ASSALAMUALAIKUM
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
SORRY LAMA X SAMBUNG KKA...
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
SORRY LAMA X SAMBUNG KKA...
MEMANG CERITA NI DAH NAK ABIS SANGAT DAH... TRIMAS SUDI BACA
Bab 17
“Kau biar betik
Irfan?!” tanya Aiman yang sudah tegak duduknya. Hilang terus rasa
kantuknya mengulangkaji di jam 4 pagi ini.
“Ye, betullah apa
yang aku cakap ni... Nada nak fly ke USA!” kata Irfan yang mula
malas nak melayan ragam si Aiman ni. Aiman yang di Batu Gajah sudah
nak naik gajah. Kenapa Nada buat keputusan sebesar ni tanpa
berbincangan dengan dia? Kata, dia Anjelnya Nada!
“Man... o...
Aiman. Kau ok ke tak tu?” tanya Irfan yang kerisauan.
Aiman meraup
mukanya kasar. Gambar Nada dan rakan-rakan di tenung tajam. Sesal
dengan tindakan Nada.
“Aku okey. Aku
nak letak telefon ni. Ada hal urgent. Nanti kita sembang lagi ya,
Irfan. Assalamualaikum.” kata Aiman yang sudah meninggalkan ruangan
ulangkaji yang disediakan khas oleh pihak sekolah untuk para pelajar
yang rajin mengulangkaji di awal pagi.
“Waalaikumusalam.”
Aiman mengusap wajahnya kasar. Aduhai... Nada.. sengaja nak buat dia
huru-hara di sini.
Aiman melangkah ke
perpustakaan. Nasib baik dia kenal rapat dengan abang yang menjaga
perpustakaan. Bagus betul sekolah ni. Semua kemudahan untuk pelajar
disediakan 24 jam. Aiman pergi ke arah bahagian komputer. Selepas
mendapatkan akses sekolah, Aiman segera online.
Aiman
X+Nada!!!!+ Aiman segera berprivate massage dengan Nada. Tahu
pada waktu itu Nada tidak tidur lagi.
Nada
Lovely+Yes... my anjel...+ Aiman merengus geram melihat balasan
Nada. Sengaja betul budak ni!
Aiman X+Aku
balik sekarang jugak! Esok kita jumpa!+ Aiman yang baru nak
offline tidak meneruskan niatnya pabila Nada membalas mesejnya.
Nada
Lovely+La... kaukan sekolah...+
Aiman X+Yes...
tapi aku nak tahu pasal USA dari mulut kau... Jumpa esok! Titik!+
Aiman segera
berjalan menuju ke arah dormnya. Mahu mengemas beg dan berjumpa
dengan guru yang incharge. Nasib baik lesen motosikalnya sentiasa
bersamanya. Balik ni merempitlah jawabnya. Tapi... nak ke cikgu dia
lepaskan... diakan dah form 5... tahun akhir.. Argh... pulun jelah
Aiman!
-
Nada menggaru
kepala... Habislah dia.. siapa pula yang pecah tembelang pasal USA
dekat Aiman ni? Haih... mesti anjelnya mengamuk sakan.
Nada merenung baju
yang sedang dilipatnya. Ya dia dah nekad. Dia akan ke USA. Untuk
daddynya. Hanya itu yang boleh dia lakukan buat masa sekarang ini.
Walaupun waktu
semakin ke pukul 5 pagi... Nada masih tidak mengantuk. Rasa yang
bercampur baur ini membuat dia makin tidak mahu lena.
Sedih pula dia
rasa... sanggup ke dia tinggalkan keluarga dia ni? Dia dah sayang
sangat dengan keluarga ni... ayah...mama... kedua orang tua ini
sudah seperti orang tua kandungnya memang sejak kecil dia beranggap
mereka mempunyai pertalian darah... walaupun tiada pertalian darah..
mereka merupakan ibu bapa susuannya. Sedih... air mata Nada mula
mengalir lesu.
Argh... mula balik
drama air matanya. Dalam linangan air mata Nada tertidur kepenatan.
Kepenatan emosi.
-
“Assalamualaikum...
Nada... o... Nada..” Aiman terus menyerbu rumah Nada sebaik sahaja
sampai. Mengantuk juga ni tapi digagahkan diri untuk berjumpa teman
baiknya itu.
“Waalaikumusalam,
eh Aiman... Bila sampai?”tanya Linda kepada sahabat anaknya itu.
Aima menayang sengih.
“Baru je sampai
auntie... he he ni terus jumpa Nada. Ada hal nak bincang sikit...”
cerita Aiman. Linda kelihatan terkejut mendengar cerita Aiman.
Budak-budak sekarang ikut kepala dia orang saja.
“Ya Allah... tak
balik lagi la ni? Bagus betul kamu ni. Kejap auntie panggilkan Nada.
Aiman duduk dulu ya.” Linda terus ke atas. Mahu memanggil anak
daranya itu.
“Nada... Nada..
Aiman dah sampai tu...” Linda mengetuk pintu. Tidak bersahut. Terus
dia membuka pintu.
“Anak dara
bertuah... tidur lagi...” Linda menggeleng. Bahu Nada digerak
lembut. Nada mengeliat kecil.
“Mama... kenapa
ni?”tanya Nada yang mamai.
“Aiman dah sampai
tu... dia tunggu kamu kat bawah. Kesian budak tu mesti mengantuk, tak
tidur-tidur lagi.” kata Linda sambil membantu Nada yang mamai
bangun. Dengan mata yang separuh tertutup Nada bergerak ke bilik air.
Linda menggeleng. Macam-macam anaknya itu.
Mata Linda terpaku
melihat beg dan baju-baju Nada. 'Dah berkemas...' Linda cuba mengusir
rasa sedih yang tiba-tiba muncul dalam hatinya. Dia tersenyum kelat.
Terus dia turun ke bawah. Kasihan Aiman pasti belum bersarapan lagi
tu.
-
Nada melangkah
turun selepas siap. Terus dia ke ruang tamu. Pasti Aiman ada di situ.
Tersengih Nada melihat kawannya itu terlentok. Haha.. itulah degil..
macam diktaktor pun ada... semua keputusan buat sendiri lepas tu tak
boleh bangkang. Nasib baik tak eksiden ke apa.. Nada melabuhkan
punggungnya di sofa bersebelahan Aiman.
Wajah Aiman
ditilik. Kawan baiknya sedari kecil. Teman waktu senang dan waktu
susah... mampu ke dia tinggalkan kawannya itu? Air mata mula menitis.
Air matanya seakan murah ketika ini. Selalu benar turun. Kalau
ikutkan boleh banjir rumah dia ni!
Aiman mengeliat
kecil. Cahaya pagi yang bersinar riang di wajahnya mengejutkan dia
dari lena. Terkejut dia melihat air mata Nada sebaik sahaja membuka
mata. Terus duduknya tegak.
“Kau okay?”
tanya Aiman yang sudah kalut. Nada tergelak kecil.
“Kau ni.. aku
okay je. Mata ni buat hal pula.” balas Nada secara seloroh.
“Yelah tu..
kenapa dengan kau ni cuba cerita dekat aku...” kata Aiman dengan
prihatinnya. Nada tersenyum. Aiman ni memang anjelnya.
“Tak ada apa. Kau
ni... bahaya tau balik sini pagi-pagi buta. Nasib baik tak eksiden.
Dah la bawak motosikal...” kata Nada mula membebel. Aiman
tersengih-sengih. Tahu dia memang suka buat tindakan bodoh.
“Mana aku tak
balik... ada orang cerita kawan baik aku nak pergi USA... tinggalkan
aku yang dia anggap macam anjel dia tu...” kata Aiman berjauh hati.
Nada serba-salah.
“Bukan aku tak
nak kasi tahu... cuma aku takut... aku sedih...”balas Nada
perlahan.
“Nada.. kau kata
aku anjel kau.. kita dah kongsi banyak cerita. Tak akan perkara
sebesar ni kau sanggup rahsiakan dari aku? Dah la cerita dekat orang
lain... aku ni... kau buat macam tunggul je.” kata Aiman dalam nada
rajuk. Nada sudah rasa serba tidak kena. Ikutkan hati nak saja dia
tarik tangan Aiman. Dia nak beritahu... dia tak sanggup nak cerita..
dia tahu Aiman mampu mengoyahkan keputusannya itu. Namun mereka
terpisah dengan pertalian. Aiman lelaki ajnabi buat dia...
“Aku tahu aku ni
tak pentingkan...” sungul sahaja wajah Aiman. Terasa tidak berbaloi
dia merempuh dingin pagi untuk melihat reaksi kaku Nada ini. Aiman
mula bangun.
“Aiman. Kau
tahukan... aku sayangkan kau.. kau anjel aku... satu-satunya
penyelamat aku...” kata Nada dengan linangan air mata.
Aiman kembali
duduk. Terasa hilang rasa jauh hatinya melihat Nada mengalir air
mata. Tangannya terasa panjang mahu menyeka mutiara yang jatuh dari
tubir mata si gadis itu.
“Kalau macam
tu... stay di sini. Tak payah pergi USA.” kata Aiman tanpa
perasaan. Nada tersentak.
“Mana boleh!
Macam mana dengan dengan daddy? Rawatan dia?”Nada sudah bangkit
dari duduknya. Kenapa Aiman tak nak faham?
“Itu bukan alasan
kau... dia tetap boleh pergi ke USA tanpa kau..” ujar Aiman lagi.
“Aiman... sampai
hati kau kata macam tu. Dia daddy aku. Walaupun dia pernah buat
silap... dia tetap daddy aku.. aku sebagai anak kena berada disamping
dia..”ujar Nada yang mual serak suaranya.
“Habis tu..
mama.. ayah kau? Kau tak fikir?”Aiman mula mempersoalkan kata
Nada. Nada melihat wajah Aiman... Aiman... aku nak Aiman yang dulu...
yang selalu backing aku...
“Ya.. aku sayang
mereka. Sayang sangat-sangat. Tapi daddy aku tak ada sesiapa. Dia
hanya ada aku.. hanya aku... mama dan ayah ada abang-abang aku...
adik aku. Aku fikir benda tu Aiman.. Bukan tak fikir. Kau ingat aku
sanggup nak tinggalkan dia orang? Kau? Kawan-kawan kita?” kali ini
Nada sudah tertunduk. Tahu wajahnya sudah lencun. Lencun dengan air
mata.
Linda hanya
memasang telinga dari dapur. Air matanya turut turun. Mama faham
sayang...
“Kalau macam
tu... janganlah tinggalkan kami... aku... Aku pasti rindukan kau
Nada..” kata Aiman dengan rasa sebak. ya... dia sayangkan Nada..
malah lebih dari seorang rakan baik.
“Aku juga akan
rindukan kau... Tapi daddy lebih perlukan aku.” Nada berpaling.
Tidak mahu melihat wajah Aiman. Pasti wajah itu berjaya mengoyahkan
pendiriannya.
“Kalau macam tu..
aku tak boleh kata apa. Aku hanya boleh doakan kau dari jauh.
Nampaknya aku pulang ni tak bawa perubahan... baiklah Nada. Aku pergi
dulu... Maafkan aku, halalkan makan minum yang kau kasi dekat aku...
aku pun dah maafkan kau... dan halalkan makan minum kau... aku harap
kau bahagia..” kata Aiman sambil melangkah keluar. Nada
tersentak...
“Aiman.. kau tak
nak jumpa aku lagi ke?”tanya Nada.
“Buat apa aku
jumpa orang yang nak tinggalkan aku?”balas Aiman dengan soalan
juga.
“Aiman...
janganlah macam ni... aku sayangkan kau..” kata Nada yang semakin
mendekat dengan Aiman.
“Aku pun
sayangkan kau...” Aiman mula melangkah kembali. 'aku... cintakan
kau sebab itu aku tak mampu jumpa kau lagi...' balas Aiman dalam
hati.
“Aiman...
Aiman..” Nada sudah terduduk melutut. Sedih menyelumbungi hatinya.
Anjelnya telah pergi... pergi tanpa alasan yang kukuh.
“Nada...” Linda
memegang bahu anaknya itu. Nada melihat wajah mamanya.
“Mama...
Aiman...” Nada tak mampu menutur kata. Linda mengangguk faham.
Dipeluk anaknya itu. Dikucup dahi anak gadis itu.
'Sabarlah
sayang...'
*lap hingus* Dahlah Del sakit, akak sanggup buat cerita sedih? Hacumm, hacumm!
ReplyDeletealahai kesian del... hehe sorry le sayang uit...
Deleteceria ni x ada sambungan ke?
ReplyDelete