ALISA
(hari
terakhir seorang anak kecil)
Kehidupan tak selalunya seperti yang kita sangka. Mungkin kita
mengharapkan bahagia tetapi duka yang muncul. Tanpa kita sedar, duka kita turut
disulam kemanisan... Sebuah cerita mengenai realiti kehidupan....
Alisa binti Shahrul. Namanya semanis orangnya. Seorang yang
riang bagaikan kehidupannya disulam kemanisan dunia. Namun, itu hanyalah mimpi,
mimpi seorang kanak-kanak yang tidak pernah mengenal erti bahagia. Kedaifan
hidupnya mampu meluruhkan air mata sesiapa yang memandang. Itu bagi orang yang
memandang apatah lagi Alisa dan keluarganya, tidak larat air mata mereka jatuh
lagi, air mata mereka seakan-akan kering berikutan berlalunya masa.
Kehidupan seharian Alisa,
Alisa sudah berusia tujuh tahun tapi tidak mampu ke
sekolah akibat kekurangan wang. Itulah dunia sekarang, tanpa duit,siapalah
mereka, hingga tanpa sedar dunia ini telah mengelapkan masa hadapan sesetengah
manusia. Inilah realiti kehidupan, ada antara kita yang tenggelam dengan kekayaan
didunia tetapi mungkin nanti.. mungkin nanti kita tenggelam dalam seksanya azab
di akhirat.
Kehidupan seharian Alisa sangat sedih tapi dalam kesedihan
terselit satu keperibadian yang kuat. Bangun sahaja pagi Alisa dididik untuk
mentaati tuhan yang satu, Allah s.w.t. Dugaan hidup tidak melumpuhkan keluarga
anak kecil itu untuk terus beribadat mengumpul ‘harta’ ke akhirat. Sebaik
sahaja menunaikan tanggujawab yang satu itu, Alisa yang masih kecil hanya mampu
disuap air paip dan roti yang hampir berkulat kadang kala cuma air paip yang
mampu diberikan ibunya. Namun itu sudah cukup untuk Alisa bersyukur, kerana
masih ada rezeki untuk dirinya. Lalu, selepas itu, Alisa dibiarkan bebas
berkeliaran dilorong-lorong tempat tinggal mereka atau dimana-mana sahaja. Ibunya
tidak mampu untuk mendidik dia dengan sempurna, hendak mencari sesuap nasi pun
tidak mampu apatah lagi memberi pendidikan yang lengkap.
(dari sudut diri Alisa)
Pagi ni Alisa rasa seronok sangat. Tangan ibu yang sudah
berkedut kerana dimakan air itu disalam Alisa penuh kasih sayang. Alisa mencium
pipi Ibu. Ibu pelik dengan perubahan Alisa. Seperti tak nak berpisah sahaja
dengan ibu. Alisa terus minta maaf. Ibu tanya kenapa Alisa minta maaf? Alisa
beritahu kan ibu yang kasi tahu kita kena selalu minta maaf? Ibu tersenyum
lepas tu peluk dan cium Alisa. Ibu kata ibu dah lama maafkan Alisa. Lepas itu, Alisa terus minta izin ibu nak
keluar jalan-jalan. Ibu kata boleh, melompat Alisa gembira dengan keizinan ibu.
Entah kenapa Alisa rasa seronok dan sayu sangat. Lambaian tangan ibu kali ini
nampak lain sangat.
Alisa akan berkeliaran dimana sahaja Alisa suka. Kalau Alisa
terlihat rakan sebaya melangkah ke sekolah dalam diam Alisa turut mengikuti
mereka. Jika bernasib baik, Alisa takkan didapati dan dihalau balik. Jika Alisa
didapati Alisa akan melangkah ke pinggir-pinggir bandar. Alisa suka pergi ke situ, jika Alisa duduk ditepi jalan atau
lalu di depan kedai makan, ada sahaja yang memberi Alisa sesuatu. Ada juga
segelintir orang yang akan menghalau dan memukul Alisa dengan kayu jika Alisa
duduk didepan mereka. Alisa sendiri tidak tahu pun apa salah yang Alisa
lakukan. Alisa cuma tersenyum didepan mereka. Bukankah ibu telah berkata
senyuman itu sedekah?
Di petang hari, Alisa akan melangkah ke taman permainan. Dia
suka berkawan dengan kanak-kanak disitu. Semuanya baik. Tetapi Alisa tak menyukai
mak cik-mak cik yang memakai barang kemas yang banyak, mereka suka sangat memarahi
Alisa apabila Alisa bermain dengan anak
mereka. Tapi... Alisa tak pernah ajak anak-anak mereka main dengan dia, mereka
sendiri yang datang cari Alisa, Alisa
hanya berkawan dengan sesiapa yang sudi. Lagipun ibu Alisa berpesan, kawan biar
beribu, musuh jangan satu.. hm.. macam tu la ibu Alisa pesan. Alisa pun
bukannya pandai sangat.
Alisa ada banyak kawan. Ada Lukman, Siva, Lily, Aishah, hm.. ada
lagi .. hah, Benny! Ada banyak lagi tapi Alisa lupa pula nama mereka semua.
Semua kawan-kawan Alisa duduk rumah batu, besar sangat! Tapi rumah Alisa kecil
saja.. rumah papan pula tu, lepas tu dah nak runtuh dah pun. Tapi Alisa
bersyukur sebab Alisa dengan ibu dapat tidur tanpa basah kiranya cukup nak buat
tempat teduh...
Ayah? Alisa sendiri tak tahu siapa sebenarnya ayah Alisa. Alisa
cuma tahu nama dia saja. Nama dia Shahrul. Sedapkan nama dia? Alisa teringin
sangat nak tengok muka Ayah Alisa. Ibu Alisa bagitahu ayah Alisa dah tak ada...
Hm, dia dah pergi tempat yang jauh sangat. Ibu kata ayah sakit. Sakit la tu,
sebab itu ayah Alisa suka cucuk-cucuk jarum dekat tangan dia. Itu pun Alisa
tahu dari jiran Alisa, Aunty Lisa. Aunty Lisa ni cantik sangat tau. Dia ada
banyak boyfriend. Ibu Alisa bukan macam Aunty Lisa , ibu kerja dekat restoran
kadang-kadang ibu bawak balik ayam. Tapi ayam tu dah kena gigit. Tapi Alisa tak
kisah, Alisa suka sangat. Sedap! Baiknya bos ibukan? Alisa selalu doakan untuk
orang-orang yang baik macam bos ibu. Untuk orang yang selalu pukul dengan halau
Alisa pun Alisa doakan.
Yalah ibu kata sebagai orang Islam yang baik, kita kenalah
doakan kese..kesejahtera...an hah, susah nak sebut la. Hehehe Alisa dah tahu
baca ABC, uncle Lim yang ada kedai runcit tu yang ajar. Uncle tu baik... dia
selalu bagi gula-gula lepas tu dia usap kepala Alisa lembut. Dia selalu cakap
'Kesian sama lu, kesian sama lu..' Lu tu siapa ek? Alisa tak kenal la..
Ada satu hari tu, Alisa pergi main dekat taman. Lepas tu ada
seorang pak cik ni kacau kawan Alisa, nama kawan Alisa tu Shira. Shira dah
nangis-nangis. Alisa pukul pak cik tu, tapi pak cik tu kuat. Dia pukul Alisa
kuat! Alisa tak nangis. Alisa kuat! Alisa jerit mintak tolong. Nasib baik ada
abang Halim, dia kejar pak cik tu. Alisa pun tolong la Shira bangun. Tiba-tiba
mak Shira datang pukul-pukul Alisa. Dia cakap Alisa buat Shira.. Mana ada,
Alisa.. Alisa cuma tolong saja. Sakit badan Alisa. Tapi masa tu, abang Halim
datang, dia halang mak Shira pukul. Dia cerita pasal pak cik jahat tu. Mak
Shira pergi macam tu je..
Kenapa? Kenapa semua orang suka salahkan Alisa? Alisa ada buat
salah ke? Kalau ada Alisa mintak maaf. Alisa tak suka la, kena marah, kena
pukul, kena halau... sakit tapi Alisa dah biasa. Ibu kata ni cuma dugaan hidup.
Nanti dekat syurga Allah bagi semua yang Alisa nak. Sebab tu mak suruh buat
baik, solat, doa.. hah Alisa dah pandai baca doa tau. Doa makan, doa tidur,
mengucap dengan doa Al-Fatihah. Ibu kata kita kena pandai baca doa. Baru Allah
sayang kita. Tapi tak pe.. Alisa tak sedih pun, Alisa ada ibu yang baik dan
selalu sayang Alisa...
Alisa berlari terus pergi balik. Alisa tak tahu kenapa Alisa
rasa sedih sangat. Dalam perjalanan balik Alisa terjumpa Uncle Lim, Alisa terus
minta maaf. Uncle macam pelik dengan Alisa. Tapi yang penting Alisa nak minta
maaf. Lepas Uncle Lim kata “Wa maaf sama lu.” Terus Alisa rasa gembira. Alisa
jalan lagi. Kali ni Alisa jumpa dengan Auntie Lisa. Alisa mintak maaf dengan Auntie.
Auntie terus peluk Alisa kata Alisa tak pernah salah apa-apa. Tapi Alisa makin
kuat menangis. Auntie terus menangis sampai lepas auntie kata untie maafkan
baru Alisa rasa tenang. Alisa duduk tepi longkang besar. Tiba-tiba Alisa penat
sangat.
Alisa nak balik la, dah lama dah ni nak malam dah pun. Nanti ibu
risau pulak. Eh, tu kawan Alisa la! Kenapa Aishah tak balik lagi? Dia ikut
siapa tu? Eh, pak cik jahat tu la!!! Alisa kena tolong ni. Alisa pukul pak cik
tu dengan kayu besar. Tapi dia tak sakit... eh, dia datang dekat Alisa pulak..
Alisa lari dekat jalan raya. Pak cik tu tak sempat berhenti dia kena langgar.
Alisa nak tolong dia la.. kesian dia.. banyak darah keluar. Aishah ada dekat
tepi jalan dengan mama dia. Alisa lambai ajak diaorang tolong pak cik tu.
Walaupun jahat dia dia manusia jugak.. mama Aishah jerit sesuatu. Tapi Alisa
tak dengar. Alisa nak pergi dekat dia tiba-tiba...BUM!!!
Badan Alisa sakit sangat... Ibu..Ibu Alisa nak jumpa ibu.. Alisa
sayang ibu.. Alisa nampak mama Aishah datang peluk Alisa. Kenapa dia peluk
Alisa? Alisa kotor la.. darah pun banyak.. Alisa nampak mak Shira jugak, dia
mintak maaf. Kenapa dia minta maaf? Alisa yang patut mintak maaf. Alisa pun
cakap la... lepas Alisa cakap darah keluar banyak dari mulut Alisa. Sakitnya,
ya Allah. Ibu ada pesan kalau sakit sangat ibu suruh mengucap. Alisa pun
mengucap la... tiba-tiba Alisa rasa sakit yang teramat sangat dan...
Kepada sesiapa yang sakit hati dengan Alisa, Alisa mintak maaf
tau. Tolong maafkan Alisa ya. Ibu, ibu jangan sedih, Alisa akan sentiasa doakan
ibu. Alisa SAYANG ibu....
HAKIKAT HIDUP
kesuraman terus mendatang menghimpit diri..
kekalutan beraja menambahkan kesayuan di hati ini..
ku tentang jua walaupun kehabisan daya kudratku..
ku tak perlu mengemis..
menagih simpati kegembiraan yang tak pasti..
aku redha dengan hakikat ketentuan yang menjelma..
ku persiapkan tuk tak terjangka..
kiranya badai melanda tanpa di duga..
biarlah hati ini berdarah jua..
melempah ruah membanjiri diri ini..
ku tahu ajal dan mautku..
sentiasa disisiku tanpa diundang..
Ya ALLAH.. ku pohon dari MU..
ambil lah HAK MU aku bersedia...
KAU yang MAHA BERKUASA MAHA segala-galanya..
ALLAH HU'AKBAR.. –hasil nukilan Dini Hari.
sekian.... terima kasih DiniHari for the poem. Memang kena
sangat dengan cerpen ni.
sebuah cerpen pendek dari asyu... okey tak? edited... macam tak beredit pun.. x reti nak edit camne dah
sedihnya....
ReplyDeleteye ke... thanks siti.. mmg nak try buat citer sedih..
ReplyDeleteassalamualaikum syu...cerpen yg baik walaupun ada perkataan yg silap tp boleh di perbaiki semula dgn tambahkan situasi tu bg menarik...watak alisa tu mmg terserlah..kesimpulannya mmg baik...cerita utk pengajran semua..insya;ALLAH
ReplyDeletewa'alaikumsalam. thanks diNihari.. hehehe ni my first sad cerpen.. mmg x pandai tulis cerpen masa ni. Nant ada masa terluang syu nak buat balik cerpen ni.. Insya-Allah... semua yang membaca dapat pengajaranya.
ReplyDeleteits ok syu...edit smula ye cerpen tu..cerita simple tp padat dgn pengajran hiudp...alhamdulillah
DeleteHAKIKAT HIDUP
ReplyDeletekesuraman terus mendatang menghimpit diri..
kekalutan beraja menambahkan kesayuan di hati ini..
ku tentang jua walaupun kehabisan daya kudratku..
ku tak perlu mengemis..
menagih simpati kegembiraan yang tak pasti..
aku redha dengan hakikat ketentuan yang menjelma..
ku persiapkan tuk tak terjangka..
kiranya badai melanda tanpa di duga..
biarlah hati ini berdarah..
melempah ruah membanjiri diri ini..
ku tahu ajal dan mautku..
sentiasa disisiku tanpa diundang..
Ya ALLAH.. ku pohon dari MU..
ambil lah HAK MU aku bersedia...
KAU yang MAHA BERKUASA MAHA segala-galanya..
ALLAH HU'AKBAR..
pandai diNihari berpuitis..
Deletememang kena dengan cerpen ni plak tu..
sedew syu baca hm...
sedih kisahnya...dalam realiti kisah seperti ini wujud
ReplyDeletejgn sedih2 sangat.. ye.. sebab tu syu cuba tulis cerita ni.. maaflah kalau cara penulisan syu teruk.. thanks Sha sudi jenguk sini ^_^
Deletesedih..tapi bagusnyaa......
ReplyDeletethanks Jannatul Husna
DeleteUwaaa! Nangis daa. Sedihnya! Best cerita tu. Menyentuh jiw!
ReplyDelete