Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Sunday, 21 April 2013

My Little Illa


*LITTLE ILLA >0<
you're my little cupid..~o~


Suasana pada pagi itu agak hening. Rintik-rintik hujan diluar makin menyukarkan Maisara untuk bangun dari pembaringannya. Maisara menarik selimutnya. Memang terasa indah dunia, jika dapat bermalas-malas dipagi hari sebegini. Nasib baik juga hari ini Maisara ABC(Allah Bagi Cuti). Kalau tak mesti uminya sudah muncul dengan senapang M-16. Hehehe... lunyai dia ditebak uminya. Kedengaran kuakan pintu biliknya. Maisara yang separuh sedar itu pantas menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya hingga menutupi kepalanya. Malas nak layan la tu... >.<

“Mama! Oo.. Mama! Bangunlah mama!!!” Terjerit-jerit suara anak kecil itu. Makin lama makin cemas lagak suara itu. Maisara pelik. Bila masa pulak dia ada anak ni? Beranak pun tak pernah? Kahwin pun belum lagi... >~<'” Anak siapalah yang mengganggu ketenteraman pagi nan indah ini.

“Tok Mak!!! Mama tak bangun-bangun... Mama dah mati ke?”Tanya anak kecil itu seakan-akan mahu menangis. Siapa budak ni? Berani dia kata aku dah mati! Kurang asam boi betul la budak ni!!! hati Maisara bersuara geram. Maisara terus bangun dari pembaringannya. Selimut tidak pula dia tanggalkan. Senyap pun budak ni! Maisara tersenyum disebalik selimutnya.

“Argh!!! Mama jadi zombie...! Tolong... Tok Mak!!!”terpekik terlolong budak kecil itu ketakutan. Maisara menahan tawa. Best jugak buli budak- budak ni... Puan Rina yang panik mendengar jeritan itu terus merempuh masuk ke dalam bilik Maisara. Nasib baiklah pitu bilik Maisara ni diperbuat dari kayu jati. Kalau kayu yang jenis cikai-cikai tu, konfem sekarang ni bilik dia dah tak berpintu.

“Astagfirullahalazim!! Nur Ain Maisara!!!! Apa masalah kamu ni? Takkan dengan adik sendiri pun kamu buli?!” marah Puan Rina. Anaknya yang satu ni memang tak pernah berubah. Adik?! Bila masa pulak umi mengandung? Ke aku yang hilang ingatan? Jap-jap.. Oh.. Baru aku ingat! Umi ada ambil anak angkat. ya..ya.. nama budak tu... Fadhillah atau nama sweetnye Illa.. hm.. Budak tu comel ya amat!!! Illa ni baru je umur 3 tahun tapi dah pandai bercakap macam orang dewasa. Kalau cakap dengan dia kalah aku! Illa ni putih sangat, pipi kemerah-merahan, bibir dia pulak mungil dan merah basah.. macam pakai lipstik je.. tapi yang paling best sekali mata dia! Mata dia besar pastu bulu mata lebat.. Memang sebijik macam anak patung dekat kedai. Sumpah KIUT >_< !!! Ingatan Maisara mula datang kepadanya, sedikit demi sedikit.

Illa.. ehehe comel gileee...

Tapi Illa tak nak panggil umi sebagai umi. Malah digelar Maisara pula sebagai Mama. Puan Rina dipanggil Tok Mak. Tetapi abang si Maisara, Mazlan, Illa panggil dia abang Lan sama macam Maisara panggil. Tak ke pelik?! Mungkin aura keibuan Maisara dah terpancar kuat. Itu yang Illa melekat dengan Maisara macam gam. Hahaha >u< Mama apanya kalau bangun pun pukul 11 pagi? Ni dasar anak dara malas! Mimpi jelah Masara!!!

“Ya, Allah! Anak dara apa ni? Bangun pun tengahari buta?”dah keluar dah sedas peluru M-16 Puan Rina. Maisara menelan air liur.

“Patutlah dah umur 26 tapi tak ada jugak calonnya! Umur tu dah semakin dekat dengan gelaran andalusia! Tapi perangai budak-budak, mengalahkan si Illa ni! Jom, Illa kita tinggalkan mama kamu yang separuh betul ni!!”terasa berdas-das peluru M-16 terkena tubuh Maisara. Kalau betullah M-16 dah arwah dah si Maisara ni. Yang sedihnya, umi dah tarik sekali Illa! Mana aci!! Umi.. pulangkan balik my sweet little Illa. Dia yang selalu bagi morning kiss dekat aku... Huhuhuhu >~<.. Maisara terduduk diatas katilnya. Sedew betul gaya si Maisara ni. Terlepas dia dapat kiss daripada Illa yang 100% doll face..!

“MAMA!! cup~” Illa yang tiba-tiba muncul terus mencium pipi Maisara. Tersenyum bahagia Maisara. Memang best ada budak kecik yang suka dekat kita. Bonus pula kalau budak tu teramat comel!!! Comel tak hinggat lah!! Maisara pantas memeluk tubuh kecil Maisara.


“Illa ^__^!” Riang sahaja panggilan si Maisara ni. Ada la benda yang dia nak tu... Illa yang asyik menguli tanah liat mendongak memandang Maisara dengan mata bulatnya.

“Ya, Mama :] ” jawab Illa sambil tersenyum.

“Kya!!!>-<” Terjerit Maisara melihat kecomelan Illa. Maisara pantas memeluk Illa erat. Digeleteknya Illa sehingga keluar air mata budak kecik itu ketawa. Berguling-guling mereka diruang tamu itu. Alah mana ada orang.. main jelah..

“Hahaha.. Okey sebab anak mama ni terlalu comel dan mama pun cuti hari ni... Apa kata kita pergi mandi laut? Nak tak??” Illa pantas mengangguk. Tangan ditepuk-tepuk gembira benar anak kecil itu dapat pergi ke pantai. Maisara ikut tersenyum.

“Saya pun nak ikut Mama!”sampuk satu suara garau. Kedengaran suara itu berdekatan dengan mereka. Terus terduduk Maisara dibuatnya. Alahai... siapa pulak tu? Takkan pagi-pagi macam ni ada hantu kot??? Umi tolonG!!!

“Mama? Mama okey tak ni?”terasa ada ada tangan yang mendemah dahinya. Nak kata Illa punye tangan , takkan la besar sangat tangan si Illa ni? Umi!!! tolong, Ada hantu....

“UMI!!!”Keluar jugak suara si Maisara ni. Dari tadi dok menggigil bukannya nak panggil umi dia.. Illa yang terkejut dengan jeritan Maisara terus menangis. Suasana jadi kelam kabut.

“Hah! Kenapa? Kenapa?”tanya Puan Rina dengan senduk ditangan. Nampak sangat Puan Rina ni sama je dengan Maisara. Panik tak bertempat. Maisara dan Illa berlari mendapatkan Puan Rina.

“UmI ada Hantu!!!”kata Maisara dengan tangisnya. Illa pulak memeluk kaki Tok Maknya.

“Hantu?? Mana hantu tu?”tanya Puan Rina. Dipandang sekeliling. Maisara menunjuk ke arah belakangnya. Terhambur ketawa dari mulut Puan Rina. Macam-macam la anak dara aku ni.. Tergeleng-geleng kepala Puan Rina.

“Mana ada hantu... Cuba tengok sendiri siapa tu?”kata Puan Rina cuba memujuk Maisara. Maisara berpaling perlahan-lahan.. Takut la kalau dia nampak lain Uminya nampak lain... >_<~ Puan Rina kembali kepada masakkannya karang hangus tak dapat la mereka makan nanti.

Ternganga mulut Maisara punyalah sengal dia ni.. Manusia rupanya yang menegur dia.. Tapi macam ku kenal siapa manusia ini... Berkerut-kerut dahi Maisara cuba memikirkan siapakah gerangan lelaki yang berada didepannya ini?! O-o


“Lailahaillah!!! Abang Syah!!!”Terjerit Maisara sekali lagi. Tapi kali ini jeritan gembira ye.. bukan takut ~o~

“Hahaha.. Bukan lama sangat abang pergi belajar.. sampai hati Mai.. lupa kat abang.. Isk..isk..isk..”Syah buat-buat sedih. Tapi memang terasa pun.. adik angkat kesayangan dia ni boleh pulak lupa dekat dia.. huhuhu..

“Ala >u< jangan la majuk...!!”Mai sudah buat suara gedik.

“Hahaha.. Tak pelah... Tapi Mai ni dari kecik sampaikan ke besar takutkan segala jenis hantu.. ye? Hahaha.. tak padan dengan umur! >V< ” Ejek Syah. Maisara mula menarik muka. Ejekkan Syah makin menjadi-jadi. Maisara yang sudah semakin geram mula mengejar Syah yang memang mamat muka Selenga!!

“Mama ni sapa?” Pertanyaan itu membuatkan aksi kejar mengejar antara Maisara dan Syah terhenti. Maisara memandang wajah polos lagi comel Illa itu penuh kasih. Tercuit hati Syah mendengar suara dari mulut comel itu. Dari tadi dia memerhatikan Maisara hinggakan terlupa dengan budak kecil yang mengelar Maisara sebagai mama. Comelnya budak ni! Anak sapa ni? Takkan anak Mai pulak?! Tapi dia panggil Mai mama... Hati Syah mula mempersoalkan kewujudan si comel.

“Mai.. sampai hati dah kahwin tak bagitau pun dekat abang.. siap ada anak segala.. ni nak majuk 1000 kali!!!”ujar Syah sedikit sayu. Maisara bantai gelak tak hinggat dunia.

“Abang Syah.. ce kira berapa tahu abang Syah pergi belajar?”suruh Maisara dengan ketawa tak habis-habis. Syah sudah muncung orang tanya lain si Maisara ni suruh kira pulak.

“Erm.. 2 tahun. Kenapa?”tanya Syah pelik.

“So... gunalah akal logik tu... Mana nak datang budak comel umur 3 tahun ni... kan ke masa abang pergi tu Mai sikit punye slim jew siap single lagi..”ujar Maisara sambil menyekeh abang angkatnya.

“Owh.. ye ke.. So budak comel ni sapa?”tanya Syah dengan muka blur.

“Budak comel ni... Adik angkat Mai.. Tapi dia nak panggil Mai mama. Mai tak kisah pun dapat anak secomel ni..>.<”kata Maisara sambil mencubit-cubit pipi anak kesayangannya itu.

“Mama... ni saper...?”tanya Illa yang sudah muncung. Marah sangat la tu orang tak layan dia.

“Sorry sayang... Ni uncle Syah. Abang angkat mama.”ujar Maisara sambil menyuruh Illa menyalami Syah.

“Uncle ni handsomelah.. Nanti Illa dah besar Illa nak kahwin dengan Uncle..”ujar Illa malu-malu. Terlambak ketawa Maisara, Syah dan Puan Rina mendengar celoteh anak kecil itu.

“Sorry sayang.. Uncle tak boleh kahwin dengan sayang. Kalau dengan mama sayang tak pelah. Boleh tak?”tanya Syah sengaja mahu menduga.

“Erm.. kalau jadi papa pun boleh. Illa suka jugak!!! Illa tengok mama dengan uncle sesuai sangat.... Kahwin la ceppat-cepat.”Ujar Illa terangguk-angguk. Syah sudah ketawa manakala Maisara tersedak-sedak.

“Assalamualaikum...”ujar Mazlan yang baru pulang dari kerja.

“Waalaikumsalam...”'alamak... bala sudah mari...'ujar hati kecil Maisara. Habislah dia jadi mangsa usikan abangnya yang satu itu.

“Hah, Syah bile sampai... balik-balik terus cari adik aku ye.. Kawan baik kau ni terus dilupa...”ujar Mazlan sedikit memerli.

“Alah.. kau tu bukan penting sangat untuk aku ingat.”ujar Syah selamba. Terbeliak mata Mazlan mendengar ayat terlebih lazat dari mulut Syah itu.

“Woiiii, memang tak sayang rambut kau ni..” Mazlan pantas menyekeh kepala si Syah.

Syah mengelak, akhirnya dua-dua jatuh bergolek menggantikan Illa dan Maisara. Illa mula tumpang sekaki seronok betul dia tengok abang Lannya bermain.



(@)030(@)


“Mama... Mama kawen la ngan uncle ensem tu..”becok betul mulut Si Illa hari ni. Sudah la tengah menyantap ni. Tersedak-sedak Maisara yang sedang makan nasi. Dahlah makan sambal memang berairlah mata Maisara ni. Puan Rina ketawa perlahan, Mazlan sudah ketawa mengekek sampai dia pulak yang tersedak. Encik Aiman bapa Maisara hanya tersenyum sahaja.

“ Tu la.. Tok Mak kata makan tu kunyah betul-betul. Tengok sekarang ni dah tersedak..”Ujar Illa tergeleng-geleng kepalanya. Makin membulat mata Maisara melihat Illa ketika itu. Bagaikan tahu mamanya sedang marah, terus Illa buat muka comel tak hinggat dia tu. Maisara terus cair... Tak boleh nak marah. Malah dipelukny Illa.

“Mama.. Illa tengah makan la..”ujar Illa dengan muncungnya. Maisara ketawa melihat telatah anak kecil itu.

Dalam keasyikan mereka makan itu, Illa sibuk merancang supaya mamanya dapat berkahwin dengan Uncle Handsome itu.


9_____6


Hari ini Syah datang melawat Puan Rina. Asalnya nak mengusha si Anak Dara tapi.. Maisara kerja pulak hari ni. Dapat tengok maknye pun jadilahhh...

“ Assalamualaikum UNCLE!!” Jerit Illa kegembiraan. Syah pantas mendukung Illa.

“Waalaikumsalam.. anak Uncle ni dah mandi belum?” tanya Syah sambil mencubit pipi montel Illa.

“Hehehe.. Dahla.. Uncle Illa panggil papa boleh tak?” tanya Illa sambil mengerdip-ngerdip mata comelnya. Syah ketawa senang.

“Bolehlah..untuk Illa comel ni semua boleh.” kata Syah.

“Kalau macam tu.. boleh tak papa kahwin dengan mama Illa?” tanya Illa penuh berharap. Syah tersentak. Dia buat-buat batuk. Padahal dalam hati dah jerit 'Anak dah kasi green light maknya apatah lagi..'

“Mama Illa nak ke?” tanya Syah sedikit berdebar.

“Mama tak mau kot.. Ala... papa ngorat la mama..”ujar Illa apbila wajah Syah sedikit muram mendengar yang mamanya tak mau kahwin dengan papa. Muka Syah kembali berseri.

“Illa ada idea tak?” tanya Syah sebelum dia menepuk dahi sendiri. Budak kecik tau apa???

“Ada... macam ni.. papa buat.....”becok mulut Illa menerangkan ideanya. Ternganga mulut Syah. Memang kecik-kecik cili padi betul budak ni.

8__8


Seminggu selepas itu

Maisara mengeluh. Masuk kali ni sudah 7 kali bunga mawar pink terletak di atas mejanya. Bila ditanya semua jawab tak tahu. Bukannya Maisara tak suka.. cuma dia tak suka ada suprise macam ni..

Bukan tu je.. orang tu siap kasi kad yang comel-comel. Ayat pulak romantis tahap melampau.. Cair Maisara...Maisara melangkah masuk ke dalam rumah. Apasal rumah dia penuh orang ni? Kenapa mak abang Syah pun ada sini?

“Assalamualaikum..”ujar Maisara malu-malu.

“Waalaikumsalam.. hah, dah sampai dah bakal pengantin ni..”jawab mak abang Syah.

“Hah?” Maisara ternganga

“Pengantin meh masuk..”kedengaran usikan dari salah seorang tetamu.

“Huh?!” Maisara makin blur. Macam mimpi.

“Ya, Allah. Meh masuk Mai.. ni Syah datang risik kamu sekali gus tunang.” terang Puan Rina. Maisara ternganga.

“Tak mau! Tak mau! Tak mau..”Maisara hentak-hentak kaki macam budak kecik. Kalah Illa.

Syah yang duduk dikereta pantas menarik Maisara yang berada dimuka pintu.

“Mai ni kenapa? Cakap tak ada boyfriend..” Syah sedikit esal dengan kelakuan tak matang Maisara itu. Illa sedari tadi menyorok dibelakang pintu mengintai mama dan papanya.

“Memanglah Mai tak ada boyfriend.. tapi Mai dah jatuh suka..” jelas Maisara dengan mata yang bergenang.

“Siapa?”tanya Syah cuak.

“Entah.. orang tu duk hantar bunga dengan kad kecik dekat Mai setiap hari dalam seminggu ni..”ujar Maisara tertunduk. Syah tersenyum senang.

“Mai.. tu abang la..” kata Syah tersenyum lebar.

“Betul ke? Abang mana reti jiwang-jiwang ni..”ujar Maisara tidak percaya.

“Betullah.. Illa punye idea la semua tu..”ujar Syah tergelak kecil.

“Illa...!”Maisara yang sudah malu sudah mengejar Illa yang berlari menyelamatkan diri dari mamanya.

“Hehehe.. Illa ni memang my little cupid betul la..” Syah ketawa sendiri.

“Mai nak kahwin ke tak???”jerit Syah dari luar rumah.

“Nakkkk!!!”jerit Maisara. Dua ekor ni memang tak tau malu. Illa yang malu. 



Asyu tak sangka wujud budak kecik yang comel macam ni......
Cerita ni dah lama Asyu tulis.. sebelum tengok gmbr budak ni...
Tak sangka kena plak...
Gmbr dia touch up.. yg x touch up pun dah cukup comelllllll


2 comments:

  1. assalamualaikum syu...hehehe..cerita blh tahan menarik...ending yg suprise jgk..i like it....tu pic comel anak sape ye?..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam dini.. hehehe thanks.. pic ni ciplak dari fb.. hahaha.. anak artis mana tah x ingat

      Delete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)