Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Saturday, 22 December 2018

Sesuci, Nur Hanan ~ Bab 1

Assalamualaikum semua, apa khabar?
Sorry lama tak update. 
Erm... mengenai DKAKUS seperti yang Asyu pernah up dekat FB dan IG, manuskrip Asyu hilanggggg T^T 
Asyu dah cuba nak recover tapi tak boleh....
Harris dan Afifah dah tak de Guys!
Maaf sangat2 pada yang follow kisah tu.

Hari ini Asyu kembali update dengan cerita baru. InsyaAllah cerita ni memang Asyu nak siapkan sampai habis dan publish to be a book.

Harap sangat korang beri sokongan pada cerita yang ni ye.



Bab 1



            Sayu mula menghambat diri si kecil. Bajunya yang lusuh dipegang erat. Air mata mula bergenang, sedih melihat anak-anak seusianya bermain riang di taman permainan itu. Namun, air matanya di tahan. Dia perlu kuat. Bak pesan ibunya, anak sulung seharusnya cekal, kuat, tabah... supaya adik-adik yang masih kecil juga kuat, tabah dan cekal sepertinya. Biar kehidupan yang tidak selalu bahagia ini berjaya mereka harungi. Walaupun dirinya masih kecil, dia ingin menjadi contoh kepada adik-adiknya dan menjadi anak yang menyenangkan hati ibunya.

            “Kakak... kenapa ye dia orang boleh main dekat situ? Kenapa bila Ansar nak main... dia orang marah-marah?” tanya si adik, mulutnya muncung. Tanda tidak puas hati. Hanan terkelu. Dia juga pelik. Apa salah adik-adiknya?

            “Hah! Angah tahu... sebab.... sebab... baju Ansar kotor kot?” balas Laili. Ansar membuang pandang ke padang. Air mata mula bergenang. Tak puas hati dengan kenyataan Laili. Pantas Hanan memeluk tubuh kecil adiknya, diusap-usap kepala adiknya itu.

            “Angah tipu! Kakak basuh la baju adik hari-hari. “ bidas Ansar dengan muka melekap ke baju Hanan.

            “Alah... memanglah basuh hari-hari. Tapi... Ansarkan suka main tanah. Tanah tu kalau kena dekat baju... kotor la baju tu!” Laili menayang muka bijaknya.

            “Taklah... bukan sebab baju. Ni semua salah kakak. Jom balik! Karang kita lambat, abah marah pulak...” ajak Hanan. Mukanya mendung. Dia tahu adik-adiknya tak ada salah pun. Hanya kerana dia... Nur Hanan binti Abdullah. Mereka dipandang serong. Kerana dia...

-



            Perkarangan rumah kosong. Namun mata Hanan cekap melihat sepasang kasut boot hitam. Abah! Mata Hanan mula meliar. Perutnya mula kecut. Dia panik.

            Pintu terbuka. Abah berdiri dengan tali pinggang di tangan. Pantas adik-adik menyorok dibelakangnya mencari perlindungan dari bapa mereka yang sering dihembus bisikan syaitan. Abah, iaitu Mukhriz, tersengih melihat wajah ketakutan Hanan.

            Wajah Hanan berubah menjadi pucat. Ketakutan menyelebungi dirinya. Dalam masa yang sama adik-adiknya cuba ditolak ke dalam rumah. Jangan sampai amarah abahnya itu terluah kepada adik-adik yang masih kecil, yang masih naif untuk mengetahui apa yang sedang terjadi.

            “Kau tahu apa salah kau?” tanya Mukhriz. Tali pinggang direntap-rentap. Hanan terkejut. Tersentak-sentak bahu dia setiap kali Mukhriz merentap tali pinggang itu. Pantas Hanan mengangguk.

            “Kalau kau tahu salah, kenapa kau buat?! Hah?! Kenapa?” jerkah Mukhriz. Wajah kecil itu pandang penuh rasa benci. Hanan menelan liur.

            “Ma... maaf.” Bisik Hanan tergagap-gagap. Mukhriz menjeling Hanan. Amarahnya mula menggila. Syaitan-syaitan mula bersorak riang berjaya membuat anak Adam hilang rasa sabar.

            “Maaf, maaf! Itu je yang kau tahu!” tali pinggang dilibas ke dinding rumah. Adik-adik ditolak laju masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja adik-adiknya lepas ke dalam, Hanan cuba melarikan ke dalam rumah. Namun tangan Mukhriz lebih pantas.

            “Aku dah pesan jangan keluar rumah! Berapa kali aku nak cakap?! Sebab kaulah, anak-anak aku pun tercalit sama kotor kau tu. Anak-anak aku di caci, dihina! Padahal kau lah yang hina! Tak faham-faham bahasa! Kau tu pun bukannya anak kandung aku. Anak sedara bini aku je! Aku tak faham kenapa si Midah tu nak sangat bela kau. Kononnya nak bela sebab tak nak tanggung dosa la... kau tu dah sah-sah anak luar nikah! Haih! Biarlah nak jadi apa kat kau. Entah-tah nanti kau ikut jejak mak kau pulak bila dah besar nanti.” Tengking Mukhriz. Tali pinggang diusap-usap. Matanya penuh dengan kebencian.

            “Ha... Hanan mintak maaf...” ujar Hanan teresak-esak. Matanya menjeling takut-takut.

            “Mintak maaf? Huh... selagi kau tak dapat habuan kau ni... mesti kau akan buat lagi...” ujar Mukhriz. Tali pinggang dilibas. Hanan menangis kesakitan. Berkali-kali tali pinggang itu hinggap di tubuh kurus Hanan.

            “Puas hati aku.” Kata Mukhriz tatkala Hanan sudah mengerekot menahan sakit.  Dia mengeluarkan rokok. Pantas dinyalakan dan dihisapnya penuh rasa bangga. Bangga kerana berjaya menyakiti seorang anak kecil yang dicop sebagai anak haram.

            “Kakak! Kakak!” jerit adik-adiknya yang  masih terkurung di dalam rumah. Hanan mengagahkan diri melangkah ke pintu rumah. Adik-adiknya berdiri dengan muka yang merah. Pipi dibasahi air mata. Hancur hati anak kecil berusia 10 tahun itu melihat adik-adiknya begitu. Ketakutan.

            “Kenapa menangis ni?” tanya Hanan dengan senyuman manisnya. Namun terhias juga wajah itu dengan kerutan kesakitan tatkala kaki cuba melangkah mendekati adik-adiknya.

            “Kenapa abah selalu pukul kakak? Apa salah kakak?” tanya Laili dengan sendu-sendanya. Hanan tersenyum melihat adik pintarnya. Walaupun baru berusia 6 tahun tetapi adik perempuannya itu petah berkata-kata.

            “Sebab kakak nakal... tak dengar kata...” ujar Hanan sambil mengesat air mata adiknya. Ansar yang masih asyik menangis didukungnya. Tubuh montel Ansar hampir tak berdaya Hanan tampung. Badan Hanan terlalu kecil dan kurus untuk kanak-kanak seusianya. Bukannya ibu, atau ibu saudara Hanan, Midah menderanya. Tetapi Mukhriz. Lelaki yang dipandang sebagai ayahnya itu seringkali melayannya bagaikan kucing kurap. Apabila Midah tiada seringkali dia memberi Hanan makan sisa-sisa dia. Ansar dan Laili selalu ingin berkongsi dengannya tetapi abah mereka itu lebih pantas. Pasti berbalar badan adik-adiknya yang masih kecil itu apabila tertangkap.

            “Tipu... isk... isk... kakak baik. Kakak jaga adik dengan angah... Kakak baik...” ujar Ansar sambil memegang pipi Hanan. Hanan tersenyum. Dia hanya mampu tersenyum.

            “Angah benci abah!” Laili menunjukkan reaksi benci. Hanan terkejut. Dia tak mahu adiknya membenci bapa kandung mereka. Tak tertanggung dosannya nanti.

            “Bukan salah abah... kakak degil. Abah dah kata jangan keluar. Jangan keluar... tapi akak keluar jugak. Jangan benci abah ya... abah...” kata-kata Hanan terhenti apabila tubuh susuk Mukhriz berada di depan pintu.

            “NUR HANAN! Ke sini kau!” jerkah Mukhriz. Mukanya merah menahan amarah. Bengang bercampur geli tatkala bibir kecil itu mengelarkan dirinya ‘abah’. Sudah dari usia Hanan 4 tahun, seawal perkahwinan dia dan Midah, dia mengharamkan panggilan abah itu dari dituturkan Hanan. Degil! Degil! Budak tak kenang budi ini terlalu degil!!!

            “Ma... ma.... maafkan...sa...” tak habis dia bercakap, tali pinggang dilibas ke badannya. Hanan terjerit sakit. Laili cuba mendekati Hanan. Cuba menghalang perangai gila abah mereka. Namun Mukhriz lebih besar, lebih tangkas, dan lebih kuat, sekali tolak sahaja tubuh kecil Laili terhentak ke dinding rumah. Hanan ternganga tak percaya. Tak percaya Mukhriz sanggup mengkasari anak kandungnya sendiri. Hanan jadi risau melihat wajah biru Ansar. Pasti adiknya itu diserang asma.

            Hanan buat-buat lembik. Agar Mukhriz cepat-cepat beredar dari situ. Selepas puas hati melihat kondisi Hanan, Mukhriz berlalu pergi. Menyampah memandang wajah anak haram itu. Anak haram tak sedar diri!

            “Adik... adik...” Hanan berlari ke arah adiknya. Tak pantas dipanggil berlari kerana kakinya sudah terseliuh di belasah Mukhriz. Sepantas mungkin Hanan menghampiri Ansar bersama ubat sedut adiknya. Pump itu didekatkan ke mulut adiknya. Lalu dengan bacaan basmallah dia menekan pump itu dua kali. Pernafasan Ansar semakin teratur. Hanan menarik nafas lega. Tubuh Ansar dipeluk rapat ke dadanya. Matanya memandang Laili yang masi menangis. Menangis kesakitan dan ketakutan.

            “Angah ok tak?” tanya Hanan. Laili mengangguk perlahan. Dia pantas mendekati tubuh Hanan. Dipeluk tubuh Hanan dari sisi. Tangan kirinya mengusap rambut ikat Ansar yang baru berusia 4 tahun itu.

            “Kesian kakak... kesian adik....” ujar Laili perlahan. Air mata mula mengalir lagi. Sungguh dalam jiwa kecilnya dia membenci lelaki yang dia gelarkan abah.

            “Tak apa. Asalkan kita bersama... kita akan berjaya melaluinya. Nanti dah besar... kakak akan jaga Laili dan Ansar...” pujuk Hanan.

            “Ibu?” tanya Laili dengan mata berharap.

            “Ya... mestilah ibu sekali. Abah?” tanya Hanan pula.

            “Tak payah! Abah tu jahat! Kakak jangan jaga abah!” Laili berkata penuh benci.

            “Mana boleh macam tu... abahkan jaga kita...” Hanan masih cuba mengubah anggapan Laili.

            “Tipu. Juga apa? Ibu yang kerja... yang bagi baju... yang bagi makan dekat kita. Jangan ingat angah kecil lagi, angah tak tau... abah tak macam ayah orang lain. Abah tak kerja... abah jahat... abah selalu pukul kakak. Pukul Laili... Nasib baik Ansar tak selalu kena... Ansar dah la sakit...” balas Laili, bijak. Hanan terdiam. Bibirnya digigit tak tahu nak membalas apa. Apa yang Laili katakan itu memang betul. Apa dayanya nak membangkang apabila perkara itu terbentang di depan mata mereka?

            “Angah...” perlahan Hanan menuturkan gelaran Laili.

            “Kakak tak payah tipu!” jerit Laili lalu berlari masuk ke dalam bilik. Hanan hanya mampu memandang langkah adiknya itu. Ansar yang tertidur kepenatan ditepuk-tepuk biar makin lena... Moga mimpi adik, mimpi indah saja... sebab bila adiknya membuka mata, realiti kehidupan ini tak seindah yang mereka impikan.

-



            Hanan terjaga mendengar azan subuh berkumandang. Tubuh adik-adiknya yang berbaring bersebelahan dengannya diselimutkan lagi. Biar tidur lama sedikit. Dia tahu adik-adiknya tidak tidur lena. Mujur juga ibu pulang selepas dia mengangkat adik-adiknya ke tilam. Dia tak mahu menambahkan kerisauan ibu, beban yang ibu tanggung sudah cukup berat.

            Selesai menunaikan solat, Hanan mencapai minyak gamat. Perlahan seluarnya dinaikkan. Penuh dengan birat-birat kesan dari libasan tali pinggang abah. Tangan Hanan terketar-ketar menyapu minyak ke kesan itu. Bibirnya digigit kuat, air mata mengalir tanpa sebarang esakkan.

            “Hanan dah bangun?” tanya Midah. Hanan pantas menjawab.

            “Dah ibu. Kejap lagi kakak tolong ibu ya...” balas Hanan. Nasib baik ibu tak masuk ke dalam biliknya, kalau tidak pasti hati ibunya luluh melihat birat-birat ini.

            Hanan keluar dari bilik dengan baju sekolah yang lengkap. Sudah kusam tetapi bersih. Ibunya bijak mendidik, biar tak berduit tapi bersih.

            “Kasihan anak ibu ni. Dah lah bangun awal, kena tolong pulak ibu buat karipap pula.” Ujar Midah dengan penuh rasa bersalah. Nur Hanan anak kepada arwah adiknya. Bapa kandung Hanan tidak dia kenal siapa. Menurut teman baik arwah adiknya, lelaki itu sudah kembali ke luar negara. Entah hidup entah tidak... biar sahajalah. Hanan anak yang baik...

             “Eh, apa pula ibu ni... Hanankan anak ibu... Hanan wajiblah tolong ibukan?” tanya Hanan dengan muka comelnya. Sebelum mengelim karipap Hanan melapik dahulu bajunya dengan plastik yang dipotong dua agar menutupi seluruh bajunya.

            “Hm... ya. Hanan anak yang baik. Ibu yakin masa hadapan Hanan cerah. Belajar rajin-rajin ya Hanan.” Pesan Midah sambil tersenyum. Hanan terjangkit senyuman ibunya.

            “InsyaAllah bu... Doa ibukan diterima Allah S.W.T.” Hanan laju mengelim karipap-karipap ibunya. Cukup tiga ratus ketul dia kelim, jam sudah pukul 7.15 pagi. Pantas dia menyalami ibunya dan bergerak ke sekolah.

            Basikal tua yang ibu beli dari seorang cina yang menjual barangan terpakai di tunggangnya cermat. Sayang sekali dia dengan basikal ini. salah satu harta benda yang paling dia sayangi.

“Riang hatiku badan bertuah

Punya teman yang comel dan manja

Berjanji akan selalu bersama

Menemani ku setiap masa

Aku hidup serba sederhana

Tiada harta tiada rupa

Hanya yang ada budi bahasa

Harta sekadar basikal tua

Orang biasa basikal tua

Orang biasa basikal tua

Walau kemana ia meminta

Kubawa dengan hati yang bangga

Senang melihat ia ketawa

Duduk di palang basikal tua

Aaaa Aaaa Aaaa Aaaa

Biar pun hidup aku begini

Berbasikal setiap hari

Namun hatiku riang selalu

Tiada hutang datang mengganggu

Angan-angan ku disuatu masa

Basikal kan ku tukar kereta

Tapi kekasihku tidak setuju

Mungkinkah dia rasa cemburu

Orang biasa basikal tua

Aaaa Aaaa Aaaa Aaaa”

            Riang Hanan menyanyikan lagu itu. Dalam keasyikan dia menyanyi sampai juga dia ke sekolah. Satu tempat dia lari dari kekejaman Mukhriz... tetapi dia tak dapat mengelak dari kutukan rakan-rakan. Heboh sudah statusnya sebagai anak haram. Namun Hanan tak kisah. Dia masih boleh hidup tanpa rakan. Akan dia buktikan dia juga mampu berjaya!

Thursday, 12 July 2018

Qis dan Along


Qis & Along



“Ibu, kenapa along tak suka kawan dengan Qis? Sebab Qis nakal ke bu?” tanya Qistina yang baru berusia 11 tahun.

“Kenapa Qis cakap macam tu? Along suka berkawan dengan Qis. Qis je yang rasa macam tu.”

“Betullah ibu. Along tak suka kawan dengan Qis. Dia layan adik Iz dengan baby lain sangat. Dengan Qis along tak nak pegang tangan pun. Kenapa ye bu?” muka Qistina mula berubah. Air mata mula bertakung. Sedih apabila dirinya selalu disisih tatkala mereka bermain.

“Mungkin sebab Qis dah besar. Adik Iz dengnan baby kecik lagi, sebab tu along manjakan mereka.” Kata Laila yang sudah serba salah.

“Akak, jom main!” jerit Izreen membuat Qis berlari ke arah adiknya.



2017

Qistina melangkah penuh keyakinan di lapangan terbang KLIA itu. Tiga tahun dia di Sabah menuntut ilmu. Tiga tahun dia tidak pulang ke rumah keluarganya. Entah bagaimana reaksi adik-adiknya apabila dia sampai ke rumah. Along? Dah pasti abangnya itu tiada sebarang reaksi. Dingin. Macam ais. Ketika umurnya meningkat 10 tahun, along mula berubah. Tidak mahu mendekatinya. Seakan-akan dia membawa virus yang tidak dapat diubati.

“Eh! Faiz!” jerit Qistina sebaik sahaja dia terlihat seorang jejaka memang cardboard bertulis ‘Welcome home princess Qistina!’.

“Welcome home!”tangan didepakan. Seakan-akan mahu memeluk tubuh Qis. Terus Qistina menghadiahkan penumbuk manja ke lengan Faiz.

“Ngeklah kamu ni! Macam mana tahu aku balik hari ni?” tanya Qistina kepada kawan baiknya sejak STPM.

“Well, media sosial la! Kau tu apa-apa pun update kat IG, that how i know you’re coming home. Jom, aku hantarkan! Sebelum tu, jom lepak makan dulu.” Faiz mengambil alih tugas Qistina yang menolak troli yang berisi beg.

“Aku on je. Jom.”

“Tapikan weih, kenapa ek, troli kau ni berat macam hapa je? Bawak balik batu ke apa dari Sabah tu? Ke kau seludup future husband dalam beg kau ni?” tanya Faiz yang terkerut-kerut dahi menolak troli Qistina. Qistina membuat muka.

“Kau tu yang lemah. Nama je lelaki. Meh aku tolak!” troli beralih tangan. Faiz tersengih. Lemah ke malas?

-

            “Assalamualaikum! Assalamualaikum!” laung Qistina di depan rumah teres dua tingkat itu. Faiz berpeluh-peluh mengangkat beg-beg Qistina ke depan pintu rumah.

“Mana family kau ni Qis? Berpeluh-peluh aku angkat beg kau tapi pintu tak bukak pun.” Rungut Faiz yang sudah terduduk diatas lantai keletihan.

“Hm... tulah. Kita tunggulah kejap.” Elok sahaja Qistina habis berkata, sebuah kereta berwarna hitam meluncur masuk ke dalam perkarangan rumah.

“Hah! Sapa tu Qis?" Faiz mula berdiri tegak, macam nak menyambut menteri besar sahaja gayanya.

“Entahlah Iz, aku pun first time tengok kereta ni. Tak tahulah siapa yang pakai.” Qistina turut berdiri apabila Faiz berdiri.

Pintu kereta dibuka. Wajah along muncul dari kereta hitam itu. Masam, mungkin tak senang dengan kehadiran dirinya. Mana tahu along ada dalam kereta hitam tu. Dia pun memandai-mandai buat suprise. Memang masamlah alongnya itu.

“Er... Assalamualaikum along.” Qistina menunduk ke tanah. Takut ada, gerun pun ada. Tangan memang tak dihulurkan. Sedari usianya 10 tahun along tak sudi menyambut huluran tangannya. Seperti ada kotoran di dirinya.

“Waalaikumusalam. Bila sampai?” Hakim berbasa basi dengan Faiz.

“Dalam 15 minit juga kami sampai dekat sini along.” Kata Faiz sambil tersenyum.

“Oh, masuklah dulu. Ibu, ayah dengan adik-adik keluar pergi mall.” Hakim membuka pintu rumah. Melihat Faiz mengangkat beg-beg Qistina, Hakim turut membantu.

Qistina hanya mengikut langkah Faiz. Faiz keluar rumah angkat begnya, dia pun ikut sama. Faiz masuk ke dalam rumah, dia pun ikut sama. Tak sanggup dia menghadap abang sulungnya itu. Gerun.

Qistina mula muncung. Pelik jugak dengan along ni. Dengan Faiz habis dia cerita ibu, ayah dan adik-adik pergi mana, siap hidang air lagi untuk kawan dia ni. Dengan dia senyap je. Lepas tu jeling-jeling dengan mata beku dia tu. Memang mamat ais!

Qistina menyiku-nyiku badan Faiz. Faiz yang terkejut terus tersembur air ke muka Hakim. Terhenti segala pergerakan yang ada.

“Er... er...” tergagap-gagap Faiz melihat wajah Hakim yang dibasahi air orennya. Hakim membuka matanya dan memandang tepat ke wajah Qistina.

“Kau ni sengaja ke hah?” perlahan tapi tajam menusuk ayat Hakim itu. Qistina mula cuak.

“Er... maaf bang, eh along, maaf tak sengaja. Sumpah!” kata Faiz yang sudah berdiri mencari kain lap.

“Hm... its okay. Tak apa. Duduk je kat sini. Saya pergi bilik air sekejap.” Kata Hakim tanpa perasaan. Elok sahaja Hakim hilang dari pandangan, Qistina mula menarik nafas lega.  Senyap seketika.

“Hahahaha” ketawa Qistina tersembur tiba-tiba.

“Hoi! Diamlah Qis! Karang along kau dengar mampus kita! Kau ni pun, siku-siku aku apa kes? Hish! Aku nak baliklah macam ni.” Rungut Faiz yang masih kesal dengan apa yang terjadi.

“Manalah aku tahu akibat aku menyiku kau tersembur air oren tu. Kalau aku tahu tak adalah aku siku. Tapikan... kelakar gila rupa along aku dengan muka cuak kau. Aku tengok kau macam nak tanggal baju je lap muka along aku tadi.” Qistina gelak sepuas hatinya.

“Hampir-hampir tau aku nak tanggalkan baju tadi. Huhuhu nasib baiklah aku tak buat gila. Kalau tak lagi malulah aku.” Keluh Faiz.

“Hahaha nasib baik!”

“Weih diamlah! Along kau nak turun tu!” bisik Faiz. Namun Qistina tidak dengar bisikan Faiz, dia terus ketawa hingga keluar air matanya.

“Ehem! Sedap kau ketawa ye Qistina?” perlahan tetapi menyentap jantung, hati, limpa dan usus Qistina. Matanya terbeliak, mulutnya terlopong.

“Faiz, erm... Faiz... nak tanya ni. betul ke ada along dekat belakang aku ni?”bisik Qistina yang jelas ketakutan. Faiz menayang senyuman simpati. Kepala dianggukkan perlahan.

“Oh my Allah! Mati aku.” Bisik Qistina sambil memalingkan mukanya ke belakang.

“Erm, hi along? Hihihi.” Qistina menayang muka comel.

“Hi? Bye-bye!” Hakim menayang senyum jahat. Tapi handsome la pulak Qistina tengok, haip! Abang tu!

Hakim mula mendekati Qistina. Qistina dengan pantas menyorok di belakang Faiz. Faiz pula dah berpeluh dingin melihat reaksi Hakim. Hakim punya gaya macam nak makan orang. Serius ni double gerun!

“Relaks dulu long. Qis ni baru je sampai along. Relaks dulu. Kasi dia jumpa auntie dengan uncle dulu, adik-adik dulu. Lepas tu along seksa la dia.” Cadangan bernas dikeluarkan oleh Faiz. Qistina menumbuk belakang Faiz geram bila mendengar cadangan itu.

“Sakitlah Qis! Aku nak selamatkan kau sekarang ni tau tak? Karang auntie dengan uncle balik kena buat kenduri arwah pulak.” Bisik Faiz. Qistina sudah menarik muncung.

Hakim menarik nafas panjang. Beberapa kali dia berbuat demikian. Akhirnya dia tersenyum manis umpama manusia yang tak pernah mempunyai perasaan marah.

“Mana ada marah. Along saja je usik Qis ni. Eh, ibu ayah ni Qistina dah sampai rumah.” Lembut saja suara Hakim ketika ini. Sampai terawang-awang Qistina mendengarnya. Macam best je kalau alongnya bercakap dengan dia menggunakan nada ini.

“Anak ibu dah balik?” suara teruja Laili memeluk erat anak daranya itu. Pipi comel Qistina dicium-cium melepaskan rindu. Rambut panjang anaknya itu dibelai-belai.

“Cantiknya anak ibu sekarang ni! Rindu sangat dengan anak ibu ni. Qis tak rindu ibu ye? Raya pun tak balik. Tiga tahun ibu menanggung rindu.” Sendu suara Laili ketika ini. Air mata bergenang.

“Anak ayah dah balik! Ayah rindu dengan anak perempuan sulung ayah ni.” dahi Qistina dikucup penuh kasih.

“Qis sayang la dengan ibu, ayah! Qis bukan tak nak balik. Lagipun ibu, ayah dengan adik-adik selalu jenguk Qis dekat sana kan?” balas Qistina yang kini sudah meleleh air matanya. Dalam hati sempat berbisik ‘Ibu, ayah dengan adik-adik je yang rajin. Along tak pernah tunjuk muka setiap kali ibu dan ayah datang ke Sabah.

“Yelah ayah dengan ibu je yang sayang Qis. Qis tak nak pulak balik. Ni bila balik buat suprise pulak. Nasib baik ayah tak bawak semua pergi jalan jauh. Kalau tak? Melopong la Qis depan rumah ni.” marah-marah sayang Naim kepada gadis itu.

“Qis... sorry.... ibu ayah. Qis sayang ibu ayah sangat-sangat. Qis tak tipu. Qis sayang semua. Qis minta maaf sebab tak balik dalam 3 tahun ni.” hampir meraung Qistina bila ibu dan ayahnya seperti berjauh hati dengannya.

“Yelah-yelah ibu faham. Ibu dengan ayah sayang Qis, adik-adik, along pun sama.” Pujuk Laili bila Qistina semakin terus tangisnya.

“Udah le menangis tu Qis, huduh aku tengok.” Faiz mencelah tiba-tiba. Adik Iz dan baby sudah mengekek pabila melihat Qistina memberi renungan maut kepada Faiz.

“Tah, buruk benor rupa kau sekarang ni.” kata Hakim dengan nada mendatar.  Macam robot!

Terus Qistina mengelap air matanya. Air mata tak mengalir, melihat wajah serius alongnya itu. Boleh pulak dia komen aku buruk! Desis hati Qistina, geramnya! Wajah minta simpati di tayang kepada ayah, tangan di depa terus tubuh ayahnya dipeluk erat. Naim menggeleng kepala. Alahai, anak dara seorang ni. manja bukan main. Dah boleh kahwin tapi manjanya.... huih risau bakal menantu jealous.

“Along.” Tegas suara Naim. Bukan marah betul pun. Sekali sekala manjakan anak dara yang selalu jauh ni.

“Sukalah tu, ada yang back up dia. Pujuk dia. Ayah pun layan sangat manja dia ni. Nanti dah kahwin gaduh dengan laki pun mengadu dengan ayah.” Kata Hakim dengan selambanya.

“Hakim.” Suara Laili pula kedengaran. Hakim mendengus tak suka bila ibunya pula bersuara.

“Along ni jeles la tu, kak Qis dimanja-manjakan...” berlagu Izreen mengusik alongnya.

“Sayang adik Iz ni! Meh kak Qis peluk!” lepas sahaja pelukan ayahnya Qis memeluk si adik yang sudah menjadi anak dara sunti. Cantik letops adiknya sekarang ni baru umur 15 tahun kalau lebih, mesti ramai peminat silap-silap sekarang ni pun beratur peminatnya.

Izreen yang sememangnya manja dengan Qis terus memeluk kakaknya yang berbeza hampir 8 tahun itu. Dahi si adik dikucup mesra. Baby a.k.a Izaty sudah muncung apabila dirinya seakan-akan lutsinar di sisi kakak-kakaknya.

“Alololo baby besar ni! Dah 12 tahun pun muncung-muncung ke? Meh kiss kak Qis sikit.” Pipi disua. Terus dikucup oleh si adik yang hampir sama tinggi dengannya. Sungguh Qistina pendek orangnya.

“Kak Qis dengan kak Iz la... Suka buat-buat tak nampak Baby.” Ujar Izaty dengan suara lirih. Tersentaplah tu, anak bongsukan. Harus dia lagi manja.

“Hm... mengada. Manja bukan main. Malas layan Baby ni.” Usik si Izreen buat si bongsu menarik muka tangis.

“Adik Iz! Dah tau dia ni manja lagi diusik. Tapi memang Baby manja pun kan. Baby besar kak Qis ni?” ujar Qistina sambil menepuk-nepuk belakang Izaty. Izaty merengek manja. Qistina tergelak kecil.

“Yelah-yelah. Dah jangan merajuk. Kak Qis dah puas menangis. Nak happy-happy nak gelak-gelak.” Ujar Qistina sambil menayang muka geram.

“Okay! Nak hadiah!” riang suara Izaty meminta ole-ole daripada Qistina.

“Jom tolong angkat beg akak ke bilik. Ada banyak hadiah!” pantas adik-adiknya mengangkat beg bersama-sama.

Kelibat Qistina dan adik-adiknya mula menghilang ke tingkat dua rumah itu. Faiz terpinga-pinga apabila rakannya pergi meninggalkan dirinya sendirian bersama along dan ibu bapa rakannya itu. Sungguh tak kesiankan diri dia. Terkulat-kulat dia di situ. Along tengok dia macam nak telan. Uncle dan auntie tengok dia tersengih-sengih seperti ada makna. Semoga tak ada makna yang pelik-pelik. Saya kawan anak auntie je! Jerit di dalam hatinya.

“Hm... kenapa macam duduk atas api je ni Faiz?” tanya Laili sambil tergelak kecil.

“Entah, gemuruh macam tengah bertunang.” Tambah Naim. Ketawa pasangan tersebut memenuhi telinga pemuda-pemuda yang ada di situ.

“Hah?” ternganga Faiz. Peluh dingin semakin memenuhi wajahnya. Hakim mendengus tidak suka dengan komen ibu dan ayahnya.

“Budak keding ni? kalau betul bertunang mau pengsan.” Ujar Hakim dengan riak ‘tak de makna kau nak tunang dengan adik aku!’ Faiz menelan liur yang terasa sangkut di tekak.

“Along setuju ke kalau dia bertunang?” tanya Laili sambil mengangkat-angkat kening ala-ala Ning Baizura pula.

“Tunang dengan sapa? Lantak dia la nak tunang... asalkan...”

“Asalkan...?”

“Asalkan bukan adik-adik along!” ujar Hakim tegas lalu beransur dari ruangan itu. Faiz melepaskan nafas yang dia tak sedar sedang ditahan.

Ketawa Laili dan Naim meledak sekali lagi. Suka betul pasangan ni mengenakan anak-anak mereka. Nakal, manalah tak nakal anak-anaknya, menurun perangai mak bapak le tu.

“Er... saya minta diri dulu ye. Assalamualaikum!” laju Faiz menyarung kasut. Lantak la Qistina tu, kawan pun dia lupa. Malam nanti je dia whatsapp bagi tahu dia sentap habis!

“Awak, abang rasa kita nak takutkan anak orang tu.” Ujar Naim yang tersengih melihat Faiz berlari bagaikan lipas kudung.

“Biarlah. Saja usik anak orang. Anak sendiri susah nak usik, asyik merajuk je.” Balas Laili sambil mencubit pipi suaminya.

“Sakitlah yang. Jom tengok anak teruna kita tu. Masam semacam je.”

“Biarlah dia. Melayan perasaan. Geram jugak Laili dengan dia. Suka layan Qis macam tu. Dibuatnya Qis betul-betul lari kali ni, baru dia tahu!” ujar Laili yang sudah memeluk tubuh.

“Alah, dia masih keliru tu.” Pujuk Naim.

“Kelirulah sangat! Kalau suka cakap je la suka. Ni layan Qis macam Qis tu orang luar! Dia tu anak sedara abang tau! Dia marah apa sangat dengan Qis tu? Qis rampas kasih sayang kita sebab kita yang jaga dia lepas kak Zah dan abang Zarif meninggal? Tak ada maknanya. Sebelum si Qis tu akil baligh bukan main manja dia melayan Qis. Ni sekarang ni, layan nak tak nak je. Asyik marah lepas tu bila ada yang suka dekat Qis dia takutkan macam Qis tu dia yang punya! Mana boleh!” marah sungguh Laili ketika ini.

“Dia suka Qis. Dia cuma keliru je. Nanti dia akan sedar satu masa nanti. Sabarlah sayang.”

“Sabar tu boleh je bang. Yang kesiannya dekat si Qis tu. Laili takut before Hakim sedar dia suka Qis, Qis dah lari jauh dari dia, dari kita semua. Abang nak macam tu?” Pantas Naim mengeleng.

“Laili bagi masa 2 bulan je. Kalau dia buat perangai lagi. Laili sendiri carikan calon suami terbaik untuk Qis!” ujar Laili, tegas.

Naim menelan liur. Seram pulak bila isteri dia tegas semacam. Terus dia mengangguk setuju. Senyuman manis terukir di bibir Laili.

“Nasib baik abang setuju. Jom kita rehat-rehat dulu. Kejap lagi kita bawak dia semua makan dekat restoran kegemaran Qis.” Laili menarik tangan suaminya ke bilik.

Disebalik dinding yang memisahkan dapur dan ruang tamu, Hakim menyandarkan belakangnya ke dinding. Muka berkerut seribu, marah, geram, kesal, semuanya bercampur baur. Tapi ada satu rasa yang dia sendiri pelik kenapa ada ketika itu. Rasa risau, tak tentu arah mendengar kata-kata ibunya. Kenapa dia kisah? Dia sayangkan Qistina ke? Tak mungkin, Qistina dah macam adik kandung dia. Tapi...




-----
Ada dekat wattpad jugak. hehehe kalau nak baca di wattpad sila bukak melalui fb asyu ye. tak reti nak share link di sini.

sorry sangat-sangat lama tak update.
cerita ni mungkin akan ada lagi 2 part.
jangan risau, akan kelakar macam nak gila part kedua nanti
doakan asyu rajin menulis.
hahahaha
soalan interview tesis pun tak buat lagi deh....
huhuhu
buh bye
sayang korang ketat2