Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Sunday, 13 January 2013

ALISA

ALISA
(hari terakhir seorang anak kecil)


Kehidupan tak selalunya seperti yang kita sangka. Mungkin kita mengharapkan bahagia tetapi duka yang muncul. Tanpa kita sedar, duka kita turut disulam kemanisan... Sebuah cerita mengenai realiti kehidupan....


Alisa binti Shahrul. Namanya semanis orangnya. Seorang yang riang bagaikan kehidupannya disulam kemanisan dunia. Namun, itu hanyalah mimpi, mimpi seorang kanak-kanak yang tidak pernah mengenal erti bahagia. Kedaifan hidupnya mampu meluruhkan air mata sesiapa yang memandang. Itu bagi orang yang memandang apatah lagi Alisa dan keluarganya, tidak larat air mata mereka jatuh lagi, air mata mereka seakan-akan kering berikutan berlalunya masa.


Kehidupan seharian Alisa,


Alisa sudah berusia tujuh tahun tapi tidak mampu ke sekolah akibat kekurangan wang. Itulah dunia sekarang, tanpa duit,siapalah mereka, hingga tanpa sedar dunia ini telah mengelapkan masa hadapan sesetengah manusia. Inilah realiti kehidupan, ada antara kita yang tenggelam dengan kekayaan didunia tetapi mungkin nanti.. mungkin nanti kita tenggelam dalam seksanya azab di akhirat.

Kehidupan seharian Alisa sangat sedih tapi dalam kesedihan terselit satu keperibadian yang kuat. Bangun sahaja pagi Alisa dididik untuk mentaati tuhan yang satu, Allah s.w.t. Dugaan hidup tidak melumpuhkan keluarga anak kecil itu untuk terus beribadat mengumpul ‘harta’ ke akhirat. Sebaik sahaja menunaikan tanggujawab yang satu itu, Alisa yang masih kecil hanya mampu disuap air paip dan roti yang hampir berkulat kadang kala cuma air paip yang mampu diberikan ibunya. Namun itu sudah cukup untuk Alisa bersyukur, kerana masih ada rezeki untuk dirinya. Lalu, selepas itu, Alisa dibiarkan bebas berkeliaran dilorong-lorong tempat tinggal mereka atau dimana-mana sahaja. Ibunya tidak mampu untuk mendidik dia dengan sempurna, hendak mencari sesuap nasi pun tidak mampu apatah lagi memberi pendidikan yang lengkap.


(dari sudut diri Alisa)

Pagi ni Alisa rasa seronok sangat. Tangan ibu yang sudah berkedut kerana dimakan air itu disalam Alisa penuh kasih sayang. Alisa mencium pipi Ibu. Ibu pelik dengan perubahan Alisa. Seperti tak nak berpisah sahaja dengan ibu. Alisa terus minta maaf. Ibu tanya kenapa Alisa minta maaf? Alisa beritahu kan ibu yang kasi tahu kita kena selalu minta maaf? Ibu tersenyum lepas tu peluk dan cium Alisa. Ibu kata ibu dah lama maafkan Alisa.  Lepas itu, Alisa terus minta izin ibu nak keluar jalan-jalan. Ibu kata boleh, melompat Alisa gembira dengan keizinan ibu. Entah kenapa Alisa rasa seronok dan sayu sangat. Lambaian tangan ibu kali ini nampak lain sangat.

Alisa akan berkeliaran dimana sahaja Alisa suka. Kalau Alisa terlihat rakan sebaya melangkah ke sekolah dalam diam Alisa turut mengikuti mereka. Jika bernasib baik, Alisa takkan didapati dan dihalau balik. Jika Alisa didapati Alisa akan melangkah ke pinggir-pinggir bandar. Alisa suka pergi  ke situ, jika Alisa duduk ditepi jalan atau lalu di depan kedai makan, ada sahaja yang memberi Alisa sesuatu. Ada juga segelintir orang yang akan menghalau dan memukul Alisa dengan kayu jika Alisa duduk didepan mereka. Alisa sendiri tidak tahu pun apa salah yang Alisa lakukan. Alisa cuma tersenyum didepan mereka. Bukankah ibu telah berkata senyuman itu sedekah?

Di petang hari, Alisa akan melangkah ke taman permainan. Dia suka berkawan dengan kanak-kanak disitu. Semuanya baik. Tetapi Alisa tak menyukai mak cik-mak cik yang memakai barang kemas yang banyak, mereka suka sangat memarahi  Alisa apabila Alisa bermain dengan anak mereka. Tapi... Alisa tak pernah ajak anak-anak mereka main dengan dia, mereka sendiri  yang datang cari Alisa, Alisa hanya berkawan dengan sesiapa yang sudi. Lagipun ibu Alisa berpesan, kawan biar beribu, musuh jangan satu.. hm.. macam tu la ibu Alisa pesan. Alisa pun bukannya pandai sangat.

Alisa ada banyak kawan. Ada Lukman, Siva, Lily, Aishah, hm.. ada lagi .. hah, Benny! Ada banyak lagi tapi Alisa lupa pula nama mereka semua. Semua kawan-kawan Alisa duduk rumah batu, besar sangat! Tapi rumah Alisa kecil saja.. rumah papan pula tu, lepas tu dah nak runtuh dah pun. Tapi Alisa bersyukur sebab Alisa dengan ibu dapat tidur tanpa basah kiranya cukup nak buat tempat teduh...

Ayah? Alisa sendiri tak tahu siapa sebenarnya ayah Alisa. Alisa cuma tahu nama dia saja. Nama dia Shahrul. Sedapkan nama dia? Alisa teringin sangat nak tengok muka Ayah Alisa. Ibu Alisa bagitahu ayah Alisa dah tak ada... Hm, dia dah pergi tempat yang jauh sangat. Ibu kata ayah sakit. Sakit la tu, sebab itu ayah Alisa suka cucuk-cucuk jarum dekat tangan dia. Itu pun Alisa tahu dari jiran Alisa, Aunty Lisa. Aunty Lisa ni cantik sangat tau. Dia ada banyak boyfriend. Ibu Alisa bukan macam Aunty Lisa , ibu kerja dekat restoran kadang-kadang ibu bawak balik ayam. Tapi ayam tu dah kena gigit. Tapi Alisa tak kisah, Alisa suka sangat. Sedap! Baiknya bos ibukan? Alisa selalu doakan untuk orang-orang yang baik macam bos ibu. Untuk orang yang selalu pukul dengan halau Alisa pun Alisa doakan.

Yalah ibu kata sebagai orang Islam yang baik, kita kenalah doakan kese..kesejahtera...an hah, susah nak sebut la. Hehehe Alisa dah tahu baca ABC, uncle Lim yang ada kedai runcit tu yang ajar. Uncle tu baik... dia selalu bagi gula-gula lepas tu dia usap kepala Alisa lembut. Dia selalu cakap 'Kesian sama lu, kesian sama lu..' Lu tu siapa ek? Alisa tak kenal la..

Ada satu hari tu, Alisa pergi main dekat taman. Lepas tu ada seorang pak cik ni kacau kawan Alisa, nama kawan Alisa tu Shira. Shira dah nangis-nangis. Alisa pukul pak cik tu, tapi pak cik tu kuat. Dia pukul Alisa kuat! Alisa tak nangis. Alisa kuat! Alisa jerit mintak tolong. Nasib baik ada abang Halim, dia kejar pak cik tu. Alisa pun tolong la Shira bangun. Tiba-tiba mak Shira datang pukul-pukul Alisa. Dia cakap Alisa buat Shira.. Mana ada, Alisa.. Alisa cuma tolong saja. Sakit badan Alisa. Tapi masa tu, abang Halim datang, dia halang mak Shira pukul. Dia cerita pasal pak cik jahat tu. Mak Shira pergi macam tu je..

Kenapa? Kenapa semua orang suka salahkan Alisa? Alisa ada buat salah ke? Kalau ada Alisa mintak maaf. Alisa tak suka la, kena marah, kena pukul, kena halau... sakit tapi Alisa dah biasa. Ibu kata ni cuma dugaan hidup. Nanti dekat syurga Allah bagi semua yang Alisa nak. Sebab tu mak suruh buat baik, solat, doa.. hah Alisa dah pandai baca doa tau. Doa makan, doa tidur, mengucap dengan doa Al-Fatihah. Ibu kata kita kena pandai baca doa. Baru Allah sayang kita. Tapi tak pe.. Alisa tak sedih pun, Alisa ada ibu yang baik dan selalu sayang Alisa...

Alisa berlari terus pergi balik. Alisa tak tahu kenapa Alisa rasa sedih sangat. Dalam perjalanan balik Alisa terjumpa Uncle Lim, Alisa terus minta maaf. Uncle macam pelik dengan Alisa. Tapi yang penting Alisa nak minta maaf. Lepas Uncle Lim kata “Wa maaf sama lu.” Terus Alisa rasa gembira. Alisa jalan lagi. Kali ni Alisa jumpa dengan Auntie Lisa. Alisa mintak maaf dengan Auntie. Auntie terus peluk Alisa kata Alisa tak pernah salah apa-apa. Tapi Alisa makin kuat menangis. Auntie terus menangis sampai lepas auntie kata untie maafkan baru Alisa rasa tenang. Alisa duduk tepi longkang besar. Tiba-tiba Alisa penat sangat.

Alisa nak balik la, dah lama dah ni nak malam dah pun. Nanti ibu risau pulak. Eh, tu kawan Alisa la! Kenapa Aishah tak balik lagi? Dia ikut siapa tu? Eh, pak cik jahat tu la!!! Alisa kena tolong ni. Alisa pukul pak cik tu dengan kayu besar. Tapi dia tak sakit... eh, dia datang dekat Alisa pulak.. Alisa lari dekat jalan raya. Pak cik tu tak sempat berhenti dia kena langgar. Alisa nak tolong dia la.. kesian dia.. banyak darah keluar. Aishah ada dekat tepi jalan dengan mama dia. Alisa lambai ajak diaorang tolong pak cik tu. Walaupun jahat dia dia manusia jugak.. mama Aishah jerit sesuatu. Tapi Alisa tak dengar. Alisa nak pergi dekat dia tiba-tiba...BUM!!!

Badan Alisa sakit sangat... Ibu..Ibu Alisa nak jumpa ibu.. Alisa sayang ibu.. Alisa nampak mama Aishah datang peluk Alisa. Kenapa dia peluk Alisa? Alisa kotor la.. darah pun banyak.. Alisa nampak mak Shira jugak, dia mintak maaf. Kenapa dia minta maaf? Alisa yang patut mintak maaf. Alisa pun cakap la... lepas Alisa cakap darah keluar banyak dari mulut Alisa. Sakitnya, ya Allah. Ibu ada pesan kalau sakit sangat ibu suruh mengucap. Alisa pun mengucap la... tiba-tiba Alisa rasa sakit yang teramat sangat dan...

Kepada sesiapa yang sakit hati dengan Alisa, Alisa mintak maaf tau. Tolong maafkan Alisa ya. Ibu, ibu jangan sedih, Alisa akan sentiasa doakan ibu. Alisa SAYANG ibu....



HAKIKAT HIDUP


kesuraman terus mendatang menghimpit diri..

kekalutan beraja menambahkan kesayuan di hati ini..

ku tentang jua walaupun kehabisan daya kudratku..





ku tak perlu mengemis..

menagih simpati kegembiraan yang tak pasti..

aku redha dengan hakikat ketentuan yang menjelma..

ku persiapkan tuk tak terjangka..



kiranya badai melanda tanpa di duga..

biarlah hati ini berdarah jua..

melempah ruah membanjiri diri ini..

ku tahu ajal dan mautku..

sentiasa disisiku tanpa diundang..





Ya ALLAH.. ku pohon dari MU..

ambil lah HAK MU aku bersedia...

KAU yang MAHA BERKUASA MAHA segala-galanya..

ALLAH HU'AKBAR.. –hasil nukilan Dini Hari.



sekian.... terima kasih DiniHari for the poem. Memang kena sangat dengan cerpen ni.



sebuah cerpen pendek dari asyu... okey tak? edited... macam tak beredit pun.. x reti nak edit camne dah

12 comments:

  1. ye ke... thanks siti.. mmg nak try buat citer sedih..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum syu...cerpen yg baik walaupun ada perkataan yg silap tp boleh di perbaiki semula dgn tambahkan situasi tu bg menarik...watak alisa tu mmg terserlah..kesimpulannya mmg baik...cerita utk pengajran semua..insya;ALLAH

    ReplyDelete
  3. wa'alaikumsalam. thanks diNihari.. hehehe ni my first sad cerpen.. mmg x pandai tulis cerpen masa ni. Nant ada masa terluang syu nak buat balik cerpen ni.. Insya-Allah... semua yang membaca dapat pengajaranya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. its ok syu...edit smula ye cerpen tu..cerita simple tp padat dgn pengajran hiudp...alhamdulillah

      Delete
  4. HAKIKAT HIDUP


    kesuraman terus mendatang menghimpit diri..

    kekalutan beraja menambahkan kesayuan di hati ini..

    ku tentang jua walaupun kehabisan daya kudratku..





    ku tak perlu mengemis..

    menagih simpati kegembiraan yang tak pasti..

    aku redha dengan hakikat ketentuan yang menjelma..

    ku persiapkan tuk tak terjangka..



    kiranya badai melanda tanpa di duga..

    biarlah hati ini berdarah..

    melempah ruah membanjiri diri ini..

    ku tahu ajal dan mautku..

    sentiasa disisiku tanpa diundang..





    Ya ALLAH.. ku pohon dari MU..

    ambil lah HAK MU aku bersedia...

    KAU yang MAHA BERKUASA MAHA segala-galanya..

    ALLAH HU'AKBAR..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai diNihari berpuitis..
      memang kena dengan cerpen ni plak tu..
      sedew syu baca hm...

      Delete
  5. sedih kisahnya...dalam realiti kisah seperti ini wujud

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn sedih2 sangat.. ye.. sebab tu syu cuba tulis cerita ni.. maaflah kalau cara penulisan syu teruk.. thanks Sha sudi jenguk sini ^_^

      Delete
  6. sedih..tapi bagusnyaa......

    ReplyDelete
  7. Uwaaa! Nangis daa. Sedihnya! Best cerita tu. Menyentuh jiw!

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)