Monday, 26 December 2016

Balik sebuah cerpen.


Assalamualaikum. Ye... Akhirnya blog diupdate.
hahaha maafkan saya.
Dan... cerita kali ni tak memuaskan. Tapi cubalah baca hehehe
Apa2 pun terima kasih sudi baca.


Tajuk : Balik.

2005

Qhalif melangkah masuk ke dalam rumah dengan keluhan. Tali leher dilonggarkan. Badan terus dihempas ke sofa. Siapa kata usia 20 tahun, sudah matang sudah boleh berjaya. Dia ni umur sudah mahu masuk ke 23 tahun tetapi perniagaannya masih belum kukuh. 3 tahun di dalam perniagaan dia masih terkial-kial mencari duit untuk meneruskan hidup. Qhalif bukanlah seorang yang mudah putus asa. Buktinya, pada usia 20 tahun dia berjaya memiliki segulung ijazah berkat gen genius bapanya juga.

“Qhalif, kenapa ni?” tanya Mikael, teman lelakinya. Ya, Qhalif terpesong, akibat sesuatu yang berlaku di masa silam, Qhalif lebih senang dengan lelaki. Mikael seorang yang baik, lembut dan penyabar.

Mikael memeluk bahu Qhalif dari belakang sofa. Qhalif memejamkan matanya. Mikael memicit bahu Qhalif, melihat Qhalif semakin selesa, Mikael melambuhkan dirinya disebelah Qhalif. Qhalif berbaring di atas paha Mikael. Rambut ikal Qhalif dimain-main.

“Sayang, what happen? Are you okay?” tanya Mikael sambil menukar rancangan televisyen.

“Nothing babe. Just... work.” Qhalif memandang wajah Mikael.

“Really. Jadi... untuk happykan you, I dah masak makanan kegemaran you. Steak with aparagus. With mushroom sos. You like it?” tanya Mikael sambil membantu Qhalif duduk menyandar di sofa.

“Of course babe. Thank you. Hanya you untuk I.” Kata Qhalif sambil mengucup mesra bibir Mikael. Tangan mula merayap. Mikael tersenyum suka. Lama kelamaan mereka semakin asyik.

-

2006

                “Mikayla!” jerit Mikael. Kedengaran suara gelak ketawa seorang gadis cilik. Mikael mengeluh. Dia geram dengan anak kecil itu. Siapa sangka, hubungannya dengan bekas isteri menghasilkan Mikayla. Dia tidak tahu kewujudan Mikayla sehinggalah anak itu berusia 4 tahun. Kini Mikayla sudah berusia 8 tahun.

                Mikael masih bersama Qhalif. Tetapi Qhalif tidak mengetahui perihal anaknya ini. Kalaulah Qhalif tahu, dia pasti Qhalif akan memutuskan hubungan mereka. Mikael cintakan Qhalif. Qhalif ialah cinta keduanya selepas Wahid. Laila bekas isterinya adalah jodoh aturan keluarga. Hubungan mereka tidak lama, Laila tidak mampu menunggu Mikael berubah jadi dia menuntut fasakh. Mereka terlanjur akibat Mikael kecewa dengan Wahid, dalam keadaan mabuk mereka melayari hubungan yang halal.

                “Papa!” suara kecil itu menjerit. Memberi hint di mana dia berada. Mikael ketawa kecil.

                “Mana Mikayla ni... papa dah penat. Rasa macam nak pengsan.” Habis berkata, terus Mikael membaringkan dirinya. Mikayla menjengukkan kepalanya. Matanya terbuka luas, terus tubuh kecil tu berlari mendapatkan papanya.

                “Papa jangan pengsan. Kayla sayang papa!” jerit Mikayla sambil mencium kedua-dua belah pipi papanya. Mengintai dari celahan matanya, Mikael tersenyum melihat Mikayla yang hampir menangis.

                Tubuh kecil Mikayla dirangkul. Terus pipi gebu anaknya dicium geram. Walaupun Mikayla anak yang tak disengajakan, Mikael sangat sayang dengan Mikayla.

                “Papa! Sampai hati papa. Mikayla ingat papa pengsan betul-betul.” Becok mulut Mikayla berceloteh tak puas hati. Mikael tergelak kecil.

                “Sayang jugak ek, Mikayla dengan papa. Ingat tak sayang...” ujar Mikael sambil mendukung Mikayla ke dapur. Setiap hari Isnin hingga Rabu Mikayla tinggal dirumahnya.

                “Sayanglah! Mikayla sayang papa, mama dengan ayah Zack.” Ujar Mikayla menggira orang kesayangannya menggunakan jari montoknya.

                “Ayah Zack?” tanya Mikael. Tak pernah dia dengar nama tu. Tak tahu pula Laila bersama dengan orang lain. Dia mula rasa cemburu. Cemburu kerana kasih anaknya bakal berbelah bahagi untuk dirinya.

                “Ye... Ayah Zack. Dia selalu datang rumah tengok Kayla dengan Mama. Mama kan tak sihat. Ayah Zack tu doktor. Kayla suka tengok Ayah Zack. Dia selalu beli hadiah untuk Kayla.” Cerita Kayla dengan semangatnya. Mikael mendudukkan Mikayla dikerusi. Spegetti yang semakin suam diletakkan dihadapan Mikayla.

                “Oh... Mama sakit ke? Papa tak tahu pun.” Ujar Mikael sambil menyuap anaknya makan. Mikayla walaupun berumur 8 tahun sangat manja dengan Mikael. Jika Mikael ada masa, makan Mikayla sentiasa bersuap.

                “Haah mama sakit. Kayla sedih tengok mama.” Ujar Mikayla dengan wajah berubah mendung.

                “Jangan sedih, nanti papa datang jenguk mama ye...” pujuk Mikael. Mikayla mengangguk suka.

-

2008

                “Maafkan I Mika, I tak kuat. Kalau boleh I tak nak susahkan You. Tapi... Family I semua tak terima Kayla dan Mikayla hanya ada you..” ujar Laila yang terbaring dikatil hospital. Wayar berselirat di badannya.

                “Laila... I sayang Mikayla... Tapi...” Mikael memegang kepalanya.

                “Ye... I tahu you berat nak terima dia sebab hubungan you. Please Mika, tanpa I dia hanya ada you. Kalau you tak nak, ibarat you hantar Kayla ke rumah anak yatim. Hakikatnya you tetap bapa kandung dia Mika.” Ujar Laila diselangi batuk yang kuat. Mikael memandang wajah bekas isterinya. Laila menghidap leukimia. Tubuh yang dulu montok kini kurus menampakkan tulang. Setahun, setahun Laila menderita. Ahli keluarganya sudah membuang Laila, jadi rawatan pemindahan sumsum tidak dapat dijalankan kerana tiada penderma yang sesuai.

                “I tahu I bapa kandung dia...” kata Mikael dipotong Laila.

                “Jadi kenapa? Ini permintaan I yang terakhir. Tolonglah Mika. Dia baru 10 tahun. Apa salah dia...” tangis Laila. Mikael mengeluh.

                “Ya, I akan jaga dia. I akan jaga Mikayla, dia anak I.” Kata Mikael sambil tersenyum. Laila tersenyum lemah dalam tangisan. Dia lega, anaknya ada orang yang menjaga.

-

                “Mama! Mikayla nak mama! Mama... Kayla nak mama!” raung Mikayla di tanah perkuburan itu. Tubuh montel Mikayla dipeluk kejap oleh Mikael.

                “Sayang... mama dah tak ada. Tapi papa ada sayang. Papa ada...” pujuk Mikael dengan mata berair. Terasa hatinya bagai direntap melihat anak kesayanganya meraung begitu.

                “Mama! Mama! Bawak Kayla sekali, Kayla nak ikut! Mama janji nak bawak Mikayla! Mama!” raungan Mikayla tiba-tiba terhenti. Tubuh Kayla lembik di dalam pelukan Mikael.

                “Ya Allah! Anak aku! Anak aku!” pertama kali nama Tuhan disebutnya. Mikael panik melihat anaknya lembik seakan tak bernyawa. Terus tubuh Mikayla didukung dan diletakkan di dalam kereta. Bacaan talkin masih tidak selesai, namun Mikael tak mampu menunggu. Mikayla. Mikayla anaknya lebih perlukan dia. Kubur Laila dipandang saat dia membawa kereta beredar disitu.

                “I akan tunaikan janji I. I akan jaga Mikayla sebaik mungkin.” Ujar Mikael perlahan.

-

                Mikael duduk disofa rumah Qhalif. Menunggu Qhalif pulang. Matanya yang membengkak dibiarkan. Pintu rumah dibuka kedengaran bunyi langkah Qhalif masuk ke dalam.

                “Eh, sayang! Lama I tak jumpa you. Rindu.” Kata Qhalif mendekati Mikael. Terus dipeluk erat. Muka Mikael ditiliknya.

                “Kenapa ni? Kenapa mata bengkak macam ni? Menangis?” tanya Qhalif prihatin.

                “Maafkan saya.” Ujar Mikael.

                “You okay tak ni?” tanya Qhalif sekali lagi. Tangan merayap ke paha Mikael. Mikael tepi tangan Qhalif ke tepi.

                “Maaf. Kita tak boleh teruskan hubungan ni lagi.” Ujar Mikael tegas. Qhalif ternganga.

                “Apa ni? Sayang? Please terangkan.” Qhalif semakin panik.

                “Saya sedar. Hubungan ini tak boleh dibawa kemana. Jadi...” Mikael memandang wajah Qhalif.

                “You, kalau you nak kahwin dengan I, I sanggup pindah US. Kita kahwin dengan sana.” Pujuk Qhalif. Mikael menggeleng.

                “Tak. Saya ada tanggungjawab. Saya tak nak musnahkan dia. Saya akan jadi normal untuk dia.” Kata Mikael sambil bangun menuju ke pintu.

                “Apa ni? You ada perempuan ke?” tanya Qhalif sambil menarik tangan Mikael. Mikael menumbuk kuat muka Qhalif. Menyebabkan Qhalif jatuh. Mikael hampir menolong Qhalif tetapi dia sedar Mikayla lebih memerlukan dia.

                “Kau! Kau berani tinggalkan aku?” tengking Qhalif. Mikael terus melangkah meninggalkan Qhalif.

                “Aku akan pastikan kau merana nanti Mikael! Kau tengok!” jerit Qhalif saat Mikael hilang dari pandangan matanya.

-

2010

                Qhalif memandang sebuah keluarga yang kelihatan bahagia. Sangat bahagia. Tangan menumbuk stereng keretanya. Kenapa dia yang harus merana? Kenapa bukan Mikael?

                Matanya tetap memerhati gerak geri Mikael dengan keluarga bahagianya. Kelihatan Mikael memeluk pinggang seorang wanita hamil, dan ditangan kanannya memegang tangan seorang gadis cilik. Kepala gadis itu dicium penuh kasih sayang oleh Mikael.

                “Kau tunggu Mikael, hidup kau akan tunggang terbalik. Kau tunggu.”

-

                “Papa! Esok Kakak UPSR. “ ujar Kayla menyendeng Mikael yang sedang membaca akhbar. Puteri, isteri yang sudah setahun lebih dikahwini atas sebab Kayla perlukan kasih sayang seorang ibu, sedang asyik mengulum buah pelam muda. Puteri sedang hamil 5 bulan.

                Mikael sayangkan isterinya itu tetapi perasaannya terhadap Qhalif belum terhapus sepenuhnya.

                “Ye, papa tahu. Kalau kakak dapat 5A papa belikan kakak laptop.” Ujar Mikael sambil mengusap kepala anaknya. Mikayla beralih ke Puteri.

                “Ibu, esok jampi kakak sungguh-sungguh tau. Bagi kakak dapat A.” Pinta Mikayla. Puteri tergelak kecil. Tetapi dilayan juga anak tirinya yang sudah dianggap sebagai anak kandung itu.

                “Eh, mana aci main jampi-jampi! Kalau nak pergi study sekarang.” Perli Mikael. Sengaja. Mikayla sudah muncung.

                “Okay! Tengoklah, esok Kayla dapat 5A. Kayla pilih laptop paling mahal! Padan muka papa!” rajuk Mikayla lalu berlari masuk ke dalam bilik.

                “Abang ni, tengok Kayla dah merajuk.” Lengan Mikael dicubit geram. Perlahan Puteri bangun dengan perut yang membukit ke arah bilik Mikayla.

                Mikael ketawa senang. Dia bahagia dengan keluarganya, walaupun perasaannya belum 100% hilang terhadap Qhalif tetapi dia sayangkan keluarganya. Dia cuba berubah. Namun sukar, mujur dia bertemu Puteri. Puteri sangat memahami. Puteri tahu dia merupakan gay, tetapi Puteri sabar melayan dia dan Mikayla. Membuat dia jatuh sayang.

               

-

                Qhalif masuk ke dalam pejabat Mikael. Setiausaha Mikael sudah terbiasa dengan Qhalif yang merupakan teman baik Mikael. Qhalif duduk dikerusi Mikael. Menanti kehadiran lelaki itu.

                “Kenapa kamu ada dalam pejabat ni? Damia kenapa dia ada dalam bilik saya?” Mikael yang baru melangkah masuk ke dalam pejabatnya, bertanya kepada Mikael dan Damia. Damia terpinga-pinga.

                “Er, bukan ke encik Qhalif masih ada access ke dalam pejabat Tuan bila-bila masa sahaja?” tanya Damia yang jelas keliru. Sangkanya Mikael akan gembira dengan kehadiran kawan baiknya itu.

                “Baiklah. Awak keluar dulu.” Arah Mikael. Tangan memicit dahinya. Keluar sahaja Damia dari bilik itu, dia menghadap Qhalif.

                “Apa lagi yang kamu nak?” tanya Mikael dengan muka yang serius. Matanya tak mampu bertentang dengan Qhalif. Hatinya masih ada rasa untuk lelaki itu.

                Qhalif bangun dan menghampiri Mikael. Tangannya menyentuh bahu Mikael. Mikael menepis kasar.

                “Hahaha, kenapa jijik?” tanya Qhalif penuh rasa kecewa. Mikael mendiamkan diri.

                “Kalau dulu, tangan ni yang kau cium, bibir ni yang kau kucup. Sekarang kau jijik? Kau tak payah hipokrit lah! Aku tahu kau tak boleh lupakan aku...” tangan Qhalif mengusap dada Mikael. Nafas Mikael jadi tak menentu. Dia sesak dengan sentuhan Qhalif, dia semakin dihantui nafsu.

                “Sayang... I know, you are suffering. Babe, I masih boleh bersama you. I tak kisah dengan keluarga you.” Ujar Qhalif memeluk tubuh Mikael. Pipi Mikael yang dihiasi jambang dikucupnya penuh perasaan.

                “No! No!” tubuh Qhalif ditolak kasar hingga lelaki itu jatuh ke lantai.

                “Aku nak berubah! Aku ada isteri dan anak-anak aku!” jerkah Mikael. Qhalif bangun dan meluru ke arah Mikael. Muka Mikael ditumbuk kasar bertalu-talu. Hingga Mikael terbaring dengan muka yang dipenuhi darah.

                “Ya Allah Tuan!” jerit Damia yang mengintai tatkala bunyi bising di dalam bilik Mikael semakin berlanjutan. Qhalif berhenti menumbuk Mikael.

                “Kau ingat! Kau buang aku macam sampah! Aku akan balas balik. Aku akan pastikan kau derita!” jerit Qhalif sambil berlari keluar dari bilik itu. Damia kalut melihat darah dari Mikael. Damia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menelefon nombor kecemasan.

-

2015

Febuari.

                Qhalif memerhatikan pelajar-pelajar yang keluar dari sekolah menengah itu. Dia cuba mencari wajah yang seiras dengan wajah yang dia dendami. Wajah yang dia rindui, wajah yang menjadi igauannya setiap kali tidur.

                5 tahun berlalu, dia sangkakan Mikael akan membuat laporan polis terhadapnya. Namun, mungkin lelaki itu masih sayangkan dirinya. Tetapi bagi Qhalif rasa cintanya pada Mikael sudah mati saat Mikael tolak dirinya. Saat dirinya dibuang begitu sahaja. Sepertimana ibu kandungnya melakukan dia.

                Akhirnya matanya berjaya menangkap susuk tubuh seorang gadis. Wajah gadis itu saling tak tumpah dengan wajah Mikael. Ya, dia pasti gadis itu ialah anak kepada Mikael. Topi yang dipakai ditarik menutupi mukanya. Penutup mulut dipakai. Perlahan dia mengikut langkah si gadis.

                Tiba sahaja di lorong yang sunyi, dia memberhentikan keretanya. Dia berjalan mengikut gadis itu.

-

                Mikayla berhenti seketika. Dadanya berdebar kuat. Dari pintu pagar sekolah dia rasakan ada orang mengekori dia. Kayla mengeluarkan telefon pintarnya. Dia cuba mencari nombor telefon papanya. Saat begini dia menyesal tidak mensetkan nombor telefon papanya sebagai speed dial.

                Mikayla menoleh ke belakang. Matanya terbeliak besar saat mulutnya ditekup kasar. Dia cuba menjerit tetapi lelaki itu lebih laju. Sehelai kain yang berbau pelik ditekup ke mulutnya, Mikayla rebah tidak sedarkan diri.

-

                Qhalif menyelongkar beg gadis itu. Buku-buku sekolah bertaburan diatas meja. Qhalif mencapai sebuah buku lalu diselak.

                “Nur Mikayla binti Mikael. Huh!” buku itu dicampak ke lantai. Dia mendekati Mikayla yang masih tak sedarkan diri.

                “Bila la budak sial ni nak bangun? Menyusahkan. Tapi... aku nak buat si cinabeng tu derita. Biar dia derita seumur hidup. Hahaha aku akan rosakkan benda yang paling dia sayang. Benda yang dia jaga.” Monolog Qhalif sendiri. Dia ketawa sekuat hati.

                Dia duduk di atas katil bersebelahan Mikayla. Rambut panjang itu direntap. Mikayla tersentak. Dia semakin sedar dari pengsannya.

                “Bagus! Bangun! Hei, bangunlah!” tamparan Qhalif hinggap dipipi gebu Mikayla. Mikayla meraung sakit.

                “Kau berbunyi sekali lagi, mati kau aku kerjakan!” jerkah Qhalif sambil mencekik leher Mikayla. Air mata Mikayla mengalir tanpa bunyi esakkan. Dia takut dengan lelaki itu. Namun matanya tetap merenung tajam muka si penculiknya itu.

                “Kau dengar sini, kau tak berhak nak buat muka macam ni. Bapak kau tu, si Mikael lahanat tu, dia khianati kepercayaan aku.  Apa sahaja dia nak, aku bagi. Tapi... tapi...”sekali lagi tangannya menampar Mikayla.

                “Siapa pak cik ni? Apa yang papa buat?” tanya Mikayla dalam esakkan. Pipinya membengkak.

                “Aku, huh, aku ni kekasih bapak kau! Qhalif! Kau tahu tak?” tanya Qhalif sambil mengambil gunting yang berada diatas almari.

                “Kekasih? Apa ni? Papa ada ibu! Pak cik jangan nak fitnah papa saya!” Mikayla mula meninggikan suara. Qhalif merenung tajam wajah itu.

                “Aku tak tipulah setan!” tangan menggenggam rambut Mikayla. Rambut panjang itu ditarik. Lalu digunting kasar. Mikayla terjerit menahan sakit tatkala gunting itu tertarik rambutnya.

                Qhalif mengunting rambut Mikayla sehingga pendek. Terlalu pendek. Muka Mikayla semakin mirip dengan Mikael membuat Qhalif geram.

                “Muka kau ni, muka kau ni sama dengan dia!” tangan laju menghiris pipi Mikayla menggunakan gunting. Mikayla menjerit sekuat hati.

                “Jeritlah! Jerit! Hahahahaha! Tak ada siapa dengar jeritan kau! Jerit lagi! JERIT!” jerit Qhalif. Mikayla ditolak kasar.

                “A...apa y...yang pa... cik n...ak?” tanya Mikayla tergagap-gagap menahan sakit.

                “Aku nak dia sakit. Macam mana aku sakit selama ni.” Qhalif keluar dari bilik itu. Meninggalkan Mikayla yang semakin lemah.

-

                Mikayla tersandar lemah. Sudah dua hari dia dikurung. Dua hari ini Qhalif hanya membenarkan dia ke tandas. Makanan sekadar roti dua keping sehari dicampak ke dalam bilik. Mikayla bangun dan menuju ke pintu. Dia nak balik! Dia nak jumpa papa, ibu dan adik-adiknya!

                “Bukak! Bukak pintu ni! Aku balik! Tolong!” jerit Mikayla diselang seli dengan bunyi ketukan pintu.

                Pintu dibukak kasar membuat Mikayla mengundur dua tiga langkah. Muncul wajah bengis Qhalif. Wajah itu merah. Mikayla menuntup hidungnya tatkala bauan pahit arak memenuhi bilik itu.

                “Apa yang kau nak hah sial?” tanya Qhalif yang tidak stabil berdiri. Pintu ditutup kasar. Kakinya melangkah ke arah Mikayla.

                “N...ak balik.” Ujar Mikayla cuba memberanikan diri.

                “Balik, balik ke mana? Kau tu aku punya. Eh, Mikael! Sayang, i rindu you!” Qhalif menolak badan Mikayla ke katil. Mikayla cuba melarikan diri, tetapi kudrat Qhalif yang mabuk itu lebih kuat dari dia.             

                Muka Mikayla dicium Qhalif kasar. Mikayla menjerit kesakitan saat pipinya yang bengkak menjadi sasaran Qhalif. Qhalif menampar Mikayla kuat. Mikayla tidak sedarkan diri. Qhalif semakin hanyut dan ....

-

                Mikayla terjaga dari pengsannya. Dia mengerang kesakitan. Satu badannya sakit, dia tak mampu bergerak. Air mata mengalir laju saat dia sedar, dirinya tiada seutas benang.

                ‘Papa! Papa tolong Kayla! Kayla nak balik!’ tangis Mikayla sehingga terlena.

-

                Mikael mencampakkan gelas itu ke lantai. Tangan memegang kepalanya. Gambar-gambar yang bertaburan diatas lantai itu dipandang penuh rasa sesal.

                “Kenapa Qhalif? Kenapa mesti anak aku? Kenapa?” Tangis Mikael yang terduduk dilantai. Puteri mendekati suaminya. Tubuh itu dirangkul erat. Air matanya turut mengalir.

                “Sabar abang. Puteri yakin, Kayla kuat! Anak kita tu kuat.” Pujuk Puteri.

                “Apa salah anak kita Puteri. Mikayla tak salah! Aku ni! Aku ni yang pendosa, yang salah! Kenapa harus dia yang tanggung semua ni. Anak kita dalam kesakitan sebab aku!” jerit Mikael.

                “Kita doa abang. Kita usaha. Kita doa supaya Qhalif sedar. Kita minta agar pintu hati dia terbukak nak pulangkan anak kita.” Ujar Puteri. Mikael memandang isterinya. Dia kena kuat. Ya.

-

                “Tolong... saya nak balik...” rayu Mikayla buat sekian kalinya. Dia terbaring dilantai. Badannya lemah. Roti dua keping sudah tak boleh ditelan. Tekaknya luka teruk. Minum air pun terasa darah. Entah sudah berapa lama dia dikurung di sini. Dia tak mampu mengira lagi. Selepas 4 bulan dia sudah lupa sama ada siang atau malam. Sama ada hari beralih atau tidak.

                “Diam! Diamlah!” jerkah Qhalif diluar pintu. Qhalif masuk ke dalam bilik itu. Tubuh Mikayla diangkat dan diletakkan di atas katil.

                Gadis itu sudah tiada kudrat. Mata Qhalif tertumpu dibahagian perut Mikayla. Ya, perut itu membukit. Qhalif tersengih. Seronok apabila membayangkan dia bakal ada anak. Berwajah sebijik seperti Mikael.

                “Kau kena makan.” Ujar Qhalif. Dia mahukan gadis itu kuat sehingga bayi itu lahir. Dia perlukan Mikayla. Mikayla diam sahaja. Dia tak ada tenaga untuk menyuap makanan sekali pun.

                Qhalif menyumbat sesudu bubur ke dalam mulut Mikayla. Mikayla cuba menelan walaupun perit, dia lapar sangat lapar.

                “Bagus! Makan banyak-banyak. Biar dia besar dengan sihat.” Ujar Qhalif sambil mengusap perut Mikayla. Mikayla tetap telan bubur itu dengan linangan air mata. Dia sedar ada nyawa lain dalam tubuhnya. Dia tak mahu kandungan itu, tetapi kandungan itu tetap membesar walaupun dia tak mampu untuk terus makan.

-

2016

Mei.



                Bunyi tangisan bayi itu membuat Mikayla bangun dan menuju ke katil bayi disebelahnya. Dia benci dengan bayi itu tetapi pada masa yang sama dia sayangkan bayi itu. Walaupun bayi itu dari benih Qhalif tetapi bayi itu sebahagian darinya.  Sudah hampir setahun dia di sini mungkin juga lebih. Bayi dalam pelukannya sudah pandai merangkak. Dia tak pasti berapa umur anaknya.

                Kenyang sahaja anaknya itu, terus Mikayla letakkan kembali di dalam katil bayi. Dia menuju ke bilik air. Qhalif mengubah biliknya ke bilik yang lebih besar dan bersambung dengan bilik air. Walaupun hanya ada katil, beberapa buah buku dan permainan untuk anaknya itu, dia lebih suka bilik ini dari bilik dia yang dulu.

                Qhalif sangat sayangkan anaknya. Kelahiran anaknya disambut oleh Qhalif. Mujur dia sihat dan kuat. Tanpa sebarang rawatan dia pulih sendiri. Dia sedar tiada siapa yang akan menolongnya. Anaknya diberikan nama Mikail oleh Qhalif. Dia tahu Qhalif berharap Mikail akan menggantikan, Mikael, kekasih lama Qhalif. Dia takut apabila Mikail besar, anaknya itu akan jadi mangsa seks Qhalif.

                Pintu biliknya kedengaran dibuka. Mikayla segera keluar dari bilik air. Dia takut dia dipukul kerana meninggalkan Mikail sendirian.

                Kelihatan Qhalif bermain-main dengan tangan kecil Mikail. Mikayla berdiri dihujung bilik. Qhalif memandang wajah Mikayla penuh rasa benci.

                “Aku tak ada seminggu ni. Pasal makanan Mikail, aku akan letakkan peti ais kecil dan dapur tungku satu dalam bilik ni. Makanan kau aku dah sediakan. Nanti aku letak dalam bilik ni. Kalau kau berani nak lari, kau tahukan apa akan jadi?” tanya Qhalif dengan suara membunuh. Mikayla mengangguk laju.

                “Bagus.” Qhalif terus keluar dari bilik itu meninggalkan Mikayla dan Mikail.

-

                “Abang! Polis kata, dia orang dapat kesan Qhalif!” beritahu Puteri yang berlari ke arah suaminya. Mikael terus sujud syukur.

                “Anak kita? Mikayla?” tanya Mikael. Puteri mengangguk dengan linangan air mata gembira.

                “Dia sihat! Kita pergi balai bang. Kayla ada dekat sana.”

                “Ye. Ye. Kita hantar Umar dan Suhaila ke rumah mak awak dulu.” Ujar Mikael membuat Puteri mengejar menyiapkan anak-anaknya.

-

                Mikayla memeluk tubuh Mikail erat dengannya. Matanya meliar, walaupun dia tahu dirinya sudah bebas dari Qhalif, dia masih was-was. Sesekali Mikail merengek, lemas dipeluk sebegitu namun Mikayla tetap memegang anaknya erat.

                Dia tak sangka dia akan bebas dari Qhalif. Tak sampai setengah jam Qhalif keluar dari rumah, pintunya dipecah dari luar. Dia diselamatkan oleh pihak polis.

                “Ya Allah anak aku!” Puteri menerkam tubuh Mikayla. Mikail di dalam pelukan Mikayla merengek dihimpit oleh Puteri. Puteri tersentak.

                “Anak siapa ni?” tanya Puteri lembut. Mikayla menangis. Menceritakan segala yang berlaku. Mikael yang mendengar cerita anaknya itu menumbuk dinding kuat. Mikayla tersentak. Dia masih trauma.

                “Jangan pisahkan Kayla dengan Kail ya ibu.” Pinta Mikayla sambil melutut di depan ibunya. Dia takut Mikail akan diambil darinya. Puteri mengangguk laju.

                “Ya ibu tak akan pisahkan Kayla dengan anak Kayla. Ibu sayang Kayla.” Peluk Puteri sekali lagi. Mikael mendekati anaknya.

                “Maafkan papa Mikayla. Maafkan papa!” pinta Mikael. Mikayla mengangguk. Dia hanya nak balik ke pangkuan keluarganya. Dia nak balik. Balik. Ya akhirnya dia akan balik. Mikayla tersenyum dalam tangis. Dia bebas. Dia akan balik. Balik.

TAMAT