BAB 6
“Bangun!!!” Sam memberi arahan apabila melihat kelibat Puan Maznah. Semua pelajar darjah 5 bangun memberi salam kepada guru kelas mereka itu. Aiman menyiku Hanif yang duduk diantara dia dan Nada apabila terlihat seorang murid baharu.
“Wei, ada budak barulah..!”bisik Hanif pula kepada Nada. Nada tidak menghiraukan mereka. Kertas-kertas latihannya yang bertaburan diatas meja lebih penting dari apa yang dibisikkan kawannya itu.
“Kelas, minta perhatian sekejap!”Puan Maznah bersuara lantang. Ada diantara pelajar yang sedang membuat kerja masing-masing terus memandang cikgu mereka, kecuali Nada yang masih sibuk menyusun kertas-kertasnya.
“Kita ada pelajar baru. Dia berasal....? sila perkenalkan diri kamu.”cikgu Maznah sudah duduk dikerusinya.
“Saya, Muhamad Irfan bin Affandi. Selamat berkenalan. Saya berasal dari Taiping,Perak. Saya berpindah ke sini keranan mengikut ayah saya berpindah tempat kerja..” terang Irfan tanpa berkelip melihat Nada yang asyik dengan kerjanya. Lama Irfan merenung wajah Nada yang khusyuk membuat kerjanya.
“Irfan? Irfan?!”panggil Puan Maznah kuat. Tetapi masih tidak mampu membawa Irfan ke dunia mereka. Lalu meja ditepuk kuat.
'DUM!'
“Oh, my, oh, my lady...”terpacul perkataan itu dari mulut Irfan. Seisi kelas sudah ketawa melihat telatah rakan baru mereka itu. Nada yang tak tahu menahu turut ketawa apabila seluruh kelas ketawa. Puan Maznah sekadar mengelengkan kepalanya.
“Awak ni Irfan baru sehari dah ada gimik ye... dah,dah awak duduk disebelah.....”mata Puan Maznah meliar mencari meja kosong. 'Tolong la, tolong la suruh aku duduk sebelah budak perempuan comel itu.'bisik hati Irfan.
“Sebelah.....Nada.”seusai Puan Maznah berkata, Irfan masih termangu-mangu ditempat dia berdiri.
“Oh, cikgu minta maaf. Tu di meja hujung, disebelah budak perempuan itu.”ujar Puan Maznah menyedari anak muridnya itu masih belum mengenal sesiapa. Irfan tersenyum lebar. Dia melangkah ke meja yang ditunjukkan cikgu tadi.
Irfan melabuhkan punggungnya di sebelah Nada. Nada sibuk menyalin nota yang diberikan Puan Maznah. Nada langsung tidak menyedari kehadiran Irfan disisinya. Yang penting dia harus siap segera nota tersebut selepas itu dia mahu menyelesaikan kerja matematiknya yang tidak sempat disiapkan semalam.
Puan Maznah sudah pun keluar dari kelas. Aiman menghampiri pelajar baru yang boleh tahan kacak itu. Tapi tak boleh nak kalahkan kekacakkannya. Irfan yang sedang menyusun alat tulisnya terkejut apabila Aiman tiba-tiba menyergahnya.
“Hahaha, tak sangka kau ni jenis cepat terkejut.”ujar Aiman yang ketawa geli hati. Irfan sekadar menarik sengih.
“Oh, ya! Nama aku Aiman.”ujar Aiman sambil menghulurkan salam perkenalan. Irfan menyambut dengan senyuman yang ikhlas. 'Bagus kawan pertama aku disini.'hati Irfan bersorak riang. Mereka berborak sehingga cikgu masa ketiga masuk.
*_____*
Loceng menandakan waktu rehat sudah berbunyi. Nada laju sahaja melangkah keluar kelas. Irfan masih terpinga-pinga ditempat duduknya. Aiman yang pada mulanya mahu mengikuti langkah Nada berpatah balik ke kelas apabila menyedari Irfan masih duduk didalam kelas mereka.
“Wei, kau tak keluar ke?”soal Aiman.
“Aku tak tahu nak ke mana. Kau nak pergi mana?”tanya Irfan kembali. Aiman berkira-kira mahu mengajak Irfan rehat sekali.
“Kau bawak bekal ke?”tanya Aiman apabila melihat sebekas nasi gorng diatas meja Irfan. Irfan mengangguk mengiakan soalan Aiman. Dia sudah terbiasa membawa bekal ke sekolah.
“Bagus, jom ikut aku.”ajak Aiman. Irfan hanya membuntuti langkah Aiman ke sebatang pokok yang rendang. Kelihatan Nada sedang termenung dibawah pokok ceri itu.
“Hai!”ujar Irfan kepada Nada. Nada kelihatan terkejut namun segera dikawal riak mukanya.
“Er.. hai..”balas Nada sambil menarik tangan Aiman ke belakang pokok besar itu. Irfan sudah melabuhkan punggungnya di bawah pokok itu.
“Kenapa kau ajak budak baru tu duduk dengan kita?”tanya Nada tidak selesa. Aiman sekadar menayang sengihnya.
“Budak baru, budak baru, nama dia Irfan la mak cik oit!”Aiman meniru aksi Nada menyebut budak baru. Nada panas hati, dia pantas mencubit bahu kawan baiknya itu. Terjerit perlahan Aiman menahan bisa cubitan Nada itu.
“Dah, dah tak payah nak marah sangat. Hari ni mama aku masak nasi goreng kampung. Sedap tau... kau nak?”tanya Aiman sengaja mahu mengumpan Nada. Nada yang pantang mendengar nama-nama makanan sudah tersenyum lebar. Tangannya ditadah meminta bekal dari mama Aiman untuk dirinya.
“Huh, tak malu!”kutuk-kutuk juga bekal nasi goreng kampung itu tetap dihulurkan kepada Nada.
“Jom, makan dekat sebelah Irfan!”ajak Aiman apabila Nada sudah melabuhkan punggungnya di tempat mereka bersembang itu. Nada buat bodoh, bekalan itu dibuka menyerlahkan bau nasi goreng yang lazat. Namun, belum sempat nasi itu Nada jamah, nasi itu sudah dirampas oleh Aiman dan dibawa ke sebelah Irfan. Irfan tersenyum melihat kawan barunya.
“Jemput makan.”ujar Irfan yang masih asyik menyudukan nasi goreng buatan uminya.
“Makan,makan. Nada kau nak makan ke tak ni? Masa rehat nak habis dah. Ruginya kau tak makan nasi goreng yang mama aku buat ni....”ayat Aiman itu menyebabkan Nada duduk tanpa segan dan segera melahap bekalan yang diberikan Aiman kepadanya. Irfan memandang tidak percaya.
“Tak payah nak ternganga sangat la, Irfan. Dia memang macam tu kalau dapat makan masakan mama aku. Sedap tau mama aku masak nak rasa?”sempat pula Aiman mempromosikan masakan mama kesayangannya itu. Irfan mengeleng perlahan. Perutnya sudah kenyang melahap bekalan yang uminya sediakan.
“Tak apa la. Aku dah kenyang.”ujar Irfan sambil menunjukkan bekas bekalannya. Aiman ketawa melihat perlakuan Irfan yang seperti ular sawa kekenyangan itu.
“ERK! Alhamdullilah!”ujar Nada selepas sedawa kuat. Aiman dan Irfan berpandangan. Lalu terburai la ketawa anak-anak teruna itu melihat kelakuan yang tak semegah dari Nada. Nada buat muka tak kisah.
“Oh ya, saya tak kenal lagi dengan awak.”ujar Irfan kepada Nada. Nada buat layang tak layan sahaja. Dia memang tak suka bercakap dengan orang yang tidak dikenali.
“Kau kena kenalkan dulu nama kau!”ujar Aiman. Dia menahan ketawa melihat wajah Irfan yang terkulat-kulat apabila tidak dilayan Nada.
“Nama saya Muhamad Irfan bin Affandi. Boleh saya tahu nama awak?”tanya Irfan dengan lagak yang formal.
“Hm.. hahaha tak payah formal sangat boleh tak? Geli telinga aku. Hahaha... nama aku nur Nada. Nur Nada binti Huzairil.”ujar Nada geli hati. Aiman turut mengetawakan kawan baru mereka itu. Irfan sekadar tersipu-sipu malu.
“Dah, dah jom masuk ke kelas.”ajak Aiman kepada Irfan yang terpaku melihat wajah kemerah-merah Nada akibat ketawa. Nada sudah jauh meninggalkan Aiman dan Irfan dibelakang. Irfan dan Aiman berlari-lari anak mahu menyaingi langkah Nada.
*_____*
“Assalamualaikum, papa!”ujar Nada kepada papa kesayangannya. Airil tersenyum melihat kelatah manja anak majikannya itu.
“Waalaikumusalam! Happy semacam saja anak papa hari ni. Ada apa-apa berlaku ke?”tanya Airil.
“Hm.... ada. Hari ni Nada dapat kawan baru. Nama dia Irfan.”cerita Nada penuh ceria.
“Oh... lelaki. Mesti dia handsomekan. Mesti anak papa ni dah tangkap cinta dengan dia.”sengaja Airil mengusik Nada.
“Papa ni! Tak mau kawan!”ujar Nada sambil mengembungkan pipnya lau ditekan pipnya itu. Airil ketawa melihat keletah Nada itu.
“Tak mau kawan sudah. Nama dia Dolah. Kepala botak sebelah!”ujar Airil dan Nada serentak. Selepas itu mereka ketawa riang.
*______*
Sebulan sebelum itu, di Amerika Syarikat.
“Thank god. You remember something from your pass. Do you know him?”tanya doktor Raid kepada Huzairil. Tangannya menunjukkan seorang lelaki yang setia menunggu Huzairil dikaki katil.
“Who is he?”tanya Huzairil yang masih tidak dapat mengecam wajah lelaki yang agak berusia itu.
“I'm Azli, sir..”ujar Azli perlahan. Sedih pula tuannya masih tidak sembuh-sembuh.
“Azli? The kid? Ya Allah! Dah tua kau Li.”ujar Huzairil sambil memeluk tubuh pekerja setianya itu. Doktor Raid sudah meminta diri apabila Huzairil mampu mengingati siapa lelaki itu.
“Hehehe saya dah beruban la tuan. Tuan je yang masih maintain muda.”ujar Azli berseloroh. Huzairil ketawa senang.
“Pandai-pandai je kau ni, Azli. Azli, Aku nak minta tolong kau, boleh?”tanya Huzairil dengan riak serius. Azli pantas mengangguk setuju.
“Aku nak minta tolong kau cari anak perempuan aku..”ujar Huzairil dengan suara yang lirih.
“Anak perempuan? Tuan ada anak ke? Seingat saya anak-anak tuan dah meninggal.”tanya Azli yang kelihatan keliru.
“Aku masih ada anak perempuan. Dulu aku palsukan kematiannya. Sebab aku takut bedebah tu datang bunuh dia pulak. Kau tolong cari dia Li.. aku rindukan dia. Sangat-sangat rindukan dia.”ujar Huzairil. Dia teresak-esak. Azli pantas bersetuju. Tak sanggup dia hampakan permintaan majikannya itu. Azli pantas beransur pergi mahu menguruskan dokumen mengeluarkan Huzairil dari hospital tersebut.
“Daddy akan cari Nada sampai jumpa.. Maafkan daddy, sayang....”ujara Huzairil sendirian.
#bersambung... :)
okey tak???? senyum sikit... huhuhu barulah asyu sayang.... komen2 la sikt... bye2 *wink,wink*
No comments:
Post a Comment
Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)