Assalamualaikummmmm
yeayyy akhirnya DYH!!!!
lama gila tak sambungkannnnn....
maaf2 ye semuaaaaaaa....
saya sibuk...
mungkin lepas 21 ni semakin sibuk....
doakan saya fokus dan berjaya di masa depan ye!!!
terima kasih sudi baca... n... sudi ikuti kisah Leon, Vxirius dan Azalina ni yeeee
Bab
14
“Siapa
kata kau boleh?!”Vxirius muncul dengan wajah yang bengis.
“Argh, apa hak kau nak kurung dia dekat
sini?”tanya Leon dengan wajah buruknya.
“Huh. Jadi apa hak kau nak bawa dia
pergi dari sini? Kalau aku tak ada hak, kau pun tak ada hak. Dia bahagia je
duduk dengan aku.” Balas Vxirius malas. Azalina terkebil-kebil.
Leon menggengam erat tangan Azalina.
Azalina membalas genggaman Leon. Mereka berpandangan seketika. Dari sirna mata
Azalina, Leon tahu gadis itu tidak bahagia duduk disitu. Vxirius mendengus
kasar. Sakit hati dengan pemandangan yang terhidang di depan matanya.
“Kau nak aku bunuh dia ke
Azalina?”tanya Vxirius dengan wajah hodohnya. Azalina menutup mata. Dia tak
berani melihat wajah Vxirius itu.
“To...tolong
lepaskan aku Vxirus...” rayu Azalina perlahan. Dia ingin pulang. Dia mahu
pulang...
“Argh!
Semua manusia memang pembohong!!!” jerit Vxirius lantang. Marah mula menguasai
diri. Kenapa? Kenapa manusia ini pendusta semuanya?
“Dia
lain! Kau tu makhluk yang keji!” balas Leon mendesis perlahan. Tidak puas hati
Azalina ditemplak sebegitu.
“Aku
nak balik... Please... aku nak balik...” rayu Azalina dengan linangan air
matanya. Vxirius terpaku. Tangan dirapatkan ke dada. Terasa sakit di situ.
Namun gangguan itu ditolak ke tepi. Yang penting manusia itu tak boleh jauh
darinya. Tak boleh!
“Kau
nak balik? Balik ke mana? Huh...” balas Vxirius menyindir. Azalina terpana. Ya,
dia mahu balik ke mana? Ingatannya mengenai dunia asalnya sudah mula pudar. Dia
sudah keliru, tidak pasti sama ada dunia ini dunia yang hilang atau sekadar
imaginasinya sahaja.
“Azalina?
Hei... jangan percaya kata-kata dia! Dia pembohong yang sebenarnya!” Leon
menolak-nolak bahu Azalina yang kelihatan terpegun.
“Tapi
dia betul... aku dah lupa... aku dah lupa Leon...” tangis Azalina. Dia lupa...
dia ada keluarga ke? Atau dia memang selalu begini ditemani Leon atau Vxirius?
“Tak...
kau tak lupa. Cuma... kau terlupa. Kalau kau ikut aku nanti mesti kau ingat
balik....” ujar Leon memujuk. Ya, tinggal di istana Vxirius juga membuat
ingatan Azalina semakin lemah. Dia perlu pergi jau dari sini.
“Hahaha
kau ingat senang ke kau nak ingat balik?” tanya Vxirius sambil menayang
sengihnya yang menakutkan itu.
“Aku
akan pastikan dia ingat balik! Aku janjilah!!!” jerit Leon kuat apabila Vxirius
tak henti-henti memprovok Azalina.
“Betul
ke? Kau janji?” tanya Azalina sambil memegang tangan Leon. Leon mengangguk.
Azalina tersenyum. Dia pantas bangkit menuju ke sisi Leon. Vxirius mengetap
bibir. Marahnya tak dapat dibendung. Tangan mengeluarkan bebola api. Tanduk
mula tumbuh dikepalanya. Tajam dan hitam. membuat Azalina semakin takut untuk
melihat Vxirius.
“Kau
sepatutnya tinggal di sini!!” jerit Vxirus. Bebola api itu dilemparkan ke sisi
Azalina. Leon pantas mencempung Azalina lantas di bawa lari.
Vxirius
gigih berlari mengejar mereka. Azalina seakan tersedar. Tempat yang dia tinggal
selama dia diculik hanyalah tempat yang kelam dan dipenuhi batu-batu besar lagi
sejuk. Azalina tergamam. Pasti dia dibawah lindungan jampi Vxirius sepanjang
dia tinggal di situ.
Vxirius
gigih mengejar mereka. Leon mempercepatkan lompatannya. Di samping itu dia mula
mengaktifkan kuasa untuk mewujudkan portal ke tempat lain.
Kuasa
portal ini jarang digunakan Leon, kerana memakan kuasa yang banyak.
Kadang-kadang Leon kehilang tenaga sehingga seminggu lamanya. Azalina mula
terasa lain. Badan Leon menjadi panas. Mereka bagaikan berada dalam gelembung
udara yang hangat. Keadaan mula kabur. Azalina menghulurkan tangan ingin
menyentuh gelembung itu. Terasa bagaikan menyentuh permukaan air. Muka dipaling
ke belakang Leon. Wajah Vxirius juga semakin kabur. Dalam sekelip mata
gelembung angin itu bercahaya kuat hingga menyakiti anak matanya. Azalina
memejamkan matanya.
-
Sunyi.
Azalina membuka matanya perlahan. Leon sudah terdampar di dahan pohon besar
yang selalu dia hinggap semasa memikirkan ke mana Azalina di culik. Azalina
pula terduduk di atas tanah. Matanya meliar memerhatikan keadaan sekeliling.
Keadaan di situ berwarna merah.
Merah
tanah. Semuanya merah. Termasuklah dedaun
dipohon itu. Pelbagai jenis merah boleh dilihatnya. Azalina sedikit terpesona
melihat pemandangan alam yang indah ini. ketakutannya dan kerisauannya terhadap
keadaannya yang lupa akan dunia asalnya sedikit hilang.
Azalina
merasa haus. Segera dia melangkah ke anak sungai. Air sungai itu juga berwarna
kemerah-merahan. Dia jadi takut untuk meneguk air itu. Jadi ragu-ragu. Entah
beracun ke tidak air itu. Selamatkah untuk
dia minum?
“Minum
ajelah...” perlahan Leon bersuara. Azalina sedikit melompat terkejut akan
teguran Leon.
“Selamat ke?”tanya Azalina meminta kepastian. Leon
yang masih terbaring dan terpejam matanya mengangguk.
“Betul
ke?” tanya Azalina lagi.
“Ei....
Betullah!!!” marah Leon. Azalina mengembungkan pipinya. Itulah orang dah kata
sekali, dia pergi tanya, tanya dan tanya lagi... kan dah kena marah. Eh... Leon
ni bukan orang... tapi vampire la...
Azalina
menangguk air itu. Berwarna merah seakan darah. Tetapi tak mempunyai bau.
Diteguk sedikit dari takungannya itu. Manis. Rasa seperti air stawberi. Semakin
laju Azalina menghirup air di takungannya.
“Ha
ha ha sedap sangat ke?” tanya Leon yang hanya memerhati dari atas pohon itu.
“Sedap
betul! Er... Leon.... Aku masih tak ingat. Tetapi aku rasa kita macam ada
tujuan je ke sini...” ujar Azalina sedikit termenung.
“
Kita mahu berjumpa dengan kaum Leaxure. Untuk mencari jalan pulang kau...” ujar
Leon. Tangan masih setia di dahi. Dia masih lemah. Begitu banyak kuasa yang
telah dia gunakan untuk mewujudkan portal tadi.
“Kau
tolong aku ke?” tanya Azalina lagi. Dia benar-benar tak ingat apa yang telah terjadi.
“Ye...
tapi aku akan bunuh kau nanti.” Balas Leon dengan nada biasa. Azalina agak
terkejut mendengar kata Leon. Namun badan dan hatinya masih relaks. Bagaikan
benda itu tak mungkin terjadi.
“Oh...
okay.” Balas Azalina perlahan sebelum menyambung mengisi perutnya dengan air
berwarna merah itu.
-
“Kau
dah okay ke?” Azalina yang dah mula bosan bertanya kepada Leon. Leon merengus
perlahan.
“Aku
tak okay lagi. Kau pergilah jalan-jalan ke apa ke? Nanti aku dah okay aku cari
kau dan kita teruskan perjalanan...” ujar Leon. Azalina mula teruja.
Berjalan-jalan? Memang dia nakkkk sangatttttt! Tempat berwarna merah ni
bagaikan ada seribu rahsia yang boleh Azalina cungkil!
“Okay.
Nanti cari aku tau!” ujar Azalina sambil melalui denai kecil itu. Matanya melilau
ke kiri dan kanan hutan itu. Cantik. Terdapat bunga-bunga halus berwarna merah
ke merah jambu tumbuh melata di pangkal pokok-pokok besar. Cantik sangat.
Azalina
ralit melihat bunga-bunga dan tumbuhan yang ada hingga dia tidak sedar
dibelakangnya ada makhluk yang besarnya melebihi 7 kaki. Bayang makhluk itu
melindungi dirinya. Azalina sedikit pelik, tak akan dah malam?
“Leonnn!!!”
jerit Azalina. Terkejutnya dia melihat makhluk 7 kaki itu. Seperti manusia
bentuknya, tetapi kakinya lebih kepada kaki gajah, matanya bermata satu. Air
liur sentiasa meleleh membasahi pipi.
Troll!
Ya troll, Azalina tahu itu Troll. Makhluk rekaan yang sentiasa ditayangkan
dalam movie-movie magical. Makhluk yang sensitif tetapi pengotor. Sentiasa
menginginkan perhatian dari makhluk lain. Azalina terpaku. Leon masih tidak
muncul. Mungkin tidak pulih lagi.
Troll
itu mendekati Azalina. Tubuh Azalina dicuit-cuit dengan tangan gergasinya.
Azalina cuba mematikan diri. Namun gementar lebih mengusai dirinya. Air mata
mula mengalir.
“Oo...
kesiannya. Kenapa awak menangis?” tanya Troll itu dengan suara garaunya.
Semakin kuat esakan Azalina. Troll itu menjadi panik, lalu Azalina didukung
bagaikan bayi dan dibuai-buaikan.
“Janganlah
menangis. Saya tak suka tengok makhluk secantik awak menangis.” Pujuk Troll itu. Azalina semakin reda
tangisannya.
“Maaf...
saya terkejut tengok awak..” jawab Azalina sedikit gagap. Makhluk itu mengukir
senyuman (walaupun hakikatnya makhluk
itu sekadar menayang gigi yang sudah berulat), Azalina membalas sopan.
“
Tak apa... kenapa awak seorang diri kat sini?” tanya Azalina selepas dirinya
hilang terkejut dan gemuruh.
“Saya
sedang berjalan-jalan. Sambil-sambil itu saya mencari telur burung Wsie. Telur
itu sangat sedap.” Cerita si Troll.
“Oh...
teringin saya mendengarnya...” ujar Azalina. Si Troll pun melompat suka.
“Jom
saya bawa awak. Kita cari telur itu dan gorengnya di atas batu berapi.” Kata si
Troll sambil membantu Azalina berdiri.
“Boleh
ke saya ikut awak? Saya memang kebosanan ni...” balas Azalina riang. Memang
Troll ini makhluk yang agak menggelikan tetapi Azalina sangat-sangat kesunyian
ketika ini.
“Boleh.
Bukannya lama mana pun...” pujuk si Troll. Azalina mula mengikuti langkah troll
yang tingginya lebih 7 kaki itu.
-
Leon
masih tidak mampu bergerak. Dia bagaikan dapat mendengar suara Azalina
memanggil namanya. Dalam keadaan tak berdaya Leon cuba mengumpulkan kembali
tenaganya. Mengapalah dia menyuruh manusia itu berjalan-jalan...
“Aduh...
aku kena cari manusia ni... karang ada juga yang mati dibaham makhluk-mahkluk
yang ada dalam hutan Xric ini.” ujar Leon kepada dirinya sendiri.
Hampir
setengah jam barulah Leon dapat duduk. Dia cuba menggerakkan kakinya masih tak
berdaya. Matanya melilau. Menggunakan pandangan pekanya dia cuba melihat jauh
ke dalam hutan Xric ini. entah ke mana manusia seorang ini menghilang.
Deria
baunya turut dikerah. Bauan Azalina di kesan. Namun terdapat bau busuk seperti
makhluk.... Troll?!
“Jangan
kata Azalina ikut Troll tu!” dengan perasaan tak menentu Leon memaksa dirinya
bangkit. Dengan langkah yang goyah. Leon cuba mengikuti ke mana bau itu menghilang.
Janganlah Troll itu makan Azalina!!!