantung.. tolonglah bekerjasama dengan aku buat masa sekarang. Kalau kau nak buat kerja lebih masa pun tunggulah lepas aku dah balik rumah umi. Kereta Honda City Saiful berhenti sebaik sahaja masuk ke perkarangan rumah banglo milik orang tuanya. Aku dah panik tahap petala ke 20 dah ni.. Saiful memegang tangan aku.. Walaupun rasa nak sentap je tangan aku dari pegangan dia tapi.. genggaman dia melegakan sedikit panik aku.

        Senyuman tak berapa nak menjadi aku ukirkan. Asalkan nampak manis sudah.. Puan sri Lily menyambut kedatangan kami dengan baik. Aku dipeluk dan diciumnya. Terasa kelegaan yang teramat dengan layanan mama Saiful ini.

        “Selamat datang menantu mama.” Ujarnya ikhlas.

        “Terima kasih puan sri..” ujar aku sedikit malu-malu.

        “Apa puan sri-puan sri ni? Mamalah Naurah..” ujar Mama sengan senyuman manis. Aku sedikit malu. Segan dengan layanan mama Saiful ini.

        “La.. kesian menantu papa duk tercongak dekat depan pintu. Mamanya jemputlah mereka masuk..”ujar Tuan Sri Hisyam. Aku tersenyum enang. Ternyata diri aku telah diterima dengan baik. Saiful menarik tanganku masuk ke dalam rumahnya. Aku terpana melihat perlakuan matang Saiful selama ini dirinya aku pandang seperti anak-anak kecil. Tapi hari ini terasa dia cuba membuat aku selesa, seperti seorang lelaki yang matang.

        Sampai sahaja ke rumah aku terus masuk ke bilik. Aku perlu jelaskan dekat dia.. yelah aku tak biasa lagi dengan dia.. Dia pun kata lepas aku abis ‘datang’ je dia nak ngap aku.. Gilalah semua ini...

        Sedang aku menyusun kata nak diucapkan kepadanya. Saiful masuk. Dia terus datang duduk di depan aku, melutut. Yelah aku duduk atas katil dia terus ambik tempat depan aku, atas lantai.

        “Naurah okey?” tanyanya lembut. Ya Allah kuatkanlah hati aku ni..

        “Okey.. Sai.. erk.. A.. Abang.. Naurah nak cakap sesuatu ni..” ujar aku sedikit gagap. Saiful mengangguk. Menanti kata-kata seterusnya dari mulutku.

        “Erm.. Naurah minta ampun. Naurah tak boleh layan abang macam suami. Abang fahamkan? Dulu abang adik sekarang.. yelah abang, abang.. Naurah minta masa dari abang.. Naurah perlu fikirkan perkara ini dengan lebih dalam..” Aku terus menunduk tak sanggup nak pandang mukanya. Tangan Saiful mengangkat wajahku. Dia pantas mengambil tempat disebelahku.

        “Abang faham. Malah abang bersyukur Naurah masih nak panggil Abang, abang.” Ujar Saiful ikhlas. Aku nampak sinar matanya. Melihat wajahnya, mulutku automatik mengukirkan senyuman.

        “Hurm.. lagi satu boleh tak kita pindah? Pindah ke rumah abang? Naurah sebenarnya tak selesa nak tidur sebilik dengan abang.” Ujar aku. Aku tahu permintaan aku kali ini agak melampau. Tapi yelah sebelum aku terkam dia baik kami duduk asing-asing walaupun dalam satu rumah yang sama. Saiful tergelak kecil, lantas dia mengangguk.

        “Tapi lagi seminggu baru kita gerak. Rumah abang tu tengah renovate..” kata-katanya aku sambut dengan senyuman manis.






        WoW~!! Hanya itu yang mampu keluar dari mulut aku.. Memang cantik rumah Saiful yang baru direnovate ini. Sebelum ini pernah juga aku datang ke rumah ini, menemani Dzaquan. Tapi rumah ini memang nampak lain sangat. Ada aura yang sangat istimewa.

        “Bilik Naurah disebelah bilik abang. Ditingkat dua..” ujar Saiful seraya membawa beg aku ke bilik yang dimaksudkan.

        “Ni bilik Naurah. Yang belah kanan ni bilik abang. Kalau ada apa-apa senang sikit.” Matanya mengerling aku nakal. Hish, budak ni karang kena sekeh kang marah.

        “Thanks!” pintu bilikku dihempas kuat. Geram. Kedengaran ketawa Saiful diluar bilik. Seronoklah tu buat aku geram.

        Lama juga aku terlena. Nasib baik waktu solat Asar masih ada. Solat pantas aku tunaikan. Selesai sahaja solat aku segera ke dapur mahu menyediakan sesuatu untuk makan malam kami. Terhenti langkah aku apabila melihat Saiful terlena di sofa di ruang tamu. Comel dan kacak sungguh suamiku ini. Wajahnya ku sentuh lembut. Dia sedikit terganggu lantas terjaga. Pantas aku berdiri.

        “Dah solat belum? Karang terlepas terus waktu..” aku pantas melarikan diri ke dapur. Saiful yang masih mamai segera ke biliknya. Aku ketawa kecil melihat telatah Saiful. Mamai sungguh dia dan dia kelihatan sungguh polos..

        Pintu peti ais dibuka. Bahan-bahan yang ada cukup untuk aku buatkan nasi goreng tom yam untuk kami makan malam. Cukuplah sekadar nasi goreng. Aku pun rasa tak berapa nak sihat jadi yang simple-simple sahaja aku masakkan untuknya.

        Setelah siap masak aku hidangkan di depan televisyen. Bukan apa takut kekok pula bila makan berdua dengannya. Air oren dari kotak DailyFresh aku tuang ke dalam gelas. Mulanya aku nak simpankan kembali tapi takut pula dia tidak tahan pedas lantas aku biarkan kotak air itu diatas meja.

        “Wah, sedapnya! Terima kasih!” ujarnya keanak-anakkan. Jujur aku katakan.. walaupun usianya sudah menjangkau 23 tahun tapi perangai keanak-anakkannya masih terserlah. Aku tersenyum. DVD korea milik aku, aku pasang. Lantaklah dia suka ke tak suka yang penting aku nak layan cerita Slip Time Doctor Jin ini sampai habis.

        Aku mempamerkan riak muka yang cukup bersemangat saat Dr Jin menjalankan pembedahan. Best giler.. dah la handsome doctor jin ni.. Pandai selamatkan nyawa orang pulak.. aih.. memang la memang. Saiful disebelah aku kerling. Patutlah senyap. Rupanya dia tutup muka dia. Tak sanggup nak tengoklah tu... Hehehe.. nasib baik dia tak suruh aku tutup.. kalau dekat rumah mengamuk umi. Katanya geli, tak sesuai dipasang ketika makan. Memang betul pun.. tapi otak akukan gile-gile..

        Selesai sahaja makan aku pantas mengutip pinggan kotornya. Lalu aku bawak ke sinki. Elok sahaja aku pasang air. Ada sepasang tangan lain yang tolong basuhkan.

        “Eih.. biarlah Naurah yang kemaskan..” ujar aku cuba memprotes.

        “Naurah dah penat masak.. biarlah abang yang tolong basuhkan..” aku sekadar mengangkat bahu. Tubuh yang penat aku bawa ke bilik. Katil seakan-akan memanggil aku aja.

        Selesa sudah berbaring di atas katil. Mata ini degil pula tak nak tutup. Nak kata tak biasa tidur di tempat baru memang takla.. Aku dah biasa merantau tiada istilah tak sesuai atau apa-apa saja. Aku jadi rindu dengan pelukan Saiful yang telah menemaniku lebih dari seminggu. Pelukan yang buat aku rasa selamat dan mendodoikan aku..

        Dalam aku mengelamun mengingatkan suami yang aku anggap sebagai adik itu.. aku hanyut dibuai lena..







        Malasnyaaa... Hari ini aku akan mula bekerja balik. Dah tamat dah cuti aku. Kenduri kedua-dua belah pun dah selamat dijalankan. Aku segera menyiapkan baju untuk Saiful dan diriku sendiri. Selepas itu aku memasak sarapan ala-ala America. Cukup untuk melapik perut kami hingga ke tengah hari.

        Dengan muka yang selebet, Saiful turun. Aku tahu mesti dia pun ada sindrom aku ni. Malas nak kerja... hehehe..

        “Dah-dah tak payah nak tayang muka macam tu.. Naurah pun malas.. tapi dah tanggungjawabkan.. Cepatlah nanti marah papa awak lambat. Abang hantar Naurah ke hari ni?” tanya aku. Saiful mengangguk. Aku segera menyiapkan beg kerjanya dan handbag aku. Karang tertinggal dah satu kerja nak mengambilnya pula.


        Aku memasuki ruangan pejabat dengan senyuman lebar. Mati senyuman aku saat dia kelihatan. Bagaimana pula aku boleh lupa yang sang dia bekerja dibawah bumbung yang sama. Mungkin kerana fikiranku hanya dipenuhi Saiful sahaja.. hurm.. sekali lagi aku hanyut memikirkan suamiku itu.

        “Naurah..” tanganku dipegangnya kejap. Tersentak juga aku. Berani pula dia menyentuh diriku. Bukankah dia tahu yang aku pantang disentuh lelaki bukan mahramku?

        “What?”tanya ku kasar.

        “I.. I’m sorry. Naurah I still love you.. Kita bersama kembali ya..” sesedap hati sahaja dia kata begitu. Aku dah tak hinggin dengan kaulah! Nak sahaja aku kata begitu. Aku terlopong melihat Saiful merenung aku dan Kamal dengan pandangan yang tajam. Tanganku aku rentap kasar. Handbag aku yang berada dalam pegangan Saiful dilepaskan ke lantai. Aku pantas mengejar Saiful.

        “Abang.. abang..” panggilan aku tidak dihiraukannya. Sedih betul aku rasakan. Lagi sedih dari waktu aku mendapat mesej dari Kamal si tak guna itu.

        Aku berbalik ke tempat kerjaku. Aku lihat Kamal masih tercegat disitu. Aku hadiahkan tamparan ke pipinya. Dia hanya terpaku.

        “Itu sebab kau dah malukan aku dan family aku. Dan yang ini kerana kau dah buat suami aku salah sangka dengan aku.. Hubungan kita dah tamat sama sekali. Sekali lagi kau buat macam ni.. siap kau adu adukan kepada pihak atasan kau buat sexual harassment kat aku..” sekali lagi tangan aku hinggap di pipinya.

        Rasa nak letakkan jawatan sekarang jugak. Kesian Saiful. Mesti dia sakit hati. Tapi perlu ke dia sakit hati? Dia kahwin dengan aku pun spontan.. Hurm.. yang penting aku nak jelaskan semuanya dekat dia.

        Tepat pukul 5 petang aku terus turun ke bawah. Nasib baik Saiful sudah duk tercongak menunggu aku. Kalau tak terpaksalah aku menumpang sesiapa yang baik hati.

        Diam sahaja sepanjang perjalanan kami. Aku takut nak mengeluarkan bunyi. Karang tak pasal-pasal kena tinggal tepi jalan. Angin Saiful ni bukan boleh diduga masa dia rapat dengan Dzaquan pun pernah dia buat hal tinggalkan Dzaquan tepi jalan. Inikan aku... Nak bernafas pun aku takut. Yelah akukan selesama karang bernafas kang keluar bunyi.. mestilah dia marah karang.

        “Bernafas jelah. Dah biru aku tengok. Aku buat CPR karang baru tahu.” Ujar Saiful dengan muka serius. Aku mula bernafas seperti biasa.

        “Abang.. tadi..” tak sempat aku nak jelaskan dia potong cakap aku.

        “Aku tahu kenapa kamu tak dapat nak terima aku. Kamu sukakan dia lagikan..” hilang terus ‘abang-Naurah’ Cuma tinggal ‘Aku-kamu’. Aku terpegun. Dia ikhlas ke dengan aku?

        “Tak.. Naurah.. Naurah tak suka dia.. Naurah.. Naurah Cuma..” Kata-kata aku hilang lesap sebaik sahaja Saiful menangis.

        “Abang.. janganlah macam ni..” dalam menangis-menangis tu, sampai jugaklah kitaorang dekat rumah. Masuk sahaja rumah, Saiful terus ambil tempat dekat sofa. Mukanya yang penuh dengan air mata ditutup dengan bantal kusyen. Nak tergelak aku tengok.

        Belakangnya aku usap perlahan. Selepas puas menangis dia mengangkat wajahnya. Terhambur juga ketawa aku melihat mukanya sudah sembab. Mulutnya dicebik. Marah le tu.. macam aku tak tau..

        “Alololo.. sorry abang.. Naurah dah tak suka dia. Betul ni..” aku cuba menyakinkannya.

        “Ye ke? Boleh caya ke ni?” ujarnya yang masih tersedu-sedu.

        “Betul.. Naurah suka abang sorang je.. ops..” alamak.. terlajak perahu boleh diundur... terlajak kata.. lari le jawabnye..

        “Naurah tak payah nak menyorok malam ni abang nak tuntut!!” Saiful berlari sambil ketawa kecil ke bilikku. Habislah aku malam ni.. nak wat cam ne reda jelahhhhh....








        “Naurah suka dekat abang sejak bile?” hish.. laki aku ni nak bersoal jawab tak kena tempat. Orang nak mandi  nak solat, boleh pulak dia tanya macam tu. Dah la kes semalam tak hilang lagi malu aku..

        “Sejak.. Dzaquan bawak abang balik rumah nak main..” ujar aku malu-malu.. mukanya seakan terkejut.

        “Aih.. abang kecik lagi masa tu.. baru 4 tahun.. biar betul Naurah ni..”

        “Hurm.. Naurah suka dekat abang sebab abang selamatkan anak kucing Naurah. Masa tu rasa abang macam superman je..” makin kuat ketawa dia..

        “Habis sekarang tak ada gaya superman ke?”tanyanya dengan kenyitan matanya yang terkenal dengan kegatalannya.

        “Hish.. dah la merapu je abang ni...” Aku bingkas lari masuk ke dalam bilik air. Gatal punye suami..







        “Abang.. tolong Naurah...” rengekku manja.. Saiful tersenyum melihat telatah aku. Sejak aku disahkan hamil 3 bulan yang lalu, peelku lain macam sahaja. Sekarang usia kandunganku sudah 4 bulan lebih peel mengadaku masih tak hilang-hilang.

        “Ish.. mengadanya Kak Ura ni..” ejek Dzaquan. Aku mencebik nak menangis. Saiful memujuk aku. Perlahan aku ukirkan senyuman. Suka dimanjai sebegitu.

        “Dah la tu Abang Eful. Jom layan bola.. kak Ura ni karang melekat ngan umi punyelah..” kata Dzaquan menarik suamiku masuk ke dalam rumah. Aku sudah menempal umi.

        “Susahnya umi.. payahlah bila suami Naurah Bff adik.. Nak bermanja pun ada orang cemburu...” adu aku kepada umi.

        “Alololo.. cian anak umi ni...” usapan umi menyenangkan aku.

        “Aih.. susah nak bermanja dengan isteri. Payah bila anak perempuan balik yelah umikan umi kesayangan dia..” perli babah. Aku mencebik. Umi memujukku. Makin kuat tangisanku.

        “Alahai.. kesian isteri Saiful ni.. Meh sini meh..” aku meluru ke dalam pelukannya.

        “Jangan jeles... sapa suruh suami akak bff adikku?” aku menjelirkan lidah kepada Dzaquan. Umi dan babah sudah ketawa. Saiful dah mengeleng kepalanya. Dzaquan sudah membalas jeliran lidah aku... Sudahnya kesemuanya ketawa melihat telatah aku dan adikku. Semoga kebahagianku kekal ke Jannah. Amin...
        .

       


33 comments:

  1. assalamualaikum kak syu..best citer ni..kid suke bace..blh ngam la kataka,,keep it up..hehe

    ReplyDelete
  2. wah, dah bole buat buku ni

    dah follow sini dari LOTB

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Lee..syu masih banyak yg prlu dipelajari...

      Delete
  3. bestnya karya asyu...
    guys.. boleh x jenjalan kat blog saya?
    https://megat92eyrulez.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks ME nnt syu pergi.. sibuk skit skg ni

      Delete
  4. terbaek punya cerpennnn!!! tip top! awesome!!! :D

    ReplyDelete
  5. hahahahha... kelakar giler sih... mana lah kau dpat idea kawin ngan kawan adik sendiri.... kakakakaka.... sweet sgt... kakakaka... :D :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. dpt idea ni sbb aku kan suka baca komik.. org jepun koreakan suka buat cerita luar alam sikit.. so aku cam terfikir klu kahwin ngan bestie adik cam ne la agaknye..btw thanks sbb sudi baca and komen ^_^

      Delete
  6. Asyu! Sye ade rahsia nak bgtau! BFF adik sye ensem, baik pulak tu...selalu sye gurau dgn adk sye, nk tnggu die besa...sye ckp kat adik sye...kalau umo sye da 25 thn, tp tak kahwin atw xder pakwe, sye snggp kawen dgn die, wlwpown hampir 10 thn beze umo kitorang..hehe..but of course, sye gurau jer...strictly, i don't have lolicon...kalo awk suke bce komik, awk taula ape lolicon tu...Anyway, pjg kan, sye membebel? hehe...nice story....>///<

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. mana tau kot-kot ada jodoh... well.. saya lolicon pada komik je.. manusia betul x kot.. hehehe.. thanks sbb sudi komen Amy ^_^

      Delete
  7. best kak asyu (Y) buat sambungan lorh ea :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks cahaya... hehehe kena tunggu dulu la cahaya... banyak cerita tak habis lagi ni

      Delete
  8. sweet sangat-sangat teruja saya baca..hihihi

    ReplyDelete
  9. waaaaaa sweet walaupun terasa ke'awkward'an dia sikit ���� hahaha anyway love the storyline �� unique! rare! lain dr yg lain �� keep it up ! ��

    ReplyDelete
  10. Haha...mcm ksah sya jerr ni...tpi we r just cple...blm smpai thap khwn lg...cple dgn kwn adq sya...haha...sbb tlmpau rpat...blh pla sngkut...kuikui...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke? mungkin jodoh awak kot. terima kasih sudi baca!

      Delete
  11. penggunaan bahasa yng santai .. tk baku . n best gile!!

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. terima kasihhh >.< byknya 10 starrrr

      Delete
  13. Best la cerpen akak
    Daebak!!!!
    I luv it

    ReplyDelete
  14. sy perati je komen2..dari 2013 smpai skang..mmang terbhaekk lh cerpen ni..idea osem lorhh..santai je..buat lh vrsi raya plak ke..yg pasti cerpen ni best..gud job..

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)