Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Sunday, 1 June 2014

Isteriku Budak.

Isteriku Budak.



Assalamualaikum... 

bismillahirahmannirahim..

hye.. semua sorry asyu janji semalam... tapi hari ni bru up... sorry
ada hal lepastu internet pun slow..
sorry kalau cerita ni tak best... dah x de idea..  idea dah larik... huhuhu

            Azrail memandu di bawah 80 km per sejam. Hujan yang renyai-renyai menyukarkan pemandangan Azrail yang sememangnya rabun malam itu. Dari jauh kelihatan seorang budak sedang melintasi jalan dengan tergesa-gesa. Jarak yang terlalu hampir membuat Azrail menekan brek dengan sekuat hatinya.

            ‘SKRETTT’ tayar kereta Azrail berbunyi kuat. Tangan melekap didada. Terasa kuat dengupan jantungnya. Matanya mengintai-ngintai adakah budak itu masih hidup.. Dengan rasa takut, dia melangkah keluar dari kereta BMW 5 seriesnya.

            Nak terhenti jantungnya melihat budak itu terbaring tidak bergerak. Azrail makin mendekat. Baju budak itu terkoyak di bahagian hadapan. Rasa tidak enak pula menyerbu. Pasti sesuatu telah terjadi kepada budak ini. Rasa takutnya bukan kepalang. Kakinya menguis kaki budak itu. Memang nampak seperti kurang ajar.. tapi dia tak sanggup nak sentuh bila tengok budak itu selekeh dan comot seperti sudah 2 bulan tidak membersihkan diri. Lagipun dia takut kalau budak tu dah mati.

            Nak sahaja dia pergi begitu sahaja membiarkan sesiapa yang baik hati menolong budak itu. Yelah dia tak langgar pun budak tu kalau dia blah pun tak apa. Tapi naluri kemanusiaan dia lebih kuat. Dia tak sanggup meninggalkan budak itu seorang diri pada lewat malam ini. Lebih-lebih lagi budak itu seorang perempuan. Karang jadi kes rogol pula.

            Dengan badan yang menggigil (takut+terkejut+geli), Azrail mengangkat tubuh kecil itu masuk ke dalam keretanya. Susah-payah jugalah dia mengangkat budak itu, nampak sahaja kecil tetapi beratnya, masya-Allah! Ikutkan hati nak saja dia seret hujung tudung budak tu.. yelah bukan mahram karang tak pasai-pasai dia kena tuduh mengapa-ngapakan anak orang. Tapi.. dah daruratkan.. dengan hujan lebatnya. Kesianlah pulak.

            Kereta yang tadinya dibawa perlahan mulai memecut. Gerun dia tengok bibir budak itu semakin biru. Dah macam mayat.. aish..choi!!!

           
>_<


            “Ya Allah, Azrail! Siapa pulak yang kamu angkut ni? Anak siapa? Kenapa kau orang basah lenjun ni?” tanya Puan Aishah maknya Azrail, bertubi-tubi. Azrail yang dah memang panik makin panik dibuatnya.

            “Mak... ni... ni... erm...” lidah Azrail kelu. Kosong. Seperti memang dia yang bersalah.

            “Ya Allah... mak tak sangka kamu sanggup buat macam ni... dengan baju dia terkoyak ni... Astaghfirullah...” istighfar Puan Aishah sambil mengusap dadanya. Budak perempuan itu dibaringkan dibiliknya. Kemudian Azrail duduk dihadapan ibunya.

            “Mak... bukan macam mak sangka. Il... Il tak kenal pun sapa budak tu mak!” jelas Azrail bersungguh-sungguh.

            “Habis tu macam mana kamu boleh dukung dia? Baju dia tu?? Mak tak sangka kamu macam ni Il...” Puan Aishah memejamkan mata cuba menghindar mimpi buruk ini.

            “Mak... mak.. Il tak tahu! Il jumpa dia depan kereta Il. Lagi sikit nak berlanggar... percayalah mak... baju dia koyak Il tak tahu kenapa. Bukan Il yang buat dia macam tu...!”

            “Muhammad Azrail! Kenapa dengan mak kamu ni?” tanya bapanya, encik Mustafa. Pelik dengan tingkah si isteri yang sudah memegang kepala.

            “Abang.. abang tengok la anak teruna abang yang entah teruna ke tak tu... dia.. dia bawak anak dara mana entah balik.. dengan baju budak tu terkoyaknya... Shah malu bang..” adu Puan Aishah kepada suaminya.

            “Ya Allah! Apa cerita ni Il?” tanya encik Mustafa.

            Azrail menarik nafas panjang, diceritakan semuanya kepada babahnya. Encik Mustafa yang mendengar sesekali mengeluh. Dahi berkerut-kerut cuba menghadam kata-kata si anak.

            “Cuba bersabar Shah. Awak dengarkan apa yang anak kita cerita? Abang percaya dan yakin  dengan kesahihan cerita dia tu... macam nilah.. kita biarkan dulu budak tu tidur sini malam ni, kamu Il pergi tidur dekat bilik adik. Jangan sesekali masuk bilik kamu tu. Shah cuba tengok budak tu. Teruk ke tak? Kalau teruk kita hantar pergi hospital.” Ujar encik Mustafa tergas. Terpancar aura pemimpin keluarganya.

            Puan Aishah mengangguk lemah. Anaknya itu dijeling. Bukan boleh percaya sangat si Il ni. Anaknya itu model. Sentiasa dikelilingi perempuan. Entah-entah itu perempuan yang anaknya inginkan.. dah jadi hal lain mulalah nak bawak balik rumah... Puan Aishah masih kuat berprasangka buruk terhadap anaknya itu. Almaklumlah dia memang tak suka dengan pekerjaan anaknya itu.

            Puan Aishah melangkah lemah ke bilik anaknya itu. Pintu bilik dibuka perlahan.

            “Ma... ma... isk.. isk.. tolong adik ma! Abang... um.. abang jahat! To.. isk... tolong adik ma!” gumam si budak yang sedang tidur. Badannya berpeluh dingin.

            Kasihan pula Puan Aishah melihat budak perempuan itu. Didemah dahinya. Panas. Lalu Puan Aishah mengambil kain bersih dan dibasahkan. Dilapkan muka dan tubuh budak perempuan itu. Badan itu penuh lebam dan parut. Parut seperti dicucuh puntung rokok. Kasihan.

            Cantik. Tilik Puan Aishah. Wajah budak itu bersih tanpa cela, ada sebutir tahi lalat dibawah bibir menambahkan manis wajah remaja. Bibir yang merah namun kepucatan itu dibasahkan dengan air masak. Sepertinya budak ini mengalami trauma yang hebat. Dalam lena dia menangis meminta tolong. Hampir tumpah air mata Puan Aishah mendengar rayuan si budak itu.

            “Mama! Mama!” jerit si budak yang bertambah agresif. Dia meronta-ronta seperti meminta untuk dilepaskan. Puan Aishah panik melihat si budak segera dipeluk kuat si budak. Diusap-usap belakangnya.

            Setelah reda dibaringkan semula si budak itu. Tertumpah kasih dan simpati untuk si budak perempuan yang mungkin baru belasan tahun.

            Setelah memastikan si budak selamat dan tenang, Puan Aishah beransur ke biliknya.

            “Hah, macam mana budak tu?” tanya si suami.

            “Kesian pulak saya tengok. Betul kata si Il... bukan dia yang buat bang. Budak perempuan tu macam trauma. Sampai demam-demam dia. Badan dia penuh dengan tanda lebam. Saya rasa dia kena dera.” Cerita Puan Aishah. Encik Mustafa terangguk-angguk.

            “Saya yakin dengan anak kita tu... Hurm... kalau macam tu saya rasa kita kena buat report la Shah. Susah kalau jadi apa-apa nanti.” Kata encik Mustafa.

            “Yelah.. esok kita bawa dia buat report.” Kata Puan Aishah seraya menutup lampu.


            “Tak nak! Tak nak! Saya tak nak! Tolonglah encik... puan... jangan bawak saya pergi balai polis!” rayu Intan Syuhaidah si gadis yang dibawa pulang Azrail.

            “Tapi Intan... bahaya kalau tak buat report. Nanti abang Intan boleh buat benda yang lagi buruk dekat Intan..” terang Azrail. Tak pasal-pasal sebab budak tak cukup umur ni dia kena cuti.

            “Tak nak.. kalau abang kena tangkap.. Intan kena duduk rumah anak yatim balik! Tak nak! Tak nak!” tentang Intan sekuat hati. Dia sudah berdiri. Ingin melarikan diri dari tempat ini.

            “Intan.. Intan!” bahu si budak itu digoncang sekuat hati oleh Azrail. Geram dengan si budak. Lagi sipi tangannya mahu mengenai pipi mulus gadis sunti itu.

            “Azrail!” bahu Intan dipeluk puan Aishah.

            Azrail mengeluh kuat. Encik Mustafa menggeleng kepala.

            “Il cuba bawak bersabar... kesian si Intan tu.. ingat dia tu anak yatim piatu. Muda lagi.. baru 17 tahun. Mentah... mestilah dia takut...”kata encik Mustafa cuba menyabarkan anaknya.

            “Macam nilah... untuk selesaikan hal ni... mak rasa... yang terbaik... Il kahwin dengan Intan.” Kata-kata Puan Aishah membuat Azrail dan Intan rasa nak menjerit. Macam sudah terima hukuman gantung mandatori je.

            “Hah, kenapa plak mak?” tanya Azrail tak puas hati. Habislah kerjaya dia!

            “Dengar cakap mak ni Il.. mak tahu yang dan yakin ni yang terbaik untuk kamu!” kata Puan Aishah yang sudah tetap pendiriannya.

            “Puan... saya.. er.. tak perlulah kahwin semua ni puan... lagipun kalau abang saya tahu... lagi mati saya Puan..” kata Intan dengan linangan air mata.

            “Pasal abang tak payah risau... nanti tahulah aunty uruskan..” kata Puan Aishah yang sudah membahasakan dari ‘puan’ ke ‘aunty’.

            “Tapi...” jerit Intan dan Azrail serentak.

            “No.. no tapi-tapi!” kata Puan Aishah sambil menggoyangkan jari telunjuknya.

            Intan memandang Azrail. ‘Kenapalah aku kena pengsan depan mamat-semua-tahu ni...’ keluhan kecil kedengaran. Azrail mengangkat kening melihat si budak. ‘Kenapalah sifat keperikemanusiaan aku ni sibuk sangat?! Kan dah kena kahwin dengan budak tak cukup umur ni.. haih... habis kerjaya aku yang baru naik...’ Azrail  menggeleng-geleng kepalanya.

            Puan Aishah tersengih lebar. Dapat juga dia menantu tahun ni!

            ...

           
            “Macam mana aku nak buat ni?” Intan sudah berkawad. Dari kiri ke kanan, kanan ke kiri. Pening kepala den! Encik Mustafa yang duduk disofa menggeleng kepala. Walaupun sedang membaca akhbar rasa terganggu tau! Aidil, adiknya Azrail sekadar tersengih.

            “Woi!” sergahan Azrail membuat Intan melompat terkejut.

            “Ya Allah! Hantu woi dah datang!!!” jerit Intan yang sudah menutup mata.

            “Hahahaha... lawak betul kau ni! Tapi tu takkan jadi sebab aku nak kau jadi bini aku. Badan pun sekeping...” Kedengaran kasar tutur kata Azrail. Intan menggigit bibir geram. Nak marah? Memang tak la... dia sendiri menumpang rumah orang tu... karang marah kang kena halau pula. Tapi ni... memang mengundang marah... badan sekeping?!

            “Kita pun tak hingin nak jadi bini dia! Perangai macam godzilla... gerun tau tak?” balas Intan yang sudah hilang sabar.

            “Well... well... well... look who talking right now. Excuse me... aku sendiri tak nak jadi laki kau tau! Dah la budak kecik... segala-galanya kecik! Perangai memang mengalahkan budak umur 6 tahun! Kenapalah aku boleh jumpa kau ni?” Makin hangin Intan dibuatnya. Rasa nak keluar jurus macam watak dalam kartun Dragon Ball tu... ala rambut kuning... apa ke namanya... huhuhu dah lupe :3

            “Huh... cakap orang putih pulak! Ingat kita tak faham ke? Exam tahun lepas kita dapat english A+ tau! Tapi kita malas nak cakap bahasa tu.. kita nak cakap bahasa kita jugak! Dengar ni... muka tu macam mamat bangla sesat. Mak bapak punyalah lawa... kita tengok pun tak lalu tau!” Intan memalingkan muka. Azrail rasa nak cekik-cekik je budak kecik tak cukup umur ni...

            “Huh! Muka aku handsome tau... kalah Adi Putra... Aaron Aziz! Ada ke kata muka mamat bangla sesat... muka kau tu macam muka orang pecah rumah.” Muka masing-masing tak usah cakap la... dah merah menyala. Macam udang kena bakar!

            “Op! Op! Berenti! Babah pening nengoknya.. kenapalah mak kau orang tinggalkan babah dengan korang ni?” tangan sudah memicit-micit dahi sendiri. Azrail berpeluk tubuh menghadap ke kanan. Intan turut memeluk tubuh menghadap ke kiri. Elok sangatlah tu... sorang ke utara sorang ke selatan.

            Aidil pantas memicit bahu babahnya. Karang ada jugak yang masuk hospital sebab darah tinggi.

            “Assalamualaikum!”

            “Elok sangat la awak dah balik. Waalaikumusalam. Cuba awak nengok dua orang budak ni. Asyik bergaduh saja. Macam mana nak kahwin ni?” kepala encik Mustafa tak habis-habis menggeleng.

            “Susah-susah suruh kak Intan kahwin dengan Aidil je la mak...” kata Aidil mengundang ketawa babahnya. Aidil... Aidil...

            “Eh, budak kecik ni! Awak tu baru umur 11 tahun. Tak ada maknanya nak kahwin bagai. Belajar dulu!” Puan Aishah mencekak pinggang. Dah la penat ni... anak  pulak buat lawak bodoh yang memang tak lawak... Aidil ketawa kecil. Melihat maknya sudah mendekati pantas dia membuka langkah seribu. Karang kena kepit dengan ketam tak ke naya...

            “Biasalah tu... mula gaduh,benci... nanti lepas kahwin mula melekat, cinta pula..” ujar puan Aishah yang baru duduk melepaskan lelah. Budak dua orang tu dah lama menghilang ke bilik. Intan ke bilik Azrail. Azrail ke bilik adiknya takkan nak masuk bilik dia jugak... itu lepas dah sah baru boleh...

            “Hah, macam mana perjumpaan awak dengan abang Intan tu?” tanya encik Mustafa yang mula menutup akhbar.

            “Haih... budak tu memang teruk betul. Saya tengok dah macam penagih dadah. Tapikan bang dia tu Cuma abang tiri je. Kita tak perlukan dia pun. Cuma... saya hormatkan dia sebab dah besarkan Intan jadi saya berbincang la. Nak tahu apa dia kata?” tanya Puan Aishah mengundang tanda tanya di hati encik Mustafa.

            “Dia kata apa?”tanya encik Mustafa yang tidak sabar.

            “Dia kata... aku boleh je kasi dia kahwin asalkan bagi aku RM 20,000.00.”terkejut beruk encik Mustafa mendengarnya.

            “Astaghfirullahalazim... dia kata macam tu Shah? Sampai hati dia. Dah macam jual adik!”

            “Tu la. Kalau boleh Shah nak lepaskan Intan dari genggaman dia. Lagipun Shah nak Il kahwin cepat-cepat. Bidang kerja dia tu boleh mengundang maksiat. Shah tak nak anak-anak Shah sesat bang...” Ujar Puan Aishah sambil memegang tangan suaminya.

            “Hm... kalau itu Shah rasa yang terbaik abang ikutkan je...”encik Mustafa akhirnya memberi kata setuju.

            Disebalik pintu dapur Intan menangis teresak-esak. ‘Abang Raz sampai hati abang. Apa salah Intan...’tangan menekup mulut sendiri takut esakkannya kedengaran hingga ke depan.

            “Hoi..” tegur Azrail. Intan makin sedih. Malangnya nasibnya.. sudahlah di dera, di buang pula... lepas tu terpaksa kahwin dengan mamat godzilla ni...

            “Nah.” Tisu dihulurkan. Kesian pulak tengok budak kecik ni. Kalaulah dia jumpa dengan abang budak ni mahu dia fire-fire. Kasi lebam sana sini. Baru puas hati!

            “Tak payah la menangis. Kau tak payah nak membazir air mata untuk dia... Memang kau lari dari dia kan malam tu? Ni la kesempatan kau nak lepas dari genggaman dia. Aku... aku sanggup ambik kau jadi bini aku.” Perghh... ternganga mulut Intan mendengar ayat terlebih power Azrail tu. Terus berhenti kilang air mata dia produce air mata.

            “Huh?!” Blur. Betul ke apa yang dia dengar tadi.

            “Aku sanggup ambik kau jadi bini aku! Kau nak ke tak?” tanya Azrail dengan muka memerah. Malu gile... rasa nak sorok diri dalam perigi je...

            “Er... er... Bini? Laki bini? Tak naklah!”jawapan spontan Intan membuat Azrail cemburut. Susah payah dia keluarkan soalan keramat tu itu yang dia dapat. Wa rasa nak hentak-hentak je kepala budak kecik ni!

            “Kalau jadi isteri aku nak la.. bini aku tak nak.” Intan menjulir lidah. Puas hatinya dapat kenakan mamat godzilla ni J bangga pulak rasa di hati muahahaha.

            “Cis.. cicak kobeng betul budak kecil ni. Hihihi...”Azrail turut ketawa. Bini tak nak isteri nak... okay no problem.


            Tiba hari yang ditunggu-tunggu.

            Tangan bersalam erat dengan tok kadi. Peluh tak usah kata la... memang dah macam nak banjir.

            Matanya beralih melihat pengantin. Cantik walaupun masih budak. Comel. Tiba-tiba pandang mereka bertentang mengalirkan rasa debar ke dalam hati. ‘Takkan aku boleh suka dekat budak kecik tu?!’ tangan dilekap ke dada cuba menghilangkan rasa debar.

            Sementara itu Intan Syuhaida berasa tidak menentu. Mahu sahaja dia larikan diri dari majlis ini. Namun mengenangkan Puan Aishah, Encik Mustafa dan Aidil terus dia tak jadi lari. Sanggup abang Raz buat dia macam ni... betul dia dah rasa macam barang dagangan je. Sebenarnya dia rela di dera dari dibuang satu-satunya ahli keluarga yang dia masih ada. Mungkin abang Raz tu hanya abang tirinya namun itulah abangnya dunia akhirat. Mereka membesar bersama. Dulu abang Razlah pelindungnya. Entah kenapa... abang Raznya mula berubah. Dia... dia...

            “Intan.. Intan.. salam tangan Il tu...” ujar Puan Aishah mengejutkan Intan dari lamunan. Tersentak Intan.

            Dengan muka blur dan termangu-mangu, Intan menyalami tangan Il. Tangan suaminya yang sah. Bila sahnya dia pun tak sedar. Terlalu melayan perasaan sedihnya. Tangan suaminya itu sejuk dan terketar-ketar. Tersenyum Intan. Dikucup lembut tangan suaminya. Lelaki yang akan membimbingnya di dunia dan akhirat.

            Azrail mengucup lembut dahi sang isteri. Pipi kiri dan kanan Intan turut menjadi mangsa bibirnya. Kelipan cahaya kamera semakin terang. Wartawan-wartawan mula mengambil tugas masing-masing. Merakam detik seorang model lelaki yang kacak berkahwin dengan seorang remaja yang muda belia.

            Muka Intan membahang. Segan. Nak sahaja dia fire sang suami godzillanya. tapi karang tak pasal-pasal malu, yelah esok terpampang dalam surat khabar ‘Isteri remaja Azrail atau Rai menyerangnya pada hari pernikahan’. Malu... malu...

            Makin galak sang wartawan menangkap gambar pabila Azrail memainkan peranan modelnya yang dibantu Intan. Peluk, cium, pelbagai lagi aksi yang Azrail keluarkan. Intan dah rasa nak pengsan!

            Dari jauh Razman atau Abang Raz asyik melihat wajah si adik tiri. Senyuman sinis terukir. Intan yang terpandang senyuman abang tirinya itu rasa tidak sedap hati.


Malam itu...

            “Hurm... kita.. kita nak tidur mana?” tanya Intan yang sudah memerah mukanya. Katil yang hanya sebuah itu dipandangnya.

            “Hah? Atas katil la.” Balas Azrail yang kepenatan. Ingat tak penat ke jadi model?

            “Habis tu... awak? Kita.. kita..” alahai manjanya bunyi. Macam nak nangis pun ada. Buat Azrail tergoda je.

            “Haih... kalau dah nama budak tu budak jugak. Meh sini baring sini. Hari aku penat. Tak adanya aku nak usik kau.”balas Azrail yang cuba menahan gelora.

            “Betul ke ni awak? Awak tak kacau kita? Janji?” tanya Intan meminta kepastian.

            “Hisy.. kita awak.. kita awak... boleh tak jangan guna panggilan tu. Runsing tau tak?! Aku janji tak usik kau. Dah tidur!” runsing sangat... padahal nak tutup rasa tergoda dia. Sumpah... memang tergoda bila Intan guna kita awak dalam nada manja, takut tu... haish!

            “Hm.. ok.” Intan mula membaringkan diri. Dia juga terasa penat. Penat mengukir senyum dan menahan debar. Azrail memang pandai membuatnya berdebar-debar.


Seminggu selepas itu.

            Intan kelam kabut menyarung baju kurungnya. Kenapalah dia bangkit lambat. Ni gara-gara Azrail ajak layan movie midnight. Ya.. sejak peristiwa hari itu dia semakin baik dengan suaminya. Dan Azrail seorang yang menepati janji. Tak pernah suaminya itu menyentuh dirinya lagi... kata sang suami sampai dia betul-betul redha, terima pernikahan ini dengan hati yang terbuka dan mula mencintai diri suaminya barulah... mereka benar-benar suami isteri dalam erti kata sebenarnya.

            Azrail yang mamai melihat isterinya kelam kabut membetulkan tudung berwarna putih. Telefon dicapai, jam dilihat. Baru pukul 6.50 pagi.

            “Kau kelam kabut ni nak pergi mana?”tanya Azrail yang masih menggosok mata.

            “Sekolah.”

            “Huh? Sekolah?” tanya Azrail yang masih mamai.

            “Ya... sekolah. Intankan ke form 5. Kenapa dengan Il ni mamai lagi ke? Mesti bas dah pergikan... ala... lambat la Intan hari ni... dah la first day school ni.” Intan sudah mencapai beg. Intan membahasakan dirinya Intan dan Izrail, Il. Mula-mula kekok juga.. tapi dah Il tak kasi  nak kata apa. Dia suami.

            Izrail terangguk-angguk. Haah la.. bini aku budak sekolah lagi.

            “Jom. Aku hantar.” Kata Izrail sudah mencapai kunci. Terkelip-kelip mata Intan... ulam dicita pucuk mendatang ni.. rugi kalau menolak hahaha


            “Assalamualaikum. Tahun ini kamu semua akan menduduki SPM jadi saya harap awak berikan yang terbaik ada lagi dalam 6 bulan je sebelum kita menghadapi peperiksaan besar... Baiklah hari ini kita ada pelajar baru yang baru berpindah dari SMK J. Intan mari kenalkan diri kamu.” Cikgu Hasyimah memberi mukhadimah tahun barunya.

            “Assalamualaikum... nama kita Intan Syuhaida. Kita baru je duduk sini. Harap awak semua sudi berkawan dengan kita.” Ujar Intan dengan senyuman manis.

            Sosek-sosek mula kedengaran. Yang lelaki dengan senyuman gatalnya. Yang perempuan dengan bibir terjuihnya. Tak kurang juga yang tersenyum ikhlas menyambut kedatangan rakan baru itu. Ya... Intan seorang yang cantik. Memang mengundang pelbagai rasa.

            “Baiklah. Senyap semua. Intan boleh duduk di sebelah Izzudin.” Kata cikgu Hasyimah dengan muka serius. Terus sunyi sepi jadinya.

            “Hai.” Sapa Izzudin.

            “Hai.” Intan ikhlas. Senyuman diberi.

            Izzudin terpana melihat senyuman Intan. Manis. Membuat hatinya berdebar. Aduh... apalagi ini...


            “Hah macam mana first day kau?” tanya Azrail yang asyik menyikat rambutnya.

            “Huh? Oh.. kita ada kawan baru. Ramai tau awak.. Ada Lina, Siti, Huzairah, Lily, Umi, lagi siapa ya... hah, Iz, Izzudin. Izzudin baik sangat. Dia yang mula-mula tegur kita tau awak...” cerita Intan teruja tanpa menyedari dia mula mengunakan ‘kita, awak.’

            Muka Azrail memerah menahan cemburu. Seronok betul isterinya berceritakan pasal Iz tu. Terbakar pula rasanya. Dah la guna bahasa yang dia anggap ‘manja’. Cemburu ni!

            “Huh... typical school girls. Pantang dengan lelaki handsome baik sikit mula la tergedik-gedik.” Ujar Azrail menyindir dalam.

            “What? Apa ni awak? Mana ada kita gedik!” marah Intan. Kenapa pula Il dia ni berubah. Dah jadi godzilla balik!

            “Gedik! Gedik! Malas nak layan.” Azrail menarik selimut menyelimuti tubuhnya. Merajuk.

            “Eiii!!!”Intan yang kegeraman memukul-mukul badan Azrail.

            “Sakitlah! Kau ni!!” tangan Intan dipegang erat. Terkejut Intan dengan tindakan spontan Azrail itu.

            “Diam! Kalau tak aku kiss kau!” ugut Azrail. Mukanya makin mendekat. Sepi.

            “Il.. Il.. kenapa bising-bising tu?” tanya puan Aishah dibalik pintu, mengejutkan lamunan Azrail dan Intan.

            “Tak ada apa-apa mak! Ada lipas ni!” jerit Azrail membalas pertanyaan sang ibu.

            “Kau diam. Aku nak tidur ni.” Azrail melepaskan pegangan tangannya. Intan dibiarkan tertanya-tanya. Kenapa dengan suaminya itu?


            “Weih, Intan sapa yang hantar kau pagi-pagi tu?”tanya Iz.

            “Hurm? Oh.. tu hm... a..abang aku. Kenapa?” tanya Intan sedikit kalut.

            “Tak de apa. Handsome abang kau.” Puji Iz yang bernafas lega.

            “Hehehe memang abang aku handsome pun...”

            “Intan!” panggilan dari suara yang amat dikenali itu membuat Intan berdiri kaku.

            “Intan!”

            “Intan ada orang panggil kau tu..” ujar Iz. Intan berpaling. Sah, abang Raz!

           
            “Makin cantik kau sekarang ya... baru 3 bulan aku tak jumpa kau...” tangan Raz bermain-main dimuka adik tirinya.

            “A.. bang Raz nak apa?”tanya Intan memberanikan diri.

            “Aku... aku nak kau... hahaha... aku nak kau dan duit...” ujar Raz menaikan bulu roma Intan.

            “Intan dah kahwin!” balas Intan.

            “Huh! Aku sayangkan kau! Aku kasi kau kahwin sebab duit tu je.. aku perlukan duit tu. Aku tahu kau tak bahagiakan?”tanya Raz dengan renungan yang tajam.

            “Intan bahagia! Jangan kacau Intan lagi! Tolong la abang Raz Intan dah jadi milik suami Intan!” Intan berlari menuju ke dalam sekolahnya. Gila! Razman semakin gila! Dulu dia lari bukan sebab di dera tapi kerana ini. Razman mahukan dia!

            “Kau okey?”tanya Iz. Intan mengangguk. Namun tak lama. Rasa tak mampu dia menahan segala rasa ini. Dia perlukan tempat mengadu.

            “Iz... sebenarnya.. kita... kita dah kahwin. Yang tadi tu... abang tiri kita..” cerita Intan. Izzudin kelihatan terkejut.

            “Abang tiri kita jahat... sekarang kita dah bahagia dia mula kacau kita. Dia nak duit. Dia... dia.. nak kita!” Intan mula menangis. Iz menarik Intan ke bahunya. Intan melepaskan tangisannya sepuas hati.

            Dari jauh sepasang mata asyik memerhatikan mereka. Cemburu semakin membara.


            “Seronok bercinta?”tanya Izrail lantang. Mujur Puan Aishah dan encik Mustafa tiada dirumah. Ada hal di luar negeri buat beberapa hari.

            “Bercinta? Apa yang Il kata ni?”tanya Intan yang sudah duduk kepenatan. Penat fizikal dan penat mentalnya menghadapi hari ini.

            “Berpeluk dengan jantan lain... tak bercinta namanya?”tanya Azrail sinis.

            “Apa ni? Intan penat la. Il jangan merepek la.” Kata Intan mula meninggalkan ruangan itu.

            “Kau ni! Dengan jantan lain tak penat pulak! Aku tak kira kau kena layan aku jugak!” cemburu mula mengusai akalnya. Intan diheret ke bilik.

            “Apa ni Il?”jerit Intan. Dia cuba melepaskan diri namun tidak berjaya. Kudrat suaminya lebih kuat. Air mata mengalir  lesu. Dalam terpaksa mereka bersatu.


            Sudah sebulan berlalu. Intan masih begitu. Menjadi senyap dan pendiam. Pelik juga Puan Aishah dan Encik Mustafa.

            Azrail juga berubah menjadi perengus dan menjauhkan diri dari mereka.

            “Intan kau okey ke?”tanya Iz. Pelik dengan perubahan rakannya itu.

            “Hm? Aku? Aku okey je..” balas Intan tak bermaya.

            “Kau ni kenapa? Tak happy macam dulu. Kau sedar tak SPM kurang dari sebulan?”tanya Iz yang mula geram.

            “Hum... aku sedar. Dah la aku nak balik.” Iz tergeleng-geleng kepalanya.

           
            “Huh, bagus kau balik awal... kawan-kawan aku nak jumpa kau...”kata Azrail dingin.

            “Hm..”

            “Siap sekarang.”

            Dengan muka tanpa perasaan Intan masuk ke bilik mandi. Pakaian tukar turut dibawanya.

           
            “Kenalkan ni, Lisda, Elly, Mike, dan Sally.” Azrail mengenalkan rakannya kepada Intan.

            “Weh... mudanya dia. Berapa umur dia ni? Tapi cantik. Nanti dah habis sekolah boleh jadi model dengan akak.” Kata Lisda mesra.

            “Memang la muda. Memang bini aku ni budak lagi. Baru form 5.” Terang Azrail.

            “Ma ai. Patut la... he he he.. lawa gila.. rasa nak ngorat pula.” Usik Mike. Azrail pantas menyiku rakannya itu.

            “Jangan nak mengada. Jangan nak ngorat, ajak dia jadi model dan sebagainya.” Kata Azrail tegas. Tangan mula memeluk pinggang Intan. Bahagia pula Intan rasa.


            “Bluek! Bluek!” muntah Intan. Dah nak lembik dah rasanya badannya ini. Nasib baik la dia sakit selepas habis peperiksaan SPM. Kalau tak susah nak jawab. Rumah yang kosong dipandang sepi. Semua ada hal masing-masing. Nak ajak Iz keluar memang tak la. Iz sekarang tengah kerja juga. Cepat betul kawan dia tu kerja katanya tak best duduk rumah goyang kaki.

            Intan terbaring lemah. Perut lapar tapi malas. Nanti makan muntah balik. Rugi je.

            “Assalamualaikum. Kau  ni kenapa terbaring macam nak mati ni?” tanya Azrail sedikit risau.

            “Waalaikumsalam tak ada apa la.” Balas Intan sambil menyalami tangan suaminya.

            “Awak... kita rasa tak sihat la.. boleh tak awak tolong masakkan kita bubur ayam?”tanya Intan manja. Azrail menelan liur.

            “Hurm? Er.. ehem... okey” balas Azrail menutup debar.

            Intan kembali dibuai lena. Azrail menukar bajunya. Apron dicapai. Kesian pula dengan Intan. Setelah bertungkus lumus didapur, Azrail memanggil Intan makan.

            Dengan berselera Intan makan bubur itu. Hilang semua rasa loyanya. Sedap sungguh bubur Azrail ni.

            “Okey ke?”tanya Azrail.

            “Okey. Sedap sangat.” Kata Intan dengan mulut penuh. Azrail tersenyum puas.

            “Okeylah aku nak solat kejap. Karang dah habis makan letak je dekat singki aku basuhkan.”ujar Azrail yang mula melangkah.

            “Ala... temankan kita kejap... please... awak...” sekali lagi Azrail cair. Kerusi ditarik. Dia duduk menghadap Intan yang asyik makan. Pelik juga tingkah si Intan ni.


            “Hello. Intan aku nak jumpa kau!”gelap sekejap dunia Intan. Apa lagi manusia kejam tu nak?

            “Hm... kenapa abang Raz?”tanya Intan perlahan. Takut didengari Azrail.

            “Duit aku dah habis.”kata Razman.

            “Dan aku rindukan kau...”sambungnya lagi. Intan memicit kepala yang pening.

            “Kan hari tu Intan ada kasi rm2000.”kata Intan sedikit marah.

            “Habis. Aku nak jumpa kau. Rindu.” Kata Razman menambahkan minyak ke api yang marak.

            “Argh! Esok jumpa di tempat biasa.”kata Intan sebelum mematikan panggilan. Dahi semakin kuat dipicit. Kepala semakin diserang sakit. Berat.

            Tanpa disedari. Azrail asyik memasang telinga. Macam ada yang tak kena je...


            “Mana dia ni lembab betul la Intan ni!” rungut Razman.

            Jam sesekali dikerling. Orang mulai ramai. Petang-petang begini memang ramai orang datang ke taman rekreasi ini.

            “Sampai pun kau! Mana duit aku?”tanya Razman kasar.

            Intan mengeluarkan sekeping cek. Razman tersenyum melihat jumlah yang tertera di kertas itu.

            “Jangan kacau aku lagi!” kasar bahasa Intan. Intan mahu berlalu pergi namun Razman lebih cepat. Pergelangan tangan Intan dicapai lalu diheret ke dalam kereta.

            “Apa ni? Apa lagi yang kau nak?”tanya Intan yang semakin galak meronta-ronta mahu melepaskan diri.

            “Aku... nak... kau...” tiga patah perkataan itu membuat Intan gelisah. Pintu kereta cuba dibuka. Namun berkunci. Melihat Intan cuba keluar, Razman menampar kuat pipi adik tirinya itu. Berdesing kepala Intan yang sememangnya pening.

            Intan tersandar lemah dengan keadaan badannya yang lemah dia terpaksa berdiam diri. Dalam hati dia berharap Azrail tahu tentang keberadaannya.

            Azrail yang sekadar memerhati dalam diam sedari tadi menggenggam penumbuk. Jahanam! Berani betul abang tiri isterinya itu. Tanpa disedari Razman, Azrail mengekori mereka.

            Kereta yang dipandu akhirnya tiba di destinasi. Entah ke mana Razman membawa Intan. Masuk ke hutan yang jauh dari kawasan orang ramai. Azrail bertambah berdebar. Tak tahulah bagaimana keadaan Intan. Risau benar rasa dihati.

            Intan diseret ke dalam sebuah rumah lama yang kosong. Azrail pantas mengikuti langkah mereka. Sebelum itu sempat dia mendail nombor kecemasan.

            “Woi!!”jerit Azrail pabila melihat Razman cuba memperkosa isterinya. Intan hanya mampu menangis.

            “Il! Tolong Intan!”jerit Intan yang semakin lemah.

            Azrail merentap baju Razman. Terpelanting lelaki jahanam itu ke belakang. Razman mula naik darah pabila apa yang dihajati tidak kesampaian.

            Tumbukan dilayangkan ke Azrail namun Azrail lebih pantas. Sebaliknya Razman pula yang senak ditumbuk Azrail dibahagian perut. Melihat Razman yang jatuh, Azrail tak melepaskan peluang, tumbukan dan sepakan diberikan sepuas hati. Berani dia nak mengapa-ngapakan Intan, inilah balasannya!

            Kedengaran siren polis semakin mendekati. Razman yang sudah tidak sedarkan diri dibiarkan di situ. Azrail mendapatkan isterinya. Tubuh menggigil isterinya dipeluk. Intan menangis sepuas hati. Dalam hati dia bersyukur suaminya datang pada waktu yang tepat. Tiba-tiba Azrail merasakan pelukan Intan longgar.

            Azrail panik. Baru dia perasan Intan mengalami kecederaan dibahagian kepala. Mungkin kuat sangat dihentak Razman sebentar tadi. Melihat isterinya semakin hilang kesedaran membuat Azrail menjerit kuat.

            “Intan! Intan! Sayang!” hanya itu yang sempat didengari Intan sebelum dunianya bertukar kelam.


Tiga tahun kemudian.

            “Papa!”jerit suara kecil itu. Azrail berlari anak mendapatkan si kecil. Comel. Persis si mama.

            “Anak papa dah siap? Mama mana?”tanya Azrail sambil mencubit pipi anaknya geram.

            “Dah... mama ada dengan adik Tia.” Cerita si kecil Hazim.

            “Oh... jom jumpa mama dengan adik Tia.” Ajak Azrail.

            “Papa... mama cantik sangat... adik Tia pun sama. Comel, mama kasi adik Tia pakai baju princess warna pink. Lepas tukan... adik Tia muntah papa... habis baju mama...” celoteh Hazim menceritakan apa yang berlaku. Azrail sesekali terangguk kecil mengiakan cerita anaknya.

            “Abang... tengok la anak awak ni. Habis baju kita kena susu.” Adu Intan sambil menyalami tangan suaminya.

            “Hahaha.. dia suruh mama tukar baju la tu... baju mama yang ni  buat mama cantik sangat. Dia tau nanti papa dia tak sedap hati dalam majlis tu yang dia kotorkan..” kata Azrail memujuk sang isteri.

            “Abang ni... nak pegang Tia. Kita nak tukar baju.” Tia bertukar tangan. Azrail mengucup pipi montel anaknya yang baru berusia 5 bulan itu. Gebu.

            “Papa... abang Im pun nak kiss adik!” hujung baju Azrail ditarik-tarik. Selepas puas hati dapat mencium adiknya baru Hazim keluar mencari atuk dan neneknya.

            Nur Atia diletakkan didalam katil bayi. Intan yang sudah siap menukar baju didekati. Dipeluk pinggang ramping isterinya. Isterinya mudah turun berat badan dan pandai menjaga badan itu yang Azrail sentiasa sayang kepada Intan.

            “Abang lepas la.. karang orang nampak macam mana?” Intan cuba melepaskan pegangan suaminya.

            “Sekejap je.” Bauan rambut Intan diambil. Wangi.

            “Abang... Intan minta maaf kalau Intan pernah terkecil hati abang...” ujar Intan. Sejak kejadian itu, Intan sering memohon ampun kepada Azrail. Dia rasa seperti hal itu pembalasan untuk khilafnya.

            “Dah la Intan. Abang pun ada salah dengan Intan juga. Sekarang ni abang rasa bahagia sangat dengan Intan dan anak-anak. Dulu Intan muda lagi.. abang pun sama...” kata Azrail yang masih memeluk Intan.

            “Ya... dulu Intan muda sangat. Itu yang abang tak habis-habis dengan budak kecil, budak la.. badan sekeping la..” bebel Intan. Azrail tergelak kecil.

            “Ye.. ye.. dulu ke sekarang ke... Intan tetap budak di mata abang. Isteriku budak!” bisik Azrail ditelinga Intan. Membuat wanita itu kegelian.

            “Abang nak kena ni!” Azrail mula membuat larian mentawaf katil mereka. Hazim yang baru tiba turut mengejar papanya.


            Ketiga-tiganya terjatuh. Azrail memeluk Intan dan Hazim. Kedua-duanya menerima kucupun kasih. Semoga kasih ini berkekalan walaupun masih ada badai yang bakal menduga.

32 comments:

  1. Replies
    1. hm... hehehe ok ke?
      tq my dear :)

      Delete
    2. Ok sgt.best mcm baca novel.jln cter pun best,

      Delete
  2. wah...best sgt cerita ini...akak rs nk cari jodoh cepat2 la.....hehehe..apa2 pon best sgt c erita ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... trimas baca XD kita doakan shumin dapa jodoh cepat2

      Delete
  3. plot best...
    tapi ayat agak kebudakan dan tidak matang

    ReplyDelete
  4. best. jalan cerita ni best hihi

    ReplyDelete
  5. mamy syuuuuu!! daebakkkkk!!....>_<

    ReplyDelete
  6. Best tpi pendek better buat cerita lagi panjang
    and try wt konflik banayk sikit
    biar pembaca tertunggu2

    ReplyDelete
  7. Congrats..very nice..go on..!!
    -olly-

    ReplyDelete
  8. waaaa sweet sangaaaat <333 keep it up ! :3

    ReplyDelete
  9. Daebakk! Nak meletopp baca cerita nih! Best! Go on, kak Asyu!

    ReplyDelete
  10. Satu cerita yg menarik tatapi pendek dan banyak kekurangan dalam jalan cerita tapi best sangat.

    ReplyDelete
  11. Satu cerita yg menarik tatapi pendek dan banyak kekurangan dalam jalan cerita tapi best sangat.

    ReplyDelete
  12. mcm sy jeee..sy kahwin waktu 17 thn ..now 19 thn dah ...ank3org...... anyway cerpen ni best..

    ReplyDelete
  13. Best sngat cerpen nie .. klau dijadikan novel mmg lgi best ..

    ReplyDelete
  14. Best sngat cerpen nie .. klau dijadikan novel mmg lgi best ..

    ReplyDelete
  15. Hi kak, follower baru. Heee suka la gaya bahasa akak, sempoi je..

    ReplyDelete
  16. bgus2...mmng syok gile cite ny...sweet gk...mmng ska bca crpn cm nie..-iezahtakuya

    ReplyDelete
  17. Menyampah plk bile intan tu gelarkn diri "kita"
    Dah umo 17 thon kot..sgt x matang
    Tapi sweet lh..rse mcm nk kwen awal

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)