Bab
11
“Mama!”jerit
Nada dan Danial yang kebetulan turun mahu ke dapur. Masing-masing
menerpa Linda. Huzairil turut terkejut melihat perempuan yang
dipanggil 'mama' itu jatuh pengsan. Segera dia memanggil Azli untuk
membantu membawa perempuan itu ke hospital.
Nada
memangku kepala mamanya. Dikala itu, dia mencurahkan segala
kerinduannya kepada seorang insan bergelar ibu. Dikucup pipi dan dahi
Linda penuh kasih. Danial pula tidak sudah-sudah menggosok kaki
mamanya yang mulai sejuk. Dalam diam dia terharu melihat perlakuaan
Nada terhadap mamanya yang selalu mendera Nada.
“Daddy
lama lagi ke?”tanya Nada yang semakin murah dengan air mata.
Huzairil memandang anaknya penuh simpati. Ingin sekali dia mengelap
air mata anaknya. Tapi melihat situasi sekarang terpaksa dia
pendamkan. 'Daddy? Bila pula Nada ada daddy?'Danial mendiamkan diri.
“Kita
dah nak sampai. Lagi sikit je lagi. Sabar ya Nada..”ujar Huzairil
sedikit bersemangat. Nada turut menjadi kuat seolah-olah semangat
daddy itu mengalir kepadanya. Nada mengangguk faham. Namun tangannya
masih tidak lepas mengusap kepala mamanya.
Seusai
mereka tiba ke hospital Linda ditolak masuk ke bilik kecemasan. Nada
terduduk. Perutnya tiba-tiba sakit menyucuk. Lupa pulak yang dia
tidak makan sejak pagi tadi. Itulah jual mahal lagi bila Aiman nak
kongsi bekal. Sekarang sapa susah? Diri sendiri jugak...
“Nada
kau okey ke?”tanya Danial. Panik juga dia melihat wajah Nada
berkerut-kerut seolah-olah menahan sakit. Nada hanya diam tidak
berkutik.
“Nada
sayang okey ke?”tanya Huzairil pula, dia sendiri panik melihat
wajah Nada yang mulai pucat.
Nada
tidak menjawab. Wajah ditunduk ke bawah. Air mata yang tadinya kering
menitis kembali kerana sakitnya.
“Daddy,
Danial.. Nada sakit..”ujar Nada sebelum dia turut blackout.
Huzairil sudah bangun memangku anaknya sebelum menjerit memanggil
nurse.
Danial
pantas menelefon ayahnya.
@_______@
“Apa?!”terbangun
Huzairil apabila mendengar bicara si anak.
“Siapa
yang bawa pergi hospital? Apa dia?! Tunggu situ ayah datang sekarang
jugak!”ujar Huzairil sebelum menamatkan panggilan telefon. Airil
yang tertanya-tanya hanya mampu menunggu.
“Airil
cepat kita pergi hospital!”arah Huzairil sambil mengambil beg
bimbitnya. Airil pantas menurut perintah tuannya.
Airil
memandu dengan cermat. Sesekali dia mengintai wajah majikannya
melalui cermin belakang. Rasa ingin tahu membuak-buak dihati Airil.
Melihatkan kegusaran diwajah majikannya dia tahu ada sesuatu yang
tidak kena dengan keluarga majikannya.
“Tuan,
maafkan saya. Boleh saya bertanya sedikit?”tanya Airil dengan riak
wajah yang tenang.
“Hm..”balas
Huzairil tanpa sedikit pun memandang wajah Airil.
“Ada
apa-apa jadi ke Tuan?”tanya Airil prihatin.
“Hm..
tak.. Argh! Bulls**t!”Huzairil menyumpah seseorang. Airil
berkerut-kerut. Takkan Huzairil marah dia tanya macam tu.
“Apa
bos?!”tanya Airil saja buat-buat tidak dengar.
“Oh,
tak de apa-apa! Cepat sikit Airil!”ujar Huzairil tidak lepas-lepas
menaip pesanan ringkas(sms) ditelefonnya.
Airil
hanya menggangguk faham. Kereta semakin laju meluncur diatas jalan
raya. Huzairil tidak lepas-lepas mengeluh. Airil hanya mampu
memandang.
*_________*
“Danial,
mana lelaki tu?”tanya Huzairil dengan rasa marah yang tidak dapat
dibendung. Danial terpinga-pinga melihat kemarahan ayahnya,.
“Uncle
tu dah baliklah ayah..”ujar Danial sedikit takut-takut.
Jarang-jarang dia dapat melihat wajah ayahnya mengamuk.
“Kan
Ayah dah kata... Jangan kasi dia balik! Tengok sekarang ni.. Macam
mana?!” Huzairil menjerkah Danial. Anak muda yang baru berusia 13
tahun itu hampir menangis. Airil menggosok belakang majikannya
perlahan. Memang jarang dia melihat Huzairil mengamuk sebegini.
“Danial..
Danial rasa dia pergi tengok Nada..”ujar Danial tersangkut-sangkut.
Huzairil semakin panas mendengar kata-kata anaknya itu.
“Bilik
Nada nombor berapa?” tanya Huzairil dengan suara yang semakin
lembut. Mungkin kasihan dengan anaknya yang sudah menggigil ketakutan
itu.
“Nombor
213.”ujar Danial perlahan. Nak angkat muka pandang ayahnya pun dia
tak sanggup.
Huzairil
segera berjalan menuju ke bilik yang disebut anaknya. Panas hatinya
cuba dikawal. Karang tak pasal-pasal pecah pulak pintu bilik Nada ni
dia kerjakan. Perlahan dia buka pintu bilik Nada, kelihatan Huzairil
sedang berdiri menghadap Nada dan membelakangi dia. Huzairil masuk
secara senyap-senyap.
Kelihatan
Huzairil bapa kandung Nada memang erat tangan anak gadis itu. Wajah
menampakkan riak kerisauan yang melampau. Huzairil yang sedari tadi
memandang mula marah apabila Huzairil yang duduk membelakangi dia itu
mengusap-ngusap wajah anak kesayangannya.
“Huzairil,
jangan berani kau sentuh anak aku!” sergah Huzairil. Terhenjut
bahu Huzairil mendengar volume suaranya. Nada yang sedang lena terus
tersedar dan duduk tegak.
“Ayah?
Daddy?! Kita dekat mana ni?” tanya Nada yang masih mamai.
“Huzairil
kamu jangan nak halang aku dekat dengan Nada anak kandung aku!”
kata Huzairil dengan nafas yang tidak teratur seolah-olah sedang
menahan sakit. Nada yang mamai terus tersedar 100% mendengar 'Nada
anak kandung aku!' dari mulut daddynya. Ternganga anak gadis itu.
“Kau
jangan nak merepek Huzairil, Nada ni anak aku!” sanggah Huzairil.
“Nada
sayang ikut daddy balik ya..” ujar Huzairil sedikit sayu.
“Nada
jangan!” Huzairil sudah memerah mukanya menahan marah.
“Nada
ikut daddy ya.! Daddy sayang Nada..” ujar Huzairil kali ini
tangannya turut bergerak. Dicapai tangan Nada yang masih bingung
dengan apa yang berlaku. Huzairil mula panas hati melihat keberanian
lelaki yang merupakan ayah kandung kepada Nada.
Berlakulah
tarik menarik diantara Huzairil dan Huzairil. Yang ditarik merupakan
Nada. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan Nada dibuat mereka. Sudah
seperti anak patung.
“STOP!!!”
jerit Nada yang mula panas hati. Terhenti sesi tarik menarik
diantara kedua orang ayah itu.
“What
are this nonsense? Ayah, daddy?” ujar Nada sambil merenung tajam
wajah kedua orang lelaki itu.
“Start
talking now!!” Jerit Nada buat sekian kalinya. Tersentak kedua
orang lelaki itu. Huzairil si bapa kandung mengeluh. Yang si bapa
susuan sudah menggaru kepala. Adakah ini masa yang sesuai untuk
merungkai segala permasalahan mereka???
#Setelah sekian lama menyepi.. hehehe So Sorry... >.< bian(tetiba ckp bhasa korea)
#Asyu rasa macam nak cepat2 buat ending dia buleh dak?? Muahahaha 3:)
#sila la KOMEN ye readers Asyu yang disayangi
#JAngan keliru pulak antara Huzairil si Bapa kandung dengan Huzairil si bapa Susuan. Sebab Asyu sendiri dah pening.. Hehehehe
Awak lagi lagi.. Pleasse...!!
ReplyDeleteokey-II lepas exam ya..
Deletethanks @Jazmen Hanna sbb sudi baca cerita ni... :D
Jazmen Hanna [malas nak login]- Nak tahu knape daddy tinggalkan Nada. Daddy tu ayah kndung Nada kan?
DeleteDaddy ayah kandung Nada... dia tinggalkan NAda sbb takut NAda kena nasib yg sama macam anak sulung dia n isteri dia... ce baca bab 1 ada tulis rasanye..
Delete