Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Tuesday, 22 January 2013

nevotunis. Cerpen pendek


LAIN TAPI CINTA
novelis+kartunis
=
NOVETUNIS



“Alah kau tu otak lembab.. tak boleh berimaginasi. Sebab tu kau jadi kartunis...”perli Airil, seorang novelis. Bengang kerana Putri Laila mendapat anugerah pelukis terbaik di syarikat McDerg.co. Bengang-bengang la jugak burger daging special jangan dilupa.

“Kau tu lagi la, dah la lelaki boleh pulak jiwang-jiwang... Aku ni terlebih imaginasi. Aku boleh bayangkan lukisan tu hidup kau? Apa barang...”Putri Laila mula bengang. Walaupun mereka sudah berjiran sejak 10 tahun yang lalu malah berkawan baik dan jika kamu nak tahu mereka ni kamceng cuma bila masuk bab kerja masing-masing tak nak kalah.

“Kau tunggu je la. Novel kedua aku ni bakal jadi buku terlaris tahun ni..”kata Airil riak. Putri menjelir lidah. Ada dia kisah.

“Ye aku tunggu. Kau tak payah nak tunggu untuk tengok aku. Novel grafik aku semuanya laris...”kata Putri sengaja menyakitkan hati Airil.

“Tak payah la nak bernovel grafik sangat... Geli telinga aku tahu..”Airil mula menggoyang-goyangkan cuping telinganya, konon-kononnya geli. Putri mengetap bibir. Geram mula menggunung. Dari mereka bergaduh lebih teruk baik dia blah. Putri bangun meninggalkan Airil yang masih sedap mengunyap burger dagingnya. Asalnya Putri nak kongsi berita gembira ni.. last-last jadi gaduh pulak.

Airil rasa bersalah. Dia tak berniat untuk menyakiti hati kawan terbaiknya. Semasa mereka masih belajar disekolah menengah mereka pernah berjanji untuk saling menyokong. Namun, kini disebabkan persektif yang berlainan membuat mereka selalu bergaduh. Airil takut kalau dia hilang persahabatan yang indah ini. Terlalu banyak kenangan dia dah Putri.

**********************************************************************

Malam itu....


“Put... Oo.. Put..”panggil Airil dari balkoni biliknya. Sememangnya biliknya menghadap bilik Putri yang turut mempunyai balkoni. Pintu cermin yang jenis slide di tolak perlahan oleh Putri. Putri buat muka monyok. Sengaja, dia mahu mendengar kata-kata pujuk yang romantis dari Airil. Yelah kata novelis mestilah pandai kata-kata yang romantis ni..

“Hai...”kata Airil kekok, selalunya dia suka bercakap tetapi apabila tengok muka Putri yang monyok terus hilang idea yang dikarang dalam otaknya. Putri menahan tawa. Kelakar dengan Airil yang menulis malah sudah menerbitkan sebuah buku novel yang jiwang tapi tak mampu bercakap untuk memujuk perempuan.

“Erm...erm... aku..aku..”kata Airil tergagap-gagap. Kepala yang tidak gatal digaru-garu. Putri geram, tidak sabar dengan Airil yang terlalu lembab berkata-kata itu.

“Erm..erm..apa??!”sergah Putri. Airil yang pantang disergah itu pantas menjawab.

“Aku sorry. Aku cinta padamu..”Airil pantas menutup mulut. Tangannya memukul mulutnya yang gatal menyebut ayat akhir itu. Putri mengangguk-angguk. Macam tak kisah. Airil garu kepala.
“Oh... nak cakap sorry dengan cinta dekat aku pun susah..”Putri terdiam selepas menuturkan kata-kata itu.

“What? Cinta?! Are you lost your mind?”tanya Putri.

“Kau biar betik Airil? Dah la kita ni tak sehaluan.. jangan nak sebut-sebut lagi pasal cinta cintun ni..”kata Putri perlahan tetapi tegas. Airil sudah kaku. Sedih la, cinta pertamanya ditolak mentah-mentah tak tunggu separuh masak pun...Hm..dah nasib... redha je la... Putri masuk ke dalam biliknya. Pintu cermin itu ditolak laju.

Putri sudah dup dap dup dap. Tak sangka kawan baiknya menyimpan perasaan kepadanya. Dia tidak mahu persahabatan ini terputus disini. Dia akui dia turut merasai perasaan itu tetapi dia takut.. takut kehilangan... Biarlah mereka begini sahaja.


*____*



Hari mula berlalu dengan pantas. Sudah hampir dua minggu kejadian itu berlalu. Namun, keadaan 'panas' tetap berlarutan. Putri tidak betah duduk berdua dengan Airil. Ada sahaja yang menjadi bahan pertelingkahan mereka, sampaikan mengenai sambal belacan pun boleh gaduh.

“Wei, yang kau ambik sambal belacan tu kenapa? Mama simpan untuk aku la!”bentak Airil. Mama tersebut merujuk kepada mama Putri. Puan Aini, si mama hanya mampu mengeleng. Putri mencebik.

“Perasan la kau! Ni mama aku konfem dia simpan untuk aku.”kata Putri tak mahu kalah. 'dah la datang rumah orang mintak makan. Tak malu punya olang!'kata-kata itu sekadar bergema dalam fikiran Putri. Mati la dia kalau dia cakap macam itu depan mama dia yang terkenal sebgai seorang singa. Bakat tersembunyi tu, jangan main-main.

“Tak kira! Bagi aku sambal tu sekarang jugak!”Airil sudah mahu mengagau sambal yang berada dalam pingan Putri. Putri menepis tangan Airil. Berlakulah perebutan sambal belacan pujaan hati.

“Stop!!!”jeritan Puan Aini mampu menghentikan dua orang yang dah menunjukkan ciri-ciri kucing dan anjing jadian itu.

“Kamu dua orang ni kenapa? Nak sambal ya, Airil? Tunggu kejap, mama buatkan.”ujar Puan Aini sambil melangkah ke dapur.

“Kau punya pasal la mama kena buatkan!”ujar Airil sedikit berbisik. Mata Putri membulat.

“Apsal aku pulak? Kau la yang salah. Aku tak merengek pun nak sambal bagai..”bidas Putri sambil mencecah tempe goreng ke sambal belacan. Ump.. sodap... den kato!

“Yelah, kalau kau bagi sikit sambal tu tak ada la mama kena buatkan yang baru..”ujar Airil yang sudah terliur melihat keasyikan Putri mencecah tempe dan sambal.

“Argh! Tak de maknanya. Bukannya mati pun kalau tak makan sambal belacan ni..”Putri yang sudah habis makan bangun dan meninggalkan Airil yang terkebil-kebil. Betul jugak cakap si Putri ni. Tapi apa yang penting sambal belacan tersodap didunia sudah sampai!!! kita makan dulu!



*_____*



Putri melangkah ke dalam restoran bersama Encik Khairul, ketua editornya. Tadi mereka terlampau asyik membincangkan karya yang sesuai untuk genre remaja-remaja kini. Terlalu banyak pilihan yang disukai oleh remaja sekarang. Walaupun Putri boleh melukis pelbagai jenis genre, dia lebih suka melukis kisah cinta tau kekeluargaan. Sepatutnya lunch pukul 1, mereka ni lunch pukul 4. Memang antibodi kuat betul la diaorang ni.

“Putri apa pendapat kamu mengenai kartunis tanah air kita?”tanya Encik Khairul seusai mereka duduk bersama makanan ditangan masing-masing. Makan bufet je senang kalau dah lewat-lewat macam ni.

“Saya rasa kartunis tanah air kita tak kurang hebatnya, bos. Bos tengok saja Kaoru, dia tu asal Perak aja bos. Yang penting kreatif. Ben atau Benjimen, dia siap dapat iktiraf kartunis antarabangsa. Saya memang tabik spring dengan mereka.”ujar Putri bersungguh-sungguh. Encik Khairul tersenyum.

“Bagus, bagus semangat macam ni yang kita perlukan dalam industri komik yang sedang membangun ini. Tak sangka saya awak kenal dengan kartunis tanah air. Ingatkan budak-budak sekarang ni tahu layan mangaka daripada Jepun dan Korea sahaja.”tersenyum Putri mendengar kata-kata bosnya itu. Seronok la tu kena puji dengan bos.

“Bos ni, konfem ada yang layan hasil karya kartunis Malaysia. Kalau tak layan tak ada la syarikat bos tu.”ujar Putri selamba. Dia ni memang jenis cakap lepas saja.

“Betul, betul, betul!”ujar Encik Khairul sambil ketawa. Hai, nasib baik la bos jenis kaki layan, kalau tak say sayonara la dekat industri seni ini.

Airil yang kebetulan ada meeting di situ, mula menghendap Putri yang dilihatnya tengah seronok bergelak ketawa dengan seorang lelaki pertengahan umur. Hati Airil mula panas. Dah la Putri tolak cinta dia mentah-mentah, lepas tu boleh pulak cari pakwe yang tak hensem. Ni, yang hangin ni!

“Hai, sayang!”ujar Airil. Putri sudah terkejut dengan kemunculan selamba badak, bukan selamba badak dah, ni dah kira selamba gajah si Airil. Airil menyading saja duduk disebelah Putri.

“Siapa ni, sayang?”tanya Airil kepada Putri. Putri sudah memberi jelingan tajam. 'Blah la kau dari sini!' bidas Putri melalui matanya. Terangkat-angkat kening Airil, bila melihat isyarat Putri itu. 'Amboi, kau seronok makan kat sini! Lepas tu kau nak aku blah macam tu je?'Airil tak mahu kalah.

“Eh, Putri dah kahwin ke tak tahu pulak saya?”soal Encik Khairul teruja. Putri mula serba salah.

“Ma..”tak sempat Putri nak bangkang pertanyaan Encik Khairul, Airil sudah memotong bicaranya.

“Kami baru bertunang aja. Encik ni siapa ya?”pernyatan Airil itu membuat Putri rasa nak terbalikkan meja didepan mata.

“Oh, ye ke! Taniah la saya ucapkan. Saya ni ketua editor Putri. Tapi dia memang suka panggil saya bos.”riak muka Encik Khairul menunjukkan betapa dia teruja mendapat tahu pekerja terbaiknya sudah bertunang. Tak sangka!

“Hehehe Ketua editor rupanya..”ujar Airil tersengih-sengih. Dia sudah bangun, mahu membuka langkah seribu. Namun Putri lebih pantas. Ditarik hujung baju Airil sehingga lelaki itu jatuh terduduk diatas bangku.

“Tak apalah, Putri,awak balik dengan Encik...”terdiam encik Khairul. Baru dia sedar dia tidak mengenali tunangan si Putri ini.

“Airil!”pantas Airil memberitahu.

“Yes, Airil. Putri bali dengan Airil sahaja ya. Saya ada hal lagi selepas ini. Assalamualaikum!”ujar Encik Khairul. Dia sudah berlalu ke kaunter untuk membayar makanan mereka.

“Hehehehe tunang ya, Encik Airil.”terpancar-pancar api dari bijik mata Putri. Airil pantas berlari keluar dari restoran itu.

“Jangan lari!!!”jerit Putri dia sudah tidak mempedulikan mata-mata yang memandang. Yang penting, Airil tu memang nak kena belasah! Maka berlakulah aksi kejar mengejar antara Putri dan Airil yang sememangnya akan arwah kalau Putri dapat menangkapnya.




*____*




“Hish! Mana la mamat poyo ni...”rungut Putri yang sedari tadi menunggu Airil. Mereka sudah berjanji akan lepak bersama hari ini. Awan sudah gelap, tidak lama kemudian, hujan mula merintik. Lama-kelamaan hujan semakin lebat. Putri mengeluh. Dah hampir setengah jam dia menunggu Airil dibus stop itu. Kalau la dia tahu Airil akan selambat ni, baik dia bawak kereta sendiri.
“Eh, tu bukan Airil ke? Dengan siapa pulak tu. Amboi! Seronoknya dia jalan dengan awek mana entah. Sampai lupa dekat aku yang terpacak dekat sini macam tiang elektrik.”dengan perasaan yang sebal Putri menyeberang jalan raya tanpa menoleh ke kiri dan kanan. Tiba-tiba Putri rasa badannya dirempuh sesuatu. Barulah dia sedar, yang dia dilanggar oleh sebuah kereta. Putri mula merasa sakit dibahagian jari kirinya. Sakit teramat sangat!

“Cik, Cik?”panggil pemandu kereta itu. Putri tidak mampu mnejawab. Kesakitan yang dia alami semakin menyucuk. Akhirnya pandangnya gelap...



*____*


“Hm..”Putri masih lagi mamai. Dia cuba membuka matanya yang terasa berat. Silau la pulak! Tangan yang terasa sengal dibawa ke mata. Mahu digosok.'Aik, tangan sapa pulak ni?' fikiran Putri masih belum waras. Pelik pulak dia lihat tangan yang berbungkus itu.

“Ya Allah! Putri dah tahu tangan tu berbalut, kenapa gerak-gerakkan lagi?”Marah puan Aini. Muka Putri yang blurr mengundang rasa kasihan dihati Dr. Hazif yang sedar tadi terpacak disisi Putri.

“Apa mama cakap ni? Putri tak faham...”ujar Putri yang semakin sedar itu. Puan Aini mengelengkan kepalanya. Hai, susah benar nak sedarkan anak daranya ini.

“Putri sayang, tadi Putri eksiden. Jari kiri Putri patah.”ujar Puan Aini lembut. Putri mula sedar. Dia mula meliarkan pandangan matanya ke seluruh bilik itu.

“Siapa lelaki ni?”tanya Putri lagi. Lelaki itu tersenyum melihat Putri yang mula eka dengan keadaan sekeliling.

“Ni la Dr. Hazif. Dia juga la terlanggar Putri.”ujar Puan Aini penuh sabar melayang karenah anaknya itu.

“Saya minta maaf, tak sangka awak akan keluar tiba-tiba. Saya tak sempat brek..”ujar Hazif penuh kesal.

“Tak apalah. Sekejap! Tangan...? mama kata tangan Putri patah?”tanya Putri kalut.

“Erk, ya.. eh, bukan tangan patah. Jari sahaja!”terang Hazif turut kalut. Putri mula menangis.

“La, kenapa anak mama ni menangis?”tanya Puan Aini agak risau melihat perubahan mood anaknya itu.

“Macam.. macam mana Putri nak melukis? Lagi 3 minggu je lagi deadline....”ujar Putri dalam esakkannya.

“Ish, mama ingatkan apalah tadi. Mama dah call Encik Khairul. Dia kata tak apa. Kerja tu biar dulu.”ujar Puan Aini laju apabila tangisan Putri agak kuat. Putri sudah berhenti menangis.

“Betul ke?”tanya Putri. Puan Aini mengangguk-angguk. Putri tersenyum senang. Dah lama tak holiday. Best jugak kalau pergi jalan ni.. Putri..Putri itu pulak yang diingatnya.


*____*


Sudah dua minggu Putri menghilang. Airil mula tak senang duduk. Ingatkan Putri merajuk dengannya kerana terlupa temu janji mereka. Tetapi, batang hidung Putri langsung tidak kelihatan sepanjang dua minggu ini.

“Putri sayang angkat la call ni...”ujar Airil berbisik. Airil tersentak apabila ahunya ditepuk lembut. Kelihatan Encik Zainal tersenyum manis.

“Papa ni, suka buat Airil terkejut tau..”ujar Airil sedikit manja. Encik Zainal sudah ketawa melihat perangai anak tunggalnya itu.

“Kamu ni kenapa Airil?”tanya Encik Zainal. Airil sudah terkulat-kulat.

“Mana ada apa-apa...”ujar airil perlahan.

“Tak payah nak tipulah Airil. Papa tahu kamu rindukan Putrikan, kan?”tanya Encik Zainal. Terus terhambur ketawa Encik Zainal apabila wajah putih anaknya itu berubah kepada merah.

“Pandai-pandai je papa ni..”ujar Airil sambil berlalu masuk ke biliknya.

“Putri pergi melancong, hari ni dia balik!”jerit Encik Zainal. Airil yang berada didalam bilik tersenyum girang.



*____*


“Terima kasih, Hazif sebab sudi tolong ambik saya di stesen bas.”ucap Putri ikhlas. Hazif tersenyum senang.

“Apa pulak terima kasih, bagai ni? Kan Putri dah macam adik saya sendiri.”ujar Hazif. Kata-kata Hazif mengundang senyuman diwajah Putri dan Puan Aini. Mereka bersembang dilaman rumah Putri. Sesekali terhambur gelak ketawa dari mereka. Airil yang kebetulan baru balik dari mencari ilham untuk novel keduanya terpaku melihat kemesraan Putri dan seorang lelaki. Meluap-luap rasa marah mengantikan rasa rindu yang terbungkam dihatinya. Dengan langkah yang panjang dia pergi ke arah Putri yang asyik ketawa. Apa yang lucu sangat tu tak tahu la..

“Amboi.. dah lama tak jumpa kaukan. Kau balik-balik dah bawak jantan. Taniah la aku ucapkan.”kata Airil sambil menepuk-nepuk tangannya. Habis bicara Airil terus berlalu ke rumahnya. Putri dan Hazif berpandangan. Putri mengangkat bahu.

“Kenapa tu?”tanya Hazif.

“Tak tahu. Datang bulan kot..”ujar Putri dia buat-buat sibuk. Balutan tangannya sudah dibuka. Dah seminggu dibuka. Cuma dia gatal pergi melancong seorang diri.

“Hahaha macam-macam la kamu ni, Putri. Dah la, saya mintak diri dulu.”kata Hazif sambil menyalami Puan Aini. Sebaik sahaja Hazif pergi Puan Aini berbisik ditelinga anaknya.

“Baik, kamu terangkan dekat si Airil tu. Nanti merajuk pulak budak tu..”Puan Aini berlalu masuk ke dalam rumah.

“Mama!”jerit Putri. Dikerling balkoni bilik Airil. Biarlah malas nak pujuk..


*____*



“Hish, sengaja je minah ni. Tak kisah ke dia dengan kata-kata aku tadi?”ujar Airil yang mula runsing dengan kelakuan sepi Putri. Airil yang tidak dapat menahan geram melangkah ke balkoni biliknya.

'Bukak pintu balkoni sekarang jugak!'Airil menghantar sms.

'Tak nak!'balas Putri.

'Kalau tak bukak aku jerit sampai satu taman boleh dengar!'ugut Airil. Tidak lama kemudian pintu balkoni Putri terbuka. Terpacul wajah Putri yang masam.

“Hm.. Nak apa?”tanya Putri nak tak nak. Airil menayang muka masam.

“Ehem,ehem.. tadi tu siapa?”tanya Airil dengan suara machonya.

“Jantan yang aku bawak balik la. Dah la. Bye!”ujar Putri kasar sambil masuk ke dalam biliknya. Didalam bilik Putri ketawa guling-guling diatas katil. Padan muka kau!

“Erk.. aku yang merajuk ke dia ni? Konfius. Konfius..”ujar Airil sendirian sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Airil mula merencana idea untuk memikat hati si kartunis.


*____*



'Hai dear, please forgive me.. :'(
this special for you... '

Putri tersenyum melihat novel grafik itu. Tak sangka Airil akan membazirkan duit membeli sesuatu yang dibencinya. Nak marah ke tak nak marah? Nak marah ke tak nak marah? Nak marah ke...

“Tak nak marah!”sedikit terjerit Putri apabila ditepuk dari belakang. Terkejut yang amat.

“Tak nak marah siapa?”tanya Hazif yang sengaja datang melawat Putri tengah hari itu.

“Ada la..”ujar Putri malu-malu.

“Put.. jom, Hazif nak kenalkan seseorang yang special.”ujar Hazif teruja.

“Siapa? Makwe?”soal Putri yang turut terjangkit teruja si Hazif.

“hm.. ada la..”ujar Hazif malu-malu. Putri bangun mengikuti langkah Hazif yang sudah mendahului dia.

Tanpa disedari, terdapat seorang lelaki yang asyik mengekori mereka berdua. Siapa lagi kalau bukan si Airil. Airil sudah makan hati. Dia mengekori langkah merpati sejoli itu. Kelihatan mereka berdua masuk ke sebuah restoran yang boleh tahan mewahnya.

Kelihatan lelaki itu menarik bangku untuk Putri. Airil mengepal-ngepal tumbukannya. Tanpa soal selidik Airil terus menumbuk lelaki itu. Terjerit Putri yang baru sahaja melabuhkan diri.

“Awak ni kenapa Airil?”tanya Putri kasar.

“Sebab kau..”terhenti ayat Airil apabila seorang perempuan berlari mendapatkan lelaki yang sedang terduduk sakit.

“Sayang!”jerit perempuan itu. Terkedu Airil dan Putri. Mereka berpandangan...


*____*


“Abang..”panggil Putri lembut. Baru beberapa jam mereka diijabkabulkan. Airil tersenyum manja. Dipeluk pinggang isterinya yang ramping.

“Hm..”

“Abang...”panggil Putri meleret-leret.

“Ya sayang!”jawab Airil gatal.

“Esok buku kita akan berada dipasarankan?”tanya Putri teruja. Buat julung-julung kalinya karya mereka bersama akan berada dipasaran. Novel grafik yang romantis. Airil menulis isi novel manakala Putri melukis illustrasinya. Ini semua adalah jasa Encik Khairul yang mencadangkan idea itu.

“Sayang ni. Tak sampai sehari kita kahwin dah ingat kerja..”ujar Airil sedikit merungut. Putri tertawa kecil.

“Abang ni.. itukan macam anak kita..”kata Putri manja.

“Tu anak tipu.. hehehe”tiba-tiba Airil ketawa nakal. Putri mencubit Airil tahu sangat apa yang berada didalam fikiran suaminya. Otak kuning!

“Gatal la abang ni!”rungut Putri. Rungut-rungut manja saja..

“Gatal dengan sayang saja..”ujar Airil sambil menguncup pipi isterinya. Putri tertawa senang.

“Abang, kalau kartunis campur novelis jadi apa ye?”tanya Putri tiba-tiba.

“Hm.. jadi... Nevotunis la... nevotunis kita..”ujar Airil sambil menarik tangan Puteri ke bawah. Pastinya mama Putri dan papa Airil masih belum makan.

“Jom. Temankan mama dan papa makan..”ujar Airil dan Putri serentak. Mereka tertawa bahagia. Akhirnya kelain itu juga yang menyatukan mereka.. semoga bahagia ini kekal untuk selam-lamanya.


#lama dah cerita ni ada kat folder lappy asyu.. hari demam, dlm demam-demam ni asyu tulis jugak. yelah bosan la duduk umah =__= enjoy la cerita ni..
tak tau best ke tak..

6 comments:

  1. assalamualaikum wbt syu...hihihihi..best cerpen ni..gelak di buatnya...mmg x bosan membacanya..saya suka novel ni...lawak bagai2..dgn kata2 sempoi lg..tahniah...wasalam

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. hehehe dah nama cerpen :) thanks chaya :D

      Delete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)