Hari
ini. 13/8/2005.
Kekalutan para pekerja semakin menjadi-jadi walaupan syarikat
ditangguhkan operasinya namun terdapat beberapa pekerja yang masih menjalankan
tugas biarpun kawasan syarikat ini telah diistiharkan sebagai kawasan larangan.
Baru 5 bulan sudah, seorang jejaka ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan
di tempat letak kereta syarikat XZ Sdn Bhd. Hari ini berlaku kembali kejadian
yang mengerikan itu, ditempat yang sama dan ditemui dalam keadaan yang serupa;
mengerikan tetapi kali ini mangsa tersebut ialah seorang perempuan. Yang
anehnya kedua-dua mangsa memegang jawatan yang sama iaitu pegawai di bahagian Counseling. Malahan mereka baru sahaja dinaikkan pangkat ke pegawai di
bahagian kaunseling.
Kes seperti ini pernah terjadi pada
tahun lepas iaitu pada tahun 2004 namun kes tersebut ditutup kerana bukti tidak
mencukupi untuk mendakwa tertuduh; Shakir, salah seorang pekerja di XZ Sdn Bhd.
Malahan Shakir telah disahkan gila lalu dimasukkan ke hospital Tanjung Rambutan
di Perak. Sehingga kini Shakir masih ada di hospital tersebut. Persoalannya
siapa yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan ini? Adakah ini bermakna
Shakir tidak bersalah? Apakah kaitan jawatan mereka dengan kejadian yang
menimpa mereka? Persoalan ini berlegar-legar di kepala Inspektor Fakrullah. Ini
bermakna fail tahun sudah terpaksa dibuka kembali bagi menyelesaikan kes
pembunuhan berantai ini.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Kes Pertama : Zaid Hamidi. Tarikh dibunuh 13/10/2004.
Sehari sebelum kejadian. |12/10/2004| Malam itu...
Zaid berlari dengan pantas, dua tiga minggu ini dia berasa
seperti diekori oleh seseorang. Malam ini semakin kuat perasaan itu. Zaid melepaskan
lelah apabila tiba dikenderaannya. Dia menoleh ke belakang. Ternyata tiada
sesiapa pun mengekori dirinya. Mengenangkan dirinya yang syak wasangka yang
bukan-bukan, dia ketawa kecil. Kunci pintu kereta dibuka. Zaid segera
melemparkan beg kerjanya dibahagian tempat duduk belakang.
Matanya terpaku melihat sehelai kertas merah bersaiz A4
terletak dicermin tingkap bahagian belakang keretanya. Pelik. Syarikat tempat
dia bekerja ini tidak membenarkan salesman
masuk ke bahagian tempat letak kereta. Bagaimana kertas yang kelihatan seperti pamplet itu boleh berada ditingkap
keretanya.
Tangan segera bergerak mengambil kertas itu. Tercampak kertas tersebut
apabila dia menyedari kertas itu seperti dibasahi dengan darah bukan sekadar
warna kertas itu semata-mata. Matanya ligat memerhatikan tempat letak kereta itu,
perasaan paranoidnya semakin
menjadi-jadi. Ternyata perasaan diekori yang dialaminya bukan hanya ilusi.
Kertas yang diatas lantai itu dibacanya.
‘Kau BERSALAH! Kau Harus Di HUKUM! Atas
kesalahan kau yang tidak dapat dimaafkan kau akan dihukum MATI!’ – PENYELAMAT XZ.
Zaid terperanjat melihat kata-kata itu. Dia
bersalah? Setahunya selama dia bekerja di syarikat XZ Sdn Bhd iaitu selama 5
tahun dan seumur hidupnya tidak pernah dia melakukan sesuatu yang melanggar
undang-undang yang serius. Setakat ini kesalahan yang pernah dia lakukan hanyalah melanggar
lampu isyarat merah. Tak mungkin diatas kesalahan itu dia bakal di hukum mati! Zaid
pantas masuk ke dalam keretanya.
Dahinya berkerut-kerut memikirkan
siapakah Penyelamat XZ. XZ? Nama pemberi surat ugutan itu seperti nama syarikat
dia bekerja. Apakah dia hanya diusik oleh rakan-rakannya? Zaid malas mahu
mengambil pusing hal itu. Lalu dia memecut pulang ke rumahnya.
Keesokannya,
hari kejadian. |13/10/2004|
Malam
kejadian. Jam 2300
Zaid melangkah sambil bersiul kecil.
Hari ini merupakan hari yang bahagia buatnya. Baru tadi dia dinaikkan pangkat
sebagai pegawai di bahagian Kaunselor. Bermaksud dia kini boleh membantu rakan
sekerjanya yang mengalami kemurungan atau depression
di atas tekanan kerja yang diterima. Sejak kecil dia bercita-cita ingin menjadi
kaunselor. Akhirnya impiannya tercapai juga.
Zaid segera membuka pintu keretanya. Biasalah
hari pertama beralih jawatan, memang pelbagai benda dia kena laksanakan. Enjin kereta
cuba di hidupkan namun hanya gauman yang kedengaran. Entah apa pula masalah
keretanya.
“Zaid kenapa dengan kereta kau ni?”
teguran itu memeranjatkan Zaid. Dia mengusap dadanya, ternyata rakan baiknya,
Shakir yang menegur.
“Kau ni boleh tak bagi salam dulu?”
tanya Zaid agak marah.
“Ala.. sorry la bro. Assalamualaikum. Kenapa
dengan kereta kau ni?” Shakir menutur soalan itu sambil tersengih, tahu
salahnya.
“Entah aku pun tak tahu.. cuba kau
tengok-tengokkan.” Zaid pergi ke bahagian belakang keretanya. Kedengaran bunyi
hentakkan dan bunyi sesuatu jatuh. Zaid segera melihat apa yang berlaku.
“Shakir!” Zaid panik melihat keadaan
Shakir. Kepala Shakir dipenuhi darah dan dia berada dalam keadaan tidak
sedarkan diri.
Zaid tersentak. Dirinya ditarik dalam
keadaan dia tidak bersedia. Bergelut, Zaid cuba lepaskan dirinya. Mukanya ditumbuk
beberapa kali. Dalam keadaan yang pening Zaid dapat melihat wajah penjahat itu.
Namun segalanya kabur. Kepalanya dihentak pula dengan kayu pemukul besbal.
Penjahat itu memakai hood yang menutupi hampir separuh wajahnya.
Zaid cuba bangun. Sekali lagi dia
dipukul kuat menggunakan kayu pemukul besbal. Zaid terjatuh dia tidak berdaya
lagi untuk bangun. Terasa tulang rusuknya sakit menyengat.
“Kau telah melakukan kesalahan yang
nyata... Kau harus dihukum.” Kata penjahat itu.
Zaid hanya mampu terbaring lemah. Penjahat
itu tiba-tiba menanggalkan pakaian Zaid dan hanya meninggalkan seluar dalamnya.
Shakir ketika itu baru sahaja sedarkan diri. Dirinya seakan terpaku melihat
kelakuan jijik orang itu. Tubuh Zaid yang berdarah dijilat seperti binatang.
Tiba-tiba penjahat itu mengeluarkan
gunting. Lalu dikelar tubuh Zaid dan dirobek bahagian abdomen Zaid. Usus-usus
mula terjuntai keluar. Zaid menjerit kesakitan selama beberapa saat lalu
terkulai tidak bernyawa. Darah membuak-buak membasahi lantai tempat itu sehingga
mengenai Shakir. Shakir memandang penjahat itu bagaikan orang bodoh. Dia hanya
terpaku dengan mata terbuntang melihat kelakuan kejam itu.
Selepas puas Zaid ditinggalkan begitu
sahaja. Wajah Shakir dipandang. Senyuman sinis terukir. Ternyata Shakir kini
sudah kosong jiwanya. Gunting yang berada ditangan diletakkan ke dalam pegangan
tangan Shakir. Shakir mengenggam gunting itu dengan tangan yang terketar-ketar.
Dia yakin bahawa Shakir akan menerima tuduhan membunuh Zaid.
Shakir ditinggalkan dengan mayat Zaid
yang tidak bertutup dengan sempurna.
Kes kedua : Kusyair Ahmad. Tarikh
dibunuh 13/3/2005.
Malam kejadian. Sekitar jam 2300.
Kusyair tersenyum senang. Akhirnya dia
dibaikkan pangkat. Walaupun sedikit gentar dengan kisah yang menimpa pegawai
sebelumnya, hatinya tidak goyah untuk menjawat jawatan itu.
Entah kenapa pada hari ini jugalah keretanya
membuat hal. Kusyair melangkah ke arah motosikal milik rakan serumahnya. Nasib
baik jugalah rakannya berbaik hati membenarkan dia meminjam motosikal itu. Sekiranya
tidak mesti rekod bersihnya tercemar dan jawatan ini mungkin terlepas ke tangan
orang lain.
Dengan wajah yang riang Kusyair
menghidupkan enjin motosikal itu. Enjin motosikal itu tidak boleh dihidupkan
seperti dimasukkan air ke dalam tangkinya. Bunyi ngauman ketika menghidupkan
motosikal membuat Kusyair mengeluh.
Dia mula memaki orang yang mendajalkan
dirinya. Beg kerja dihempas. Lalu telefon bimbit dikeluarkan. Tiba-tiba satu
pesanan ringkas diterimanya. Kusyair membaca pesanan ringkas itu dengan wajah
yang serius.
‘Kau
BERSALAH! Kau Harus Di HUKUM! Atas kesalahan kau yang tidak dapat dimaafkan kau
akan dihukum MATI!’ – PENYELAMAT XZ.’
Dia
tersentak. Dalam firasatnya ada seseorang yang ingin mempermainkan dirinya. Dia
melihat sekelilingnya.
“Kau
tak payah nak takut-takutkan aku! Aku tak takut sikit pun! Siaplah kau kalau
aku dapat kau!” ujar Kusyair penuh kemarahan.
Melihat
tiada orang yang menyahut. Kusyair mula menilik motosikal milik temannya itu. Dalam
keadaan dia leka, satu pukulan mengenai kepalanya.
Dengan
pandangan berpinar Kusyair cuba melawan penjahat itu. Kali ini dia disepak
dibahagian perut. Kusyair terduduk menahan senak.
Belakang
badannya dihentak menggunakan siku yang mempunyai pelapik berduri besi. Darah
mula membasahi lantai. Baju Kusyair mula dibuka. Dengan keadaan tidak mampu
melawan Kusyair hanya mampu mengerang kesakitan. Kelakuan psiko penjahat itu
berulang kembali. Dijilat bahagian badan Kusyair yang berdarah. Selepas itu
dengan menggunakan sarung tangan dia menikam perut Kusyair menggunakan pisau
pemotong daging. Usus-usus Kusyair mula kelihatan. Kusyair menjerit meminta
tolong namun semakin lama teriakannya semakin perlahan lalu terus terhenti.
Penjahat
itu mengeluarkan usus Kusyair lagaknya seperti memperlakukan Kusyair seperti
lembu yang baru dilapah. Dipotong, dicencang usus Kusyair lalu dicampak
disekitar Kusyair.
Selepas
puas diletakkan pisau itu ditepi Kusyair. Lalu penjahat itu beredar.
Kes
ketiga : Nur Syafiqah Naura. Dibunuh pada 13/8/2005.
Hari
kejadian. Jam 2300.
Naura
berlari anak. Kedengaran ada rentak kaki lain mengekori langkahnya. Dengan
nafas tercunggap-cunggap Naura menyorok di dalam keretanya. Dia melepaskan
nafas lega. Kelibat orang yang mengekorinya telah menghilang. Dia menghidupkan enjin
keretanya. Sebaik sahaja enjin berjaya dihidupkan cermin keretanya dipecah
menggunakan alat pemadam api.
Naura
tergamam. Dia teringat dengan kertas yang diterimanya dua hari yang lalu. Dia ingat
mesej itu hanya sekadar usikkan teman sekerja. Tidak sangka hal ini bakal
terjadi.
Naura
ditarik keluar melalui tingkap keretanya. Cermin-cermin yang masih melekat di
tingkap itu menikam badannya saat dia ditarik.
Dengan
tangisan Naura merayu agar dibebaskan. Namun tanpa belas kasihan kepala Naura
dihentak ke lantai sehingga berdarah.
Dalam
keadaan separuh sedar bajunya dibuka. Yang tinggal hanya pakaian dalamnya. Seperti
mangsa-mangsa yang lain, badan Naura yang penuh dengan luka dijilat oleh
penjahat itu. Naura merayu agar dimaafkan.
Kemudian
dengan menggunakan besi yang tajam perut Naura dirobek dan dikorek keluar
usus-ususnya. Bau yang meloyakan hasil air kecil dan besar Naura tidak
dihiraukan penjahat itu. Keadaan yang mengerikan itu menyeronokkan hati si penjahat.
Gelak ketawa kepuasan bergema di kawasan tempat meletak kereta itu.
“Hoi
siapa tu?!” sergah pihak pengawal keselamatan. Si penjahat hanya tersengih
disebalik hood yang menutupi separuh wajahnya. Besi itu dilemparkan ke arah
pengawal keselamatan itu dengan cebisan usus yang masih terlekat.
Si
penjahat berjaya meloloskan diri selepas menyembur pengawal keselamatan itu
menggunakan alat pemadam api.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Hari ini. |13/1/2006|
Inspektor Fakrullah merenung kertas dan
telefon milik mangsa-mangsa. Kesemuanya menunjukkan mesej yang sama. Dahinya
berkerut. Ternyata ketiga-tiga kes ini menunjukkan persamaan yang sama. Waktu,
tarikh, jawatan, kawasan malahan cara pembunuhan adalah sama kecuali alat
pembunuhan adalah berbeza.
Dia bingung. Tiada sebab untuk ketiga-tiga
mangsa itu dibunuh. Dia melihat fail-fail yang berada di atas mejanya.
Inspektor Fakrullah seakan tersedar saat melihat tarikh pembunuhan ketiga-tiga
mangsa tersebut. Jarak masa diantara ketiga-tiga kes adalah 5 bulan. Dia
menepuk dahi. Kenapalah selepas 5 bulan baru dia perasan hal ini? Dia merenung
kelander. Ternyata hari ini ialah 13/1/2006. Tarikh yang bakal dipilih oleh
pembunuh tersebut; 13.
Inspektor Fakrullah pantas mencapai pistol
miliknya lalu menyuruh anak buahnya menghubungi ibu pejabat.
“Malam ini bakal berlaku satu lagi pembunuhan
ngeri.” Hanya itu yang dinyatakan Fakrullah sepanjang jalan.
Tempat letak kereta itu sunyi tidak berbunyi.
Hanya tapak kaki milik Inspektor Fakrullah bergema di kawasan itu.
Tiba disuatu sudut kedengaran pergelutan.
Dengan langkah yang berhati-hati Inspektor Fakrullah mendekati kawasan itu. Diintai
balik tiang yang ada. Ternyata ada seorang pemuda sedang bergelut dengan
seseorang yang memakai jaket berhood.
“Jangan bergerak! Letakkan senjata anda!”
Inspektor Fakrullah pantas mengacu senjatanya.
Namun penjahat itu lebih pantas. Dengan pisau
bergerigi dia menjadikan pemuda itu sebagai tebusan.
“Siapa kau?! Berani kau menganggu aku! Dia bersalah!
Mereka semua bersalah! Aku yang layak menghukum mereka!” kata penjahat itu
bagaikan biul. Inspektor Fakrullah mula mengenal pasti masalah penjahat itu. Ternyata
penjahat menganggap dirinya seorang yang mempunyai kuasa.
“Kenapa mereka bersalah? Boleh kau ceritakan
pada aku?” tanya Inspektor Fakrullah. Mainan psikologi mula digunakan.
Penjahat itu mendengus kasar.
“Hm.. mereka semua salah. Syarikat ini bodoh.
Sebab mereka semualah adik aku mati.. Sebab merekalah!! Isk.. isk.. Adik
kesayangan aku dah tak ade!! Semua sebab merekaaaa!” Penjahat itu mula hanyut
dengan perasaannya. Dalam keadaan penjahat itu asyik mengongoi menangis Inspektor
Fakrullah melepaskan tembakan tepat di tangan yang memegang senjata itu. Pada masa
itu pemuda yang menjadi tebusan pantas menjatuhkan diri mengelakkan daripada
menjadi mangsa.
“Arghh!! Kau pun sama! Pembunuh! Kesian adik
aku..” dalam keadaan kesakitan, Inspektor Fakrullah segera mengari tangan si
penjahat. Hood yang selama ini menutup separuh wajah penjahat itu terselak. Terserlah
wajah jelita seorang wanita.
Inspektor Fakrullah menggelengkan kepalanya. Wanita
itu memang tidak siuman. Pemuda yang menjadi tebusan itu mengucapkan terima
kasih berulang kali. Akhirnya kes selesai!
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
“Tahniah Inspektor Fakrullah!” ujar
pegawai atasan itu. Fakrullah hanya tersenyum sambil mengucapkan terima kasih. Atas
kejayaannya itu dia di anugerahkan pingat keberanian.
Kisah pembunuhan di syarikat XZ mula
tersiar meluas. Pembunuh; Lidya Nafisya merupakan seorang pesakit jiwa yang
dibebaskan atas dasar pulih sepenuhnya. Namun pada tahun 2004, adiknya, Sharul
Azmi telah membunuh diri akibat tekanan ditempat kerja serta gagal dikaunselingkan.
Lantas penyakit mental Lidya kembali. Lidya
melebalkan semua kaunselor di syarikat itu yang menyebabkan adiknya membunuh
diri. Di atas keadaannya yang tiada stabil dia mula melakukan perkara yang
merbahaya sehingga akhirnya dia mula menyerang semua kaunselor yang baru sahaja
dilantik. Pembunuhan kejam yang dilakukan dikatakan dilakukan oleh adiknya. Dikatakan
kelakuannya yang menjilat darah ditubuh mangsa adalah untuk membayar hutang
darah adiknya. Manakala perlakuannya menrobek perut mangsa sehingga terkeuar
usus adalah kerana adiknya mati dalam keadaan yang sama. Iaitu terjun bangunan
dan kemudiannya dilanggar lori sehingga terkeluar usus dan isi perutnya.
Pihak hospital mengatakan Lidya
mengalami satu penyakit kemurungan yang serius sehingga membuat dia mengalami split identity.
Inspektor Fakrullah mengeluh. Dia datang
melawat Lidya. Gadis itu masih seperti dulu. Kasihan hanya itu terdetik
dihatinya.
“Kau.. jaga-jaga. Aku nak robek perut
kau! Hahahaha...” Lidya menjerit ke arah Inspektor Fakrullah. Inspektor
Fakrullah hanya mampu menggeleng lemah. Biarlah dia hanya disini. Jauh daripada
masyarakat yang lebih gila daripadanya. Gila akibat tekanan hidup. Tamat sudah
kes pembunuhan di Syarikat XZ.
#Assalamualaikum hehehe lamakan asyu menyepi tgh exam besa la...
#Cerita ni pun muncul lepas penat baca buku (tgk citer Arrow on9) Terus muncul ilham ni.. tak de kaitan pun.. yg sama mungkin HOOD je.. hahahha...
#DOAKAN Asyu yeeee Tgh EXAM WEIIIIII~!!!
#cerita lain lepas exam..janji niiii :3
#Nak insert gambar tapi x de yg sesuai.... klu ada kasi tau.. letak kat fb pun bulehhhh :)
WOW!!! psiko giler cerita ni
ReplyDeletehahaha kan... akibat banyak sangat tgk citer hantu thailand yang psiko giler hahaha
DeleteKak asyu..terbaik..
ReplyDeletethanks zafirah
Deleteorg malay tak bisa bwt cerpen..
ReplyDeletereally?? hurm x semua x pndai buat cerpen. asyu? yes asyu admit asyu tak pandai sgt.. well.. asyu bukan budak sastera.. hehehe baru buat research.. cerpen hanya ada 10 muka surat je.. hahaha.. so.. kebanyakan citer yg asyu katakn cerpen ni adalah cerita panjang sebenarnya.. but mr./ miss Anonymous.. kalau nak tahu orang malay ni tahu ke tak buat cerpen.. you can search at google.. sorry.. asyu harap mr./miss tak terasa.. sbb kebanyakkan yg keluar bila kita taip cerpen kat google adalah karya orang malay. ^_^..
DeleteKak Asyu, cerita ni memang psiko tahap gaban ni. Seram sehhh!
ReplyDeleteowsem ahh. Kak Asyu. Irate this story 5 stars
ReplyDelete