Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Saturday, 21 December 2013

Cerpen : Bila Hati Kata Kamu

Cerpen : Bila Hati Kata Kamu.




            “Weih, aku ingat nak cari kerja la... sementara nak tunggu result STPM ni aku rasa baik aku cuba cari duit.” Ujar Miea. Ila yang tekun mendengar lagu korea ‘Gee’ dari SNSD hanya mengangguk kosong. Miea merengus geram. Ear phone yang hanya disumbat sebelah telinga Ila, direntapnya.

            “Oi.. sakitlah.. Kacau daun betul la kamu ni..” Ila menggosok telinganya. Miea tersenyum puas hati.

            “Lain kali bila aku cakap kamu dengarlah.. Esok teman aku pergi cari kerja dekat Mall M. Dalam tu kan banyak kiosk mana tau ada rezeki...” ujar Miea bersemangat. Ila mengangguk faham. Karang tak dengar betul-betul mau telinganya pula kena rentap. Mata Miea mencerlung tajam apabila melihat Ila kembali menyumbat ear phone di telinganya.

            “Ye, ye aku faham. Esok kita keluar cari kerja sama-sama. Okey?” Ila mula tayang muka comelnya. Comel la sangat!

            “Baguih kawan aku ni na..” Miea merampas Ipod milik Ila.

            “Apa ni?” marah Ila.

            “Pinjam la kejap.. Kamu 24/7 dok lekat benda ni kat telinga kamu.. kasilah chance kat aku nak sumbat kat telinga aku pulak..” Jeliran lidah turut dihadiahkan kepada Ila. ‘haih.. nasiblah kawan..’ keluh Ila dalam hati.

            “Jangan lupa inform kat pojaan hati kamu tu nanti, Miea oit! Karang tak pasal-pasal FB aku penuh dengan mesej pojaan hatimu tu...” ujar Ila sambil menayang sengih. Miea sekadar menyambut dengan anggukkan kecil. Ipod tetap ditelinga. Telefon dicapai lalu pesanan ringkas dihantar ke pojaan hatinya bak kata Ila.


(0u^)


            “Ila.. kat kedai roti tu ada iklan jawatan kosong la..” ujar Miea teruja. Tangan Ila ditarik menuju ke kedai roti itu. Ila yang tak bersedia hampir terjatuh. Kepala digeleng perlahan.. kawan.. oh.. kawan...

            Mata mereka berdua asyik mengusyar sekeliling kedai roti itu. Nampak ringkas tapi padat dengan pelbagai jenis roti. Haruman roti memenuhi segenap ruangan kedai itu. Bestnya.. kalau dapat bekerja dalam kedai ni..

            “Yup.. ada apa yang boleh saya bantu?” tanya seorang staff kedai roti itu. Miea tersenyum segan. Mesti dia nampak macam jakun je.. terhendap-hendap kedai orang.

            “Kami nak apply kerja kosong yang tertampal dekat luar tu boleh?” tanya Ila dengan senyuman manis.

            “Oh.. boleh je. Tolong isi borang ni.” Ujar Zulaikha, si pekerja kedai itu. Setelah selesai mengisi borang mereka berdua pulang ke rumah masing-masing.

            Malam itu sewaktu Miea sedang berehat dengan keluarganya telefonnya berdering.

            “Helo, assalamualaikum.” Miea memulakan bicara.

            “Waalaikumsalam, ni cik Miea Nasuha ke?” tanya si pemanggil.

            “Ye, saya.. Boleh saya tahu siapa yang sedang bercakap?” tanya Miea yang agak pelik. Jarang dia dapat panggilan dari orang yang tidak dikenali.

            “Saya Fairuz, manager Best Bakery. Saya nak maklumkan awak diterima bekerja di Best Bakery sebagai cashier.”

            “Ye ke? Alhamdulillah. Terima kasih. Bila ya saya boleh mula bekerja?” tanya Miea tidak sabar.

            “Kalau boleh esok.”

            “Baiklah esok saya mula bekerja.” Jawab Miea peuh semangat. Letak sahaja telefon, terus dia menghantar pesanan ringkas kepada Ila. Syukur, Ila juga berjaya mendapatkan pekerjaan yang sama.

            Setelah memaklumkan hal itu kepada ibu dan ayahnya, Miea pantas ke bilik tidurnya. Telefon bimbit ditangan segera ditekan laju. Lalu diletakkan ditelinganya.

            “Helo, assalamualaikum..” lembut tutur kata Miea dikala ini.

            “Waalaikumsalam, how are you my future wife?” tanya Azrael romantis. Ya, Azrael, lelaki itulah yang dikatakan Ila ‘pojaan hatinya’. Usia perkenalan antara dia dan Azrael masih muda, tidak sampai dua tahun. Namun, bila cinta mengetuk hatinya, dengan mudah dia menerima lelaki itu.

            Apatah lagi Azrael jauh di Kuala Lumpur, sedang menyambung pelajaran, bahkan lelaki itu juga muda setahun darinya. Tetapi semakin jauh dan banyak perbezaan diantara mereka membuat Miea bertambah sayang dengan lelaki itu.

            Azrael juga telah berjanji untuk mendirikan rumah tangga sebaik sahaja dia berjaya setelah tamat pengajian nanti. Setiap kali Azrael mengambil berat tentangnya, hatinya seakan melayang-layang, dirinya terawang-awang. Indahnya rasa ini.

            “Rael.. Miea dah dapat kerja tau!” manjanya Miea di saat ini.

            “Ya? Wah.. nanti gaji pertama, sayang, sayang belanja Rael tau..” usik Azrael membuahkan senyuman di wajah Miea.

            “Mestilah! Okey, Miea nak tidur dulu. Esok Miea dah mula kerja..” Miea melihat jam, sudah hampir jam 12 pagi! Alamatnya jadi pandalah dia esok.

            “Hehehe.. good girl. Okey.. satu je Rael nak pesan. Jangan naughty-naughty tau.. Rael tahu Miea ni memang cantik, manis.. so jaga-jaga jangan kasi ada semut yang hingap.” Ujar Azrael dengan nada yang serius. Miea tertawa kecil.

            “Okey, my future husband. Miea janji! Good bye.. Selamat malam, sweet dream and Assalamualaikum my dear...” Azrael dihujung talian tersenyum senang. Dulu, hanya dia yang melebih-lebih, kini Miea sudah semakin mesra biarpun jarak diantara mereka beratus batu.


[///o 3 o///]


            “Selamat pagi semua! Hari ini ada staff baru yang akan mula kerja disini. Kenalkan ini Miea Nasuha dan Nur Shahila. Mereka berdua akan bertugas sebagai cashier. Jadi, Zulaikha awak bertanggungjawab membimbing mereka.” Terang Fairus sekaligus mengarahkan Zulaikha. Mereka semuanya mengangguk. Setelah briefing Fairuz terus beransur untuk menyelesaikan tugasannya yang lain.

            “Hai, saya Syakir atau Miea boleh panggil Kecik. Cuba teka umur saya berapa?” tanya Kecik. Miea kelihatan teranggak-anggak dan segan. Ila pantas menyiku Miea.

            “18 kot..” ujar Miea.. Ikutkan hati nak aja dia cakap 15 tahun. Memang padanlah kena panggil kecik sebab memang nampak kecik.

            “Salah! Umur saya dah 20 tahun lah miss Miea.. Hahaha terkejut ke?” Kecik ketawa sepuas hatinya melihat respon Miea dan Ila. Ternganga! Sesi perkenalan beralih pula kepada baker kedua.

            “Hehehe, nama saya Faeiz.. cuba teka umur saya berapa?” tanya Faiez pula. Miea menggaru kepala. Memang semua pekerja kat kedai ni suka bagi teka teki pasal umur ke apa?

            “25 tahun..” ujar Ila pantas. Miea mengangguk. Memang nampak macam 25 tahun.

            “Kalau cam tu.. betullah tu..” ujarnya sambil menggosok-gosok dagunya yang meliar dengan janggut nipisnya.

            “Okey, saya pula Johan. Panggil saja Abang Jo. Sebab abang yang paling tua dekat sini. So kalau ada apa-apa masalah inform je dekat abang.” Baker yang ketiga bersuara. Miea dan Ila mengangguk faham.

            “Dah, dah la tu korang ni! Karang lambat pulak kita nak bukak kedai!” Zulaikha menolak hujung bahu baker-baker itu.

            “Nama akak Zulaikha. Panggil je kak Ika. Meh sini, akak ajar macam mana nak packing roti-roti ni.” Miea dan Ila segera menuju ke meja yang terletak ditengah kedai. Terdapat pelbagai jenis roti. Kesemuanya kelihatan sangat lazat!!

            Bermulalah pembelajaran mereka. Dari membungkus, melabel malah nama roti diajarkan kepada mereka. Pening kepala Miea melihat beratus-ratus  jenis roti.

           
(*____*)


            Sudah hampir seminggu, Miea bekerja di sini. 4 hari bersama Ila dan sehari tanpa Ila. Ila membuat keputusan tak nak bekerja. Kerana kerja sebagai cashier memerlukan mereka berdiri dalam jangka masa yang agak lama.

            Sunyi jugaklah dia. Tapi adanya para baker dengan akak Ika, tidak terasa sangat sunyi sangat.

            “Oit!” cuit abang Jo. Miea menghela nafas berat.

            “Kenapa abang Jo?” tanya Miea yang sedang laju mem’packing’ roti.

            “Malam esok jom tengok wayang.” Abang Jo mengenyitkan matanya.

            “Er.. esok Miea shif petang.. so tak dapat la..” Sengaja Miea buat muka sedih. Sebenarnya malas dia nak layan abang Jo ni. Dah kahwin dah, anak pun dah sorang, asyik nak menggatal saja. Kalau dia buat muka tak suka karang mau heboh dekat para baker lain.

            “Ala.. tak pelah nak buat macam mana..” pergi saja abang Jo datang pulak bala lain. Kecik pula mendekat.

            “Yeee... kecik.. kenapa?” tanya Miea tanpa memandang.

            “Huh.. bila aku datang terus.. buat muka macam tu.. sampai hati kamu..” Kecik buat muka sedih. Miea mengeluh. Malas betul nak layan perangai baker-baker ni. Dah berkali-kali dia beritahu yang dia dah ada boyfriend! Sengal betul depe ni!

            “Okey.. sorry! Ada apa kecik?” tanya Miea dengan muka yang konon-kononnya teruja nak tahu.

            “Rehat nanti.. joinlah aku dekat tingkat dua.. tangan ni dah gatal nak pukul drum..” ujar Kecik dengan tangan yang bergerak-gerak bagai memukul drum.

            “Okey..” dengar saja jawapan Miea, Kecik terus pergi. Puas hati agaknya.

            Sesekali Miea kerling jam. Dah dekat pukul 12 tengahari. Hari ini ada perkahwinan abang kepada kawan baiknya. Semalam dia sudah mintak cuti.. namun kerana tidak cukup staff dia tak dapat pergi. Sedih juga hatinya. Bertambah-tambah sedih dengan dugaan-dugaan dekat kedai ni.

            Miea bagaikan robot hari ini. Hatinya sudah hilang. Kerja saja. Nak layan baker-baker tu memang tak la.

            Lemah kakinya turun dari skuter kesayangannya. Penat, tekanan semua ada. Masuk sahaja rumah terus dia terperuk dalam biliknya. Nasib baik ibu tak ada, mungkin balik kampung. Ayah pun tak ada, ni mesti berborak dengan jiran belakang rumah.

            Miea terbaring di atas katil. Siling biliknya dipandang kosong. Sedang dia asyik melayan lamunannya. Dia terdengar bunyi pesanan ringkas masuk. Skrin telefon ditatapnya.

            ‘Helo, my future wife! How a’r you? I miss you so much! I love you! Take care.-Future Husband.’

            Baca sahaja kata-kata yang tertera di telefon, air mata Miea mengalir deras. Tak tahulah apa yang dirasanya kini. Yang dia tahu dia nak menangis sepuas-puasnya.  Malam itu dia tidur dengan linangan air mata.


{= u =}

            Hari ini hari terakhir Miea bekerja. Sedih jugalah nak tinggal tempat dia mencari rezeki. Tempat dia mengumpul pengalaman. Miea bersalaman dengan kak Ika dan Siti. Walaupun singkat perkenalan mereka namun rasa sayang tetap bertapak dihatinya.

            Abang Jo, Faez, Kecik, Syafiq, dan Fairuz berdiri membuat barisan. Dah rasa macam pekerja terhormat pulak. Hihihi..

            “Hm.. Miea.. aku nak cakap something ni.” Kata Kecik selepas menarik Miea ke tepi.

            “Apa?” tanya Miea prihatin. Kesian pulak dia tengok kecik ni. Macam nak nangis je..

            “Aku suka kamu..” kata Kecik dengan keyakinan yang penuh. Miea dah terlopong.

            “Apa?” tanya Miea tak percaya.

            “Aku suka kau! Aku cinta Miea Nasuha! Aku nak kahwin dengan kau, Miea!” ujar Kecik beria-ria. Macam nak pegang tangan Miea je lagaknya.

            “Aku.. aku.. aku dah ada boyfriend la..” ujar Miea agak gagap.

            “Aku tahu.. tapi.. Jodoh siapa yang tahu?”ujar Kecik penuh berharap.

            “Aku.. aku tak tahulah.. Maafkan aku Kecik..” Miea pantas meminta diri. Luahan hati Kecik membuatnya keliru. Dia sudah punya Azrael dihatinya. Kenapa Kecik perlu membuat hatinya ragu-ragu? Siapa pula akan jadi suaminya nanti? Miea sudah pusing. Yang pasti dia perlu jauh dari ini semua.


| : m : |



            5 tahun sudah berlalu. Miea kini bergelar usahawan yang berjaya. Ini semua berkat kepimpinan suaminya.

            Suaminya, Muhammad Azrael, yang sedang ralit melayan puteri sulung mereka dipandang penuh kasih. Hanya lelaki itu yang berjaya meletakkan nama di hatinya.


            ‘Biarpun seribu lelaki mengejar aku. Hati aku tetap kata kamu, Azrael.’ Miea mula menghampiri suaminya dan anaknya. Semoga pilihannya ini adalah yang terbaik, dan bahagia sentiasa menyelubungi mereka biarpun beribu dugaan melanda kasih ini.

2 comments:

  1. salam kak asyu,sy min...cerpen ni best sangat cuma boleh panjangkan sikit tak?anyway best sangat ..boleh kaksyu buat lagi?thumb up's lah kak syu...

    ReplyDelete
  2. Hai kak, macam nak cepat habis je ni. Hehehehe. Teruskan mengarang kak :)

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)