Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Wednesday, 8 June 2016

Giveaway Ramadhan dan Syawal by Asyu Asyura -2016-

Assalamualaikum semua.

macam yang Asyu pernah cakapkan dekat page dan juga dekat facebook Asyu...

Asyu ingat nak buat GIVEAWAY sempena bulan Ramadhan dan juga bulan Syawal.

macam biasa kali ini hadiah yang Asyu beri adalah Novel dan juga kad raya.

antara hadiah2nya ialah :

Asyu akan berikan 5 buah novel. Seorang pemenang akan mendapat sebuah novel dan juga sekeping kad raya. Ini bermakna 5 orang berpeluang memenangi hadiah ini! 5 kad raya tambahan untuk yang bertuah.









best tak hadiah2 Asyu?


okay sekarang syarat2 untuk menyertai giveaway Asyu Asyura ^,^

1) warganegara Malaysia (ini untuk memudahkan Asyu pos hadiah.) priority diberikan kepada warga Malaysia

2) jika anda warganegara lain, dan ingin menyertai boleh, dengan syarat alamat untuk penghantaran hadiah hendaklah di dalam Malaysia (jika anda menang)

3) like page Asyu Asyura iaitu 'Ceritera Dari Otak Biasa'

4) Add friends atau follow Asyu kalau dah add/follow sila komen di mana2 post Asyu - FB - Nur Syuhaidah Binti Ayub

5) Jika belum follow blog Asyu sila follow (jika ada google+ anda wajib follow)

6) Buat post di fb atau blog(jika ada blog wajib buat) promote mengenai Giveaway ini.

7) selepas selesai melakukan semua di atas, sila komen di entri ini bersama link blog atau fb post anda.



Cara pemilihan pemenang
novel - pemenang akan di pilih berdasarkan like (Asyu tak akan like status atau G+ entri blog anda)
kad raya tambahan - akan cabut nama selain nama pemenang novel

Tarikh bermula 8/6/2016
tarikh tutup/tamat GA 4/7/2016
tarikh umumkan pemenang 5/7/2016

pos hadiah selepas raya (seminggu selepas)


Terima kasih kepada yang sudi menyertai Giveaway Asyu


Sunday, 5 June 2016

DKAKUS bab 3,4,5 reupload

Assalamualaikum
hehehe
sempena dah dapat balik lappy yang ada cerita dkakus ni asyu up bab 3,4,5 untuk korang


BAB 3

Afifah berjalan dengan keadaan terjingkit-jingkit. Kiranya habis perlahanlah tu. Diintai suaminya yang asyik memasak. Kelihatan kacak pula lelaki itu apabila memakai apron dan memegang sudip. Macho sungguh lelaki itu. Hatinya hampir-hampir cair melihat kemachoan lelaki itu memasak. Lelaki yang pandai memasak pada Afifah sangat kacak dan macho. Dentingan sudip yang terjatuh ke lantai mengejutkan dia. Cepat-cepat Afifah melangkah masuk ke dapur dengan riak wajah angkuh.

            “Kalau tak reti nak masak, jangan nak menyibuk dekat dapur. Aku sedar aku ni bini kau. Biar aku saja yang buat kerja aku. And by the way, for now on this kitchen is my territory.” Afifah menyambar sudip dan menolak Harris ke ruang makan. Harris terkedu melihat perubahan Afifah.

            “Harsh but i like.. and you look sexy in my clothes...” bisik Harris. Nakal. Afifah membeliakkan matanya tanda geram dengan kata-kata nakal Harris. Baju yang hampir melepasi paras pahanya dilihat. Seksi apanya? Okay dia mengaku, agak ‘seksa’. Harris ketawa senang bagaikan peristiwa semalam tiada dalam kehidupan seharian mereka. Afifah seakan terbuai dengan gelak ketawa Harris yang kedengaran macho di telinga. Harris meninggalkan dapur apabila Afifah semakin mendekatinya dengan sudip ditangan. Risau kalau-kalau dapat ketukan free dikepalanya.

            “ Hehehe.. tahu pun takut. Ingat apa aku ni senang sangat nak dibuli!” desis Afifah sambil menyambung tugasan sang suami yang tergendala tadi. Padahal dalam hati, sudah berjoget sakan mendengar suara Harris yang mengusik jiwanya. ‘ Kenapalah aku ni ketot sangat.. Baju si Harris ni pun dah nak lepas lutut aku.. hehehe memang mamat tu tinggi luar alam..’bicara Afifah di dalam hati. Eleh... mamat tu tinggi luar alam ke.. dia yang rendah luar alam?

            “Hurm.. boleh tahan jugak citarasa lelaki ni. Western for breakfast... Garlic bread and mushroom soup.. light food but boleh kenyang sampai tengahari. Dua ni dia dah siapkan.. aku nak buat apa ya? Hurm... salad buah-buahan sudah la.. makan benda berat pagi-pagi ni buat kita rasa mengantuk..” Afifah membebel kecil, tangan pantas membuka peti ais. Dikeluarkan buah-buahan segar. Bersinar matanya melihat dragon fruit kegemarannya. Memang sedap dimakan dengan yogurt yang sejuk. Memang cantik sangatlah... ada yogurt dalam peti ais ni. he he he rezeki...

            Tanpa disedarinya, Harris asyik memerhatikan gerak-gerinya. Sesekali Harris menekup mulut menahan tawa melihat gelagat sang isteri yang terpejam-pejam mata membayangkan keenakkan makanan, mungkin? Comel macam kartun. Hi hi hi...

            “Aik, Harris kenapa menghendap dekat sini?” Puan Sakinah yang pelik terus sahaja menegur anaknya itu. Macam-macam hal anaknya ini. Sebelum kahwin lain peelnya dan kahwin makin pelik peelnya.

            “Oh, mak kau!” latah Harris. Puan Sakinah ketawa geli hati melihat anaknya mengurut dada. Afifah yang terperanjat segera mengelap tepi bibirnya. Bagai terasa-rasa air liurnya meleleh. Dia terus lupa dengan keadaan pemakaiannya.

            “Haih.. Harris.. Harris takkan baru kahwin sehari dah ada menyakit latah ni.. hehehe ada saja la anak mama ni..” ujar Puan Sakinah mengusap kepala anaknya lembut. Seluruh kasihnya tumpah kepada anaknya itu. Satu-satunya zuriat dia dan bekas suami yang dicintai.

            “Mama ni.. saja je tau.. Terkejut Harris.. ingatkan siapa la tadi..” rajuk Harris. Mengada pula mamat ini..

            “Alololo.. kejap mama suruh your petite wife pujuk.. Mama pujuk sekarang ni mana nak jalankan...” usik Puan Sakinah sambil mendapatkan menantunya yang asyik memotong buah. Harris sudah merah mukanya. Mama ni... malu pula rasanya. Petite mak dia panggil aku? Nasiblah memang aku ketot.

            “Wow! Kenapa seksa sangat bajunya..? hehehe tahulah dah kahwin...” usik Puan Sakinah kepada menantunya pula. Habis merah padam muka Afifah. Rasa nak menyorok dalam peti ais yang kebetulan Harris bukak. ‘Ala.. kenapa aku tak perasan mama datang dekat sini.. haih... lupa pula dengan keadaan baju aku ni... malunya...’ keluh Afifah dalam hati.

            “Mama..” ujar Harris seolah-olah memberi amaran kepada mamanya. Mamanya ni memang kaki usik tapi sangat-sangat sporting.

            “Apa? Yelah.. mama tak usik dah...” Puan Sakinah mengangkat kedua tangannya seolah menyerah kalah. Harris ketawa sambil mencapai pingang ramping Afifah. ‘Ish... Depan mama lembut bukan main. Aku menyampah betul dengan mamat talam dua muka ni! Hish!! Makin lama makin aku sakit hati dengan mamat ni!’ Afifah merungkai pegangan Harris dengan segera apabila Puan Sakinah menyelongkar peti aisnya. ‘Jual mahal.. tak pe.. Kau milik aku, wahai Puan Afifah!’ desis hati Harris sambil tersenyum sinis.

            “Mama jom breakfast sama-sama..” ajak Afifah yang sudah menarik tangan Puan Sakinah duduk di meja dapur seakan-akan kaunter itu. Dihidang sup panas, salad dan juga roti yang sudah siap itu. Baru sahaja dia nak duduk menikmati sarapannya bersama emak mentua kedengaran suara lelaki yang menyakitkan hatinya.

            “Abang punya mana? Sayang ni asyik lupa je.. Ingat dekat mama je ek.. Abang yang handsome ni sayang taruk mana?” tanya Harris dengan senyuman menggoda. Afifah melemparkan senyuman paksa. ‘Abang, sayang konon! Pigidah dengan abang sayang kau tu! Nasib baik ada mama.. kalau tak... Sup ni aku kasi kau makan cum mandi!’ Puan Sakinah tersenyum melihat anaknya dilayan oleh menantu kesayangannya itu.

            “Nah untuk ‘abang’.” Ujar Afifah manja sambil menekan perkataan abang itu. Sahaja nak tunjuk protes dalam diam. Terbeliak mata Harris melihat kuantiti makanan yang diberikan isterinya itu. Ini memang sengaja nak menduga ni. Afifah ketawa dalam hati, yelah karang ketawa kuat-kuat mak mentua dia kata dia mereng pula. ‘Padan muka! Siapa suruh mengedik dengan aku?!’ Afifah tersenyum kemenangan melihat Harris sedaya upaya menghabiskan makanan yang diberikannya.

           



         



BAB 4

Bengang, sakit hati semuanya bertandang di dalam hati Afifah. Mana taknya lepas sahaja mereka habis makan tadi Harris sempat buat aksi berani mati! Dia pergi cium Afifah dan  yang lebih teruknya di depan mama! ‘Hish.. Makin benci rasanya dengan lelaki ni!’ Afifah mengulum rasa. Nak marah si Harris tidak mungkin apabila di depan mama. Tak sanggup dia nak sakitkan hati mama. Wanita itu cukup baik, menerimanya yang yatim piatu ini  tanpa sebarang bunyi malah dia dilayan bagaikan puteri oleh Puan Sakinah.

            Dia menghentak kaki menuju ke bilik tanda protes sebaik sahaja Puan Sakinah pulang. Harris ketawa kelucuan melihat satu lagi perangai isterinya. Tak sangka orang berpendidikan tinggi juga suka hentak kaki. Hump.. satu benda yang biasa mungkin... dia pun lebih kurang si isteri, sengal, suka sangat menyakat. Nasib badanlah...

            “Afifah, Afifah. Kalau kamu nak lari sampai hujung dunia pun larilah. Sebab aku tahu jodoh kita memang kuat..” gumam Harris sendirian. Kalaulah Afifah tahu yang dia sudah gilakan wanita itu sejak 6 tahun yang lalu pasti Afifah akan mengetawakannya.

             Entah apa yang menarik mengenai wanita yang bernama Afifah itu pun Harris tidak tahu. Yang pasti hatinya telah dicuri saat pertama kali dia bertentang mata dengan Afifah. Harris tergelak sendiri, dia tahu Afifah pasti tidak mengingati dirinya. Dulu dia seorang yang nerd dan pendiam. Kini dia kelihatan agak berani dan lebih handsome. Riak? Bukan riak dah kurniaan Allah S.W.T. kepadanya.  He he he.. kalaulah Afifah tahu...

            6 tahun lalu,

            Harris Lee asyik menilik buku ditangannya. Tinggal satu semester sahaja sebelum dia menamatkan pengajian. Dengan pointer 3.9 setiap semester, dia dikatakan bakal menjadi salah seorang pelajar yang mendapat ‘First Class Degree’.

            Mata asyik melirik buku. Tetapi kakinya lincah bergerak. Sedikit pun perjalanannya tidak terganggu. Tanpa disedari ada tiang di depannya. Harris yang asyik membaca itu terus berjalan dan... BUM!! Sakit satu hal, malu pun satu hal.

            “Aw.. Sakitnya..” kata Harris yang sudah terlentang di lantai.

            “Ha ha ha ha ha ha” gelak ketawa dari pelajar yang turut berada di situ.

            ‘Aduii... macam mana boleh tak nampak tiang tu? Buat malu kaum betul aku ni...’ desis Harris yang sudah merah mukanya.

            Tiba-tiba ada sepasang tangan di hadapan mukanya. Harris yang malu dan terharu segera menyambut huluran tangan itu. Berdiri sahaja dia terus melihat wajah yang sangat... sangat... cantik...! Hatinya telah dicuri!

            “Awak ok?” tanya si gadis cantik.

            Harris terangguk tanpa kata. Terkesima dia melihat si gadis.

            “Terima kasih.” Ucap Harris apabila si Gadis mula menjauh.

            “Sama-sama. Lain kali bila berjalan buku tutup dulu. Nanti jadi balik macam tadi.” Ujar si gadis dengan senyuman mesra.

            “Nama awak siapa?” laung Harris bila si gadis sudah jauh ke hadapan.

            “Nur Afifah.” Jawabnya yang sudah menjauh. ‘Nur Afifah...’ Harris Lee memegang dadanya. ‘Aku.. dah.. jatuh.. Jatuh cinta.’

            ----

            “Ehem! Ehem! EHEM!!” sakit pula tekak Afifah ni. Dari tadi saja dia berdehem, mahu menyedarkan suami ‘hot’ dia ni dari mengelamun. Asyik berdehem sampai sakit anak tekak dia. Harris tersentak dari kenangan lama. Waktu itu Afifah baru sahaja di terima masuk ke universitinya. Selama satu semester itu dia asyik memerhatikan si gadis manis itu. Sungguh, dia hanyut dalam perasaannya. Pelbagai benda dihadiahkan kepada Afifah secara senyap-senyap. Bunga, coklat malah buku.

            “Ye,  ada apa?” tanya Harris yang sedikit kalut, ditangkap isteri kesayangan ketika mengingati kenangan yang isterinya sendiri mungkin tidak ingat.

            “Tak ada apa. Aku nak keluar kejap boleh ke?” tanya Afifah sedikit lembut. Takut pula jika lelaki itu tidak membenarkannya keluar. Dia memang tidak suka dengan perkahwinan ini lagi-lagi manusia yang bernama Harris Lee! Namun dia tidak boleh menolak hukum Allah. Harris Lee, lelaki yang baru dikenalinya dan amat dibencinya itu ialah suaminya. Syurga, nerakanya terletak di tangan suaminya,itulah darjat seorang suami yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.

            “Hm... kau nak pergi mana?” tanya Harris agak gusar. Mana tau Afifah memang nak larikan diri daripadanya. Diakan kejam dengan wanita itu. Kejam dengan maksud yang indah.

            “Nak jumpa kawan aku... Leila. Boleh tak? Aku nak pergi lepak MCD je...” Afifah menayang muka comel. Harris mula cair. Afifah buatlah muka apa pun. Hati Harris memang sudah lama dicuri Afifah.

            “Boleh tu boleh. Tapi aku nak ikut sekali.” Kata Harris membuat Afifah menayang muka kelat, sekelat-kelatnya.

            “Kenapa kau malu ke?” tanya Harris sedikit tidak puas hati dengan wajah yang ditayang Afifah. Hodoh sangat ke dia sampai isterinya sendiri tidak mahu keluar dengannya. Jahat sangat ke dia? Tapi dia memang kejam pun, paksa anak orang kahwin dengan dia pakai cara peras ugut.

            “Tak adalah. Kalau kau nak ikut aku tak ada hal. Tapi jangan nak merungut bagai. Karang aku campak kau masuk lombong mana-mana karang.” Ugut Afifah yang kegeraman.

            Harris tertawa kelucuan. Ganas betul bini dia ni. Tapi kalau dia kejar... dari singa jadi tikus!

            “Cepat siap. Aku kasi 10 minit je..” ujar Afifah yang sudah berpeluk tubuh di sofa.
           
“Aye! Aye! Captain!” ujar Harris sambil memberi tabik.

            Afifah menahan tawanya. Comel betul manusia bernama Harris Lee ni. Aik,tadi bukan main kata benci... ni dah kata comel pulak...

           













BAB 5

 Kereta BMW 4 series meluncur laju di jalan raya. Afifah asyik menilik kereta suaminya itu. Sungguh, dia teruja dapat menaiki kereta semahal ini! Harris menyembunyikan senyumannya. Kelakar sungguh reaksi isterinya tika ini.

            “Wah, ni semua memang dah siap pasang ke? Ke kau beli lain ni?” tanya Afifah yang teruja melihat set stereo yang kelihatan mewah di dalam kereta BMW suaminya.

            “Aku beli lain la... Amacam okey dak?” tanya Harris dengan muka bangga. Penat tau dia kumpul duit untuk set stereo ni. Mama asyik membebel je tepi telinganya. Membazir la.. tak ada faedah la... Huh, nasib baik isterinya sama kepala dengannya. Baru ada geng!

            “Gila kau tak okey?! Okey gila ni...!” ujar Afifah sambil memasang lagu. Terasa bergegar otak si Afifah ni. Gila betul si Harris ni. Mahu pekak telinga kalau dengar lagu kuat sangat sampai bergegar otak, setiap hari. Badannya sedikit terhuyung hayang akibat gegaran radio yang teramat kuat. Lantas tangan kecil itu menutup radio. Memang bergegar otak wa kata lu... tangan memegang kedua-dua belah pipi cuba menahan gegaran dikepalanya.

            Harris tidak dapat menyembunyikan tawanya. Sampai dia terpaksa berhenti ditepi jalan untuk ketawa. Bayangkanlah betapa teruknya dia ketawakan Afifah. Afifah menayang muka cemberut.
           
            Sakit  hati dia tau! Harris Lee ni memang nak kena ni! Afifah tidak dapat mengawal rasa geramnya. Beg tangannya dihempuk-hempuk ke tubuh Harris. Harris hanya ketawa girang. Tangannya cekap menangkap pergelangan tangan Afifah yang kecil molek itu. Dia senang dengan tindak balas Afifah yang terasa semakin mesra.

            Ketawa terhenti. Suasana menjadi sunyi. Mata mereka bertentang erat, menusuk tepat ke hati. Harris semakin mendekat. Membuat Afifah kalut. Namun dia kelu, kaku. Perasaan berdebarnya semakin kuat sehinggakan hanya bunyi denyutan jantungnya sendiri dan helaan nafas mereka sahaja yang didengarnya.

            “A... awak..”

            “Sysss...” jari telunjuk Harris melekap dibibir merah Afifah. Mata Afifah semakin membulat, terkejut melihat tindak balas Harris yang di luar alam. Kenapa pula dengan lelaki ni? Buang tabiat ke apa? Along, kenapa dengan Harris ni?!

            Harris semakin mendekat. Tangannya bermain-main dengan rambut isterinya. Hendak ketawa dia melihat reaksi isterinya itu. Berpeluh! Padahal aircond kereta terpasang sejak enjin kereta dinyalakan. Ketawa yang ditahan hampir terluah saat Afifah menelan liur dan menutup mata seperti merelakan perlakuan Harris yang luar alam ini.

            Lantas dahi Afifah dijentik sedikit kuat. Teradoi Afifah dibuatnya. Harris ketawa sekali lagi. Afifah menggigit bibir, geram dengan tingkah suaminya itu. Hampir-hampir sahaja jantungnya gugur menahan degupan yang terlebih had laju itu.

            Afifah menoleh ke sisi, menghadap Harris. Baru sahaja dia nak membuka mulut untuk  memarahi lelaki itu namun mulutnya kembali terkunci, dia kaku melihat Harris ketawa... dengan reaksi yang sangat-sangat bahagia? Bahagia ke lelaki itu dengannya? Hatinya mula berbunga riang. Namun, perasaan itu dihapuskan segera. Dia tidak akan dan pastinya tidak mungkin menerima lelaki yang kejam itu dalam hidupnya.

            Afifah berdehem sekuat hati. Menandakan dia semakin tidak senang dengan gelak ketawa Harris. Semakin rimas dengan rasa asing yang menyesak dalam dadanya.

            “Sampai bila kita nak tersadai di sini? Kawan saya dah lama tunggu tahu tak?!” kata Afifah dengan suara agak tinggi. Harris mengeluh kecil melihat perubahan Afifah yang tersangat nyata.

            Dia dah melampau sangat ke? Salah ke dia nak bergurau dengan isterinya sendiri. Hump... sedar-sedarlah diri sikit Harris, orang tu pandang kau pun tak nak... inikan pula nak bergurau senda. Desis hatinya sendiri.

            Harris kembali menumpukan perhatiannya ke jalan raya. Afifah pula asyik melayan perasaannya yang mula berperang sesama sendiri. ‘Wahai hati, janganlah kau berbolak balik...’tangannya dibawa ke dada. Cuba menahan gelodok rasa yang melanda jiwa.

            Sepanjang perjalanan yang disambung tadi dilalui tanpa sebarang bunyi atau pergerakan. Hanya Harris yang bergerak kerana mengawal sterring keretanya. Manakala Afifah sekadar mematikan diri. Disebabkan rasa tidak senang dengan perasaannya sendiri, Afifah buat-buat tidur.  Lagipun dia kurang selesa dengan mata Harris yang tajam seperti helang lagaknya mahu menelan dirinya.

            Harris sesekali mengerling isterinya itu. Dia tahu isterinya hanya berpura-pura. Bukan susah nak tahu. Melihat ombakan dada Afifah, pastinya wanita itu tidak tidur lagi. Bernafas tetapi tertahan-tahan bagaikan takut tertangkap olehnya.

            “Kita dah sampai.” Ujar Harris Lee dingin. Afifah yang sedari hanya berpura-pura segera membuka pintu dan mahu keluar. Tapi Harris lebih pantas menarik tangan wanita itu.

            “PINNNN~!!!” sebuah lori bergerak laju betul-betul disebelah Afifah. Mujur sahaja Harris sempat menariknya sekali gus menutup pintu. Kalau tidak mungkin Afifah sudah tiada di dunia ini lagi.

            “Kau bodoh ke?! Tak reti nak tengok kiri kanan dulu ke?! Kalau benci sangat dengan aku pun, sayanglah nyawa sendiri!” tengking Harris Lee dengan muka yang memerah menahan rasa marah, terkejut dan berdebar kerana takut. Takut kehilangan Nur Afifah, permaisuri dihatinya kini.

            Afifah yang terkejut hanya kaku. Harris membawa wanita yang dicintainya itu ke dalam pelukan. Afifah hanya duduk seperti patung tak bernyawa. Perlahan-lahan air matanya mengalir. Esakkan mula kedengaran. Harris mengusap lembut belakang wanita itu.

            “Dah, dah. Jom keluar kawan kau dah tunggu lama tu. Tunggu kejap aku bukakan pintu.” Ujar Harris seraya mengesatkan air mata Afifah. Pintu kereta dibuka Harris setelah memastikan keadaan jalan raya itu selamat. Bukan sengaja dia nak meletak kereta di sini. Cuma semua tempat meletakkan kereta telah penuh.

            Afifah keluar dengan perlahan. Harris pantas memegang tangan Afifah. Mahu memimpinnya menyeberangi jalan. Kalau buka pintu kereta pun tak berhati-hati bagaimana pula nak melintas jalan yang penuh dengan kenderaan.

            Merasakan jarak antara mereka terlalu jauh dan menyukarkannya untuk menyeberangi jalan, Harris segera memeluk pinggang Afifah erat. Sesak nafas Afifah menahan debaran dan bauan wangi yang memikat hatinya itu.

            Sampai sahaja di seberang jalan. Afifah segera menolak tubuh sasa Harris supaya menjauhinya. Harris pada mulanya agak marah terus tidak jadi marah apabila melihat wajah Afifah yang sudah kemerah-merahan menahan malu.

            Afifah berjalan laju ke arah restoran makanan segera itu.

            Kelihatan seorang wanita seusia Afifah melambai-lambai ke arah mereka.

            “Leila!”

            “Ifah!”

            Kedua-duanya berpelukan erat bagai sudah 10 tahun tak berjumpa. Padahal baru 3 bulan mereka tidak berjumpa akibat kekangan masa dan hal masing-masing.

            “Ehem, ehem..” dehem Harris mengejutkan mereka dari ‘Jejak Kasih’ yang dilakonkan dengan jayanya.

            “Handsome guy... Ouh, I’m melting...” bisik Leila menyumbang rasa cemburu di hati Afifah. Kawannya yang seorang ini memang pantang nampak lelaki handsome. Aik... handsome pulak si Harris ni di mata kau, Ifah? Tanya dirinya sendiri. Pantas Afifah mengelengkan kepala, menafikan persoalan yang terbit dihatinya.