ASSALAMULAIKUM.
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN. CERPEN YG PENDEK UNTUK KORANG. YG SMBUNGAN MANA2 CERPEN TU MINGGU DPN YEEEE
PULANGLAH, ANAKKU!
Afif termenung
panjang. Rindu itu tetap bertandang. Entah bagaimana keadaan mereka sekarang,
sihat ke, sakit ke? Kalau boleh dia nak balik. Tapi mereka dah buang dia. Ini
semua pasal benda tu. Benda yang dulunya menjadi pujaan dia. Benda yang buat
dia kehilangan keluarga.
Mujur, Khalisha menjumpai dia.
Wanita itu yang menariknya untuk kembali
berdiri di atas bumi yang nyata. Dia sayangkan wanita itu, sayang benar hingga
dia mengambil keputusan untuk menjadikan wanita itu sebagai isterinya.
Khalisha pada dirinya seorang yang
sangat dia kagumi. Demi membimbingnya keluar dari kemelut hitam itu Khalisha
menerima dirinya yang tiada apa. Dia cukup bersyukur dengan anugerah Allah
untuknya ini.
Tapi... rasa rindu itu tetap datang
lebih-lebih lagi di hujung ramadhan ini. Afif termenung kembali.
“Abang, kenapa ni?”tanya Khalisha
lembut. Perut yang makin membesar menyukarkan dia untuk bergerak pantas. Tangan
mengusap rambut suaminya. Memanjakan lelaki kesayanganya ini.
“Erm... tak ada apa. Sayang dah siapkan,
jom. Kita makan luar malam ni. Lepas tu terus kita pergi terawih dekat masjid
negeri.” Ujar Afif dengan senyuman manis. Tangan memeluk pinggang si isteri.
Perasaan rindu cuba disorokkan.
“Dah. Abang...” tangannya memegang
muka Afif, mencari anak mata sang suami. “...cuba beritahu apa yang menganggu
abang. Kalau abang diam, Isha tak boleh nak tolong.” Khalisha tersenyum lembut,
cuba menghilangkan gundah sang suami.
Afif segera berpaling. Takut air
mata lelakinya tumpah. Dia tidak mahu menyusahkan wanita itu lagi. Wanita
terhebat dalam hidupnya, sama hebat dengan ibu yang melahirkan dia. Ibu...
“Jom.” Tangan Afif memimpin tangan
si isteri. Mata yang terasa panas diseka pantas. Khalisha nampak semua itu, Cuma, kalau suaminya tak
mahu cerita apa yang boleh dia buat.
Khalisha tersenyum. Entah apa yang
menganggu suaminya kala ini.
-
- - - - - - - - - - - -
“Abang... mana Afif bang? Saya rindu
dia...” Salmah menangis hiba. Terasa hatinya bagai di rentap-rentap. Rindu...
perasaan itu semakin kuat kala dia sedang sakit. Mana anaknya? Satu-satunya
anak dia ada.
“Mana aku tahu budak tu kat mana.
Anak tak sedar diri. Lupa daratan.”marah Zaman sepuas hati. Panas hatinya, 3
tahun anak tunggalnya menghilangkan diri. Siapa tak marah?
“Abang, dah-dah la tu marahkan dia. Bawak
la dia balik bang... saya rindu sangat dengan dia.” Ujar Salmah sambil memegang
tangan suaminya.
“Mah, awak tu yang patutnya sudah-sudahlah
rindukan dia... dia, sendiri pun tak ingat dekat kita. Kalau betullah dia ingat
dekat kita, kenapa, kenapa 3 tahun ni dia menyepi macam tu je? Aku bukannya
marah sangat dengan dia, aku nak dia sedar aja...” keluh Zaman sedikit sedih. Entah ke mana anaknya itu, makan ke tidak,
hidup ke mati, dia tidak tahu.
“Dia takut nak balik... Mah kenal
anak Mah, bang. Abang pergilah cari dia, Mah rindu sangat dengan dia.” Salmah
kembali teresak-esak, rindunya tak terkata. Anak yang dikandung 9 bulan 10
hari, dibesarkan hingga berumur 23 tahun, hilang begitu sahaja, mestilah dia
merindui anak itu.
“Aku nak cari macam mana? Awak tu
sakit, aku nak tinggal awak memang taklah. Biarlah budak tu balik sendiri bila
dia dah sedar nanti.” Ujar Zaman yang semakin reda nada suaranya. Jam menunjukkan
pukul 1.00 pagi. Membuat Salmah dan Zaman hanyut dalam mimpi. Mimpi berjumpa
anak kesayangan mereka Afif.
“Pulanglah, anakku!” kata-kata itu
bergema di dalam hati Salmah dan Zaman.
-
“Pulanglah, anakku!”
Afif terjaga dari tidurnya. Bagai terdengar-dengar
suara ibu tercinta dan ayah yang dicintai, matanya meliar ke kiri dan kanan. Mencari
kelibat orang tuanya. Mana? Mana?
Yang ada hanya kegelapan. Sunyi mula
menyelubungi dirinya. Air mata mengalir keluar bagai tiada henti. Baru dia
ingat, ibu dan ayahnya sudah membuangnya, membuang dia dari hidup mereka. Tapi...
dia rindu. Rindu sangat dengan mereka. Dia yang bersalah, berdosa.
Khalisha terjaga apabila mendengar
esakksan sang suami. Pantas dia mengusap lembut belakang sang suami. Afif terus
memeluk isterinya. Tangisan kesedihan dihamburkan sepuas hatinya.
“Sh.. sh.. Isha ada bang, Isha
ada...” ujar Khalisha menyejukkan hati Afif. Lalu Afif terlena dalam pelukan
isterinya.
Khalisha melepaskan diri dari
pelukan Afif. Dia duduk termenung, kenapa dengan suaminya ini? Bagaikan ada
sesuatu yang disembunyikan darinya. Apa yang membuatkan suaminya menangis
kesedihan pada jam 1 pagi?
Rambut suaminya diusap lembut. ‘Abang
bila abang nak cerita mengenai apa yang menganggu abang? Isha nak bantu abang,
tapi kalau abang tak benarkan macam mana Isha nak tolong.’ Dicium lembut dahi
Afif. Khalisha berbaring kembali. Mungkin... esok Afif akan bercerita. Mata ditutup,
membuatnya kembali melayari alam mimpi.
-
“Abang.” Panggil Khalisha tatkala
suaminya termenung panjang.
Afif tersentak. Mata memandang wajah
penyejuk hatinya. Mesti fikiran Isha sibuk memikirkan kenapa dia menangis
dipagi hari.
“Ya.”
“Jom... sahur.” Tangan Afif ditarik
lembut. Sah suaminya tidak sedar masa berlalu. Afif sudah terjaga sedari pukul
3 pagi, sekejap sahaja dia lelap. Selepas membuat solat tahajud Afif termenung
panjang.
“Hah? Dah pukul berapa?”tanya Afif
sedikit hilang punca.
“Pukul 4.50 pagi dah bang. Jom.”
Afif mengikut langkah Khalisha tanpa sebarang kata.
Mereka terus makan tanpa kata. Sunyi.
Khalisha sebenarnya kurang gemar keadaan begini. Sejak mereka berkahwin hujung
tahun lepas, bulan ramadhan ini, Afif banyak berdiam diri. Seperti separuh
dirinya hilang.
“Abang, dah 3 minggu kita puasakan. Tinggal
lagi seminggu je. Sekejap saja, bulan mulia
ni nak habis. Raya ni kita raya sini je la. Mak Isha dah tak ada.” Ujar Khalisha
cuba menghilangkan suasana sunyi.
Afif mendongak. Raya? Ini kali
ketiga dia raya tanpa ibu dan ayah. Mesti orang tuanya penat, buat semua benda
sendiri. Mungkin juga mereka hanya berkemas ala kadar, yalah... hanya dia anak
mereka.
“Hm... Khalisha nak balik kampung
abang?”tanya Afif tiba-tiba. Khalisha melihat wajah suaminya, kampung?
“Kampung? Abang ada kampung ke? Siapa
ada dekat sana?”tanya Khalisha teruja. Sudah lama dia tak merasai suasana
kampung. Sudah sepuluh tahun sejak neneknya meninggal. Kemudian dia dan arwah
mak hanya beraya di sini sahaja.
“Ada, ibu, ayah.” Ujar Afif tanpa
reaksi. Sekali lagi Khalisha terkejut.
“Hah? Ibu ayah abang masih ada? Kenapa
abang tak pernah beritahu?”tanya Khalisha sedikit jauh hati.
“Me...mereka dan buang abang.” Kata Afif,
suaranya sudah mula bergetar.
“Kenapa? Sebab benda tu ke?”
Khalisha masih bertanya.
Afif mengangguk mengiyakan kata
Khalisha. Ya dia dibuang keluarga sebab benda tu. Benda yang buat dia berada
dalam pusat serenti selama setahun. Selepas keluar dari situ, dia hanya
berkeliaran kerana tiada siapa sudi mengambilnya bekerja kerana rekodnya. Nasib
baik Khalisha sudi menerimanya, dia bermula sebagai office boy di syarikat
Khalisha.
Selepas setengah tahun dia bekerja
dengan Khalisha dia terus bertanya sama ada Khalisha sudi atau tidak menjadi
isterinya... dan wanita itu terus terimanya tanpa mempertikaikan kisah silamnya
yang kelam.
“Abang, kita balik kampung abang
tahun ni. Hari rabu ni kita gerak.” Ujar Khalisha dengan senyuman manisnya.
“Rabu? Habis tu kerja?”tanya Afif. Berdebar
pula bila dia bakal berjumpa ibu dan ayah yang dirindui.
“Tak apa. Memang Khalisha beri cuti
awal setiap tahun. Lepas seminggu raya baru syarikat kita beroperasi kembali.” Khalisha
mula mengemas pinggan mangkuk.
“Terima kasih Isha.” Afif memandang
isterinya penuh kasih. Pantas dia membantu isterinya.
-
“Abang, kemaslah rumah cepat.” Ujar Salmah
sedikit geram. Dia yang sakit ni pun ligat mengemas rumah, tapi suaminya duduk
goyang kaki pula.
“Haih, kenapa pulak? Selalunya kita
tak sibuk nak raya pun...” ujar Zaman sedikit malas.
“Kemaslah... anak kita nak balik tu.”
Ujar Salmah yakin.
“Ish, tak habis-habis dengan budak
tak sedar diri tu. Mesti dia tak balik juga tahun ni. awak jangan berharap sangat.
Aku takut awak tu makin sakit.” Ujar Zaman sambil mula mengemas. Kesian pula
melihat isterinya yang kurang sihat ligat mengemas rumah.
“Saya tahulah anak saya. Saya dapat
rasakan dia nak balik.” Salmah mula mengherot-herotkan mulutnya. Geram. Zaman
tergelak kecil.
“Yelah, yelah. Cepat kemas, karang
aku dah penat, awak buat la seorang diri.” Usik Zaman.
“Kita pulak yang kena. Ish...”
rungut Salmah. Namun bibir tersenyum, suaminya tidak membangkang, dia pasti
anaknya akan pulang raya tahun ini.
-
“Dah siap ke Isha?”tanya Afif dari
bawah. Beg pakaian dia dan isteri sudah di masukkan ke dalam bonet kereta.
“Dah... abang ambik ni.” sepasang
baju melayu dan baju kurung berlipat elok dalam plastik dihulurkan kepada Afif.
“Untuk siapa ni?”tanya Afif sambil
menggaru kepalanya. Nak kata baju mereka, sudah banyak, tak akan untuk mereka
lagi kut?
“Untuk ibu dan ayah abang la.” Ujar Khalisha
dengan senyuman manisnya. Afif tersenyum. Dia sendiri tak teringat nak beli
untuk orang tua yang dah lama tidak dijumpai. Khalisha sememangnya wanita
terbaik.
“Terima kasih sayang.” Ujar Afif penuh
perasaan.
“Tak ada apalah abang.” Ujar
Khalisha yang sudah merah mukanya, jarang suaminya memanggilnya sayang.
“Haha... merahnya muka. Jom. Kita dah
lewat.” Afif segera membukakan pintu untuk isterinya.
Khalisha tersenyum gembira. Lega Afif
dah kembali seperti biasanya.
-
“Abang siapa tu?”tanya Salmah sambil
cuba mengingati ada atau tidak saudaranya yang memakai kereta itu.
“Entah, aku tak kenal sesiapa yang
naik kereta tu.” Balas Zaman. Dia sendiri cuba memikirkan siapalah yang datang
ke rumah mereka ini.
Mata Salmah berair saat dia melihat
siapakah yang keluar dari kereta itu. Anaknya... anaknya pulang.
“Ibu....” tangis Afif seraya berlari
memeluk ibu yang disayangi.
“Ya Allah anak ibu, mana kau pergi
selama ni nak?”tanya Salmah sambil mengucup seluruh wajah sang anak.
Zaman terpaku. Betul ke Afif balik? Bukan
mimpi?
“Ampunkan Afif bu.” Ujar Afif sambil
mencium tangan ibunya.
“Ya... ibu maafkan.”
Afif beralih ke arah ayahnya. Wajah ayah
yang kelihatan garang tetapi lesu itu di tatap penuh kasih.
“Ayah.” Tangan dihulurkan. Perasaannya
semakin berdebar, perlahan tanganya terasa disambut. Pantas dia mencium penuh
kasih tangan tua itu.
“Maafkan Afif ayah.”
“Hm..” hanya itu yang mampu
diutarakan Zaman. Sebak mengusai dirinya. Dia takut air matanya akan jadi murah
di situ.
“Afif siapa tu?”tanya Salmah tatkala
Khalisha terkial-kial keluar dari perut kereta.
“Ya Allah, Afif lupa. Kejap bu, yah.”Afif
segera berkerja ke isterinya. Kelihatan payah Khalisha ingin keluar dari
kereta. Yalah kandungannya sudah mencecah usia 6 bulan. Afif segera membantu
isterinya keluar. Dipinpim Khalisha.
“Ibu, ayah, ni Khalisha. Menantu ayah
dan ibu.” Ujar Afif dengan senyuman manisnya.
Khalisha segera menyalami ayah
mertuanya dan ibu mertuanya. Tangan Salmah segera hinggap diperutnya Khalisha.
“Berapa bulan dah ni?” tanya Salmah
teruja.
“6 , bu.” Jawab Khalisha lembut.
Salmah tersenyum gembira. Bukan sahaja anaknya pulang, malah dia dihadiahkan
menantu dan bakal cucu. Maha suci Allah, syukur ya Allah. Ucap Salmah dalam
hatinya.
Zaman menyembunyikan senyum.
“Pulanglah, anakku... ibu dengan
ayah pernah sebut tak?”tanya Afif. Dia selalu terdengar ibu dan ayahnya menyebut
ayat itu.
“Selalu, dalam hati.” Ujar Salmah
sambil mengusap lembut kepala anaknya.
Afif tersenyum. Rupanya bukan hanya
dia yang merindui, ibu dan ayahnya juga. Maafkan anak mu kerana terlewat
menyedarinya.
“Jom masuk cepat, patutlah ibu nak
masak lebih hari ni. Anak ibu balik rupanya.” Ujar Salmah sambil menarik masuk
tangan anak dan menantunya. Zaman mengikut dari belakang. Hilang rasa marahnya
dengan anaknya itu. Sungguh ibu bapa mana, yang tak rindu akan anaknya.
‘Pulanglah, anakku!’
Oh, so sad....
ReplyDelete