Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Monday, 11 November 2013

Cerpen : Pembunuhan di Syarikat XZ ~first thiller short story~

Hari ini. 13/8/2005.

Kekalutan para pekerja semakin menjadi-jadi walaupan syarikat ditangguhkan operasinya namun terdapat beberapa pekerja yang masih menjalankan tugas biarpun kawasan syarikat ini telah diistiharkan sebagai kawasan larangan. Baru 5 bulan sudah, seorang jejaka ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan di tempat letak kereta syarikat XZ Sdn Bhd. Hari ini berlaku kembali kejadian yang mengerikan itu, ditempat yang sama dan ditemui dalam keadaan yang serupa; mengerikan tetapi kali ini mangsa tersebut ialah seorang perempuan. Yang anehnya kedua-dua mangsa memegang jawatan yang sama iaitu pegawai di bahagian Counseling. Malahan mereka baru sahaja dinaikkan pangkat ke pegawai di bahagian kaunseling.

        Kes seperti ini pernah terjadi pada tahun lepas iaitu pada tahun 2004 namun kes tersebut ditutup kerana bukti tidak mencukupi untuk mendakwa tertuduh; Shakir, salah seorang pekerja di XZ Sdn Bhd. Malahan Shakir telah disahkan gila lalu dimasukkan ke hospital Tanjung Rambutan di Perak. Sehingga kini Shakir masih ada di hospital tersebut. Persoalannya siapa yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan ini? Adakah ini bermakna Shakir tidak bersalah? Apakah kaitan jawatan mereka dengan kejadian yang menimpa mereka? Persoalan ini berlegar-legar di kepala Inspektor Fakrullah. Ini bermakna fail tahun sudah terpaksa dibuka kembali bagi menyelesaikan kes pembunuhan berantai ini.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Kes Pertama : Zaid Hamidi. Tarikh dibunuh 13/10/2004.
Sehari sebelum kejadian. |12/10/2004| Malam itu...
Zaid berlari dengan pantas, dua tiga minggu ini dia berasa seperti diekori oleh seseorang. Malam ini semakin kuat perasaan itu. Zaid melepaskan lelah apabila tiba dikenderaannya. Dia menoleh ke belakang. Ternyata tiada sesiapa pun mengekori dirinya. Mengenangkan dirinya yang syak wasangka yang bukan-bukan, dia ketawa kecil. Kunci pintu kereta dibuka. Zaid segera melemparkan beg kerjanya dibahagian tempat duduk belakang.

Matanya terpaku melihat sehelai kertas merah bersaiz A4 terletak dicermin tingkap bahagian belakang keretanya. Pelik. Syarikat tempat dia bekerja ini tidak membenarkan salesman masuk ke bahagian tempat letak kereta. Bagaimana kertas yang kelihatan seperti pamplet itu boleh berada ditingkap keretanya.

Tangan segera bergerak mengambil kertas itu. Tercampak kertas tersebut apabila dia menyedari kertas itu seperti dibasahi dengan darah bukan sekadar warna kertas itu semata-mata. Matanya ligat memerhatikan tempat letak kereta itu, perasaan paranoidnya semakin menjadi-jadi. Ternyata perasaan diekori yang dialaminya bukan hanya ilusi.

Kertas yang diatas lantai itu dibacanya.

Kau BERSALAH! Kau Harus Di HUKUM! Atas kesalahan kau yang tidak dapat dimaafkan kau akan  dihukum MATI!’ – PENYELAMAT XZ.

        Zaid terperanjat melihat kata-kata itu. Dia bersalah? Setahunya selama dia bekerja di syarikat XZ Sdn Bhd iaitu selama 5 tahun dan seumur hidupnya tidak pernah dia melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang yang serius. Setakat ini kesalahan yang pernah dia lakukan hanyalah melanggar lampu isyarat merah. Tak mungkin diatas kesalahan itu dia bakal di hukum mati! Zaid pantas masuk ke dalam keretanya.

        Dahinya berkerut-kerut memikirkan siapakah Penyelamat XZ. XZ? Nama pemberi surat ugutan itu seperti nama syarikat dia bekerja. Apakah dia hanya diusik oleh rakan-rakannya? Zaid malas mahu mengambil pusing hal itu. Lalu dia memecut pulang ke rumahnya.

Keesokannya, hari kejadian. |13/10/2004|
Malam kejadian. Jam 2300

        Zaid melangkah sambil bersiul kecil. Hari ini merupakan hari yang bahagia buatnya. Baru tadi dia dinaikkan pangkat sebagai pegawai di bahagian Kaunselor. Bermaksud dia kini boleh membantu rakan sekerjanya yang mengalami kemurungan atau depression di atas tekanan kerja yang diterima. Sejak kecil dia bercita-cita ingin menjadi kaunselor. Akhirnya impiannya tercapai juga.

        Zaid segera membuka pintu keretanya. Biasalah hari pertama beralih jawatan, memang pelbagai benda dia kena laksanakan. Enjin kereta cuba di hidupkan namun hanya gauman yang kedengaran. Entah apa pula masalah keretanya.

        “Zaid kenapa dengan kereta kau ni?” teguran itu memeranjatkan Zaid. Dia mengusap dadanya, ternyata rakan baiknya, Shakir yang menegur.

        “Kau ni boleh tak bagi salam dulu?” tanya Zaid agak marah.

        “Ala.. sorry la bro. Assalamualaikum. Kenapa dengan kereta kau ni?” Shakir menutur soalan itu sambil tersengih, tahu salahnya.

        “Entah aku pun tak tahu.. cuba kau tengok-tengokkan.” Zaid pergi ke bahagian belakang keretanya. Kedengaran bunyi hentakkan dan bunyi sesuatu jatuh. Zaid segera melihat apa yang berlaku.

        “Shakir!” Zaid panik melihat keadaan Shakir. Kepala Shakir dipenuhi darah dan dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

        Zaid tersentak. Dirinya ditarik dalam keadaan dia tidak bersedia. Bergelut, Zaid cuba lepaskan dirinya. Mukanya ditumbuk beberapa kali. Dalam keadaan yang pening Zaid dapat melihat wajah penjahat itu. Namun segalanya kabur. Kepalanya dihentak pula dengan kayu pemukul besbal. Penjahat itu memakai hood yang menutupi hampir separuh wajahnya.

        Zaid cuba bangun. Sekali lagi dia dipukul kuat menggunakan kayu pemukul besbal. Zaid terjatuh dia tidak berdaya lagi untuk bangun. Terasa tulang rusuknya sakit menyengat.

        “Kau telah melakukan kesalahan yang nyata... Kau harus dihukum.” Kata penjahat itu.

        Zaid hanya mampu terbaring lemah. Penjahat itu tiba-tiba menanggalkan pakaian Zaid dan hanya meninggalkan seluar dalamnya. Shakir ketika itu baru sahaja sedarkan diri. Dirinya seakan terpaku melihat kelakuan jijik orang itu. Tubuh Zaid yang berdarah dijilat seperti binatang.

        Tiba-tiba penjahat itu mengeluarkan gunting. Lalu dikelar tubuh Zaid dan dirobek bahagian abdomen Zaid. Usus-usus mula terjuntai keluar. Zaid menjerit kesakitan selama beberapa saat lalu terkulai tidak bernyawa. Darah membuak-buak membasahi lantai tempat itu sehingga mengenai Shakir. Shakir memandang penjahat itu bagaikan orang bodoh. Dia hanya terpaku dengan mata terbuntang melihat kelakuan kejam itu.

        Selepas puas Zaid ditinggalkan begitu sahaja. Wajah Shakir dipandang. Senyuman sinis terukir. Ternyata Shakir kini sudah kosong jiwanya. Gunting yang berada ditangan diletakkan ke dalam pegangan tangan Shakir. Shakir mengenggam gunting itu dengan tangan yang terketar-ketar. Dia yakin bahawa Shakir akan menerima tuduhan membunuh Zaid.

        Shakir ditinggalkan dengan mayat Zaid yang tidak bertutup dengan sempurna.
       
       
        Kes kedua : Kusyair Ahmad. Tarikh dibunuh 13/3/2005.
        Malam kejadian. Sekitar jam 2300.

        Kusyair tersenyum senang. Akhirnya dia dibaikkan pangkat. Walaupun sedikit gentar dengan kisah yang menimpa pegawai sebelumnya, hatinya tidak goyah untuk menjawat jawatan itu.

        Entah kenapa pada hari ini jugalah keretanya membuat hal. Kusyair melangkah ke arah motosikal milik rakan serumahnya. Nasib baik jugalah rakannya berbaik hati membenarkan dia meminjam motosikal itu. Sekiranya tidak mesti rekod bersihnya tercemar dan jawatan ini mungkin terlepas ke tangan orang lain.

        Dengan wajah yang riang Kusyair menghidupkan enjin motosikal itu. Enjin motosikal itu tidak boleh dihidupkan seperti dimasukkan air ke dalam tangkinya. Bunyi ngauman ketika menghidupkan motosikal membuat Kusyair mengeluh.

        Dia mula memaki orang yang mendajalkan dirinya. Beg kerja dihempas. Lalu telefon bimbit dikeluarkan. Tiba-tiba satu pesanan ringkas diterimanya. Kusyair membaca pesanan ringkas itu dengan wajah yang serius.

‘Kau BERSALAH! Kau Harus Di HUKUM! Atas kesalahan kau yang tidak dapat dimaafkan kau akan  dihukum MATI!’ – PENYELAMAT XZ.’

Dia tersentak. Dalam firasatnya ada seseorang yang ingin mempermainkan dirinya. Dia melihat sekelilingnya.

“Kau tak payah nak takut-takutkan aku! Aku tak takut sikit pun! Siaplah kau kalau aku dapat kau!” ujar Kusyair penuh kemarahan.

Melihat tiada orang yang menyahut. Kusyair mula menilik motosikal milik temannya itu. Dalam keadaan dia leka, satu pukulan mengenai kepalanya.

Dengan pandangan berpinar Kusyair cuba melawan penjahat itu. Kali ini dia disepak dibahagian perut. Kusyair terduduk menahan senak.

Belakang badannya dihentak menggunakan siku yang mempunyai pelapik berduri besi. Darah mula membasahi lantai. Baju Kusyair mula dibuka. Dengan keadaan tidak mampu melawan Kusyair hanya mampu mengerang kesakitan. Kelakuan psiko penjahat itu berulang kembali. Dijilat bahagian badan Kusyair yang berdarah. Selepas itu dengan menggunakan sarung tangan dia menikam perut Kusyair menggunakan pisau pemotong daging. Usus-usus Kusyair mula kelihatan. Kusyair menjerit meminta tolong namun semakin lama teriakannya semakin perlahan lalu terus terhenti.

Penjahat itu mengeluarkan usus Kusyair lagaknya seperti memperlakukan Kusyair seperti lembu yang baru dilapah. Dipotong, dicencang usus Kusyair lalu dicampak disekitar Kusyair.

Selepas puas diletakkan pisau itu ditepi Kusyair. Lalu penjahat itu beredar.



Kes ketiga : Nur Syafiqah Naura. Dibunuh pada 13/8/2005.
Hari kejadian. Jam 2300.

Naura berlari anak. Kedengaran ada rentak kaki lain mengekori langkahnya. Dengan nafas tercunggap-cunggap Naura menyorok di dalam keretanya. Dia melepaskan nafas lega. Kelibat orang yang mengekorinya telah menghilang. Dia menghidupkan enjin keretanya. Sebaik sahaja enjin berjaya dihidupkan cermin keretanya dipecah menggunakan alat pemadam api.

Naura tergamam. Dia teringat dengan kertas yang diterimanya dua hari yang lalu. Dia ingat mesej itu hanya sekadar usikkan teman sekerja. Tidak sangka hal ini bakal terjadi.

Naura ditarik keluar melalui tingkap keretanya. Cermin-cermin yang masih melekat di tingkap itu menikam badannya saat dia ditarik.

Dengan tangisan Naura merayu agar dibebaskan. Namun tanpa belas kasihan kepala Naura dihentak ke lantai sehingga berdarah.

Dalam keadaan separuh sedar bajunya dibuka. Yang tinggal hanya pakaian dalamnya. Seperti mangsa-mangsa yang lain, badan Naura yang penuh dengan luka dijilat oleh penjahat itu. Naura merayu agar dimaafkan.

Kemudian dengan menggunakan besi yang tajam perut Naura dirobek dan dikorek keluar usus-ususnya. Bau yang meloyakan hasil air kecil dan besar Naura tidak dihiraukan penjahat itu. Keadaan yang mengerikan itu menyeronokkan hati si penjahat. Gelak ketawa kepuasan bergema di kawasan tempat meletak kereta itu.

“Hoi siapa tu?!” sergah pihak pengawal keselamatan. Si penjahat hanya tersengih disebalik hood yang menutupi separuh wajahnya. Besi itu dilemparkan ke arah pengawal keselamatan itu dengan cebisan usus yang masih terlekat.

Si penjahat berjaya meloloskan diri selepas menyembur pengawal keselamatan itu menggunakan alat pemadam api.


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Hari ini. |13/1/2006|
       
Inspektor Fakrullah merenung kertas dan telefon milik mangsa-mangsa. Kesemuanya menunjukkan mesej yang sama. Dahinya berkerut. Ternyata ketiga-tiga kes ini menunjukkan persamaan yang sama. Waktu, tarikh, jawatan, kawasan malahan cara pembunuhan adalah sama kecuali alat pembunuhan adalah berbeza.

Dia bingung. Tiada sebab untuk ketiga-tiga mangsa itu dibunuh. Dia melihat fail-fail yang berada di atas mejanya. Inspektor Fakrullah seakan tersedar saat melihat tarikh pembunuhan ketiga-tiga mangsa tersebut. Jarak masa diantara ketiga-tiga kes adalah 5 bulan. Dia menepuk dahi. Kenapalah selepas 5 bulan baru dia perasan hal ini? Dia merenung kelander. Ternyata hari ini ialah 13/1/2006. Tarikh yang bakal dipilih oleh pembunuh tersebut; 13.

Inspektor Fakrullah pantas mencapai pistol miliknya lalu menyuruh anak buahnya menghubungi ibu pejabat.

“Malam ini bakal berlaku satu lagi pembunuhan ngeri.” Hanya itu yang dinyatakan Fakrullah sepanjang jalan.

Tempat letak kereta itu sunyi tidak berbunyi. Hanya tapak kaki milik Inspektor Fakrullah bergema di kawasan itu.

Tiba disuatu sudut kedengaran pergelutan. Dengan langkah yang berhati-hati Inspektor Fakrullah mendekati kawasan itu. Diintai balik tiang yang ada. Ternyata ada seorang pemuda sedang bergelut dengan seseorang yang memakai jaket berhood.

“Jangan bergerak! Letakkan senjata anda!” Inspektor Fakrullah pantas mengacu senjatanya.

Namun penjahat itu lebih pantas. Dengan pisau bergerigi dia menjadikan pemuda itu sebagai tebusan.

“Siapa kau?! Berani kau menganggu aku! Dia bersalah! Mereka semua bersalah! Aku yang layak menghukum mereka!” kata penjahat itu bagaikan biul. Inspektor Fakrullah mula mengenal pasti masalah penjahat itu. Ternyata penjahat menganggap dirinya seorang yang mempunyai kuasa.

“Kenapa mereka bersalah? Boleh kau ceritakan pada aku?” tanya Inspektor Fakrullah. Mainan psikologi mula digunakan.

Penjahat itu mendengus kasar.

“Hm.. mereka semua salah. Syarikat ini bodoh. Sebab mereka semualah adik aku mati.. Sebab merekalah!! Isk.. isk.. Adik kesayangan aku dah tak ade!! Semua sebab merekaaaa!” Penjahat itu mula hanyut dengan perasaannya. Dalam keadaan penjahat itu asyik mengongoi menangis Inspektor Fakrullah melepaskan tembakan tepat di tangan yang memegang senjata itu. Pada masa itu pemuda yang menjadi tebusan pantas menjatuhkan diri mengelakkan daripada menjadi mangsa.

“Arghh!! Kau pun sama! Pembunuh! Kesian adik aku..” dalam keadaan kesakitan, Inspektor Fakrullah segera mengari tangan si penjahat. Hood yang selama ini menutup separuh wajah penjahat itu terselak. Terserlah wajah jelita seorang wanita.

Inspektor Fakrullah menggelengkan kepalanya. Wanita itu memang tidak siuman. Pemuda yang menjadi tebusan itu mengucapkan terima kasih berulang kali. Akhirnya kes selesai!

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

       
        “Tahniah Inspektor Fakrullah!” ujar pegawai atasan itu. Fakrullah hanya tersenyum sambil mengucapkan terima kasih. Atas kejayaannya itu dia di anugerahkan pingat keberanian.

        Kisah pembunuhan di syarikat XZ mula tersiar meluas. Pembunuh; Lidya Nafisya merupakan seorang pesakit jiwa yang dibebaskan atas dasar pulih sepenuhnya. Namun pada tahun 2004, adiknya, Sharul Azmi telah membunuh diri akibat tekanan ditempat kerja serta gagal dikaunselingkan.

        Lantas penyakit mental Lidya kembali. Lidya melebalkan semua kaunselor di syarikat itu yang menyebabkan adiknya membunuh diri. Di atas keadaannya yang tiada stabil dia mula melakukan perkara yang merbahaya sehingga akhirnya dia mula menyerang semua kaunselor yang baru sahaja dilantik. Pembunuhan kejam yang dilakukan dikatakan dilakukan oleh adiknya. Dikatakan kelakuannya yang menjilat darah ditubuh mangsa adalah untuk membayar hutang darah adiknya. Manakala perlakuannya menrobek perut mangsa sehingga terkeuar usus adalah kerana adiknya mati dalam keadaan yang sama. Iaitu terjun bangunan dan kemudiannya dilanggar lori sehingga terkeluar usus dan isi perutnya.

        Pihak hospital mengatakan Lidya mengalami satu penyakit kemurungan yang serius sehingga membuat dia mengalami split identity.

        Inspektor Fakrullah mengeluh. Dia datang melawat Lidya. Gadis itu masih seperti dulu. Kasihan hanya itu terdetik dihatinya.

        “Kau.. jaga-jaga. Aku nak robek perut kau! Hahahaha...” Lidya menjerit ke arah Inspektor Fakrullah. Inspektor Fakrullah hanya mampu menggeleng lemah. Biarlah dia hanya disini. Jauh daripada masyarakat yang lebih gila daripadanya. Gila akibat tekanan hidup. Tamat sudah kes pembunuhan di Syarikat XZ.



#Assalamualaikum hehehe lamakan asyu menyepi tgh exam besa la...
#Cerita ni pun muncul lepas penat baca buku (tgk citer Arrow on9) Terus muncul ilham ni.. tak de kaitan pun.. yg sama mungkin HOOD je.. hahahha...
#DOAKAN Asyu yeeee Tgh EXAM WEIIIIII~!!!
#cerita lain lepas exam..janji niiii :3
#Nak insert gambar tapi x de yg sesuai.... klu ada kasi tau.. letak kat fb pun bulehhhh :)

8 comments:

  1. Replies
    1. hahaha kan... akibat banyak sangat tgk citer hantu thailand yang psiko giler hahaha

      Delete
  2. org malay tak bisa bwt cerpen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. really?? hurm x semua x pndai buat cerpen. asyu? yes asyu admit asyu tak pandai sgt.. well.. asyu bukan budak sastera.. hehehe baru buat research.. cerpen hanya ada 10 muka surat je.. hahaha.. so.. kebanyakan citer yg asyu katakn cerpen ni adalah cerita panjang sebenarnya.. but mr./ miss Anonymous.. kalau nak tahu orang malay ni tahu ke tak buat cerpen.. you can search at google.. sorry.. asyu harap mr./miss tak terasa.. sbb kebanyakkan yg keluar bila kita taip cerpen kat google adalah karya orang malay. ^_^..

      Delete
  3. Kak Asyu, cerita ni memang psiko tahap gaban ni. Seram sehhh!

    ReplyDelete
  4. owsem ahh. Kak Asyu. Irate this story 5 stars

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)