BAB 4
“Assalamualaikum!!! Morning guys!”jerit Aiman riang. Nada berpandangan dengan kawan-kawannya yang lain sambil menjongkitkan keningnya. Hanif melirik jam, Amira turut mengikut perbuatan Hanif. Nada buat derk, malas nak masuk campur. Rasa sengal-sengal masih belum hilang, lebih baik dia diamkan diri.
“Wah, senangnya hati ye...”ujar Amira apabila menerima isyarat Hanif. Aiman menyanyi kecil senang benar hatinya. Semua kerja sekolah sempat disiapkan, beban yang ditanggung terasa ringan.
“Memang la senang hati. Pukul 8 pagi baru nak datang sekolah. Nasib baik Encik Mazlan masuk lambat. Kalau tak huhuhu masuk bilik 'istimewa' la mamat senang hati tu..”sindir Hanif. Aiman mula tayang penumbuk kononnya marah sangat la tu. Nada yang dari tadi memerhati ketawa melihat gelagat kawan-kawannya.
“Gelak ye... nak kena ni..”tangan Aiman pantas sahaja menyekeh kepala Nada yang bertudung. Nada sedaya upaya mengelak serangan kawannya itu, tanpa sengaja tangan Aiman tersiku lebam Nada yang baru mahu surut itu. Nada mengaduh kecil. Aiman memandang tak percaya. Nada ni gadis yang ganaz.. Aiman biasa bertepuk tampar yang lebih kuat daripada yang berlaku tadi, tetapi tak pernah pulak Nada mengaduh atau apa. 'Mesti ada apa-apa yang tak kena ni?'hati Aiman mula menaruh syak wasangka. Tak sempat Aiman mahu bertanya lebih lanjut, kedengaran suara Sam aka ketua kelas mereka memberi salam. Menandakan guru matapelajaran pertama telah pun masuk untuk memulakan sesi pembelajaran mereka.
*___*
Nada melangkah perlahan ke bawah pokok rendang di belakang sekolah. Dia suka duduk disini sambil menunggu waktu rehat berakhir. Sedang dia asyik termenung datang Aiman menyergah dia dari belakang. Terus hancur angannya makan disuap ibu tersayang. Nada mula mengembungkan pipinya, geram dengan perlakuan Aiman itu. Lalu ditekan sendiri pipinya yang kembung itu. Jika dulu Aiman yang selalu menekan pipinya kini dia sendiri menekan pipinya kerana mulai faham diantara mereka tiada ikatan yang membenarkan Aiman berbuat begitu. Masa kian mendewasakan mereka. Aiman ketawa lucu melihat gelagat Nada.
“Nada, kau ni selalu lepak tak ajak aku..”rajuk Aiman. Namun, dia masih menghulurkan bekal yang disediakan mamanya untuk Nada. Sejak tadika lagi Nada merupakan peminat setia masakan mama Aiman. Nada menyambut huluran Aiman dengan sengihan. Tahu sangat Aiman ni kalau merajuk pun tak kedekut dengannya.
“Ala, itu pun nak merajuk. Ish...ish..ish... jiwa kecik la kau ni. Nampak je tough....”Ayat memujuk Nada tu lebih kepada menyindir Aiman yang sering merajuk dengannya. Aiman mula melambuhkan punggung di sebelah Nada yang mula makan bekal yang diberikan Aiman itu.
“Kau ni kalau bab makan laju je.. Tak ingat pun orang belakang.”Nada tayang muka blur. Memang betul pun Nada ni kalau dapat makan lupa orang depan, belakang, kiri, kanan semua la pendek kata.
“ERK! Alhamdullilah!”Nada tersandar kekenyangan. Aiman menggeleng kepalanya perlahan. Memang la Nada ni tak reti nak cover sikit.
“Kau dah kenyang?”tanya Aiman. Nada mengengguk malas. Perut dah kenyang mula la mata layu.
“Aku nak tanya ni. Kau kena pukul lagi ke?”tanya Aiman serius. Tujuh tahun cukup untuk dia mengetahui apa sebenarnya kisah hidup 'bahagia' Nada. Nada mula mahu mencipta dalih. Walaupun dia terluka dengan perbuatan ibunya, dia takkan sesekali menceritakan aib ibunya.
“Eh, mana ada. Kelmarin aku jatuh bilik air.”ujar Nada bersungguh-sungguh. Aiman masih meragui kejujuran cerita Nada itu.
“Kau jangan...”
'KRING!!!!' loceng menandakan waktu rehat sudah tamat. Nada pantas melangkah menuju ke kelas. Aiman masih duduk bersantai di bawah pokok itu.
“Nada, Nada... kau tak cerita pun aku boleh nampak dari mata kau tu..”bisik Aiman perlahan.
“Woi, kau nak rasa roti panjang cikgu Latif yang sedap tu ke?”laung Nada dari jauh. Aiman terus bangkit menuju ke kelasnya. Tak sanggup dia nak merasa air tangan cikgu displin mereka itu.
*____*
“Nada! Meh, tolong mak Embun kejap...”panggil mak Embun lembut. Nada datang dengan
senyuman terlukis diwajahnya. Dia suka sangat kalau-kalau perkhidmatan dia diperlukan dirumah itu. Airil yang sedang bersantai didapur rumah majikannya ketawa melihat reaksi yang dipamerkan Nada. Anak itu melompat-lompat teruja dapat membantu sesuatu.
“Wah, banyaknya lauk yang Mak Embun nak masak! Kenapa banyak sangat ni, ada tetamu ke?”tanya Nada teruja. Sudah lama rumah mereka tak menyediakan makanan sebegini banyak. Kali terakhir, masa Irwan dan Johan balik semasa cuti. Tapi sekarang bukan musim cuti, jadi jamuan ni untuk siapa???
“Hah, malam ni kita ada tetamu. So, Nada kena jadi good girl tau..”Mak Embun berkata-kata sambil mengacau lauk. Nada terlopong.
“Wow, mak Embun speaking tu...!”jerit Airil dan Nada serentak. Lalu mereka ketawa terhambur apabila melihat mata Mak Embun yang dah terjegil itu. Mak embun turut ketawa, senang hati dia melihat anak majikannya happy selalu.
*_____*
'TING TONG'
Nada berlari anak mahu membuka pintu rumahnya. Kelihatan Linda dan mak Embun tergesa-gesa menyiapkan meja makan. Nada memperkemaskan bajunya sebelum membuka pintu. Nampaknya tetamu malam itu mestilah seseorang yang penting mata Nada bagaian nak tersembul melihat tetamu mereka itu. Aiman dan keluarganya! Sememangnya Nada dan aiman sudah lama berkawan tetapi dia belum pernah berjumpa dengan ahli keluarga Aiman kecuali mama Aiman. Linda bersalaman dengan Alia, mamanya Aiman dan Seorang gadis sekitar 15 tahun umurnya. Mungkin kakak si Aiman. Nada meniru perbuatan ibunya. Mereka berjalan beriringan ke meja makan.
“Pst..pst.. Aiman. Kau tak bagitahu pun papa kau kenal dengan ayah aku.”bisik Nada yang duduk disebelah Aiman. Aiman tersengih.
“Dah kau tak tanya.”balas Aiman selamba. Nada geram. Mula dia buat mukanya tu. Lalu ditekan pipinya spontan. Perlakuannya mendapat perhatian kakak dan abang Aiman. Mereka ketawa, lucu melihat karakter Nada yang sebijik macam kartun. Nada tersipu-sipu malu. Mereka menjamu selera sekali lagi Nada tersipu-sipu malu, dia 'ter'sedawa kuat tak sempat nak cover... Amir dan Danial buat-buat tak nampak. Malu mereka dengan kelakuan Nada itu.Seusai makan Huzairil menyuruh Nada membawa anak-anak temannya itu mengambil angin malam digazebo rumah mereka. Nada pantas menurut perintah ayahnya itu. Abang dan adiknya sudah membawa diri ke bilik masing-masing.
“Hai, kita belum berkenalan lagi. Nama akak, Nur Batrisya. Panggil akak isya...”tangan dihulur sekali lagi, Nada menyambut sedikit kekok. Dia mana ada kawan, ada tu pun tiga orang je. Si Aiman, Hanif dan Amira itulah kawannya sejak kecil.
“Nada. Nur Nada.”kata Nada sedikit formal. Nada memintak pertolongan Aiman menggunakan lirik mata. Aiman sudah trsengih tahu sangat yang Nada gabra dulu masa baru kenal dengan Hanif dan Amira pun macam ni jugak.
“Ni pulak Abang Sulaiman. Nada panggil je abang Man.”kata Isya lagi. Dia menahan tawa, kelakar melihat gelagat Nada yang malu-malu kucing dan asyik menjeling Aiman.
“Okey, tamat sesi perkenalan. Kalau abang Man dengan kak Isya nak tahu, Aiman ni anjel Nada tau..”ujar Aiman dengan wajah bangga. Nada mula nak mencubit Aiman. Geram dengan Aiman yang tak reti nak simpan rahsia.
“Anjel? Anjel tu apa? Boyfriend ke?”tanya Isya keliru. Sulaiman mula tak senang duduk.
“Kau biar betik, Aiman kau tu baru 11 tahun jangan nak mengatal ya..”kata Sulaiman pantas. Risau sungguh dia ni.
“Yo, yo, relaks la kak, abang. Anjel tu maksudnya Angels, malaikat. Dulu Aiman yang selamatkan Nada dari kena buli. Lepas tu Nada panggil Aiman anjel. Kiranya malaikat pelindung dia la..”terang Aiman sambil ketawa. Nada turut ketawa. Geli hati melihat kelakuan Isya dan Sulaiman. Isya tersenyum. Sulaiman hanya sekadar melepaskan nafas lega.
“Abang dengan kakak ni umur berapa?”tanya Nada yang mula ramah.
“Oh, umur kakak 17 dan abang Man ni umur dia baru 14 tahun. Kiranya nanti kalau kamu masuk sekolah menengah dia aja yang ada. Kakak dan habis sekolah dah masa tu.”kata Isya girang. Sulaiman turut tersenyum melihat Nada yang kadang kala tertawa riang mendengar celoteh kakaknya. Entah kenapa hatinya tercuit dengan wajah polos Nada.
“Nada ni dah dapat kawan baru mesti lupa dekat Aimankan..”ujar Aiman dengan suara yang sengaja di lirihkan. Isya dah terjegil matanya melihat kelakuan manja adiknya itu. Jarang adiknya menunjukkan aksi yang mengada-ngada. Sulaiman juga terkejut. Hatinya sedikit sakit.
“Memang la, kak Isya lagi best dari Aiman. Tak nak la kawan dengan Aiman dah.”Ujar Nada dengan riak yang serius. Isya sudah ketawa melihat reaksi Aiman. Sulaiman pula sudah menarik muncung.
“Ala, orang gurau je. Jangan la tak kawan dengan Aiman...”kali ini suara Aiman benar-benar kedengaran sedih. Nada memandang wajah Aiman, mata Aiman sudah berair menandakan malam itu bakal 'hujan'. Terus meletus ketawa yang ditahan sejak tadi.
“Hahaha, spoil la Aiman ni. Orang pun gurau jelah. Sikit-sikit leleh, sikit-sikit leleh, tak padan dengan lelaki.”ujar Nada sambil ketawa seronok dapat kenakan Aiman.
“Amboi, manjanya Aiman dengan Nada. Sampai pernah nangis-nangis, kalau depan kak Isya dengan Abang Man tak pernah pulak nak nangis..”ujar Isya sedikit mengusik. Aiman sudah mulai tenang.
“Memang la manja. Nada ni milik Aiman seorang je tau.”ujar Aiman bersungguh-sungguh.
“Mimpi jelah Aiman, Nada ni milik Abang Man je tau.”ujar Suaiman perlahan. Namun dapat ditangkap oleh Isya. Isya mengulum senyum. Nampaknya Nada cukup bermakna untuk adik-adik lelakinya.
“Dah-dah, Nada ni bukan milik sesiapa. Nada punya suka la dia nak jadi milik siapa pun. Nada, Nada ada adik beradik ke? Yang dua orang tadi tu siapa?”kata Isya pantas . Pertanyaan Isya itu membuat Nada terkedu.
“Oh, itu abang dan adik Nada. Nada ada empat orang adik beradik lelaki. Yang sulung namanya Amir yang tadi tulah, kedua Irwan, ketiga Johan, depe dua ada dekat johor masuk Asrama penuh. Diaorang tu kembar. Dan yang terakhir tu budak yang duduk sebelah ayah Nada tadi tu merupakan adik Nada, namanya Danial.”Terang Nada. Tiada langsung riak teruja ketika menceritakan perihal adik beradiknya itu.
“Oh, yang adik Nada tu, umurnya sama dengan Nada dan Aimankan. Kembar ke?”tanya Isya lagi. Aiman dari tadi menyiku perlahan kakaknya tetapi tak dihiraukan Isya.
“Tak.. Tak la. Kami bukan kembar. Dia lahir empat bulan lepas Nada. Nada ni adik beradik seayah dengan diaorang..”ujar Nada perlahan.
“Owh.. mak Nada mana?”tanya Isya lagi. Kali ni mata Aiman dah terbeliak. Tak sangka kakaknya akan mengeluarkan soalan keramat itu. Wajah Nada berubah redup.
“Nada.. Nada tak tahu..”ujar Nada perlahan hampir tak kedengaran.
“Oh, Maaf..”ujar Isya. Dia tak tahu dan tak bermaksud mahu menyakiti hati Nada. Rasa simpati mula memenuhi hati Isya dan Sulaiman apabila wajah polos Nada mula redup. Mereka hanya diam membiarkan Nada melayang perasaan seorang diri.
“Isya,Man, Aiman jom balik..”Ajak Alia. Suara Alia mematikan lamunan Nada. Mereka bersalaman. Isya sempat berbisik kata maaf kepada Nada. Nada hanya mampu tersenyum. Dia sungguh rindukan ibunya yang tak pernah dia kenali..' ibu, ibu sayang Nada tak?' hati Nada sudah menangis tetapi dia tetap mempamerkan senyumannya. itulah Nada seorang anak yang sangat tabah.
#bersambung..
okey tak? nak buat cerita tak reti ni kira baru nak jinak-jinak la dengan cerita sedih..
tolong komen tau.. baru asyu sayang...
cian....banyakan sabar nada.
ReplyDeleteHadoii,datang sowang lagi
ReplyDelete