Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Monday, 17 December 2012

pengubat hatiku... 9


BAB 9


Sedar tak sedar, Aina kini sudah tamat pengajian. Walaupun tanpa Damien di sisinya, dia tetap berjaya. Malah dia mendapat first honor di dalam bidang interior design. Di majlis kovensyennya nanti dia akan menerima anugerah itu. Azwan tersenyum bangga. Tidak sangka adik manjanya akan berjaya sebegini rupa. Dia turut berterima kasih kepada Raisul kerana sanggup membantu adiknya itu menghadapi kehidupannya. Itulah kuasa Tuhan orang yang dibenci jugalah yang banyak menolong mereka.

“Along! Hehehe berangan pulak dia... mesti terbayang kak Liza ni... Hehehe yelah isteri jauh dimatakan...”perli Izwan. Seronok benar dia mengusik Azwan. Azwan sudah mengurut-ngurut perlahan dadanya. Jantungnya berdegup laju. Geram punya pasal Azwan pantas meluku ganas kepala adik kembarnya itu.

“Mana tak rindu... itu la pujaan hati aku tahu tak? Itu la pelik aku dengan PPD ni, isteri aku tengah mengandung pun nak hantar pergi kursus jugak. Ikutkan hati nak je aku follow... hish..”Azwan mengeluh. Rindu pula dia rasa. Lagi-lagi sejak mengandungkan anak kedua mereka ini wajah Liza makin berseri. Izwan sudah ketawa menekan-nekan perut. Geli hati sungguh hatinya melihat gelagat abang kembarnya itu. Macam kera tertelan belacan.. ada ke peribahasa tu? Lantak la... bayangkan je..

“Dah tau rindu bagai nak gila kenapa tak follow?”tanya Izwan dengan sisa tawanya. Azwan mengeluh.

“Memang aku nak pergi. Tapi, kau tahu la syarikat kita tu macam mana. Walaupun aku ni CEO mana la boleh nak cuti sesuka hati.”Azwan merenung tajam wajah adiknya. 'Tahulah isteri dia ada, tak payah la nak menyemakkan kepala otak aku.'bisik hati Azwan.'Lagipun, aku bukannya termenung ingatkan Liza, tapi aku teringatkan adikNa . Pasal Izwan la aku teringat dekat isteri aku tau tak?!'Azwan membentak perlahan dihatinya. Izwan menyengih perli. Makin panas la hati si Azwan. Ditumbuk perlahan bahu adiknya itu. Mengaduh juga Izwan dibuatnya. Bermula aksi kejar mengejar dengan kusyen ditangan masing-masing.

“Abang, sudah-sudahlah menyakat Along tu. Tolong tengokkan Iliya, dah terbangun pula princess kesayangan abang tu.”Wani mula masuk campur apabila melihat suaminya makin menjadi-jadi mengusik abang iparnya itu. Izwan dengan muka yang kelam-kabut segera berlari anak ke tingkat atas. Risau sungguh dengan anaknya yang baru berusia setahun lebih itu. Azwan mengeleng-geleng kepalanya. Geli hati. Dia juga sayang anak tapi tak la sekronik Izwan itu. Anaknya, Muhammad Adam sudah pun berusia dua tahun tapi tak la setiap kali anak menangis dia berlari lintang pukang satu rumah. Izwan tu cepat sangat panik kalau berkaitan dengan anaknya.


*****************************

“Assalamualaikum!!! AdikNa dah balik!!”jerit Aina lantang di pintu utama rumahnya. Satu tabiat yang tak boleh diubah. Asyik nak menjerit saja walaupun Aina mempunyai kunci sendiri. Kelihatan Puan Shahida berlari anak ke muka pintu. Risau sungguh riak wajahnya. Aina tersenyum melihat ibunya yang sudah termengah-mengah disebabkan berlari itu.

“Kenapa mak lari?”tanya Aina tersengih-sengih. Sengaja dia tanya walaupun dia tahu kenapa maknya begitu. Sejak kes dia berpisah dengan Damien maknya sentiasa mengambil berat malah 'ter'lampau mengambil berat. Aina senang dengan perubahan itu, tetapi kadang-kadang rimas la juga.

“Yang kamu menjerit tu kenapa? Hish, buat mak risau sahaja...”Puan Shahida dah mula membebel. Aina dengan pantas melarikan diri ke bilik alongnya. Puan Shahida sekadar mengeleng-gelengkan kepalanya, geram dengan perangai anaknya yang perempuan itu.

“Along!!!”sergah Aina kepada Azwan yang asyik melayan anaknya itu. Azwan sudah terlatah-latah terkejut disergah. Tangan Azwan sudah merayap mahu mengetip lengan adiknya yang nakal itu. Aina pantas melarikan diri sambil mengendong anak saudaranya yang berusia dua tahun itu. Adam hanya ketawa riang melihat papa dan mak sunya berkejaran.

“Dah,dah la tu Aina oi... Meh sini si Adam tu. Tadi bukan main lagi mengantuk sekarang ni suka bukan main pulak dia. AdikNa punya pasal la ni..”ujar Azwan separuh merungut. Aina tersenyum, dia menyerahkan Adam yang masih ketawa riang itu. Dengan pantas Aina berlari keluar, takut Adam mahu mengikut dia pula. Kedengaran suara esakan Adam. Azwan merungut kecil. Ketawa Aina mula bergema, seronok dapat membuli alongnya. Sebelum alongnya sempat menjerit Aina memboloskan diri ke dalam biliknya.

****************************************


“Ooo... dah buat Adam menangis kamu lari ya dikNa.. Bukan nak tolong pujuk..”ujar Azwan sejurus melabuhkan punggungnya di atas tilam empuk milik Aina. Aina sekadar menayang sengihnya yang sememangnya menawan itu. Aina kembali asyik melayan novel yang baru dibelinya itu, novel sedih karya Siti Rosmizah, Lafazkan Kalimah Cintamu. Buku itu baru sahaja dia mula membaca, tetapi baru bab 1 sudah terhinggut-hinggut dia menangis. Memang terbaik lar... cerita tu..

“AdikNa... adikNa..”ujar Azwan seraya mengoncangkan bahu adiknya itu. Aina yang sedang khusyuk melayan novel tersentak. Dengan geram dia meletakkan novel itu ke tepi.

“Apa Along ku yang tersayang.......”meleret-leret sayang itu disebut Aina. Sengaja nak tunjuk protes. Azwan tersenyum. Dia tahu adiknya marah kerana mengganggu dia membaca novel.

“Hm.. Aina, konvo Aina lagi sebulankan...?”tanya Azwan sedikit perlahan. Aina mula mengangkat keningnya yang tak berapa tebal itu. 'Apasal pula Along ni, buat-buat tak tahu pula.. Hm.. mesti ada udang di sebalik timbunan mee goreng ni.. alamak, mee goreng.. uish sedap la pulak..'hati dan fikiran Aina mula merapu. Aina mengusap perutnya yang terasa lapar. Anggukan di beri sebagai balasan soalan Alongnya tadi.

“Aina, Along nak tanya ni... Jangan marah pulak.. Hm.. Aina dengan Raisul tu ada apa-apa tak?”tanya Azwan dengan suara perlahan. Mata Aina sudah membulat. Tak sangka akan keluar soalan begitu dari bibir Alongnya.

“Er..er... Eh, mana Adam?”tanya Aina sengaja mahu mengubah topik.

“Adam dah tidur la Aina oi.. Jangan nak cuba berdalih. Along tengok kamu berdua ni rapat betul. Kamu sebenarnya suka ke tak dengan Raisul tu?”tanya Azwan dengan suara yang tegas. Aina sudah terkulat-kulat. Tak tahu mahu menjawab apa.

“Bukan apa dikNa, kamu sendiri tahu yang dia suka sangat-sangat dengan kamu. Kalau kamu tak suka bagitahu la dekat dia. Jangan buat orang tertunggu-tunggu.”Kata Azwan lagi apabila Aina hanya berdiam diri.

“Hm, bukan Aina tak suka, entah la Aina sendiri tak paham dengan perasaan Aina.”kata Aina perlahan. Azwan menggeleng kepala perlahan. Kedengaran keluhan dari mulut Azwan.

“Habis tu? Aina relakan je la, lepaskan dia.. Dia pun berhak hidup bahagia.”kata Azwan penuh berhati-hati, takut adiknya terguris hati. Aina memandang Alongnya.

“Tapi Aina nak dia selalu dia sisi Aina. Aina tak boleh hidup tanpa dia.. Aina ni sellfishkan,Long?”tanya Aina. Kedengaran keliru. Azwan pantas memandang adiknya.

“Aina, itu maknanya Aina suka dan cinta dekat dia. Lagipun Along tak tahu adik Along ni rupa-rupanya nelayan.”Sempat lagi Azwan mengusik adiknya. Aina tersenyum tak larat nak membalas. Penat, penat dengan perasaan sendiri.

“Kalau macam tu. Senang kerja Along. Raisul ada suruh tanya Aina. Dia kata nak meminang kamu. Kamu setuju tak?”tanya Azwan laju. Aina ternganga.

“Kut ye pun terkejut tutup la mulut tu..”kata Azwan menahan tawa. Geli hati dengan reaksi Aina namun nak ketawa tak sampai hati pula.

“Hm.. Aina, Aina setuju...”kata Aina walaupun hatinya terdetik rasa ragu-ragu. Azwan tersenyum senang.

“Lusa keluarga dia datang merisik. Dua minggu lagi kamu bertunang.”kata Azwan gembira. Tidak sedar dilema yang dihadapi adiknya itu. Aina bertekad mahu membuat solat istikharah, takut, takut dia rasa Raisul bukan pilihan tepatnya.


***************************************

Aina duduk bersimpuh penuh sopan,ditepi emaknya. Kakak iparnya, Liza dan Wani asyik mengusiknya yang sedang malu-malu. Acara merisik berlangsung. Hanya ibu bapa Raisul yang hadir, Raisul hilang entah ke mana.

“Kami ni datang berhajat.”kata bapa Raisul, en. Shamsul membuka bicara.

“Hajat apa, encik sekeluarga cuba katakan..”kata en. Amin. Kedengaran ketawa kecil dari ibu Raisul, puan Latifah.

“Niat kami mahu bertanya, bunga ditaman en. Amin ni dah berpunya ke belum..?”tanya en Shamsul. Aina kelihatan tersipu-sipu.

“Eh.. bunga ditaman saya memang berpunya, kepunyaan saya dah isteri saya, tapi..”kata En
Amin yang tergantng itu mengudang kata tanya di hati semua..

“Tapi.. kalau nak tahu dah berpunya ke belum, baiklah kita tanya sendiri tuan punya badan..”kata-kata itu disambut ketawa dan nafas lega oleh semua yang ada disitu.

“Hah, dah berpunya ke belum tuan punya badan?”tanya Puan Latifah. Dia asyik tersenyum sahaja dari tadi, maklum la seronok nak dapat menantu. Aina menggeleng kepala. Tak keluar pula suaranya akibat terlalu malu. Gelengang itu disambut ucapan syukur dari pihak Raisul.

Puan Latifah pantas pergi ke arah Aina. Jari manis Aina di tarik perlahan dan disarungkan cincin merisik. Aina menyalami tangan bakal ibu mertuanya itu. Aina yakin dengan keputusan yang dilakukannya. Tiga malam dia melakukan solat istikharah memohon petunjuk dari yang Maha Besar. Alhamdullilah Raisul Amri memang jawapannya.

*********************************

“Assalamualaikum...”kedengaran suara garau dari corong telefon Aina. Aina sudah berdebar mendengar suara itu.

“Wa..waalaikumusalam..”jawab Aina tersipu-sipu. Kedengaran suara Raisul ketawa senang.

“Akhirnya, jadi juga Aina tunangan Amkan.. Maaflah Am tak dapat hadir masa merisik hari itu. Tadi juga Am tak dapat hadir sebab tugas dipejabat menimbun..”kedengaran kesal suara Raisul itu.

“Eh, tak apa. Lagipun memang adat kita,yang lelaki, bakal pengantin tak hadir masa bertunang.”kata Aina mahu mengurangkan rasa bersalah Raisul. Masa menyebut bakal pengantin itu, Aina sudah memerah macam tomato. Sedap kalau buat makan tu..

“Hm, nanti hari konvo Aina, Abang datang boleh tak?”tanya Raisul agak segan.

“Abang?”tanya Aina, dia sudah merah mukanya menahan malu.

“Ye, abang, kitakan bakal khawin. Lagi tiga bulan je lagi..”kata Raisul penuh debar.


“Hm, abang datang la konvo Aina, Aina tunggu...”ucap Aina malu-malu. Mahu pecah dadanya menahan debar didada.

“Okey sayang... Nanti abang call lagi... Bye-bye.. Love you.. assalamualaikum”kata Raisul romantik.

“Waalaikumusalam... I love you too..”kata-kata hujung itu kedengaran berbisik. Namun cukup untuk mendebarkan hati Raisul. Malam itu, Aina dan Raisul tidur dengan hati yang puas dan gembira. Puas dapat menyatakan rasa dihati masing-masing.


bersambung...


#sorry lama x update entri... ni kira hadiah la... sy asyik demam je sekarang ni mungkin sebab cuaca... Nanti sy masukkan entri baru lagi ye...

Thursday, 6 December 2012

pengubat hatiku 8


BAB 8


Akhirnya Aina dan abang-abang tiba dirumah ibu bapa mereka. Sejak dari tadi Aina langsung tidak bercakap. Makan pun sekadar menjamah sedikit sahaja,itupun hanya selepas dipujuk oleh Azwan dan Ilya. Hanya Azwan dan Ilya sahaja yang dapat pergi mengambil Aina. Manakala Izwan dan Ilman tidak dapat turut serta kerana mereka terpaksa bekerja.

“Ya Allah, anak mak.. Macam mana boleh jadi macam ni along?”tanya Puan Shahida, mana tak risau, Aina perlu didukung kerana sudah tak ada tenaga untuk berjalan. Aina sekadar tersenyum. Dia tidak mampu mengeluarkan suaranya. Air mata yang bergenang dimata Aina mengambarkan betapa peritnya Aina ketika itu.

“Along pun tak tahu. Sekejap along hantar adikNa ke bilik dulu ya mak. Nanti-nantilah kita bincang.”kata Azwan. Puan Shahida mengangguk perlahan. Air mata mula bertakung, ibu mana tidak sedih melihat anaknya begitu. Walaupun dia tidak pernah tunjukkan perasaan kasinya namun dia tetap menyayangi anaknya itu.

****************************************


“AdikNa cuba bagi tahu Along kenapa Aina jadi macam ni..?Tolong la Aina semua orang sayangkan Aina. Aina tak sayang kita orang ke?”tanya Azwan suaranya bergetar menahan sedih yang melanda. Dia takut. Dia takut jika Aina akan bertindak bodoh seperti dulu. Dia tidak sanggup kehilangan adikNa yang amat disayanginya. Aina mengeleng-gelengkan kepalanya perlahan. Dia beralih menghadap dinding, dia tak mampu meluahkan isi hatinya walaupun dia mahu. Sesungguh dia berasa terseksa. Aina memejamkan matanya. Azwan sekadar menggosok perlahan kepala adik kesayangannya itu. Secara perlahan-lahan Azwan melangkah keluar dari bilik adiknya.

“Along cuba beritahu mak, apa sebenarnya dah jadi dengan adik kamu. Nasib baik ayah outstation kalau tak mesti ayah kamu risau. Dah la ayah kamu itu ada darah tinggi.”tidak sempat Azwan nak duduk maknya sudah menyerang dirinya dengan soalan bertubi-tubi. Azwan menarik nafas panjang.

“Along pun tak tahu apa sebenarnya yang jadi dekat Aina, mak. Semalam kawan sebilik Aina call cakap yang Aina dah macam mayat hidup. Terus Along dengan Ilya minta cuti sebab nak menjenguk adikNa. Tapi bila tengok adikNa macam tu. Terus kami buat keputusan nak bawak dia balik.”terang Azwan. Tentang lelaki yang Aina jumpa tidak diberitahu, takut maknya marah.

“Hm.. mak tak tahulah adik kamu tu. Nampak saja tabah tapi sebenarnya hati dia rapuh serapuhnya. Mak takut Aina mengulangi benda lama tu. Tak sanggup mak kehilangan dia. Dulu kita hampir kehilangan dia. Kini mak harap sangat-sangat benda tu takkan berlaku. Sebagai abang-abang kepada Aina, mak amanahkan kamu semua cari punca perkara ini dan selesaikannya...” kata-kata Puan Shahida seakan pembakar semangat Azwan. Ikutan hati mahu sahaja Azwan mencari lelaki bernama Damien tu. Azwan mengangguk tanda faham. Ilya mengajak Azwan keluar, dia tahu abangnya itu perlu ruang untuk menenangkan diri. Ilya membawa Azwan ke sebuah taman permainan.

Ketika Ilya pergi ke tandas, Raisul terserempak dengan Azwan yang sedang asyik termenung. Raisul sedikit teragak-agak mahu menegur Azwan. Yelah sejak peristiwa Aina teringatkan siapa dirinya yang sebenarnya terus Aina tidak lagi menegurnya walaupun mereka terserempak dimana-mana. Takut pula Azwan turut menumpang perubahan adiknya itu. Raisul menarik nafas mengumpul semangat mahu menegur Azwan yang seperti mati bini itu.

“Assalamualaikum, ni abang Azwankan? Abang kepada Aina?”tanya Raisul walaupun dia sudah mengenali siapa Azwan yang sebenarnya. Azwan yang sedang asyik termenung sedikit tersentak. Terkejut dengan kemunculan Raisul itu. Azwan memandang kosong. Mulutnya menjawab perlahan. Tindak balas Azwan itu jelas mengambarkan yang dia tidak mahu melayan apa-apa lagi soalan. Namun Raisul buat bodoh, dia sengaja buat begitu dia tahu sebenarnya Azwan perlukan teman untuk berbicara.

“Eh, Raisul... kamu dari mana?”tanya Ilya yang baru muncul itu. Raisul tersenyum ikhlas.

“Abang Ilya pun ada ke? Saya saja-saja ambik angin petang dekat taman ni.”jawab Raisul ramah.

“Oh, sama la kita.”Ilya sudah menepuk-nepuk mesra bahu Raisul. Mereka seperti rakan lama yang baru berjumpa.

“Kenapa dengan abang Azwan tu abang Ilya?”tanya Raisul yang masih tak sudah-sudah ingin tahu. Ilya mengeluh. Berat pula rasa hatinya untuk bercerita kepada Raisul. Namun mengenangkan mereka sudah kenal dan agak rapat, Ilya menceritakan hal Aina kepada Raisul yang sudah dianggap seperti adiknya. Ilya mencerita segala yang dia tahu termasuklah mengenai Damien. Raisul mengangguk-angguk kecil apabila mendengar apa yang diceritakan Ilya itu.

Akhirnya kisah itu habis juga. Raisul sudah mengeleng-geleng kepalanya pula. Simpatinya tumpah buat Azwan. Dia tahu Azwan sangat menyayangi Aina. Dia ingat lagi bagaimana pelindungnya Azwan kepada Aina ketika Aina sakit dahulu. Sehingga sanggup datang ke sekolah dan mencari pelaku yang membuat adiknya begitu sedih iaitu dia, Raisul Amri. Dia mengumpul semangatnya, dia mahu menyatakan sesuatu tetapi dia takut Azwan mengamuk.

“Abang Azwan dan abang Ilya, Raisul nak cakap sesuatu ni..”kata Raisul perlahan. Namun cukup kuat untuk menarik perhatian Azwan dan Ilya.

“Apa? Cakap sajalah Raisul.”kata Ilya perlahan. Azwan mengangguk setuju.

“A..apa.. kata s..sa...saya...”kata Raisul tergagap-gagap.

“Apa kata saya apa?!”sergah Azwan yang sudah tidak sabar.

“Apa kata saya bercakap dengan Aina?”tanya Raisul lancar akibat terkejut. Azwan sudah terlopong. Manakala Ilya sudah tersengih. Tetapi lopongan Azwan itu tidak lama. Azwan sudah berubah riak. Dia tiba-tiba menjadi Azwan yang serius. Seperti Azwan yang datang menemui Raisul di sekolah sepuluh tahun yang lalu. Raisul cuak..

“Hm... okey jugak tu, mana tahu Aina berubah mood jumpa dengan kamu.” kata Azwan girang. Raisul sudah terpinga-pinga. Pelik dengan Azwan. Tadi muka macam nak bantai orang tiba-tiba baik la pulak.

“Tetapi, jika hati adik aku bertambah luka........ matilah kamu..”kata Azwan serius. Matanya dan Ilya cerlung memandang Raisul dengan tajam. Raisul mengangguk faham. Azwan mengajak Raisul pergi bersama ke rumahnya hari itu jugak. Tadi mak mereka telefon mengatakan adikNa mereka masih tidak mahu menyentuh makanan. Raisu menaiki keretanya ke rumah Aina.


“Assalamualaikum...”Raisul memberi salam ketika tiba dirumah Aina. Ilya memanggil Raisul masuk ke dalam. Raisul meyalami Puan Shahida. Puan Shahida yang sudah tahu sebab kedatangan Raisul. Dia berasa sangat gembira dengan tujuan baik anak muda itu. Dengan izin semua ahli keluarga Raisul melangkah ke bilik Aina ditemani Azwan.

“Assalamualaikum Aina....”kata Raisul perlahan setelah duduk ditepi katil Aina. Aina terjaga. Dia tersenyum mesra sebaik sahaja melihat wajah Azwan. Namun Aina muka berubah kelat sebaik sahaja melihat kelibat Raisul.

“Aina, sebelum awak cakap apa-apa.. biar saya mintak maaf dulu.”kata Raisul penuh kekesalan.

“Aina, awak tahu kenapa saya suka buli awak dulukan? Saya pernah datang terangkan kepada awak. Aina perasaan itu tidak pernah berubah. Masih sama. Namun kedatangan saya ini bukan untuk memaksa awak atau apa? Cuma saya nak awak kembali seperti Aina yang saya temui dahulu. Manja, tegas, sopan dan sentiasa ceria.”kata Raisul. Aina terpaku. Dia terharu dengan penyataan Raisul itu. Tidak sangka Raisul sudah berubah. Sangkanya Raisul masih seperti dulu. Kejam dan suka mempermainkan perasaannya.

“Aina kalau awak sudi berkongsi masalah awak saya rasa sungguh bersyukur. Yalah saya ni bukan orang yang baik. Tetapi saya sangat-sangat sayangkan awak. Sudi tak awak ceritakan apa yang telah berlaku sebenarnya.”tanya Raisul penuh berharap. Matanya menunjukkan perasaannya yang sebenar.

Aina terharu, dia tidak sangka sudah berpuluh tahun namun Raisul masih menyayanginya. Aina menangis. Menangis kerana terharu kerana Raisul dan kecewa kerana Damien yang dicintai sanggup membuatnya begitu. Dengan esakkan yang masih bersisa Aina menceritakan apa yang terjadi kepadanya.


***********************************

Aina dengan bersemangat menunggu kedatangan Damien yang dicintai. Sudah sebulan lamanya dia tidak berjumpa dengan Damien yang dikasihi. Akhirnya kelibat orang yang ditunggu-tunggu muncul. Damien muncul dengan wajah yang serius dan sedikit kusut. Dari suatu sdudut yang agak terlindung kelihatan dua orang lelaki asyik memerhatikan gelagat Damien dan Aina.

“Assalamualaikum.”kata Damien kasar. Aina menjawab perlahan.

“Awak saya nak ..”tak sempat Aina nak habiskan ayatnya Damien menyampuk.

“Kita putus.”kata-kata Damien menyentak tangkai hati Aina. Aina terdiam.

“Kenapa? Apa salah saya?”tanya Aina. Dia menahan tangis.

“Sebenarnya, saya tak cintakan awak. Saya hanya berpura-pura mencintai awak kerana pertaruhan bodoh yang saya lakukan dengan kawan-kawan saya.”Damien ucapkan kata-kata itu tanpa melihat wajah Aina. Tidak sanggup rasanya dia melihat wajah yang dia sayangi itu kesakitan. Air mata yang sedaya upaya Aina tahan akhirnya tumpah jua. Dia bukan sedih kerana Damien menipunya tetapi kerana cinta yang dia taburkan sia-sia. Dia jatuh cinta pada orang yang salah.

*********************************

Raisul mengetap giginya. Geram. Azwan sudah bangun. Dia mahu mencari Damien yang bedebah itu. Aina pantas mencapai tangan abangnya. Dia tak mahu abangnya membazir masa bergaduh dengan orang yang tidak berbaloi baginya. Azwan memandang marah kepada Aina, marah kerana menghalang niatnya. Namun pandang mata Aina yang redup itu seakan-akan hujan yang menyejukkan hatinya. Raisul mengeluh perlahan.

“Saya tahu awak tak mahu kami cari pasal tapi untuk kami patuhi arahan awak tu...awak kena janji sesuatu..”kata-kata Raisul menarik perhatian Aina. 'sesuatu? Apa ya?'hati Aina tertanya-tanya.

“Awak kena makan. Awak kena sihat. Dengan tu, kami takkan ungkit lagi hal ni...”kata Raisul perlahan. Dia cuma Aina pulih dari perasaan kecewanya itu. Dia cuma mahukan Ainanya yang lama. Aina tersenyum. Dia mengangguk setuju. Azwan dan Raisul turut tersenyum senang.

#bab baru... sorry lambat update... hehehehe sibuk la sekarang ni... nnt2 saya masukkn en3 baru ye...