ASSALAMUALAIKUM
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
My Personal Bodyguard
Dia... lelaki yang satu.
Dia... unik.
Dia... milik aku.
Dia... my personal bodyguard.
D’
melepaskan nafas kasar, telefon yang sekian kalinya berdering dipandang kosong.
Sakit pula hatinya. Waktu cuti macam ni nak rehat pun tak boleh. Menyebuk betul
princess-wanna-be ni...
Sam
yang kebetulan melepak dengan Xin dan Far di rumah D’ memandang D’ pelik. Budak
dua orang itu dah hilang ke dapur D’. Sam melabuh punggung di sofa sebelah D’.
“Kau okay ke bro?”tanya Sam prihatin.
“Okay je.. ni
princess-wanna-be ni... asyik call aku
je.. menyampah la.. sakit tau otak, telinga, mata dan hati aku ni. Runsing!”kata
D’ penuh perasaan.
“Ha ha ha...
itulah... kau handsome sangat... tengokkan dah susah... kesian-kesian. Redha jelah
D’. By the way... esok dengar cerita ada orang baru nak masuk. Yelah Jokan
tengah honeymoon dengan isteri dia tu... Kau kenal ke siapa?”
D’ mengerut kening mendengar soalan Sam itu. Pasal Jo cuti tu dia tahulah...
pasal budak baru tu tak ada pulak.
“Entah...
maybe orang X jugak la tu... biar jelah.. seronok juga.. hehe boleh buli budak
baru tu...” balas D’ sambil tersengih jahat. Sam mengangguk setuju.
“Woi, woi...
apa sengih macam tu... kutuk aku ye...” kata Xin
yang muncul dengan sebekas ais-krim Baskin Robin.
“Sorrylah... apa kelas nak kutuk kau...
kutuk Far baru kick!” kata Sam dengan riak sombongnya. Tersedak ais-krim
Xin mendengarnya. Cikobeng, kau Sam!
“Apa
sebut-sebut nama aku ni? D’... order la pizza.. kaukan abang long kita orang
sekarang ni... JO tak de.. so kau kenalah jaga adik-adik kau ni..”
kata Far dengan muka comelnya. Tangan mengusap-usap perut sendiri,
konon-kononnya kebulurlah tu. D’ menggeleng kepala. Tak pasal-pasal aku yang
kena...
“Ala... D’ yang
handsome belanjalah kita orang...” Far sudah memeluk lengan D’, erat.
“Woit! Aku bukan
gay okay! Ish... kalau nak aku belanja boleh je... dengan syarat... kau tolong
buat princess-wanna-be ni berhenti call aku, mesej aku...” kata
D’ dengan senyumannya. Tahu kalau pasal makan Far sanggup buat apa sahaja.
“Hm... hah! Kan
ke ada budak baru nak masuk esok.. apa kata... kita kenenkan dengan
princess-wanna-be tu?”tanya Far dengan sorak gembiranya. D’
menepuk tangan. Bagus betul budak kecik ni!
“Oh ya... aku
lupa nak beritahu.. X ada beri kita tugas baru... tapi nak individu rasanya. Dia
suruh kau pilih mana-mana bodyguard, D’.” Kata Xin
dengan mulut yang penuh dengan ais-krim.
“Untuk siapa?”tanya D’ sambil lewa. Far
yang sudah berangan-angan itu mula melompat-lompat riang. Menghalang penglihatannya
untuk menonton televisyen. Geram dengan Far, terus dia bangun dan menyekeh
kanak-kanak riang itu. Sam dan Xin menepuk tangan dan membuat tanda bagus
kepada Far.
“Untuk...
siapa ya.. aku lupa pulak.. kejap ye. Hm... Hah! Princess-wanna-be!”
jerit Xin apabila mengingati klien mereka. D’ menepuk dahi. Lagi sekali..
“Adui... apa
lagilah X ni... okay.. aku dah konfem tak nak. Korang?”tanya
D’ sambil mengeluarkan sebatang rokok. Stress!
“Tak nak!”
kata Xin, Sam dan Far serentak. Chemistry sangattt~! D’ tersengih. Tahu mereka
semua dah trauma dengan princess-wanna-be itu. Banyak songeh, sombong, gatal dan...
kaki shopping, kriteria yang menakutkan bagi 4 jejaka ini.
“Macam mana sekarang ni? Nak tolak,
konfem-konfem tak boleh... X dah terima job tu...” D’ menggaru kening.
“Hm... apa
susah... kita suruh ajalah budak baru tu ambik job ni... kira first job dia
la..” balas Far sambil lewa. Ais-krim yang tadinya ditangan Xin
sudah berada ditangannya. Sedap!
“Wah! Baguslah
kau ni Far!” D’ sudah menggosok kepala Far lembut. Bijak pulak
kanak-kanak riang ni... kalau Jo ada mesti dia terkejut beruk melihat
kepintaran Far ni.
“So... pizza on me?!” D’ buat-buat
tanya. Far sudah melompat riang. Dapat juga dia makan pizza free! Sam dan Xin
berhigh-five.. save duit pocket hujung-hujung bulan ni...
-
“Qaisara...
please stop behaving like this. Papa malulah!” bentak
Datuk Zaqri Hamidi. Runsing dengan telatah anaknya. Dahlah buat perangai di
khalayak ramai. Nasib baik staf-staf dia sahaja yang ada...
“I don’t
care... papa... please help me. I want D’!”kata
Antasia sambil menghentak kaki.
“Sayang...
macam mana papa nak paksa dia... Papa dah buat macam Qaisara suruh...”
kata Datuk Zaqri Hamidi sambil memicit kepala yang terasa berat.
“Hm.. okay. Thanks
papa. I want to go D’ place.” Kata Antasia lalu beredar.
“Qaisara
jangan nak buat kecoh di sana!” laung Datuk Zaqri Hamidi. Dia mengeluh
kecil. Susah nak jaga anak perempuan seorang ni.
-
Satu jam lebih awal. Di pejabat
bodyguard.
“D’ tu budak
baru dah sampai.” Far menyiku D’ yang asyik menilik kerja di komputer.
“Hm... bagus.”
Kata D’ yang sudah bangun meninggalkan mejanya. Didekati budak baru itu.
“Nama?”tanya D’ sambil menilik lelaki
itu. Tegap, kacak, tinggi, mesti berdarah campuran juga ni... macam watak James
Bond pun ada.
“Nama saya
Imran Alexander. Panggil Lex.” Kata Lex dengan gaya senang diri.
“Hm... okay
Lex. Untuk tugasan pertama kamu... kamu ditugaskan untuk menjadi bodyguard
Puteri Qaisara Antasia.” Kata D’ sambil berjalan mengelilingi
Lex.
“Bila saya
boleh mula?”tanya Lex tanpa perasaan. Efisyen sungguh!
“Hm... lagi sejam. Sebelum itu Sam akan
briefing pasal client itu kepada awak. Sila ke meja hujung sekali.” Kata D’
sambil menunjukkan meja Sam. Terus Lex melangkah ke sana.
“Habislah
princess-wanna-be dapat bodyguard ice-cool macam tu... haha mati kutu la
perempuan tu...” kata Far sambil tergelak kecil.
“Tau tak pe... suka hati aku.” kata D’
dengan senyuman manis.
“Amboi
hang... haha.. tapi cheq pun suka... mesti budak Lex tu menyampah dengan
perempuan loqlaq tu..” kata Far teruja. Seperti biasa bila
dia teruja mulalah cakap loghat utara dia tu. D’ mengangguk. Konfem... Lex
menyampah... mereka pun menyampah. Tapi tak tahulah pula... kalau berputik
bunga di hati kikiki...
-
Antasia
melangkah masuk ke pejabat bodyguard dengan angkuhnya. Biasa divakannn...
“Weih... bala
hang dah sampai..” bisik Far ditelinga D’. D’ yang asyik berbincang strategi
untuk job lain bersama Xin dan Far tersentak. Gulp... liur ditelan.
“Hi miss
Antasia...” tangan bertaut. Antasia mengusap-usap tangan D’ penuh
menggoda.
“Erk.. miss
Antasia. Ini bodyguard yang akan bekerja dengan miss.” Kata D’
sambil menarik tangannya laju. Gila gatal perempuan ni!
“Eh... bukan
you ke?” muka ditarik empat belas. Merajuk.
“No. Saya ada
kes lain. Ini Imran Alexander. Call him Lex. Dia yang bertanggungjawab menjaga
keselamatan miss.” Terang D’ dengan riak beku. Tayang emosi lebih-lebih karang
lagi sentap princess-wanna-be ni.. D’ dah rasa nak lompat bintang dah ni...
Lex
menghulurkan tangan. Antasia menyambut dengan wajah masam. Mana tak masam dah D’
kesayangan dia tak jadi bodyguard dia..
“Saya sedia berkhidmat.” Kata Lex
serius. Antasia menelan liur... menakutkan... macam mana ni.... aku nak D’ tapi
dapat patung askar ni...
Lex
menahan debar. Kenapa ni? soal dirinya sendiri. Muka cuba diseriuskan seserius
mungkin.
-
“Miss Antasia...
are you okay?”tanya Lex yang sudah 10 minit menunggu di depan bilik
mencuba pakaian di butik SM.
“Hm... okay..
just wait. Ada lagi 5 baju ni...” balas Antasia malas. Sebenarnya dia
malas nak menghadap muka Lex. Mana ada baju dah. Dia sekadar duduk main mesej
sahaja dalam bilik ini.
Lex
tersenyum sendiri. Kalau perempuan tu perempuan juga. Lex mengambil kerusi. Dia
duduk betul-betul di depan bilik persalinan itu.
Lemas
dalam bilik itu, akhirnya Antasia keluar dari bilik persalinan itu. Terpaku dia
melihat wajah Lex yang terlena. Cermin mata hitam yang terletak elok di mata
Lex sedari pertama kali mereka bersua sudah tertanggal. Baru kali ini Antasia
dapat melihat wajah Lex dengan jelas. Yalah Lex ni tinggi luar alam.. dia
pendek luar alam.. bukan nampak jelas pun.
Tangan
bergerak tanpa disuruh. Cuba menyentuh wajah Lex. Lex terjaga. Mata kuyunya
terbuka luas. Mengejutkan Antasia. Namun... mata hijau tua itu membuat Antasia
terpaku di posisinya.
“Miss...
miss..” panggil Lex menyedarkan Antasia. Melenyapkan debar yang
semakin kuat. Antasia berdehem.
“Jom. Aku dah
setel.” Tangan melekap di dada... hurm... bukan aku suka D’ ke?
“Okay.”
Lex segera bangun. Tangannya turut melekap di dada. Dugdagdugdag. Sudah... dia
nak kerja bukan nak cari jodoh.
-
“Macam mana? Okay
ke kerja dengan princess-wanna-be tu?”tanya Far
busybody. Kening Lex terangkat. Princess-wanna-be?
“Ok..” sepatah sahaja dijawabnya. Mengundang
cebikan dibibir Far.
“Apa pendapat
kau mengenai client tu?”tanya Xin pula cuba menyungkil sesuatu dari
mamat cool-ice.
“Cantik...”sepatah
kata yang membuat Sam, D’, Xin dan Far ternganga. Ayoyo... memang sudah
berputik leeee...
-
“Hm... kau dah makan?”tanya Antasia
malu-malu. Dah macam gadis melayu terakhir.
“Hah?! Belum.. miss?”tanya Lex dengan
serius. Macam manalah kawan-kawan tempat kerjanya mengatakan miss Antasia ni
princess-wanna-be ni? lembut sahaja wanita ni...
“Oh... jom
pergi makan dulu la..” kata Antasia seraya berjalan laju ke
restoran berdekatan. Tak sedar dengan keadaan jalan, kakinya tersandung lubang.
Mujur Lex sempat menyambut dirinya. Kalau tak... tanggung malulah dia...
“Are you
okay?”
“Erk... yup. Yes..
I am okay!” balas Antasia sambil bangun tergesa-gesa. Terus dia
menyambung jalannya. Tangan melekap ke dua-dua pipi. Panas. Mesti mukanya
merah.
Papa...
tolong Qaisara!
Lex
tergelak kecil melihat aksi Antasia... jantung yang berdegup laju membuat dia
ingin melompat tinggi. Umi... boleh tak Im bawak balik bakal menantu untuk umi?
-
“Qaisara
macam mana? Dapat ke D’ tu?”tanya Datuk Zaqri Hamidi.
“D’?
pleaselah... not my taste..” balas Antasia sambil melihat kukunya.
“Pulak...”Datuk
Zaqri Hamidi menggaru kepala.
“Hm...
papa... boleh tak... nak mintak tolong?”tanya
Antasia malu-malu.
“Apanya?”
“Pinangkan
Lex...” kata Antasia malu-malunya. Datuk Zaqri Hamidi tersedak. Pinang?
“Hah? Pinang anak
teruna orang?”tanya Datuk Zaqri Hamidi kurang percaya.
“Ya...
Qaisara dah jatuh cinta dengan Imran Alexander la papa... Please..”
rayu Antasia dengan wajah comelnya.
Datuk
Zaqri Hamidi sudah menggeleng kepala. Sudah...
-
“Weih.. D’ kenapa sejak sebulan dua ni...
budak baru ni dah tersenyum-senyum macam kerang busuk? Pelik la.. masa first
day... dia datang.. mana ada dia nak senyum bagai... kau tak pelik ke?”tanya
Far. D’ menggaru kepala yang tak gatal. Betul jugak tu...
“Hm.. aku pun
perasan.” Kata Xin dan Sam.
“Dia dah
jatuh cinta dengan princess-wanna-be kot...” balas D’
dengan bijaksananya.
“Biar betik?”tanya
Xin, Sam dan Far serentak.
“Betik la..
lagipun perempuan tu dah tak kacau aku dah..”kata D’
dengan senyuman senangnya.
“Owh... makan
nasi minyak la kita lepas ni...” kata Far sambil menggosok perut.
“Haha..
tulah... kenyang kita.. kenyang aku... selamat...” kata D’
sambil menaikkan ibu jari. Seronok sangat la ni.
“Ehem-ehem. Ni
untuk korang.”Lex menghulurkan sepucuk sampul kepada mereka. Sam menyambut.
“What?!” jerit mereka berempat. Jo yang
sedang sibuk hanya menjeling tajam. Terdiam sekejap mereka. Jo lepas kahwin
ni... pantang bising sikit. Jeling je kerjanya.
“Kau nak kahwin dengan princess-wanna-be
tu?”tanya Xin.
“Yes... and
please don’t call her princess-wanna-be. She my princess.”
Kata Lex tegas. Telan liur mereka berempat.
“Sayang...”
panggil Antasia meleret. Baru sahaja sebut dah muncul, panjang umur minah ni.
“Yes... my
princess...” sahut Lex dengan senyuman machonya. Wow... hebat penangan
Antasia ni.
“Dah jemput
dia orang?”tanya Antasia lembut.
“Dah sayang.”
“Wow...
hebatlah kau Lex... Miss Antasia jadi gadis melayu terakhirlah..”
kata Far dengan riak teruja. D’ dah mengetuk kepala Far. Mulut budak ni...
“Haha..
dahlah guys..” ujar Antasia dengan senyuman manis.
“Untunglah
Miss lepas ni.. tak payah nak upah bodyguard dah..”kata Sam
dengan nada selorohnnya.
“He he...
yes.. he is now... my personal bodyguard. Satu-satunya bodyguard saya... hm..
thanks ya D’ sebab awak.. saya jumpa jodoh saya.” Kata Antasia
ikhlas. Lex tersenyum manis. Ya... dia berterima kasih kepada D’.
“You’re
welcome...” kata D’ ikhlas. Lega. Lepas ni dah tak ada perempuan loqlaq
kacau dia lepas ni...
hahaha memang lawak giler. best gilerlah
ReplyDeletehehe thanksss aik.. lain plak namanye >_<
Deletedah ingat password ke siti?
Akhirnya terubat juga rindu kat dorg ni heeee >_<
ReplyDeletehehe... bagus la dah terubat.. hehe leh cuti tulis citer pasal mamat 5 orang ni :)
Deletebest kelakar lah ..... hahahaha
ReplyDelete