Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Monday, 13 October 2014

Dalam Kebencian Ada Kasih Untukmu, Suamiku! ~20~ bab akhir di blog.

Assalamualaikum

bismilahirahmanirahim.

Hye semua apa khabar Sorry janji tak betul. Kata nak up minggu lepas. Tapi tak sempat juga. 

Okay bab 20 ni akhir yang Asyu up diblog. Belum tamat. Cuma Asyu stopkan dulu up ke blog cerita ni. Nak cuba siapkan Mss ni. Lepas tu cuba hantar ke mana-mana. Kalau tak ada rezeki Asyu up semua di blog sahaja.

Kalau nak tahu kesudahannya, doakan Asyu cepat2 siapkan cerita ni ya semua.

Terima kasih kepada yang sudi baca cerita ini. Love you all. <3 <3 <3


sila ke page asyu ye. Klik saja di sidebar belah kiri ada FB Page ini.

Harris Lee

Nur Afifah



BAB 20

            Harris mengeluh kuat. Sampai bila daddynya nak kurung dia begini? Tak cukup ke apa yang dia buat? Rumah besar Hazwan, daddynya itu hanya menambahkan kesunyian dihatinya. Mahu sahaja dia berlari ke rumah yang membawa erti syurga kepadanya. Namun dia tahu tindakan itu hanya mengundang padah.

            Entah apa angin daddynya itu. Sudah hampir sebulan dia dibiarkan melakukan tugas yang cukup dia benci. Mimpi ngeri yang pernah melandanya ketika remaja dahulu berulang kembali. Sakit. Sakit tak terkata. Kini tiba-tiba daddynya mengurungnya di dalam rumah besar ini. Membuat dia semakin sesak.

            Derapan kaki menyendarkan Harris ke dunia nyata. Dia menanti penuh sabar di dalam bilik yang sediakan Hazwan untuk dirinya.

            “Tuan muda, Tuan besar suruh Tuan muda turun. Ada tetamu.” Kata Suri, pembantu rumah daddynya.

            “Hm... kejap lagi saya turun.”kata Harris dingin. Pasti Hazwan nak dia berjumpa dengan kepala-kepala gengster yang lain.

            “Harris! Come here! Meet Uncle Lim and her beautifull daughter.” Kata Hazwan dengan terhuyung hayang cuba mendapatkan Harris. Harris mendengus perlahan. Busuk. Mabuk lagi daddynya itu.

            “Hi.” Kata Harris dingin. Menyampah.

            “Hi... Its true Harris is handsome as Uncle Hazwan.” Ujar Ai Lin tergedik-gedik. Lim yang sudah mabuk ketawa mengekek dengan Hazwan. Seronok benar melihat anak-anak mereka seakan-akan suka sama suka. Memang niat Hazwan nak memadankan Harris dengan Ai Lin, anak kawan baiknya, Lim. Lim juga merupakan ketua kawasan yang paling berkuasa. Banyak tempat Hazwan cari ‘makan’ berada dalam kawasan Lim. Jadi di atas hubungan anak-anak mereka, dia berharap kawasan dia mencari ‘makan’ akan semakin meluas.

            Leong menjeling dari jauh. Sebenarnya Ai Lin ialah kekasihnya. Sakit hatinya makin mendalam. Mustahil Hazwan Lee tak tahu status mereka.Wajah Harris dipandang penuh bermakna.

            “Ehem. You ni girlfriend Leong right?” saja Harris bertanya. Mahu menyedarkan minah gedik itu dari terus meliok-liok ditepinya.

            “Erk... hm... just ordinary friend. Kan Leong?” Ai Lin membuat nada manja bertanya kepada Leong.

            Leong menarik senyum sumbing sebelum berlalu. Perempuan macam tu buang masa dia sahaja. Baik dia cari yang lebih baik. Cuma dia kasihan dengan Harris. Sebab perempuan tu macam lintah. Susah nak buang lekatnya kuat di kulit. Menghisap darah-darah yang ada sehingga kering.

            “See.” Kata Ai Lin penuh menggoda. Harris menolak kasar tangan Ai Lin yang asyik merayap dibahunya.

            “Hurm. You know I dah kahwin?”soal Harris. Hazwan dan Lim sudah hanyut dalam mimpi. Dua-dua tumbang. Dah macam apa je Harris tengok.

            “Yup.” Ujar Ai Lin membuat mata Harris terbeliak. Memang perempuan tak tahu malu. Dah tahu suami orang masih nak menggatal. Ikutkan hati nak sahaja Harris lempang muka perempuan tak sedar diri ini.

            “But I can be more than your wife.” Ujar Ai Lin dalam nada berbisik. Kesabaran Harris semakin  memuncak.

            “Don’t you dare talk like that!” penuh amaran Harris berkata-kata. Ai Lin buat bodoh. Dia memang minum namun tak mabuk. Sahaja dia buat begitu. Dia yakin dapat menggoda Harris Lee. Like father like son, right?

            “Hurm... Why didn’t  believe me? I am much, much better than your poor wife. I ada rupa, pelajaran and harta.” Kata Ai Lin sambil memngusap lembut lengan kekar Harris.

            PANG! Satu tamparan suku tenaga melayang ke pipi gebu Ai Lin. Terjelopok perempuan itu dibuatnya. Mata Harris mencerlung tajam merenung Ai Lin.

            “She is 100 times, infinity more better than you! Kau, jangankan sebelah mata, memang aku tak pandang!”kata Harris tegas sebelum beredar dari rumah itu. Lantaklah daddy dia nak mengamuk pun. Perjanjian mereka tiada terkandung hal ini.

            Ai Lin terduduk memegang pipinya. Air mata mengalir perlahan. Tak pernah muka dia hinggap mana-mana ‘hadiah’. Harris orang pertama beri dia ‘hadiah’. ‘Suka’ sangat dia dengan hadiah tu. Dia mesti balas jasa baik lelaki itu, janjinya dalam hati.

-

            “Mama, Afifah nak kerja boleh tak?”tanya Afifah manja.

            Puan Sakinah terdiam. Larat ke menantunya itu nak kerja? Usia kandungan sudah menjangkau 5 bulan. Risau juga Puan Sakinah. Tapi dia juga tak lalu nak melihat Afifah termenung setia hari bagaikan orang tak betul.

            “Hm... ikut Afifahlah. Mama risau nak lepaskan Afifah kerja. Tapi kalau itu mampu buat Afifah gembira mama tak kisah. Mama sokong apa pun keputusan Afifah.” Tangan Afifah diusap lembut. Afifah tersenyum. Dia tahu mak mentuanya sangat menyayanginya.

            “Thanks ma, Afifah ingat nak cuba apply dekat mana-mana. Tak tahu dapat ke tak. Yelah dah lama juga Afifah tamat belajar tapi tak pernah kerja mana-mana.” Tersenyum Puan Sakinah melihat keterujaan menantunya itu.

            “Yelah. Mama doakan Afifah dapat kerja. Hilang sikit rindu dekat papa baby tu. Tak adalah monyok 24/7.” Gurau Puan Sakinah. Tak berani dia sebut nama anaknya. Tahu kalau disebut mesti pecah empangan air mata menantunya itu.

            “Mama ni. Mana ada monyok 24/7. Ifah happy go luck je la.” Senyuman palsu diukir. Cuba menutup rasa hiba yang bertandang tatkala Harris disebut. Kalau mama sebut nama Harris harus dia teresak-esak di sini.

            “Hahaha yelah Ifah kesayangan mama. Okay jom kita breakfast dulu. Kesian cucu mama lapar.” Bahu Afifah dipaut manja. Afifah mengangguk kecil. Senyuman tak lekang dari bibir. Syukur kerana mama ada disaat Harris hilang tanpa dikesan.

            -

            Riss mengheret batang paip ke hulu ke hilir. Sengaja. ‘Pelanggan yang dihormatinya’ sudah terduduk di satu sudut, menggeletar yang maha hebat. Bukan sebab sejuk. Atau ngilu akibat bunyi besi ini tetapi kerana gentar dengan kemunculan Riss dan Vincent orang suruhannya Hazwan Lee dan anak buahnya Leong.

            “Takut ke uncle?”tanya Vincent selamba kemudian dia gelak mengekek seorang diri. Kelakar agaknya reaksi ‘pelanggan’ mereka mendengar suaranya.

            “Shut up Vincent! And you! Aku dah beri tempohkan... so mana duitnya? Aku dapat info kau menang loteri. Jadi boleh la bayarkan....” Riss duduk mencangkung ditepi ‘pelanggan’ yang sudah berpeluh dingin.

            “Er... er... duit tu dah habis.” Balas lelaki itu perlahan.

            “Habis!!! Kau tahukan hari ini aku kutip duit?”soal Riss lagi. Dah la hatinya tengah panas bertambah panas dengan customer yang satu ni.

             “Ta... tahu.”

            “Kalau kau dah tahu kenapa kau joli duit tu sampai habis?!” batang paip dihentak kuat ke lantai menghasilkan bunyi ngilu. Terus tegak badan lelaki itu.

            “Ma... maafkan saya bang! Maafkan saya! Lu... lusa saya bayar. Lusa.. lusa.”kata-kata lelaki itu mengundang senyuman sinis di wajah Riss. Riss bertambah bengang. Dengan wajah tak bersalah lelaki itu meminta masa lebih darinya.

            “Lusa! Tulat! Minggu depan! Bulan depan! Tahun depan! Aku tak nak dengar semua tu. Yang aku nak... Duit. Tu. Sekarang! Titik.” Rasa marahnya tak boleh dibendung lagi.

            “Ish! Dah aku kata lusa! Lusalah! Duit yang aku menang tu aku beli lagi loteri. Aku yakin aku menang lagi esok!”kata lelaki itu angkuh. Membuat kemarahan Riss bagai gunung berapi yang sedia meletup, meletup!

            “Pandai! Bijak! Tuah kau tu memang tak pernah luak pun, ye... esok menang ye... bagus, bagus... Kepala hotak kau! Kalau dah tahu diri itu berhutang, bayarlah dulu! Kemudian belilah loteri tu sampai mata kau terbeliak! Dasar manusia tak sedar diri. Kalau kau tahu kau menang kenapa dari awal kau berhutang! Menyusahkan aku betul!” laju sahaja tangan dan kaki Riss bergerak. Darah bersembur keluar dari mulut lelaki itu. Riss semakin menggila. Lupa dia pada dosa pada pahala yang dia ingat hanyalah kemarahannya perlu diluahkan, dinyatakan.

            “Riss...”panggil Vincent perlahan. Tak pernah dia melihat Riss mengamuk sebegitu. Lunyai lelaki yang berhutang dengan boss besar itu.

            “APA?!”tengking Riss. Marah pabila diganggu sebegitu.

            Vincent menunjuk ke arah lelaki yang dibelasah Riss.  Riss memandang lelaki itu.

            “Astagfirullahalazim. Astagfirullahalazim. Ya Allah ampunkan hamba-Mu ini ya Allah.” Kata Riss perlahan penuh penyesalan. Selama ini dia cuba menghindar daripada membelasah orang lain  sepenuh hatinya. Hari ini akibat rasa kecewa, marah, dia tak mampu bersabar lagi. Akibatnya lelaki itu jadi mangsanya.

            “Are you okay?”tanya Vincent takut-takut. Sungguh, selama sebulan lebih ini tak pernah dia melihat Riss mengamuk sebegini. Menakutkan. Patutlah Leong tak berani macam-macam dengan Riss ni. Riss memang hebat.

            “Yes. I’m okay. Call ambulan. Aku risau dia mati nanti. Karang kes lain pulak.” Riss cuba menenangkan dirinya sendiri. Betapa dia rasa berdosa.

            “Er... okay. Chill.. dia ni hidup lagi.” Vincent beredar dari situ untuk membuat panggilan kecemasan.

            “Aku minta maaf.” Kata Riss kepada lelaki yang sudah terkulai layu.

-

            Ahmad memandang telefonnya buat sekian kalinya. Hendak telefon atau tidak? Nak ke tak?

            ‘She So Beautifull...’ tercampak telefon canggihnya ke atas katil. Dada diurut perlahan.

            “Ciss cake betul Iz ni! Terkejut aku. Nasib baik tak jatuh atas lantai... kalau tak... memang aku sumbat dia.” Telefon dicapai. Skrin swipe ke kiri.

            “Assalamualaikum!” jerit Iz agak teruja. Ahmad menjauhkan telefon. Kuat betul suara Iz ni dah macam dolphin.

            “Hm...waalaikumusalam. Ada apa?” balas Ahmad malas. Iz ni memang over sikit. Tak boleh layan lebih-lebih karang jadi hyper pula.

            “Ada apa? Ada apa kau tanya... kejam betul... huhuhu sadis aku rasa.” Iz sudah mula berdrama.

            “Yelah sejak dua minggu ni kau asyik call aku. Lepas tu cerita pasal awek kau tu. Bosan tau tak. Tahu la aku ni tak ada awek. Terseksa jiwa ni!” rungut Ahmad. Sebenarnya bukan dia marah sangat pun, Cuma kecewa dengan diri sendiri sebab tak berani nak call atau mesej si ‘dia’.

            “Hihihi. Yelah dengan siapa lagi aku nak cerita lagi. Si Harris tu dah hilang. Entah ke mana perginya... Huhuhu.. aku rindu dengan dia....” Iz membuat drama swastanya lagi.

            “Haih, ye ye. Aku pun rindu dia. Kita doakan jelah dia selamat. Hm.. kau nak apa telefon aku ni?”tanya Ahmad malas. Runsing dengan Iz ni. Nama je lelaki tetapi... manja mengalahkan perempuan. Bahaya betul.

            “Aku nak minta tolong ni, Ahmad.”kata Iz sedikit serius.

            “Hm.. apa dia? Kalau boleh tolong aku tolong.” Kata Ahmad ikhlas.

            “Tolong carikan Harris.” Kata Iz lagi. Ahmad mengeluh.

            “Iz, bukan aku tak cari kawan kita tu. Sejak dia hilang, aku mulakan operasi mencari dia. Tapi, jangan kata hidung, bayang pun tak ada. Entah mana dia menghaib...” Ahmad mula bercerita.

            “Hm... aku risaulah dengan dia tu. Tak pernah lagi dia buat perangai macam ni. Last dia hilang masa zaman uni dulu.”

            “Dia pernah buat perangai macam ni ke?”tanya Ahmad ingin tahu. Yelah mereka berpisah lepas sekolah menengah. Lepas tu terus cerita Iz dan Harris senyap.

            “Haah. Kalau kau nak tahu kenapa dia hilang kau boleh pergi rumah dia.”

            “Rumah dia?”

            “Ye, rumah mama dan isteri dia, a.k.a. rumah dia.”

            “Oh... hm okay jugak tu. Mungkin kita boleh dapatkan klu di mana keberadaan dia.” Ahmad tersenyum suka.

            “Ok. Nanti aku bawak kau pergi rumah dia.” Kata Iz, senang hati. Talian dimatikan. Mungkin nanti Harris akan dijumpai.

            Ahmad turut senang hati, namun bukan kerana kemungkinan Harris bakal dijumpai tetapi dia bakal berjumpa dengan Afifah. Wanita, yang sering muncul di dalam minda dia sejak dua menjak ini.

            ‘Afifah... Afifah... Afifah...’ desis hati Ahmad. Parah ni! Afifah tu bini oranglah, Ahmad oit!!!

4 comments:

  1. I love baca novel, tapi sejak bershaklee dan dah de anak. Dah xde msa..
    Anyway asyu boleh jadi pengarang yang baik..
    Blogwalking
    jemput singgah

    ReplyDelete
  2. sambungg pleaseee :(( cepat dapat idea tau tau? :3 hehehehe

    ReplyDelete
  3. waaa waaa whats next?? huhuhu cant wait <33 -ra-

    ReplyDelete
  4. Best ! you're talented ye' know ? thankyou for taging me dekat fb. hikss. thanyou sis Asyu ! :D

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)