Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Friday, 16 September 2016

BesaR tak TAPI Cantik sebuah cerpan



Assalamualaikum semua. maaf lama menyepi. cerita pendek yang cuba ditulis seperti orang barat (tak barat sangat pun -_-)
pada pemenang GA tempoh hari, minta maaf kerana saya mengalami sedikit masalah. jika anda membaca post ini sila hantarkan maklumat diri dan alamat surat menyurat di FB saya. Nur Syuhaidah Ayub. terima kasih.

---

Mariah tertunduk malu. Walaupun dia duduk di kerusi paling belakang sekali, dia masih dapat mendengari apa kutukan yang dihamburkan oleh budak paling popular dikelasnya itu.



Ya, dia akui, badannya tidak secantik Qisha –budak paling popular di sekolah. Walaupun mukanya comel, kecomelannya itu tertutup dek kerana badannya yang bersaiz XXXL itu. Turut menambahkan ‘kepopularan’nya itu, cermin mata besar yang ala-ala Ugly Betty itu.



Mariah cuba menumpukan perhatiannya kepada Cikgu Khairul yang sedang asyik menerangkan konsep ilmu ekonomi kepada kelas 4SI itu. Namun telinganya masih berdegil, masih menumpukan kepada perbualan yang sedang berlaku selang dua baris darinya.



“Kau tahu? Hari tu aku nampak si gemuk tu dekat mall. Lawak giler seh!” kata Qisha sambil ketawa mengekek. Lia kawan baik si Qisha ikut gelak sama.



“Kenapa-kenapa apa yang lawak sangat?”tanya Wany, juga kawan baik Qisha.



“Gila tak lawak! Aku nampak dia masuk kedai baju. Aku followlah. Salesgirl tu macam bengang je dengan si gemuk. Mana taknya, semua baju yang salegirl tu bagi, tak fit! Aku rasa nak gelak guling-guling je time tu.”cerita Qisha yang kini sudah merah mukanya kerana menahan ketawa.



“OMG! Serius ke? Mesti malu gile!” kata Wany sambil mengibas-ngibas mukanya.



“Tulah! Ish tak rasa malu ke bila jadi macam tu?” kuat suara Qisha bertanya kepada rakan-rakannya. Mata mengerling Mariah. Sengih dibibir terukir. Mariah menahan air mata dari menitis.



“Eh, dia dengar ke Qisha?” tanya Nia dengan gaya gediknya. Qisha tergelak suka.



“Baguslah dia dengar! Dah la tak cantik lepas tu tak reti nak jaga badan! Gemuk menyakitkan mata orang!” kata-kata Qisha disambut anggukkan dari rakan-rakannya. Mariah pantas bangun dan keluar dari kelas. Cikgu Khairul terkejut dengan perlakuan Mariah. Tetapi tidak menahannya.



-



“Hai Mari!” Syam meletakkan mangkuk laksanya disebelah Mariah. Mariah mengelapkan air matanya yang bersisa. Degil betul matanya masih nak keluarkan air mata walaupun dah setengah jam perkara tadi berlalu.



“Eh, kau kenapa ni Mari?” tanya Daus yang baru muncul dengan keropok lekornya.



“Kau nangis ek Mari?” tanya Daus lagi. Syam terus berhenti menghirup kuah laksanya.



“Hah? Menangis? Siapa kacau kau Mari?” tanya Syam kasar. Mariah buat bodoh. Malas nak mengadu, nanti semakin besar hal ini.



“Tahnya! Cuba bagi tahu kita orang!” sambut Daus. Syam mula geram dengan gelagat Mariah.



“Kau tak nak bagi tahu... aku bagitahu Idham.” Ugut Syam. Mariah menelan liur. Idham? Abang dia? Mampus kalau Syam betul-betul bagitahu. Mariah terus memandang muka Syam dan Daus. Dua-dua memandang serius wajahnya.



“Ala... korang ni kecohlah. Tak lalu dah nak makan.” Rungut Mariah. Terus dia bangun dan buang makanannya. Padahal dia memang tak usik pun makanan dia sedari tadi. Hanya membeli. Tengok makanan pun dia dah tak lalu. Benci!



“Apa pasal pulak?” marah Daus. Dikejarnya Mariah. Mujur beli keropok lekor. Kalau tak dia pun tak makan.



“Boleh tak kau jangan kacau aku?” Mariah berkata sambil terus berjalan. Daus menarik tudung Mariah. Menyampah pula dia nak kejar-kejar tengahari macam ni.



“Eiii! Apa masalah kau ni Daus?” tanya Mariah geram. Bergegar-gegar rahangnya menahan geram dan marah. Daus kebelakang setapak dua. Gerun pula tengok Mariah.



“Er... er.. aku bukan apa... Aku... Aku risau je..” teragak-agak Daus nak berkata-kata. Mata sesekali mengerling wajah Mariah. Takut juga kalau kena terkam.



“Hm... Aku minta maaf. Boleh tak jangan kacau aku...” pinta Mariah dalam suara yang pilu. Sakit rasanya, menanggung deraan mental sebegini. Dia tak kuat.



“Mari! Kau ni kenapa? Boleh tak kasi tahu siapa buat kau macam ni? Makanan tadi langsung tak sentuh!” tanya Syam yang muncul tiba-tiba. Terangkat bahu Mariah menahan kuatnya suara kawan sedari kecil dia itu.



“Mana ada siapa... aku tak makan pun tak ada effect...” kata Mariah perlahan. Syam dan Daus berpandangan. Sah ada yang tak kena!



“Mari kenapa ni? Kau tak makan nanti sakit. Kau tu ada gastric.” Ujar Daus dengan suara lembut. Cuba bertoleransi. Mariah melihat muka kawan-kawannya.



“Tak mati pun kalau aku skip makan!” ujar Mariah dengan suara bergetar. Menahan tangis. Syam menyepak tong sampah berhampiran.



“Memang tak mati! Tapi nanti kau sakit lepas tu apa? Tak ke boleh bawak mati jugak kalau kau tak nak makan!” Syam sudah maju ke depan. Daus segera memaut bahu Syam. Risau juga kalau Syam terlepas marah pada Mariah. Bukan marahkan Mariah tapi geram dan risau. Mariah pernah hampir maut kerana tidak makan di sekolah rendah. Semuanya gara-gara ejekkan budak yang baru pindah ke sekolah itu.



“Aku makan buat apa? Menambahkan gemuk ni? Lemak-lemak ni... tengok aku... dah la hodoh lepas tu gemuk, buat sakit mata orang lain. Buat menyemak je!” luah Mariah dengan tangisan yang mula kuat.



Daus melepaskan Syam. Dia mendekati Mariah. Kalaulah boleh dia peluk gadis itu... alangkah bagusnya jika Mariah ini lelaki boleh dia pujuk. Batas agama membuat dia hanya mampu merenung simpati kepada Mariah.



“Mari, kenapa kau cakap macam tu? Mana ada kau hodoh! Mana ada kau menyemak. Mata aku dengan Daus ni tak sakit pun tengok kau. Kau baik, kau pandai, kau lengkap serba serbi.” Ujar Syam sambil merenung wajah Mariah yang tertunduk dengan juraian air mata.



“Tapi aku gemuk kan?” tanya Mariah lagi. Syam mengeluh. Nak tipu pun tak boleh. Nanti terus Mariah tak percaya.



“Kau memang la gemuk tapi cantik!” ujar Daus segera. Mata Syam membulat memandang Daus. Mariah mendongak memandang Daus.

“Tipu!” ujar Mariah.



“Sungguhlah! Tak percaya tanya Syam!” Daus menunjuk ke arah Syam. Syam mengelabah. Merah muka menahan bahang.



“Ha... Haah. Kau memang gemuk. Gemuk tapi cantik.” Ujar Syam tersipu-sipu.



“Betul ni?” tanya Mariah sekali lagi. Daus dan Syam segera mengangguk-ngangguk. Mariah tersenyum.



“Woit! Buat apa tu? Kenapa tak masuk kelas? Rehat dah lama habis?” laung satu suara dari tingkat 1. Tersentak mereka bertiga.



“Cepat lah weih!!!” Daus pantas melarikan diri. Syam menarik lengan baju kurung Mariah. Berlari mereka bertiga dari guru yang sedang laju menuruni tangga.

-



“Ehem!” Idham berdehem melihat Mariah asyik melakukan kerja sekolahnya. Fokus sungguh walaupun hampir 15 minit dia berdiri ditepi adiknya, tapi adiknya masih tak perasan. Mana tak jadi pelajar harapan sekolah.



“Eh, abang! Bila masuk?” tanya Mariah sambil terus menyiapkan nota kecil. Walaupun exam lagi 3 bulan dia rajin membuat nota berwarna warni untuk memudahkan dia menghafal.



Wajah Mariah ditenung. Berbadan gempal tetapi sangat comel pada pandangan matanya. Kasihan adiknya menjadi mangsa buli sedari sekolah rendah. Dia tahu adiknya itu menyimpan perasaan. Memendam rasa. Bukannya adiknya tak cuba untuk kurus. Tetapi tidak menjadi. Tambah pula dengan gastric yang teruk susah untuk adiknya melalukan diet seperti orang lain.



“Mari, Oo Mari.” Panggil Idham bila Mariah hanyut kembali dengan kerjanya.



“Apa abang? Orang sibuk ni...” muncung Mariah. Idham terus cubit kedua belah pipi adiknya.



“Adik tahu tak, adik ni cantik?” tanya Idham. Mariah mengangkat muka. Terus menatap wajah abangnya itu. Pasti ni kerja Syam dan Daus. Susah bila berkongsi kawan baik dengan abang sendiri.



“Mana ada cantik. Dah lah gemuk.” Ujar Mariah menarik muka. Terus terhenti tangannya menulis.



“Eh eh, siapa cakap gemuk tu semestinya hodoh? Banyak yang gemuk tapi cantik. Macam adik ni. Ada apa dengan bentuk badan? Abang rasa adik dah sempurna. Aurat bertutup. Batas dijaga.” Kepala Mariah diusap-usap sayang. Mariah mendiamkan diri.



“Mari rasalahkan, kalau Mari ni kurus, Mari tutup aurat ke? Batasan agama Mari buat ke?” soal Idham. Mariah memandang abangnya. Pernah juga terdetik dihatinya nak memakai baju seksi-seksi yang dia rasakan comel.



“Hm... Allah S.W.T. mungkin jadikan Mari gemuk sebab Allah tahu, adik abang ni tak tahan godaan. Abang bersyukur adik abang gemuk. Sebabnya adik abang sentiasa berpakaian longgar, tak rapat dengan budak lelaki...” kata Idham dengan senyuman.



“Tapi...” Mariah mengetap bibir.



“Tak ada tapi Mari. Setiap manusia yang Allah cipta, ada kelemahan tetapi setiap satunya juga punya kelebihan masing-masing.” Lembut bicara Idham membuat Mariah tersenyum manis.



-

“Mari! Mana Syam?” tanya Daus sambil menyibuk disebelahnya. Mariah menjeling Daus, kelas mereka berlainan tetapi menyibuk di elas dia pula.



Syam muncul tiba-tiba disebelah Mariah. Mariah terangkat bahu melihat kemunculan tiba-tiba Syam. Mamat ni macam biskut chispmore. Kejap ada kejap tak ada.



“Hahahaha” ketawa Daus dan Syam sambil terbongok. Geram Mariah dibuatnya. Terus diketuk kuat bahu dua sahabat itu.



“Sakitnya!” rungut Syam.



Melihat muka cemberut keduanya menahan sakit membuat Mariah ketawa sepuas hati. Terdiam Syam melihat senyuman diwajah Mariah. Comel. Lama senyuman tidak terukir diwajah comel itu.



“Aduh!” sekali lagi Syam mengaduh. Daus menahan gelak. Dah kena siku baru nak sedar. Tahulah suka dengan Mariah tapi tak payah la sampai macam tu sekali tenung orang. Nampak sangat suka dia tu.



“Sakitlah! Sapa yang siku aku?” tanya Syam dengan muka masam. Mariah sudah hanyut dengan buku teks sejarahnya. Dah 10 kali baca pun boleh kusyuk lagi. Terus muka Daus ditenung bagai nak makan.



“Kau sengaja cari pasalkan Daus?” terus dikejar Daus. Mariah yang tak tahu apa-apa terkebil-kebil. Melihat mereka hilang dari pandangnnya terus dia menyambung membaca buku teks.

-



Buk! Tumbung gempal Mariah ditolak hingga jatuh di lantai tandas. Mariah cuba bangkit dengan pantas tetapi badan yang berat menyukarkan dia. Qisha tergelak suka.



“Padan muka kau! Ada hati nak pikat Syam ye gemuk! Kau tu tak payah makan patutnya! Mati lagi baik untuk kau! Tahu tak?!” tendangan mengenai tepat di perut Mariah. Terus dia mengerekot sakit di lantai. Wany yang menjaga pintu tandas tersengih-sengih melihat Mariah kesakitan.



Bertalu-talu penampar dan tendangan dilepaskan ke badan Mariah. Mariah hanya mampu menangis. Qisha makin seronok. Sudah lama dia makan hati dengan Mariah. Mariah gemuk tetapi selalu dikelilingi lelaki-lelaki pujaannya, Mariah gemuk tetapi bijak, seringkali mendapat anugerah dari sekolah. Mariah gemuk, tetapi ibu bapanya sering membandingkan dia yang cantik kurus ini dengan budak gemuk itu. Hatinya sakit!



“Weih Qisha dah lah. Lembik dah tu aku tengok!” kata Nia yang menolng memegang tudung Qisha. Qisha berhenti apabila tiada bunyi dari Mariah. Lembik. Pengsan rupanya Mariah. Terus Qisha mengajak kawannya keluar dari situ. Terbaringlah Mariah dilantai kotor dan sejuk tidak sedarkan diri.

-



            “Kenapa dengan Mari weih?” tanya Syam kepada Daus. Semalam sudahlah hilang tanpa beritahu. Hari ni asyik menyendiri. Kenapa entah Mariah ni.



            “Aku pun tak tahu.” Daus mendekati Mariah yang duduk termenung tidak menyentuh makanan dimeja kantin itu.



            “Kenapa tak makan?” tanya Daus. Syam hanya mengekori Daus. Sejak dua menjak ini dirinya semakin segan dengan Mariah.



            “Kenyang. Pagi tadi makan nasi lemak. Kau nak ke?” tanya Mariah sambil menolak nasinya ke tepi. Daus memandang muka Mariah ragu-ragu.



            “Betul ke ni?” tanya Syam pula. Mariah mengangguk.



            “Ye. Aku nak pergi toilet ni..” ujar Mariah sambil berdiri.



            “Makan dulu sesuap.” Ujar Syam lagi. Mariah merenung tajam wajah Syam. Benci diarah-arah sebegitu.



            “Makan dulu baru boleh pergi.” Kata si Daus pula. Mariah merenung makanannya. Dalam keterpaksaan nasi ayam itu disuap ke mulut.



            “Puas hati?” tanya Mariah geram.



            “Lagi sekali. Sikit sangat tadi.” Ujar Syam selamba.



            Pantas Mariah menyuap kasar mulutnya. Syam tersengih puas. Daus pantas menarik pinggan nasi Mariah apabila ada tanda-tanda pinggan itu bakal melayang ke muka Syam.



            “Okay pergilah toilet kau tu.” Ujar Syam selepas memastikan Mariah menelan makanan di dalam mulut.



            -



            Mariah memuntahkan semua makanan yang dimakannya. Dia benci. Benci dengan dirinya yang sentiasa makan. Perut terasa pedih tetapi tak dihiraukan. Sakit sikit je pun. Lagipun bukan ke dia lebih baik mati saja?



-



            “Mari! Mari! Adik!” bertalu ketukan dan panggilan Idham berikan tetapi tiada sahutan. Pelik dengan tingkah adiknya. Padahal 2,3 kali dia buat begini pasti Mariah terpacul dengan muka masam.



            “Adik! Bukak pintu ni! Mama ajak makan nih!” laung Idham semakin kuat. Dirinya semakin panik tatkala pintu bilik Mariah berkunci.



            “Kenapa abang terjerit-jerit?” tanya Pak Lias ayah mereka. Idham menunjukkan pintu bilik Mariah.



            “A...adik. adik tak bukak pintu.” Ujar Idham tergagap-gagap. Rasa tak sedap hatinya mula membuat dia mahu menangis.



            “Lah kenapa pulak. Adik.... Mariah! Mariah binti Allias!” panggilan Pak Lias juga tidak diendahkan.



            “Pecahkan je Abang!” kata emak mereka, Mak Zainah.



            Dua tiga kali dilanggar barulah pintu bilik Mariah terbuka. Terus tiga beranak itu masuk dan mencari kelibat Mariah. Tiada.



            Dengan berat hati Idham memasuki bilik air. Adiknya terbaring di atas lantai. Tidak berkuit.



            “Ya Allah anak mama!” jerit Mak Zainah. Terus kepala Mariah dipangku.



            “Telefon ambulan sekarang!” arah pak Lias.

            -



            Mariah duduk menghadap jendela bilik hospital itu. Sudah seminggu dia di sini. Bukan hanya kerana masalah kesihatan tetapi juga kerana masalah mentalnya yang terganggu akibat kurang keyakinan diri.



            “Mariah, kawan adik datang ni...” ujar Mak Zainah lembut. Mariah mendiamkan diri.



            “Assalamualaikum Mariah.” Ujar Syam dan Daus. Tiada sahutan.



            “Kau dah makin sihat aku tengok.” Ujar Daus cuba memecah kesunyian. Syam hanya mampu melihat.



            “Kau tahu tak semalam kawan-kawan kelas kau bising nak ikut kita orang datang sini. Tapi aku tak kasi. Kaukan tak suka bising-bising. Betulkan Syam?” tanya Daus sambil tersengih.



            “Hah? Er.. betul. Betul.” Balas Syam.



            “Kau tak rindu aku ke Mari?” tanya Daus lagi. Mariah masih diam. Dia terlalu penat. Penat dengan permainan manusia.



            “Mari, aku ada bawak ni! Novel yang kau nak sangat tu” tayang Daus. Mariah masih senyap. Diam tidak berkutik.



            “Erm... kau nak tahu Mari. Semalam Syam terjatuh tergolek dekat perhimpunan. Ha ha ha. Jatuh depan cikgu Salwa pulak tu, cikgu yang dia ada crush masa form 3 tu... ha ha ha.” Tiada reaksi. Mariah hanya merenung ke luar jendelanya. Daus melepaskan keluhan.



            “Mari... aku rindu kau. Rindu nak kena ketuk dengan kau. Kena marah.” Ujar Daus perlahan. Air mata mula menitik.



            “Mari... senyumlah. Aku rindu kau! Aku rindu kawan baik aku!” marah Daus. Tangisannya kedengaran. Mariah juga mengalirkan air mata. Tetapi masih kekal kedudukannya. Syam hanya melihat. Memerhati.



            “Aku balik dulu. Aku... aku minta maaf.” Daus meluru keluar dari situ.



            “Aku pun minta maaf. Kalaulah aku selalu bagi semangat dekat kau...” ujar Syam. Hatinya hancur melihat keadaan Mariah. Dia pantas mengikuti langkah Daus.



            “Aku... minta maaf. Kalaulah aku kuat.” Ujar Mariah sendirian.



-



            “Aku minta maaf Mariah!” pinta Qisha. Dia digantung sekolah apabila Nia mendedahkan aktiviti buli yang dilakukan terhadap Mariah. Ibu bapanya kecewa dengan dirinya. Malahan adik beradiknya hilang rasa hormat kepada yang merupakan anak sulung. Dia bakal dihantar balik ke kampung untuk tinggal bersama atuk dan neneknya.



            “Aku salah. Aku minta maaf.” Rayu Qisha. Air mata sudah mengalir laju.



            “Aku... maafkan.” Ujar Mariah. Tetapi hanya di mulut. Hatinya sudah hancur. Dia seakan mayat hidup.



            Dia sendiri tidak pasti sama ada dia mampu bangkit kembali atau tidak.

-



            “Abang sayang adik. Abang nak adik bangun. Jadi kuat. Macam mana pun adik, selagi adik di jalan-Nya, adik cantik. Adiklah yang tercantik. Janji ya, adik kuatkan diri untuk abang. Jaga mama dan ayah ya Mariah.” Habis sahaja bicara itu, Mariah terjaga. Mamanya sudah menangis dihujung katil.



            “Mama... kenapa?” tanya Mariah dengan suara serak. Tanda lama tidak digunakan.



            “Alhamdulillah. Anak mama, Mariah.” Kepala Mariah dikucup-kucup kasih.



            “Abang mana mama?” tanya Mariah. Mak Zainah terdiam.



            “ Abang... abang... Idham... dah meninggal sayang.” Ujar Mak Zainah sambil memeluk anaknya. Bergemalah tangisan dua beranak itu.



            Tepat jam 11malam, Idham meninggalkan mereka. Perginya dalam kemalangan. Saat Idham mahu ke masjid berdekatan hospital untuk melakukan solat sunat, dirinya dilanggar oleh sebuah van yang hilang kawalan.

           

            Sesungguhnya, diri ini hanya milik Allah S.W.T..

-

3 tahun kemudian.

“Abang sayang adik. Abang nak adik bangun. Jadi kuat. Macam mana pun adik, selagi adik di jalan-Nya, adik cantik. Adiklah yang tercantik. Janji ya, adik kuatkan diri untuk abang. Jaga mama dan ayah ya Mariah.”



            Mariah bangkit dari duduknya. Kubur yang sudah bersimen itu ditenung penuh kasih.



            “Moga kita jumpa nanti Abang. Mari balik dulu.” Ujar Mariah sambil menuju ke kereta. Kelihatan Syam menunggu dia dengan sabar. Daus sedang membelek telefon pintarnya. Dengan senyuman dia mendekati sahabat sejatinya.



            “Jom.” Ajak dirinya. Syam tersenyum manis. Mereka bakal bernikah lagi 6 bulan. Walaupun usia masih muda tetapi Syam bertegas mahu menghalalkan hubungan mereka. Senang dia mahu melindungi gadis kesayangannya itu.



            Mariah masih lagi gemuk. Tetapi dia sedar, setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Kegemukkannya tidak dia anggap sebagai kekurangan sebaliknya kelebihan. Kelebihan untuk dia lebih dekat dengan Allah S.W.T. Dulu dia buta. Dia sudah cukup cantik. Besar tapi cantik. Secantik imannya. Semoga dia terus istiqamah dengan keyakinan ini. Semoga dia semakin kuat menuju ke jalan-Nya.


TAMAT