ASSALAMUALAIKUM.
BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM.
Bab
12
“Aku...
aku lapar...” ujar Azalina yang sudah tidak tahan menanggung kelaparannya.
“Hurm?”
Vxirius yang asyik membaca skroll kuno milik keluarganya melihat wajah Azalina.
Kenapa wajah Azalina semakin pucat?
“Kau
ni kenapa?” tanya Vxirius yang semakin panik melihat wajah pucat Azalina.
“La..
lapar..” ujar Azalina dengan payah. Mukanya sedikit kemerahan. Dia sudah muak
dengan buah-buahan yang diberikan kepadanya. Dalam diam dia malu dengan dirinya. Yalah, sudah cukup
baik dia mempunyai rezeki untuk meneruskan hidup. Nak buat macam mana, sebagai
manusia biasa, dia juga mempunyai keinginan untuk sesuatu yang lain, yang
disukainya.
“Lapar?
Bukan ke aku dah kasi buah-buahan yang segar untuk kau?” tanya Vxirius sedikit
pelik.
“Ya...
tapi.. tapi aku rasa nak makan i.. ikan...” ujar Azalina yang sedikit
malu-malu.
“Ikan?”
Vxirius bangun dari duduknya. Azalina tersentak melihat Vxirius yang tiba-tiba
menghilang. ‘Ke mana pula si makhluk jahat tu nak pergi?’
Dalam
sekelip mata, Vxirius muncul di depan matanya. Dengan seekor ikan yang masih
hidup. Rupa ikan itu seperti ikan salmon. Azalina hanya memerhatikan gerak geri
Vxirius yang kelihatan seperti sudah biasa memasak ikan.
Perut
ikan yang serupa dengan ikan salmon itu di buang dan dibersihkan dengan teliti.
Ikan di kerat dua menggunakan tangannya sahaja. Tajam! Kuali yang seakan-akan
batu besar diletakkan di atas api. Panas sahaja kuali itu, Vxirius meletakkan
ikan itu. Bunyi ‘Sreittt...’ kedengaran, bauan ikan panggang yang menyelerakan
mula memenuhi kawasan itu.
“Pandainya
kau masak!” ujar Azalina sedikit kagum.
“Heh,
memasak ni merupakan benda paling senang dalam hidup aku. Cakap je nak makan
apa... semuanya aku boleh masakkan.” Ujar Vxirius yang semakin bangga.
“Ye??”
tanya Azalina yang semakin tertarik dengan kehebatan Vxirius itu.
“Hmm..”
Vxirius semakin ralit dengan masakannya.
“Aku
nak... fish pocket..” kata Azalina sambil menelan air liurnya.
“Fish
pocket? Apa bendanya tu?” tanya Vxirius yang pelik dengan bunyi ‘fish pocket’
yang disebutkan Azalina.
“Ala...
ikan la.. fish tu ikan, pocket tu macam saku la..” ujar Azalina yang sedikit
pusing nak menerangkan apakah makanan yang diingininya.
“Owh...
ikan yang ada saku?” kata Vxirius yang sudah mengurut-ngurut dagunya.
“Haah...
ikan yang ada saku. Kau reti masak?” tanya Azalina.
“Reti...
kau tunggu sekejap.”
“TADA~!!”
Vxirius yang mengunjukkan ikan yang sama Cuma mempunyai belahan ditepinya.
“Ni...
ikan tadi...” ujar Azalina seakan kecewa.
“Tapi
kau kata ikan ada saku. Ni... ikan ni aku dah buatkan dia ada saku..” ujar
Vxirius dengan reaksi yang polos. Melihatkan kepolosan yang dipamerkan oleh
Vxirius membuat Azalina ketawa terbahak-bahak. Kelakar sungguh melihat bakal
ketua kegelapan yang berlagak pandai itu membuat kesalahan yang dia sendiri
tidak tahu.
“Kenapa
kau gelak?” tanya Vxirius sedikit marah. Malu pula apabila dirinya diketawakan
manusia biasa.
“Ye
lah... Benda yang aku kata tu bentuk dia macam ni...” ujarnya sambil melukiskan
bentuk fish pocket di atas tanah.
“Owh...
kenapa petak?” tanya Vxirius polos sekali lagi.
“Erk...
entah.. manalah aku tahu. Yang aku tahu
benda makan je...” kata Azalina sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
“Huh...
ingatkan pandai sangat...” ujar Vxirius yang sudah kembali menyambung membaca
skroll lamanya.
“By
the way... thanks a lot J”
kata Azalina dengan senyuman manis.
Terpana Vxirius melihatnya. Azalina pantas menikmati makanan yang sediakan
Vxirius khas untuknya.
>>>/////<<<
“Zruxc
bila aku boleh pergi cari dia?” tanya Leon yang merenung ke luar jendela. Waktu
malam di dunia Herbs memang indah.
Bintang-bintang terhampar bagaikan permaidani yang indah di langit.
“Hump... kau tak kuat lagi. Kalau kau tak kuat macam
mana kau nak menentang si Vxirius tu?!” serba salah Zruxc
dibuatnya.’Sebenarnya... kau dah cukup kuat untuk melawan bakal pemerintah
dunia gelap itu. Tapi kalau kau rapat dengan Azalina nyawa kau akan tergugat!’
bisik hati Zruxc. Dia serba salah dengan tindakannya. Bila melihat Leon bagai
kehilangan arah dia kasihan tapi mengenangkan rakannya bakal lenyap dari
dunianya membuat dia rasa kehilangan. Zruxc bukan makhluk yang senangi di
kalangan penduduk dunia Herbs. Cuma Leon satu-satunya yang sanggup berbicara
dan berkawan dengannya.
‘Aku
kena keluar cari Azalina jugak!’ Leon bangkit dari pembaringan. Di lihat Zruxc
sedang tidur dengan lenanya. Harap-harap rakannya itu tidak akan terjaga dan
menghalang rancangannya ini.
Leon
pantas melompat keluar dari jendela rumah Zruxc yang terbuka luas. ‘Terima kasih kawan.’ Ujar Leon dalam hati
sambl melihat rumah temannya itu.
Di
dalam rumah,
Zruxc
mengeluh perlahan. Dia asyik
memerhatikan temannya itu. Leon semakin menghilang dari pandangan matanya.
“Semoga
kau selamat Leon. Takdir kau dan dia begitu kuat. Walaupun aku tak sanggup
kehilangan kau, kawan baikku tapi aku juga tak berdaya menghalang takdir kau.
Semoga kau selamat...” kata Zruxc sebelum menutup jendela. Bukannya dia tidak
sedar dengan pemergian Leon itu, Cuma semakin dia menghalang semakin Leon ingin
pergi. Semakin kuat takdir mereka.
>>>>_<<<<
Selepas
seharian,
Leon
sampai disuatu kawasan yang agak suram, gelap dan sejuk. Seperti tiada satu pun
makhluk bernyawa di situ.
Kakinya
hanya melangkah mengikut kata hatinya. Dia dapat rasakan dia semakin dengan
dengan Azalina Cuma, dia tidak nampak di manakah wanita itu.
“Kau!!”
Leon hampir menjerit apabila melihat kelibat itu.
#maaf termerapu bab ni... x de idea la lalinggg's >_<
Best3!!!tpi pndek sngt..spe kau tu?? Nk tau selanjutnya..cerita ni bestlah.. Wat agi eh..please.. ;)
ReplyDeletex sabar lah ti bri yg best3 tau
ReplyDeletekak asyu bestnyaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteBEST 3X.
ReplyDeletekak ayu,smbg la cpt..please..best sesangat >_<
ReplyDeletebab 13 dah ada dah ^_^
Deletenk yg bab 13 kak asyu
Deleteakak..., nk lagi..., bab 13...
ReplyDeleteada bab 13
Deleteni link dia
http://asyuasyuranovelis.blogspot.com/2014/07/dyh-13.html
Lovely blog you have
ReplyDelete