Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Thursday, 18 April 2013

Kerana Kau Anjelku 11


Bab 11


“Mama!”jerit Nada dan Danial yang kebetulan turun mahu ke dapur. Masing-masing menerpa Linda. Huzairil turut terkejut melihat perempuan yang dipanggil 'mama' itu jatuh pengsan. Segera dia memanggil Azli untuk membantu membawa perempuan itu ke hospital.

Nada memangku kepala mamanya. Dikala itu, dia mencurahkan segala kerinduannya kepada seorang insan bergelar ibu. Dikucup pipi dan dahi Linda penuh kasih. Danial pula tidak sudah-sudah menggosok kaki mamanya yang mulai sejuk. Dalam diam dia terharu melihat perlakuaan Nada terhadap mamanya yang selalu mendera Nada.

“Daddy lama lagi ke?”tanya Nada yang semakin murah dengan air mata. Huzairil memandang anaknya penuh simpati. Ingin sekali dia mengelap air mata anaknya. Tapi melihat situasi sekarang terpaksa dia pendamkan. 'Daddy? Bila pula Nada ada daddy?'Danial mendiamkan diri.

“Kita dah nak sampai. Lagi sikit je lagi. Sabar ya Nada..”ujar Huzairil sedikit bersemangat. Nada turut menjadi kuat seolah-olah semangat daddy itu mengalir kepadanya. Nada mengangguk faham. Namun tangannya masih tidak lepas mengusap kepala mamanya.

Seusai mereka tiba ke hospital Linda ditolak masuk ke bilik kecemasan. Nada terduduk. Perutnya tiba-tiba sakit menyucuk. Lupa pulak yang dia tidak makan sejak pagi tadi. Itulah jual mahal lagi bila Aiman nak kongsi bekal. Sekarang sapa susah? Diri sendiri jugak...

“Nada kau okey ke?”tanya Danial. Panik juga dia melihat wajah Nada berkerut-kerut seolah-olah menahan sakit. Nada hanya diam tidak berkutik.

“Nada sayang okey ke?”tanya Huzairil pula, dia sendiri panik melihat wajah Nada yang mulai pucat.

Nada tidak menjawab. Wajah ditunduk ke bawah. Air mata yang tadinya kering menitis kembali kerana sakitnya.

“Daddy, Danial.. Nada sakit..”ujar Nada sebelum dia turut blackout. Huzairil sudah bangun memangku anaknya sebelum menjerit memanggil nurse.

Danial pantas menelefon ayahnya.


@_______@



“Apa?!”terbangun Huzairil apabila mendengar bicara si anak.

“Siapa yang bawa pergi hospital? Apa dia?! Tunggu situ ayah datang sekarang jugak!”ujar Huzairil sebelum menamatkan panggilan telefon. Airil yang tertanya-tanya hanya mampu menunggu.

“Airil cepat kita pergi hospital!”arah Huzairil sambil mengambil beg bimbitnya. Airil pantas menurut perintah tuannya.

Airil memandu dengan cermat. Sesekali dia mengintai wajah majikannya melalui cermin belakang. Rasa ingin tahu membuak-buak dihati Airil. Melihatkan kegusaran diwajah majikannya dia tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan keluarga majikannya.

“Tuan, maafkan saya. Boleh saya bertanya sedikit?”tanya Airil dengan riak wajah yang tenang.

“Hm..”balas Huzairil tanpa sedikit pun memandang wajah Airil.

“Ada apa-apa jadi ke Tuan?”tanya Airil prihatin.

“Hm.. tak.. Argh! Bulls**t!”Huzairil menyumpah seseorang. Airil berkerut-kerut. Takkan Huzairil marah dia tanya macam tu.

“Apa bos?!”tanya Airil saja buat-buat tidak dengar.

“Oh, tak de apa-apa! Cepat sikit Airil!”ujar Huzairil tidak lepas-lepas menaip pesanan ringkas(sms) ditelefonnya.

Airil hanya menggangguk faham. Kereta semakin laju meluncur diatas jalan raya. Huzairil tidak lepas-lepas mengeluh. Airil hanya mampu memandang.




*_________*




“Danial, mana lelaki tu?”tanya Huzairil dengan rasa marah yang tidak dapat dibendung. Danial terpinga-pinga melihat kemarahan ayahnya,.

“Uncle tu dah baliklah ayah..”ujar Danial sedikit takut-takut. Jarang-jarang dia dapat melihat wajah ayahnya mengamuk.

“Kan Ayah dah kata... Jangan kasi dia balik! Tengok sekarang ni.. Macam mana?!” Huzairil menjerkah Danial. Anak muda yang baru berusia 13 tahun itu hampir menangis. Airil menggosok belakang majikannya perlahan. Memang jarang dia melihat Huzairil mengamuk sebegini.

“Danial.. Danial rasa dia pergi tengok Nada..”ujar Danial tersangkut-sangkut. Huzairil semakin panas mendengar kata-kata anaknya itu.

“Bilik Nada nombor berapa?” tanya Huzairil dengan suara yang semakin lembut. Mungkin kasihan dengan anaknya yang sudah menggigil ketakutan itu.

“Nombor 213.”ujar Danial perlahan. Nak angkat muka pandang ayahnya pun dia tak sanggup.

Huzairil segera berjalan menuju ke bilik yang disebut anaknya. Panas hatinya cuba dikawal. Karang tak pasal-pasal pecah pulak pintu bilik Nada ni dia kerjakan. Perlahan dia buka pintu bilik Nada, kelihatan Huzairil sedang berdiri menghadap Nada dan membelakangi dia. Huzairil masuk secara senyap-senyap.

Kelihatan Huzairil bapa kandung Nada memang erat tangan anak gadis itu. Wajah menampakkan riak kerisauan yang melampau. Huzairil yang sedari tadi memandang mula marah apabila Huzairil yang duduk membelakangi dia itu mengusap-ngusap wajah anak kesayangannya.

“Huzairil, jangan berani kau sentuh anak aku!” sergah Huzairil. Terhenjut bahu Huzairil mendengar volume suaranya. Nada yang sedang lena terus tersedar dan duduk tegak.

“Ayah? Daddy?! Kita dekat mana ni?” tanya Nada yang masih mamai.

“Huzairil kamu jangan nak halang aku dekat dengan Nada anak kandung aku!” kata Huzairil dengan nafas yang tidak teratur seolah-olah sedang menahan sakit. Nada yang mamai terus tersedar 100% mendengar 'Nada anak kandung aku!' dari mulut daddynya. Ternganga anak gadis itu.

“Kau jangan nak merepek Huzairil, Nada ni anak aku!” sanggah Huzairil.

“Nada sayang ikut daddy balik ya..” ujar Huzairil sedikit sayu.

“Nada jangan!” Huzairil sudah memerah mukanya menahan marah.

“Nada ikut daddy ya.! Daddy sayang Nada..” ujar Huzairil kali ini tangannya turut bergerak. Dicapai tangan Nada yang masih bingung dengan apa yang berlaku. Huzairil mula panas hati melihat keberanian lelaki yang merupakan ayah kandung kepada Nada.

Berlakulah tarik menarik diantara Huzairil dan Huzairil. Yang ditarik merupakan Nada. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan Nada dibuat mereka. Sudah seperti anak patung.

“STOP!!!” jerit Nada yang mula panas hati. Terhenti sesi tarik menarik diantara kedua orang ayah itu.

“What are this nonsense? Ayah, daddy?” ujar Nada sambil merenung tajam wajah kedua orang lelaki itu.

“Start talking now!!” Jerit Nada buat sekian kalinya. Tersentak kedua orang lelaki itu. Huzairil si bapa kandung mengeluh. Yang si bapa susuan sudah menggaru kepala. Adakah ini masa yang sesuai untuk merungkai segala permasalahan mereka???


#Setelah sekian lama menyepi.. hehehe So Sorry... >.<  bian(tetiba ckp bhasa korea)
#Asyu rasa macam nak cepat2 buat ending dia buleh dak?? Muahahaha 3:) 
#sila la KOMEN ye readers Asyu yang disayangi
#JAngan keliru pulak antara Huzairil si Bapa kandung dengan Huzairil si bapa Susuan. Sebab Asyu sendiri dah pening.. Hehehehe

4 comments:

  1. Awak lagi lagi.. Pleasse...!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey-II lepas exam ya..
      thanks @Jazmen Hanna sbb sudi baca cerita ni... :D

      Delete
    2. Jazmen Hanna [malas nak login]- Nak tahu knape daddy tinggalkan Nada. Daddy tu ayah kndung Nada kan?

      Delete
    3. Daddy ayah kandung Nada... dia tinggalkan NAda sbb takut NAda kena nasib yg sama macam anak sulung dia n isteri dia... ce baca bab 1 ada tulis rasanye..

      Delete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)