Assalamualaikum.
Bismillahirahmanirahim
Hye... hehehe kali ni Xin plak... dan macam mana eda nak... asyu banyak selitkan gelagat Far. >_< enjoy!!!
Weapon
Dia... senjata merbahaya.
Dia... weapon yang diinginkan...
Dia... XIN.
“Xin!
Kau pergi mana? X dah bising nak jumpa kau!” Sam termengah-mengah. Berlari pecut
memanglah mengah. Xin pelik. Kenapa nak jumpa aku pulak?
“Hummm
malasnyaaa...” Xin
mengeliat malas. Kerusi selamat tinggal... sampai sini je date kita... isk sedih pulak
rasanya. Kerusi di tepi tasik diusap-usap dah macam kekasih hati pula.
Sam tayang muka meluat. Xin kalau sehari
tak propa memang tak sah. Tangan Xin ditarik. Kalau dibiarkan sampai esok dia
duduk di situ.
“Malasnya... Sam belanja...” muka kesian
ditayang. Sam menggeleng kepala.
“Huh... ni memang nak kikis harta aku je
kerja kau! Hm.. kau nak makan apa? Gaji aku baru masuk. Boleh belanja group
kita tu...” kata Sam sambil melihat jumlah wang yang ada dalam dompetnya.
Karang dibantainya Xin nak Seoul Garden mampus! Mamat berdarah korea sipi-sipi
ni bukan betul sangat.
“Yeay!!! Pizza!” jerit Xin dengan mata
bersinar. Dia sudah jauh ke depan, berlari nak makan. Macam setahun tak makan.
Sam sudah menggeleng kepala.
--
“Wahhhh!! Pizza la! D’, Jo kita dapat
makan free!!!” jerit Far yang sudah melompat bintang. Xin sengih. Bangga. Macam
dia pula yang keluarkan duit padahal Sam yang belanja.
“Rajinnya korang keluar duit...” kata D’
yang sudah mencapai sepotong pizza.
“Mahunya tak rajin. Si Xin ni tak nak
balik selagi aku tak belanja dia.”kata Sam mengundang satu lukuan dikepalanya.
Sam memandang Xin tak puas hati. Sakit tau tak!
“Korang kenapa tak beli hawaii punya...
tak sedap la..” rungut Far yang sudah mencapai kepingan yang ketiga. Xin dan
Sam membeliakkan mata.
“Tak sedap ya... tak payah makan.” Xin
menarik pizza yang berada di tangan Far.
“Eh.. eh... sedap! Sedap!” Far sudah
terlompat-lompat maklumlah dia pendek sikit dari ahli yang lain. Xin meninggikan
lagi pizza ditangan.
“Ala... nak pizza!!!” Far sudah
menghentak kaki. Baju D’ ditarik-tarik. Mengadu.
“Kasi jelah dia. Kau ni Xin!” marah Sam.
Xin menayang muka ‘bolayan’. Seronok dapat buli Far. Selalunya Far buli dia.
“Kiss pipi aku dulu.” Duga Xin. Dia tahu
Far memang elergik cium-cium ni.
Tergamam semuanya. Far betul-betul kiss
pipi Xin. Pizza punya pasal... Semua dah gelak melainkan Far dan Xin. Xin
meraba-raba pipinya. Pizza di tangan Xin dirampas kembali.
“Kau Far!!!” Far dikejar. Pizza tetap tak
dilepaskan. Janji dapat makan. Far... Far...
--
“Xin masuk bilik saya!” arah X dari pintu
biliknya. Xin mengangguk faham. Depan bos kenalah formal.
“Aku masuk dulu.” Kata Xin pada yang
lain.
“Habislah kau... itu lah aku suruh masuk
dulu kau nak makan padan muka.”kata Sam memprovok Xin. Far turut tumpang
sekaki. Lidah dijulurkan.
--
“Xin...”seram pula dengar suara X yang
serius.
“Ya..”
“Awak ialah weapon.”kata X. Xin blur.
“Weapon? Senjata?”tanya Xin yang semakin
keliru.
“Ya... hanya awak yang ada ilmu mengenai
senjata-senjata merbahaya di dunia serta cara mematikan bom. Ini menjadikan
awak sebagai target. Malah kelebihan awak dalam mengakses ke dalam data sulit
negara juga membuat awak dalam bahaya. ”kata X lagi.
“So? Selama ni okay sahaja. Malah saya
ada ilmu Judo, Akido, dan juga muay-thai.” Kata Xin yang mula bosan. Dulu
pernah sekali X memanggilnya begini. Hanya sekadar dia menjadi target sebuah
syarikat gergasi yang mempunyai perniagaan gelap.
“Masalahnya, kali ni pihak ‘under’ nakkan
awak.”
“Under?”
“Negara luar. Mereka nak kepandaian awak
tu!” kata X. X mula berkawad. Runsing juga dia ada pekerja yang terlampau bagus
ni. Keselamatan pekerjanya tanggungjawabnya.
“Hump... X tak payah risau. Saya tahulah
nak jaga diri.” Xin menghempas pintu bilik X. Geram. Dia dilayan bagaikan budak
kecil.
“Ingat aku bodoh sangat ke nak serah diri
dekat mereka. Ini Xin, myself is a weapon tau.. bukan sebab ilmu aku tapi sebab
aku XIN”bebel Xin seorang diri. Sam, D’, Jo, dan Far hanya memerhati. Nak kacau
memang taklah.. angin Xin ni lain macam sikit.
“Kau okay ke bro?”tanya Far.
“Aku okay jee... ni mesti kau punya
badikan.. kiss aku lagI! Nak kena budak ni!” tak pasal-pasal Far jadi mangsa.
Kepala Far diluku sepuas hati.
“Sorry Xin! Aku minta ampun!”rayu Far
bersungguh-sungguh. Xin yang marah terus hilang rasa marahnya berganti geli
hati.
“Kau ni lawak la Far!” kata Xin yang
sudah terbongkok-bongkok gelak. Far menggaru kepala yang tak gatal, lawak ke
aku?
--
Seperti biasa Xin keluar dari rumahnya
pada jam 8.50 pagi. Jarak pejabat dan rumahnya yang dekat membuat dia hanya
berjalan kaki ke sana. Dengan t-shirt polo dan seluar slack hitam membuat para
gadis rasa nak pengsan melihatnya. Kacaknya!
‘SKREETTT!!!’ sebuah van berhenti secara
mengejut di depan Xin yang hendak melintas jalan. Xin yang terkejut terjatuh ke
belakang.
“Woi! Kurang ajar betul. Kau ni kenapa?”marah
Xin yang membersihkan tanah yang melekat di seluarnya.
“Apa ni? lepaslah woi!” Xin sudah
mengelupur. Tiga orang lelaki yang berbadan besar serta berpakaian hitam
memegang Xin. Keadaan yang tiba-tiba ini membuat Xin kaku. Blur.
“Sam! Far!” jerit Xin yang melihat mereka
berdua di hujung jalan. Sam dan Far segera lari mendapatkan Xin yang kesusahan.
Namun, si penculik lebih pantas. Xin
disumbat ke dalam van. Van meluncur laju meninggalkan tempat kejadian.
“Xin!” jerit Sam. Far sudah tertunduk
melepaskan kelelahan.
--
“Mmmm... Mmmm...”Xin membuat bising
walaupun mulutnya bertutup rapat.
“Bisinglah!”marah lelaki botak yang duduk
disebelahnya. Xin semakin bising, menunjukkan protes.
‘Buk!’ sebijiik penumbuk melayang tepat
ke perut Xin. Senak. Xin merenung tajam lelaki botak itu.
“Huh, tahu pun diam!” kata lelaki botak
itu seakan-akan berbangga dapat mendiamkan Xin. ‘Kau tahulah nasib kau kalau
aku terlepas dari ikatan ni!’ kata Xin dalam hati. Buat masa sekarang biarlah
dia diamkan diri.
--
Sementara itu, dipejabat.
“D’, Jo, Xin kena culik!”kata Far yang
sudah tidak tentu arah. Badan D’ digoncang-goncang. Dah macam kena histeria.
Sam mengangguk tanda mengakui kata-kata Far.
“Apa? Dekat mana?”tanya Jo.
“Dekat simpang depan tu...” kata Sam.
“Kau nampak detail kenderaan orang yang
culik Xin?”tanya D’.
“Van jenis Benz nombor plat XZQ 20. Warna
hitam.”Berkerut-kerut Far cuba mengingati butiran kenderaan itu.
“Okay. Aku akan usahakan detect kereta
tu.”kata D’.
“Hm... kau, Sam pergi bagitahu X. Far kau
pergi report polis.” Jo bertindak sebagai ketua. Sam pantas masuk ke dalam
bilik X.
“X. Xin dah kena culik!” kata Sam.
“Apa? Tu la aku dah pesan dah. Dia degil!
Sekarang ni dah report belum?”tanya X yang memicit dahi.
“Dah, Far yang pergi report.”
“Bagus. D’ dan Jo tengah buat apa?”
“Mereka tengah detect van yang bawa Xin.”
“Okay. Sekarang siap sedia. Dapat je
detect terus pergi!”arah X. Sam mengangguk faham.
--
Di sebuah lokasi yang tidak dikenal
pasti.
Lelaki botak itu membuka ikatan dimata
dan mulut Xin. Xin meludah melepaskan marah.
“Well... nice to meet you, Xin.” Kata seorang
lelaki yang berusia dalam likungan 30-an.
“Huh, kau siapa?”tanya Xin kasar.
“Who me? Aku... orang tengah untuk negara
O. Kau boleh panggil aku Q.”kata lelaki yang dikenali Q. Xin merenung Q tajam.
“Kau nak apa?”
“Kami nak kepandaian kau. Aku nak kau
masuk ke dalam data negara ni.” kata Q sambil menunjukkan sebuah komputer riba.
Xin tarik sengih sinis.
“Macamlah aku nak buat.” Kata Xin berani.
“Tak nak tak apa... Hans.” Q tersenyum
sambil mengarahkan lelaki botak itu mendekati Xin.
Tumbukan tepat dilepaskan dimuka Xin. Darah
mengalir keluar.
“Kau nak buat tak?”tanya Q sekali lagi.
Xin menggeleng.
Kali ini Hans melepaskan tumbukan di
perut Xin. Xin tertunduk menahan sakit.
“Nak tak?”tanya Q sambil membetulkan
rambutnya.
“Heee” Xin tersenyum lebar. Tali yang
mengikat tangannya berjaya dirungkai.
“Nak sangat!” pantas si lelaki botak itu
dilipatnya. Tangan lelaki itu dipegang erat sebelum diangkat dan dilambung
lelaki itu. Kaki memijak kuat perut lelaki botak itu. Pengsan terus lelaki itu.
Satu tumbang, tinggal 3 lagi.
Segala ajaran Akido Judo dan Muay-Thai di
gabungkan.
Dalam masa 10 minit 2 lagi lawannya
tumbang.
“Tinggal kau je Q.” Kata Xin sambil
melangkah mendekatinya.
“Maa... maafkan aku.Aku.. aku hanya
diupah...”kata Q sambil melutut.
“Ish.. ish... mangsa keadaan la ni...
hurm. Apa yang aku nak buat dengan kau ya...”Xin berjalan mengelilingi Q.
“Ma.. maaf.”
“Q.”
“Ya.”
“Kau tahu tak aku ni apa?”tanya Xin.
“Kau? Kau manusia paling baik!”kata Q
kuat. Moga-moga dia dapat terlepas dari menjadi mangsa Xin.
“Tet! Salah!”kepala Q disepak. Patah dua
gigi Q.
“Cuba lagi.”
“Kau.. Kau orang paling hebat!”
“Tet! Salah lagi!”tumbukan dilepaskan ke
muka Q.
“Sekali lagi.”
“Kau... manusia paling merbahaya.”
“Tet! Salah!” tangan menghentak kuat
tulang belakang Q. Q terus pengsan.
“Aku... adalah... WEAPON!” kata Xin
seorang diri.
Rokok dikeluarkan. Xin melabuhkan
punggung dikerusi yang tadinya Q duduk. Api dinyalakan. Rokok disedut. Asap
berkepul-kepul keluar dari mulutnya.
“Xin!”jerit Sam.
“Hoi. Lambat! Aku dah setel dah.”kata Xin
yang masih sedap menghisap rokok.
“Ceh... penat je aku berlari. Dah setel
dah. Ingat boleh la join sekaki.” Kata Sam yang terduduk kelelahan.
“Hm... mestilah setel. Akukan WEAPON!”
sengih ditayang. Far , Jo, dan D’ baru tiba dengan anggota polis.
“Korang lambat! Denda Seoul Garden!” kata
Xin yang sudah jalan meninggalkan mereka. Sam mengangkat bahu.
“Aku tak campur.”kata Jo.
“Aku tak de duit.” Kata D’.
“Tak akan aku sorang kut! Abes duit
cheq!!! Xin!!!!” Far segera berkejar ke arah Xin.
“Hahaha... apa boleh buat!” kata Xin
sambil memeluk tubuh Far.
“Ala..... Xin yang handsome... sorry.” Kata
Far sambil membuat muka comel. Dah nasib... redha je la Far.Xin buat donno.
Sempoi, hahahahaha!!
ReplyDeletehehehe thanks komen Syifa :)
ReplyDeleteisy isy isy far tu..... tak patut... tak patut
ReplyDeletehahahaha ni mesti kes cium tu kannnnnn >_<
Delete