Assalamualaikum
hehehe
sempena dah dapat balik lappy yang ada cerita dkakus ni asyu up bab 3,4,5 untuk korang
BAB
3
Afifah
berjalan dengan keadaan terjingkit-jingkit. Kiranya habis perlahanlah tu.
Diintai suaminya yang asyik memasak. Kelihatan kacak pula lelaki itu apabila
memakai apron dan memegang sudip. Macho sungguh lelaki itu. Hatinya hampir-hampir
cair melihat kemachoan lelaki itu memasak. Lelaki yang pandai memasak pada
Afifah sangat kacak dan macho. Dentingan sudip yang terjatuh ke lantai
mengejutkan dia. Cepat-cepat Afifah melangkah masuk ke dapur dengan riak wajah
angkuh.
“Kalau tak reti nak masak, jangan
nak menyibuk dekat dapur. Aku sedar aku ni bini kau. Biar aku saja yang buat
kerja aku. And by the way, for now on this kitchen is my territory.” Afifah menyambar
sudip dan menolak Harris ke ruang makan. Harris terkedu melihat perubahan
Afifah.
“Harsh but i like.. and you look
sexy in my clothes...” bisik Harris. Nakal. Afifah membeliakkan matanya tanda
geram dengan kata-kata nakal Harris. Baju yang hampir melepasi paras pahanya
dilihat. Seksi apanya? Okay dia mengaku, agak ‘seksa’. Harris ketawa senang
bagaikan peristiwa semalam tiada dalam kehidupan seharian mereka. Afifah seakan
terbuai dengan gelak ketawa Harris yang kedengaran macho di telinga. Harris
meninggalkan dapur apabila Afifah semakin mendekatinya dengan sudip ditangan.
Risau kalau-kalau dapat ketukan free dikepalanya.
“ Hehehe.. tahu pun takut. Ingat apa
aku ni senang sangat nak dibuli!” desis Afifah sambil menyambung tugasan sang
suami yang tergendala tadi. Padahal dalam hati, sudah berjoget sakan mendengar
suara Harris yang mengusik jiwanya. ‘ Kenapalah aku ni ketot sangat.. Baju si
Harris ni pun dah nak lepas lutut aku.. hehehe memang mamat tu tinggi luar
alam..’bicara Afifah di dalam hati. Eleh... mamat tu tinggi luar alam ke.. dia
yang rendah luar alam?
“Hurm.. boleh tahan jugak citarasa
lelaki ni. Western for breakfast... Garlic bread and mushroom soup.. light food
but boleh kenyang sampai tengahari. Dua ni dia dah siapkan.. aku nak buat apa
ya? Hurm... salad buah-buahan sudah la.. makan benda berat pagi-pagi ni buat
kita rasa mengantuk..” Afifah membebel kecil, tangan pantas membuka peti ais.
Dikeluarkan buah-buahan segar. Bersinar matanya melihat dragon fruit
kegemarannya. Memang sedap dimakan dengan yogurt yang sejuk. Memang cantik
sangatlah... ada yogurt dalam peti ais ni. he he he rezeki...
Tanpa disedarinya, Harris asyik
memerhatikan gerak-gerinya. Sesekali Harris menekup mulut menahan tawa melihat
gelagat sang isteri yang terpejam-pejam mata membayangkan keenakkan makanan,
mungkin? Comel macam kartun. Hi hi hi...
“Aik, Harris kenapa menghendap dekat
sini?” Puan Sakinah yang pelik terus sahaja menegur anaknya itu. Macam-macam
hal anaknya ini. Sebelum kahwin lain peelnya dan kahwin makin pelik peelnya.
“Oh, mak kau!” latah Harris. Puan
Sakinah ketawa geli hati melihat anaknya mengurut dada. Afifah yang terperanjat
segera mengelap tepi bibirnya. Bagai terasa-rasa air liurnya meleleh. Dia terus
lupa dengan keadaan pemakaiannya.
“Haih.. Harris.. Harris takkan baru
kahwin sehari dah ada menyakit latah ni.. hehehe ada saja la anak mama ni..”
ujar Puan Sakinah mengusap kepala anaknya lembut. Seluruh kasihnya tumpah
kepada anaknya itu. Satu-satunya zuriat dia dan bekas suami yang dicintai.
“Mama ni.. saja je tau.. Terkejut
Harris.. ingatkan siapa la tadi..” rajuk Harris. Mengada pula mamat ini..
“Alololo.. kejap mama suruh your
petite wife pujuk.. Mama pujuk sekarang ni mana nak jalankan...” usik Puan
Sakinah sambil mendapatkan menantunya yang asyik memotong buah. Harris sudah
merah mukanya. Mama ni... malu pula rasanya. Petite mak dia panggil aku?
Nasiblah memang aku ketot.
“Wow! Kenapa seksa sangat bajunya..?
hehehe tahulah dah kahwin...” usik Puan Sakinah kepada menantunya pula. Habis
merah padam muka Afifah. Rasa nak menyorok dalam peti ais yang kebetulan Harris
bukak. ‘Ala.. kenapa aku tak perasan mama datang dekat sini.. haih... lupa pula
dengan keadaan baju aku ni... malunya...’ keluh Afifah dalam hati.
“Mama..” ujar Harris seolah-olah
memberi amaran kepada mamanya. Mamanya ni memang kaki usik tapi sangat-sangat
sporting.
“Apa? Yelah.. mama tak usik dah...”
Puan Sakinah mengangkat kedua tangannya seolah menyerah kalah. Harris ketawa
sambil mencapai pingang ramping Afifah. ‘Ish... Depan mama lembut bukan main.
Aku menyampah betul dengan mamat talam dua muka ni! Hish!! Makin lama makin aku
sakit hati dengan mamat ni!’ Afifah merungkai pegangan Harris dengan segera
apabila Puan Sakinah menyelongkar peti aisnya. ‘Jual mahal.. tak pe.. Kau milik
aku, wahai Puan Afifah!’ desis hati Harris sambil tersenyum sinis.
“Mama jom breakfast sama-sama..”
ajak Afifah yang sudah menarik tangan Puan Sakinah duduk di meja dapur
seakan-akan kaunter itu. Dihidang sup panas, salad dan juga roti yang sudah
siap itu. Baru sahaja dia nak duduk menikmati sarapannya bersama emak mentua
kedengaran suara lelaki yang menyakitkan hatinya.
“Abang punya mana? Sayang ni asyik
lupa je.. Ingat dekat mama je ek.. Abang yang handsome ni sayang taruk mana?”
tanya Harris dengan senyuman menggoda. Afifah melemparkan senyuman paksa.
‘Abang, sayang konon! Pigidah dengan abang sayang kau tu! Nasib baik ada mama..
kalau tak... Sup ni aku kasi kau makan cum mandi!’ Puan Sakinah tersenyum
melihat anaknya dilayan oleh menantu kesayangannya itu.
“Nah untuk ‘abang’.” Ujar Afifah
manja sambil menekan perkataan abang itu. Sahaja nak tunjuk protes dalam diam.
Terbeliak mata Harris melihat kuantiti makanan yang diberikan isterinya itu.
Ini memang sengaja nak menduga ni. Afifah ketawa dalam hati, yelah karang
ketawa kuat-kuat mak mentua dia kata dia mereng pula. ‘Padan muka! Siapa suruh
mengedik dengan aku?!’ Afifah tersenyum kemenangan melihat Harris sedaya upaya
menghabiskan makanan yang diberikannya.
BAB
4
Bengang,
sakit hati semuanya bertandang di dalam hati Afifah. Mana taknya lepas sahaja
mereka habis makan tadi Harris sempat buat aksi berani mati! Dia pergi cium
Afifah dan yang lebih teruknya di depan
mama! ‘Hish.. Makin benci rasanya dengan lelaki ni!’ Afifah mengulum rasa. Nak
marah si Harris tidak mungkin apabila di depan mama. Tak sanggup dia nak
sakitkan hati mama. Wanita itu cukup baik, menerimanya yang yatim piatu
ini tanpa sebarang bunyi malah dia
dilayan bagaikan puteri oleh Puan Sakinah.
Dia menghentak kaki menuju ke bilik
tanda protes sebaik sahaja Puan Sakinah pulang. Harris ketawa kelucuan melihat
satu lagi perangai isterinya. Tak sangka orang berpendidikan tinggi juga suka
hentak kaki. Hump.. satu benda yang biasa mungkin... dia pun lebih kurang si
isteri, sengal, suka sangat menyakat. Nasib badanlah...
“Afifah, Afifah. Kalau kamu nak lari
sampai hujung dunia pun larilah. Sebab aku tahu jodoh kita memang kuat..” gumam
Harris sendirian. Kalaulah Afifah tahu yang dia sudah gilakan wanita itu sejak
6 tahun yang lalu pasti Afifah akan mengetawakannya.
Entah apa yang menarik mengenai wanita yang
bernama Afifah itu pun Harris tidak tahu. Yang pasti hatinya telah dicuri saat
pertama kali dia bertentang mata dengan Afifah. Harris tergelak sendiri, dia
tahu Afifah pasti tidak mengingati dirinya. Dulu dia seorang yang nerd dan
pendiam. Kini dia kelihatan agak berani dan lebih handsome. Riak? Bukan riak
dah kurniaan Allah S.W.T. kepadanya. He
he he.. kalaulah Afifah tahu...
6 tahun lalu,
Harris
Lee asyik menilik buku ditangannya. Tinggal satu semester sahaja sebelum dia
menamatkan pengajian. Dengan pointer 3.9 setiap semester, dia dikatakan bakal
menjadi salah seorang pelajar yang mendapat ‘First Class Degree’.
Mata asyik melirik buku. Tetapi kakinya lincah bergerak.
Sedikit pun perjalanannya tidak terganggu. Tanpa disedari ada tiang di
depannya. Harris yang asyik membaca itu terus berjalan dan... BUM!! Sakit satu
hal, malu pun satu hal.
“Aw.. Sakitnya..” kata Harris yang sudah terlentang di
lantai.
“Ha ha ha ha ha ha” gelak ketawa dari pelajar yang turut
berada di situ.
‘Aduii... macam mana boleh tak nampak tiang tu? Buat malu
kaum betul aku ni...’ desis Harris yang sudah merah mukanya.
Tiba-tiba ada sepasang tangan di hadapan mukanya. Harris
yang malu dan terharu segera menyambut huluran tangan itu. Berdiri sahaja dia
terus melihat wajah yang sangat... sangat... cantik...! Hatinya telah dicuri!
“Awak ok?” tanya si gadis cantik.
Harris terangguk tanpa kata. Terkesima dia melihat si
gadis.
“Terima kasih.” Ucap Harris apabila si Gadis mula
menjauh.
“Sama-sama. Lain kali bila berjalan buku tutup dulu.
Nanti jadi balik macam tadi.” Ujar si gadis dengan senyuman mesra.
“Nama awak siapa?” laung Harris bila si gadis sudah jauh
ke hadapan.
“Nur Afifah.” Jawabnya yang sudah menjauh. ‘Nur
Afifah...’ Harris Lee memegang dadanya. ‘Aku.. dah.. jatuh.. Jatuh cinta.’
----
“Ehem! Ehem! EHEM!!” sakit pula
tekak Afifah ni. Dari tadi saja dia berdehem, mahu menyedarkan suami ‘hot’ dia
ni dari mengelamun. Asyik berdehem sampai sakit anak tekak dia. Harris
tersentak dari kenangan lama. Waktu itu Afifah baru sahaja di terima masuk ke
universitinya. Selama satu semester itu dia asyik memerhatikan si gadis manis
itu. Sungguh, dia hanyut dalam perasaannya. Pelbagai benda dihadiahkan kepada
Afifah secara senyap-senyap. Bunga, coklat malah buku.
“Ye,
ada apa?” tanya Harris yang sedikit kalut, ditangkap isteri kesayangan
ketika mengingati kenangan yang isterinya sendiri mungkin tidak ingat.
“Tak ada apa. Aku nak keluar kejap
boleh ke?” tanya Afifah sedikit lembut. Takut pula jika lelaki itu tidak
membenarkannya keluar. Dia memang tidak suka dengan perkahwinan ini lagi-lagi
manusia yang bernama Harris Lee! Namun dia tidak boleh menolak hukum Allah.
Harris Lee, lelaki yang baru dikenalinya dan amat dibencinya itu ialah
suaminya. Syurga, nerakanya terletak di tangan suaminya,itulah darjat seorang
suami yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.
“Hm... kau nak pergi mana?” tanya
Harris agak gusar. Mana tau Afifah memang nak larikan diri daripadanya. Diakan
kejam dengan wanita itu. Kejam dengan maksud yang indah.
“Nak jumpa kawan aku... Leila. Boleh
tak? Aku nak pergi lepak MCD je...” Afifah menayang muka comel. Harris mula
cair. Afifah buatlah muka apa pun. Hati Harris memang sudah lama dicuri Afifah.
“Boleh tu boleh. Tapi aku nak ikut
sekali.” Kata Harris membuat Afifah menayang muka kelat, sekelat-kelatnya.
“Kenapa kau malu ke?” tanya Harris
sedikit tidak puas hati dengan wajah yang ditayang Afifah. Hodoh sangat ke dia
sampai isterinya sendiri tidak mahu keluar dengannya. Jahat sangat ke dia? Tapi
dia memang kejam pun, paksa anak orang kahwin dengan dia pakai cara peras ugut.
“Tak adalah. Kalau kau nak ikut aku
tak ada hal. Tapi jangan nak merungut bagai. Karang aku campak kau masuk
lombong mana-mana karang.” Ugut Afifah yang kegeraman.
Harris tertawa kelucuan. Ganas betul
bini dia ni. Tapi kalau dia kejar... dari singa jadi tikus!
“Cepat siap. Aku kasi 10 minit je..”
ujar Afifah yang sudah berpeluk tubuh di sofa.
“Aye!
Aye! Captain!” ujar Harris sambil memberi tabik.
Afifah menahan tawanya. Comel betul
manusia bernama Harris Lee ni. Aik,tadi bukan main kata benci... ni dah kata
comel pulak...
BAB
5
Kereta BMW 4 series meluncur laju di jalan
raya. Afifah asyik menilik kereta suaminya itu. Sungguh, dia teruja dapat
menaiki kereta semahal ini! Harris menyembunyikan senyumannya. Kelakar sungguh
reaksi isterinya tika ini.
“Wah, ni semua memang dah siap
pasang ke? Ke kau beli lain ni?” tanya Afifah yang teruja melihat set stereo
yang kelihatan mewah di dalam kereta BMW suaminya.
“Aku beli lain la... Amacam okey
dak?” tanya Harris dengan muka bangga. Penat tau dia kumpul duit untuk set
stereo ni. Mama asyik membebel je tepi telinganya. Membazir la.. tak ada faedah
la... Huh, nasib baik isterinya sama kepala dengannya. Baru ada geng!
“Gila kau tak okey?! Okey gila ni...!”
ujar Afifah sambil memasang lagu. Terasa bergegar otak si Afifah ni. Gila betul
si Harris ni. Mahu pekak telinga kalau dengar lagu kuat sangat sampai bergegar
otak, setiap hari. Badannya sedikit terhuyung hayang akibat gegaran radio yang
teramat kuat. Lantas tangan kecil itu menutup radio. Memang bergegar otak wa
kata lu... tangan memegang kedua-dua belah pipi cuba menahan gegaran
dikepalanya.
Harris tidak dapat menyembunyikan
tawanya. Sampai dia terpaksa berhenti ditepi jalan untuk ketawa. Bayangkanlah
betapa teruknya dia ketawakan Afifah. Afifah menayang muka cemberut.
Sakit hati dia tau! Harris Lee ni memang nak kena
ni! Afifah tidak dapat mengawal rasa geramnya. Beg tangannya dihempuk-hempuk ke
tubuh Harris. Harris hanya ketawa girang. Tangannya cekap menangkap pergelangan
tangan Afifah yang kecil molek itu. Dia senang dengan tindak balas Afifah yang
terasa semakin mesra.
Ketawa terhenti. Suasana menjadi
sunyi. Mata mereka bertentang erat, menusuk tepat ke hati. Harris semakin
mendekat. Membuat Afifah kalut. Namun dia kelu, kaku. Perasaan berdebarnya
semakin kuat sehinggakan hanya bunyi denyutan jantungnya sendiri dan helaan
nafas mereka sahaja yang didengarnya.
“A... awak..”
“Sysss...” jari telunjuk Harris
melekap dibibir merah Afifah. Mata Afifah semakin membulat, terkejut melihat
tindak balas Harris yang di luar alam. Kenapa pula dengan lelaki ni? Buang
tabiat ke apa? Along, kenapa dengan Harris ni?!
Harris semakin mendekat. Tangannya
bermain-main dengan rambut isterinya. Hendak ketawa dia melihat reaksi
isterinya itu. Berpeluh! Padahal aircond kereta terpasang sejak enjin kereta
dinyalakan. Ketawa yang ditahan hampir terluah saat Afifah menelan liur dan
menutup mata seperti merelakan perlakuan Harris yang luar alam ini.
Lantas dahi Afifah dijentik sedikit
kuat. Teradoi Afifah dibuatnya. Harris ketawa sekali lagi. Afifah menggigit
bibir, geram dengan tingkah suaminya itu. Hampir-hampir sahaja jantungnya gugur
menahan degupan yang terlebih had laju itu.
Afifah menoleh ke sisi, menghadap
Harris. Baru sahaja dia nak membuka mulut untuk memarahi lelaki itu namun mulutnya kembali
terkunci, dia kaku melihat Harris ketawa... dengan reaksi yang sangat-sangat
bahagia? Bahagia ke lelaki itu dengannya? Hatinya mula berbunga riang. Namun,
perasaan itu dihapuskan segera. Dia tidak akan dan pastinya tidak mungkin
menerima lelaki yang kejam itu dalam hidupnya.
Afifah berdehem sekuat hati.
Menandakan dia semakin tidak senang dengan gelak ketawa Harris. Semakin rimas
dengan rasa asing yang menyesak dalam dadanya.
“Sampai bila kita nak tersadai di
sini? Kawan saya dah lama tunggu tahu tak?!” kata Afifah dengan suara agak
tinggi. Harris mengeluh kecil melihat perubahan Afifah yang tersangat nyata.
Dia dah melampau sangat ke? Salah ke
dia nak bergurau dengan isterinya sendiri. Hump... sedar-sedarlah diri sikit
Harris, orang tu pandang kau pun tak nak... inikan pula nak bergurau senda.
Desis hatinya sendiri.
Harris kembali menumpukan
perhatiannya ke jalan raya. Afifah pula asyik melayan perasaannya yang mula
berperang sesama sendiri. ‘Wahai hati, janganlah kau berbolak
balik...’tangannya dibawa ke dada. Cuba menahan gelodok rasa yang melanda jiwa.
Sepanjang perjalanan yang disambung tadi
dilalui tanpa sebarang bunyi atau pergerakan. Hanya Harris yang bergerak kerana
mengawal sterring keretanya. Manakala Afifah sekadar mematikan diri. Disebabkan
rasa tidak senang dengan perasaannya sendiri, Afifah buat-buat tidur. Lagipun dia kurang selesa dengan mata Harris
yang tajam seperti helang lagaknya mahu menelan dirinya.
Harris sesekali mengerling isterinya
itu. Dia tahu isterinya hanya berpura-pura. Bukan susah nak tahu. Melihat
ombakan dada Afifah, pastinya wanita itu tidak tidur lagi. Bernafas tetapi
tertahan-tahan bagaikan takut tertangkap olehnya.
“Kita dah sampai.” Ujar Harris Lee
dingin. Afifah yang sedari hanya berpura-pura segera membuka pintu dan mahu
keluar. Tapi Harris lebih pantas menarik tangan wanita itu.
“PINNNN~!!!” sebuah lori bergerak
laju betul-betul disebelah Afifah. Mujur sahaja Harris sempat menariknya sekali
gus menutup pintu. Kalau tidak mungkin Afifah sudah tiada di dunia ini lagi.
“Kau bodoh ke?! Tak reti nak tengok
kiri kanan dulu ke?! Kalau benci sangat dengan aku pun, sayanglah nyawa
sendiri!” tengking Harris Lee dengan muka yang memerah menahan rasa marah,
terkejut dan berdebar kerana takut. Takut kehilangan Nur Afifah, permaisuri
dihatinya kini.
Afifah yang terkejut hanya kaku.
Harris membawa wanita yang dicintainya itu ke dalam pelukan. Afifah hanya duduk
seperti patung tak bernyawa. Perlahan-lahan air matanya mengalir. Esakkan mula
kedengaran. Harris mengusap lembut belakang wanita itu.
“Dah, dah. Jom keluar kawan kau dah
tunggu lama tu. Tunggu kejap aku bukakan pintu.” Ujar Harris seraya mengesatkan
air mata Afifah. Pintu kereta dibuka Harris setelah memastikan keadaan jalan
raya itu selamat. Bukan sengaja dia nak meletak kereta di sini. Cuma semua
tempat meletakkan kereta telah penuh.
Afifah keluar dengan perlahan.
Harris pantas memegang tangan Afifah. Mahu memimpinnya menyeberangi jalan.
Kalau buka pintu kereta pun tak berhati-hati bagaimana pula nak melintas jalan
yang penuh dengan kenderaan.
Merasakan jarak antara mereka
terlalu jauh dan menyukarkannya untuk menyeberangi jalan, Harris segera memeluk
pinggang Afifah erat. Sesak nafas Afifah menahan debaran dan bauan wangi yang
memikat hatinya itu.
Sampai sahaja di seberang jalan.
Afifah segera menolak tubuh sasa Harris supaya menjauhinya. Harris pada mulanya
agak marah terus tidak jadi marah apabila melihat wajah Afifah yang sudah
kemerah-merahan menahan malu.
Afifah berjalan laju ke arah
restoran makanan segera itu.
Kelihatan seorang wanita seusia
Afifah melambai-lambai ke arah mereka.
“Leila!”
“Ifah!”
Kedua-duanya berpelukan erat bagai
sudah 10 tahun tak berjumpa. Padahal baru 3 bulan mereka tidak berjumpa akibat
kekangan masa dan hal masing-masing.
“Ehem, ehem..” dehem Harris
mengejutkan mereka dari ‘Jejak Kasih’ yang dilakonkan dengan jayanya.
“Handsome guy... Ouh, I’m
melting...” bisik Leila menyumbang rasa cemburu di hati Afifah. Kawannya yang
seorang ini memang pantang nampak lelaki handsome. Aik... handsome pulak si
Harris ni di mata kau, Ifah? Tanya dirinya sendiri. Pantas Afifah mengelengkan
kepala, menafikan persoalan yang terbit dihatinya.
Bestnya story akak... looking forward for more stories from u
ReplyDelete