Bab 16
Nada tersandar lesu
dibangku ruang menunggu itu. Air matanya masih mengalir seakan-akan
tidak mahu berhenti. Banyak benar perkara yang bermain dikepalanya.
Tentang daddynya yang hendak mengambil dia dari keluarga yang telah
sebati dengan hidupnya. Mampukah dia membuat pilihan? Berat sungguh
beban yang dirasakan dikala ini. Tapi dia juga tidak sanggup
meninggalkan daddynya walaupun mereka baru berjumpa disaat dia telah
mulai dewasa. Daddynya lebih memerlukan dia. Saat doktor memberi tahu
yang daddynya menghidap sakit jantung tahap kritikal, dunianya terasa
gelap. Baru sahaja dia ingin membuka hati menerima daddynya, kini
mereka telah diduga oleh-Nya dengan sesuatu yang amat sukar untuk
Nada tanggung.
“Nada...”panggil
Linda, lembut. Dia tahu anak susuannya ini sudah menanggung perit
yang tidak terperi.
Nada mengangkat
wajahnya. Memandang wajah seorang ibu yang telah memberinya teduhan.
Teduhan kasih buat dirinya yang telah lama terkapai-kapai. Biarpun
dulu dia dikasari namun dia tahu disudut hati Linda, ada suatu kasih
yang amat besar buatnya. Lalu Nada meluru ke pelukan Linda. Tangisan
diluahkan semahu-mahunya.
“Nada... a..
along minta maaf. Along tak tahu yang daddy Nada sakit... Maafkan
along...” wajah Amir penuh dengan kekesalan. Nada memandang
alongnya dengan linangan air mata.
“Along tak salah.
Kita semua tak salah. Ni takdir. Cuma Nada terkilan waktu Nada dengan
daddy dah kian nipis, hubungan kami juga tak berapa nak elok.
Kalaulah daddy tahu betapa Nada sayangkan dia..” Nada memandang
pintu bilik kecemasan yang masih tertutup rapi.
'Daddy.. daddy
tabahlah.. nanti Nada akan turuti semua kehendak daddy asalkan daddy
sihat. Nada sayangkan daddy. Hidup Nada baru sahaja nak dilengkapi
daddy.. daddy sabarlah.. Daddy kena kuat... untuk Nada.. untuk
hubungan kita.' rayu Nada dalam hatinya.
Bahu Nada dielus
lembut. Nada pantas menoleh. Kelihatan Huzairil, bapa susuannya
sedang merenung wajahnya penuh kasih.
“Maafkan ayah..”
Nada menggeleng.
“Ayah tak pernah
salah. Nada yang salah, terlalu ikut perasaan. Walhal Nada tahu yang
Daddy dan ayah buat macam ni sebab nak selamatkan Nada...” Wajah
ayahnya ditenung dengan linangan air mata.
“Nada...”
Huzairil kehilangan kata-kata. Terus dipeluk anaknya itu. Tidak
terucap kata-kata mengambarkan betapa dia gembira anaknya telah
melupakan perkara itu. Namun terselit rasa sedih buat Nada. Pasti
anaknya itu berasa bersalah terhadap bapa kandungnya, Huzairil.
:::::::::::::
Rambut yang basah
segera dilap sehingga kering. Takut sekiranya yang bukan muhrim pakai
masuk sahaja wad daddynya itu. Sejak dia memakai tudung, dia begitu
menjaga auratnya. Tak mahu, kerana dia Huzairil menanggung seksa di
akhirat.
Sejak seminggu
lalu, Nada berkampung di bilik daddynya ini. Alhamdulillah daddynya
berjaya mengharungi saat-saat kritikal. Malah daddynya sudah sedar
walaupun sedikit lemah. Nada terus berubah. Dari anak yang begitu
dingin, terus jadi anak yang sangat-sangat manja dengan Huzairil.
Sampai Huzairil pelik, betul ke ni anak dia...
“Nada..”
panggil Huzairil lembut.
“Ya, daddy..”
“Nada.. ikut ke
Amerika ye.. Temankan daddy jalani rawatan susulan..” pujuk
Huzairil tidak kenal erti putus asa.
Nada mula serba
salah. Nak ditolak takut pula daddynya jatuh sakit kembali.. Nak
diterima, tak sampai hati pula nak tinggalkan keluarganya di sini.
Keluhan nipis dilepaskan. Huzairil tahu dalam hati anaknya, berlaku
peperangan yang amat hebat.
Kedengaran pintu
dikuak perlahan. Terpacul wajah Irfan. Teman baiknya kini, pengganti
anjelnya, Aiman yang jauh di Perak nun.
“Assalamualaikum
uncle, Nada..” Irfan kelihatan segak dengan baju t-shirt jenama
POLOnye. Mana Nada tahu? Tahulah kalau jenama tu dah terpampang kat
t-shirt Irfan.
“Waalaikumusalam,
Irfan.. Masuklah.” Huzairil ramah melayan kawan anaknya itu. Irfan
menyalami tangan Huzairil dengan hormatnya. Huzairil tersenyum senang
melihat kelakuan sopan Irfan.
“Kenapa datang ni
Irfan?” tanya Nada agak brutal.
“Nada, kenapa
layan kawan macam tu?” tegur Huzairil lembut.
“Erk.. maaf.
Irfan, jemputlah duduk..” ujar Nada sambil membuat aksi comelnya.
“Eh, tak apalah
uncle.. Nada ni memang brutal sikit. Sejak Aiman tak ada makin brutal
jadinya.” usik Irfan menyebabkan Nada mencubit geram lengan
kawannya itu. He he he sekali sekala terbabas juga Nada ni.. yelah
dah terbiasa bergurau kasar dengan rakan-rakannya.
“Mana ada
daddy... Irfan ni sengaja je nak cari gaduh dengan Nada..” Ujar
Nada yang sudah memuncung.
“He he he ye ke?
Entah-entah memang betul si Irfan kata tu... Nada baik bila si Aiman
ada saja...” ujar Huzairil yang ingin bergurau.
“Apa daddy ni..
tak pe.. tak pe.. Nada majuk ni.. tak nak ikut daddy pergi
mana-mana..” Nada dah muncul aura nak merajuk. Tiba-tiba Irfan
berbisik dengan Huzairil. Huzairil tak semena-mena ketawa riang.
Makin cemburut wajah Nada yang makin comel ni..
“Apa
bisik-bisik??” marah Nada dengan suara manjanya. Cemburu sebenarnya
melihat Huzairil rapat dengan Irfan.
“Adalah budak
tukan uncle.. dulu ya Allah paling mature la.. sekarang nikan uncle..
dialah yang paling budak-budaknya.. manjanya masya-Allah.. kalahlah
budak umur 5 tahun...” ujar Irfan dengan nada suara yang
bersungguh-sungguh kepada Huzairil.
“Eiiiii!!!”
decit Nada. Geram tersangat dah ni. Mulut dikembungkan lalu pipinya
ditekan kuat sehingga mengeluarkan bunyi 'flup'. Makin gamat bilik
itu dengan gelak ketawa lelaki berdua itu.
“Jum keluar dulu
Nada. Uncle nampak mengantuk tu..” ujar Irfan yang memerhatikan
Huzairil itu. Huzairil yang sudah tersenguk-senguk itu diselimutkan
Nada. Risau pula jika daddynya itu kesejukkan.
“Jum pergi minum
kopi?” ajak Irfan. Nada mengangguk. Dia sendiri dah rasa mengantuk.
Karang bukan dia yang jaga daddynya.. tapi daddynya yang jaga dia..
Selepas membuat
pesanan untuk mereka berdua. Irfan mengambil tempat disebelah Nada
yang hampir terlelap di meja kafeteria itu.
“Kau mengantuk ke
Nada? Kalau mengantuk pergilah tidur dulu..” ujar Irfan yang rasa
kasihan melihat Nada yang keletihan.
“Tak adalah..
hurm.. aku nak kasi tau something ni Irfan..”
“Apa dia?”
tanya Irfan yang sedang meniup-niup kopinya yang masih berasap.
“Aku rasa nak
ikut daddy... ke... Amerika..”
“Uhuk! Uhuk!”
Irfan sudah tersedak kopi panas. Dia memandang Nada tidak percaya.
“Cerita dekat
aku!” ujar Irfan tegas. Nada terkebil-kebil.
#SAMBUNG..
#HE HE HE DAH NAK ABIS DAH CERITA NI DALAM 2 ATAU 3 BAB JE LAGI >_<
#LAMA GILE TAK JUMPA CERITE KKA NI...
#SAMPAI ASYU SENDIRI DAH LUPE JALAN CERITE DIA HE HE HE