DYH 8
“Kamu berdua ni siapa? Kenapa bermain di
tempat kami?” tanya satu suara kecil. Azalina dan Leon terpaku. Leon tersenyum
manakala Azalina menelan air liur. Takut rahsianya terbongkar.
Kepala anak mahkluk Feurk itu diusap
lembut oleh Leon. Azalina yang ketakutan hanya mendiamkan diri. Pada masa yang
sama dia sedaya upaya menahan dirinya daripada menghamburkan ketawa. Mana
taknya, dengan warna hijau dan kepala botak, anak mahkluk Feurk itu kelihatan
seperti toyol. Tapi toyol yang comel he he
he.
“Eish, main-main kepala saya pulak.”
Anak Feurk itu sedaya upaya cuba menepis tangan Leon. Kawan-kawannya yang lain
hanya ketawa kecil. Geli hati melihat gelagat rakan mereka yang pendek itu cuba
menepis Leon yang tinggi mengalahkan galah itu.
Terdetik juga rasa kasihan kepada anak
Feurk itu, lantas Azalina menahan tangan Leon. Leon yang terkejut
terpinga-pinga. Azalina mencekak pinggang.
“Kau ni Leon, janganlah kacau diaorang.
Kau ni sengaja je.. Kesian tau depe ni!” Azalina menepuk perlahan lengan Leon.
Takut pulak nak tepuk kuat-kuat karang tak pasal-pasal Leon mengamuk tak ke
mampuih dia..
“Akak ni baik la.. Tapikan.. kite tak
pernah tengok pun kakak ni dekat sini.. akak ni baru pindah ke?” tanya budak
yang dipegang kepalanya tadi.
“Erk.. haah, akak baru pindah sini.”
Azalina menghantar isyarat mata ke Leon. Tapi Leon buat derk je. Majuk ke
mahkluk ni?? Isy.. isy.. nampak je ganas dalam hati ada taman rupanya..
“Owh.. akak.. akak meh la main ngan kita
orang. Tak payah main dengan abang jahat ni..” ajak anak Fuerk itu sambil
menarik-narik tangan Azalina.
Azalina tersengih. Leon yang sedari tadi
mendengar, menjadi geram. Bulat matanya melihat anak Fuerk itu.
“Akak rasa baik kamu larik dulu. Abang
tu dah naik hantu tu..” Azalina menunjuk wajah Leon yang terserlah
kemarahannya.
“Erk.. okey... apa lagi geng
cabuttttt~!!” jerit anak Fuerk itu lalu lari sepantas angin. Kawan-kawannya
turut ikut berlari. Ternganga Azalina melihat kepantasan mereka.
*^*^*^*^*
“Hu hu hu.. Bahagia kau dekat dunia tu..
aku ingat kau akan terseksa.. tapi tak apa-tak apa.. Kau tunggu, masanya akan
tiba.. sabar saja..” ujar seseorang yang bertutup litup dengan pakaian berwarna
hitam. Matanya tertancap ke dalam kolam kecil itu. Asyik benar dia memerhatikan
kegiatan makhluk dunia Herbs dan manusia itu.
“Dhytin! Dhytin! Ke mari kau!”
panggilnya dengan suara lantang.
“Ampun tuanku! Apa yang boleh patik
bantu, tuanku?” tanya Dyhtin, makhluk yang separuh manusia dan burung helang.
Berbadan manusia tetapi berkepala helang.
“Aku nak kau hapuskan dia, Dhytin!
Kehadiran dia tidak diperlukan. Dia hanya akan menyusahkan dunia ini!” Katanya
dengan kuat.
“Patik menjunjung perintah, tuanku!”
ujar Dhytin, patuh. Lalu dia bangun dan terbang meninggalkan gua yang menjadi
markas mereka.
*#*#*#*#*#*
“Weih... jom balik. Dah nak malam ni..
nanti mak-mak kite marah pulak..” ajak Smoen, anak Fuerk yang diusik Leon tadi.
“Ala... awal lagi la..” bantah rakannya.
“Betul kata si Zheon tu Smoen.” Tambah
Leon. Dia tak puas lagi bermain dengan anak-anak Fuerk ni. Best pulak. Azalina
yang sedari tadi jadi penonton tersenyum.
“Balik la. Nanti kesian mak dengan ayah
korang. Ingat korang hilang.”pujuk Azalina apabila mereka bermain kembali.
“Hurm.. dengar akak Aza kata apa? Jomlah
kita balik.. Dah gelap dah ni..” Ujar Smoen yang semakin gusar melihat keadaan
langit. Azalina tersenyum. Tadi nasib baik dia tak terlepas kata yang namanya
Azalina, kalau tak mesti bebudak ni banyak soal.
“Okeylah kite orang balik dulu ek, abang
Leon, akak Aza.” Anak-anak Fuerk itu melambai-lambai mesra sebelum hilang dari
pandangan sepenuhnya.
“Hurm.. sunyi pulak tak ada bebudak
tukan...” ujar Azalina yang bosan. Tangannya mengulit kulit kayu kering. Leon
tersenyum. Terpana Azalina melihatnya. Alahai, makin lama dia dekat dunia Herbs
ni makin handsome Leon jadiknya..
“He he he, tadi bukan main takut.
Sekarang ni dah pandai beramah mesra pulak kau ni ye..” sindir Leon. Azalina
mula masam. Dijelirkan lidah, tanda menyampah dengan Leon. Hish, makin hari
makin pandai Leon mengusik Azalina!
“Malas nak layan! Jom balik. Aku dah
bosan dengan menyampah ni!”
“Menyampah?”
“Menyampah dengan perangi ngok ngek
kau!”
“Ngok ngek tu apa?” Leon yang tidak
faham tergaru-garu kepalanya.
“Hehehe biarlah rahsia!!!” Ujar Azalina
sambil berlari anak meninggalkan Leon yang masih terpinga-pinga.
Leon hanya tersenyum. Sejak dia kenal
manusia ini, dia asyik tersenyum sahaja. Satu tabiat yang jarang
diamalkan.
ZUPZ!!
Leon terasa ada benda yang sedang
memerhatikan mereka. Dia pantas mengejar langkah Azalina. Tapi tak sempat dia
sampai ke sisi Azalina. Makhluk burung berbadan manusia telah pun menyambar
Azalina yang ketika itu sedang asyik memegang salji.
“LEON!!!” hanya jeritan yang memenuhi
kawasan itu. Leon hanya kaku. Mungkin terkejut melihat Azalina yang tiba-tiba
hilang dari pandangan matanya.
Okey.... kelakar bila si leon tu tak tahu ngok ngek. Lawak giler kut kak aysu. Erk ke mana perginya azalina? huishhh
ReplyDelete