SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Saturday, 30 August 2014

Demok tu aku punye! part two

Assalamualaikum semua... lamakan Asyu tak up apa2 cerita. Bukan tak nak. Cuma tak sempat sambung dan up. Sibuk bebenor bak kata orang Peraknye. Dah dekat tiga minggu Asyu kerja tanpa cuti. Yelah bila kerja dalam bidang masakan ni...(kantin skola) tak de maknanya nak cuti kalau ada orang order. 

So disinilah Asyu bila dan cuti. Yeay!!! cuti TIGA Hari!!!! leganyaaaaa... :3 seronok betul. Haha tapi Asyu plan nak duk rumah je. Nak TIDO!! tu yang pentingnya... Selasa nak keje balik. he he he... 

Okay2 enjoy cerita Demok tu aku punye part two plak ye... 

ADIOUS!!!

V
V
V
V
v
v
v
v
v




PART 2

       Zuhir yang sedang asyik membasuh motosikalnya terdiam saat kereta Demok masuk ke dalam perkarangan rumah hadapan.

       “Balik dah demok tu. Siapa pula tu? he he he jom bertukar jadi detektif conan!”Zuhir tersengih jahat. Dengan hanya berseluar pendek dia melangkah ke tepi pagar.

       “Assalamualaikum Zuhir. Kau buat apa tu?”Tanya Cik’ Imah. Bukan dia tak nampak si Zuhir duk berposing macam model tak cukup kain tu.

       “Waalaikumusalam. Basuh moto. Siapa datang Cik’ Imah?”tanya Zuhir penuh rasa ingin tahu.

       “Oh, anak sulung cik’ Imah, abang Suhaimi kaulah. Hah, meh datang sini. Tapi pakai yang sopan-sopan sikit ye... karang kalau tak sopan, cik’ Imah biar je kau duduk luar ni sesorang.” Kata Cik’ Imah sambil melangkah masuk ke dalam rumahnya. Zuhir segera masuk ke rumahnya, menukar baju, dah lama tak jumpa abang Suhaimi, dah 3 tahun!

       “Mak kenapa ajak si Lonjong tu?”tanya Su dalam nada suara yang rendah. Kalau along dengar mahu kena tarik telinga.

       “Dia dah lama tak jumpa along kau. Biarlah. Jom masuk.” Tangan Su dipaut. Su sudah muncung. Tak suka dengan si Lonjong.

       “Kenapa Su muncung je ni?”tanya kak long sambil memimpin tangan Raykal.

       “Hm... bakal suami dia nak datang.” Ujar Cik’ Imah selamba. Bulat mata Su.

       “Mak! Tak sior den!” Hah, terkeluar bahasa perak Su. Cik’ Imah ketawa mengekek. Lucu benar wajah dan reaksi Su tika ini.

       “Apa yang tak siornya Demok?”tegur Zuhir yang segak berpakaian lengkapnya. Su menjuih bibir. Penyibuk!

       “Hahaha... dia kata dia tak sior kalau tak dapat kahwin dengan kau la bro!” kata Suhaimi dengan senyumannya. Bahu Zuhir dirangkul. Kawan baik dia ni, bukan ehem-ehem tau!

       “Along! Sorry sikit! Bakal suami orang kena ada ciri-ciri Adi Putra tau!” sangkal Su pantas. Zuhir sekadar tersenyum.

       “Tak habis-habis Adi Putra dia tu. Hah, mana anak teruna kau tu?”tanya Zuhir tak sabar.

       “Pak cik ari tu!” jari kecil Raykal menunjuk tepat ke wajah Zuhir. Zuhir mengekek suka. Badan kecil itu didukung.

       “Raykal kenal ke pak cik?”tanya Zuhir dengan muka bangga. Su menggigit bibir, sampai hati Raykal!

       “Enal! Awan Mak su. Pak cik selalu uat mak Su Aykal!”kata Raykal dengan wajah tak puas hati. Su tersenyum. Bagus, bagus anak sedara mak su ni. nanti mak su upah coklat ye.

       “Mana ada. Pak cik gurau je. Sorry ye nanti pak cik tak buat lagi.” Zuhir menayang muka kesian. Raykal ketawa kecil. Jari jemari membentuk bentuk OK. Zuhir tersenyum. Kan best ada anak macam ni. comel je... Dalam diam Su tersenyum. Gelagat Zuhir dan Raykal mencuit hatinya. Comel sangat. Erk... Zuhir comel? Tolonglah! Su membuat reaksi nak termuntah.

       “Hah, kamu dah kenapa Su?”tanya Cik’ Imah sedikit risau. Sakit ke anaknya itu?

       “Eh, mana ada apa-apa mak. Sakit tekak, kering. Haah, kering... tu yang rasa nak termuntah tu.” jawab Su pantas. Janganlah Zuhir perasan karang mulalah...

       “Muntah-muntah? Dah  ada isi ke?”tajam, pedas sahaja soalan bongok Zuhir tu. Kan dah kena bongok!

       “Kau mulut, karang aku sumbat cili baru kau tau!” ujar Su menahan marah. Geram betul dengan si Lonjong ni. Dahlah tinggi melangit!

       “Eh... mulut aku pulak kau nak cili. Sesuka hatimu sesakit hatiku tau!” mulalah keluar ayat ‘luarbiasa’ Zuhir tu.

       “Setoppp!!” jerit si kecil Raykal. Telinga dah ditutup dengan tangan kecilnya. Terdiam Zuhir dan Su. Raykal menghadap mereka berdua. Tangan dipinggang.

       “Acik gado je... Kalang, Aykal awenkan kalang!” marah Raykal dengan muka garang yang sangat comel. Tergelak Zuhir dan Su. Comelnya!

       “Okay, okay, Pak cik dan Mak Su tak gaduh dah ya...” ujar Zuhir sambil mengusap kepala si kecil. Raykal mengangguk setelah pasti akan janji yang diukir Zuhir itu.

       “Mak Su?”tanya Raykal sambil mengangkat keningnya. Su tersenyum manis.

       “Yes, Mak Su janji!” Su memberi tabik hormat. Raykal tertawa suka.

       “Dik, bila nak start kerja?”tanya Suhaimi sambil menghirup teh panas.

       “Lusa.Temuduga je.” Pendek sahaja jawapan Su. Malas nak berpanjang-panjang soal kerja ni. Karang mulalah along dia nak brainwash. Suruh dia kerja dengan alongnya. Yalah sekarang alongnya dah buka syarikat sendiri. Masih baru dan kecil namun sudah dikenali ramai.

       “Hm... tak payahlah kerja dengan orang tu adik. Alongkan ada company sendiri. And... Su tak payah risau pasal mamat-mamat yang ada kat pejabat along tu. Nanti along warning diaorang semua siap-siap.” Kata Suhaimi masih gigih memujuk Su bekerja dengannya. Bukan apa, dia kasihan melihat Su asyik bertukar kerja.

       “Tak mo!” Su segera bangun. Ingin melarikan diri dari pujukan Alongnya. Zuhir hanya memerhati. Teruk sangat ke Su kena kacau di pejabat?

       “Siti Nur Subaidah! Duduk sini. Along tengah bercakapkan!” tegas Cik’ Imah menutur kata. Dia memang pantang bila ada yang buat tak hirau apabila orang sedang bercakap.

       Su sudah memuncung. Sentaplah tu. memang anak manja betul. Zuhir menahan gelak. Comel betul kelakuan Su tika ini. Dengan tangan bersilang rapat ke dada, muka berkerut masam dan bibir muncung itu, memang membuat detak jantung Zuhir bertambah laju.

       “Su, adik along tersayang...” kak long tergelak mendengar ayat suaminya yang terlebih leret itu.”...Along sayanggggg adik along ni. Sebab tulah along nak Su kerja dengan along. Kalau ada orang masuk meminang ke, masuk jarum ke... bolehlah along tolong adik. Manalah tau adik nak flying kick ke? Nak proceed ke? Kan.. kan...”kata Suhaimi sambil merenung adiknya. Satu sahaja kelemahan Siti Nur Subaidah ni. Pantang orang tenung dia, mesti dia kalah.

       Sementara itu, Zuhir dah rasa nak pecah dada. Rasa... macam... C. E. M. B. U. R. U. Cemburu. Orang masuk meminang.(= n -..) Siapa yang kacau Demok milik dia ni?

       “Hm... yelah-yelah. Orang kerja dengan along je. Apa jawatan orang?”tanya Su dengan muka-paksa-rela. Zuhir pulak muka tak payah katalah, dah macam tertelan bijik asam jawa tu!

       “Hah, macam nilah adik along! Jadi pegawai pemasaranlah. Sepadan dengan degree adik tu, sarjana muda perniagaan pentadbiran dalam pemasaran.”Suhaimi tersengih puas. Lepas ni bolehlah dipantau adiknya.

       “Okay je. Gaji?”tanya Su dengan muka nakalnya. Mariah sudah tergelak besar. Adik suaminya ini memang comel.

       “RM 3000++ okay tak?”tanya Suhaimi dengan muka serius. Mata Su bersinar galak. Tiga ribu lebih? Gila tak nak?!

       “Really??? Wah, okay along! Deal! Tiga riban lebih tuuu... siapa tak nakkan???” Su sudah tersengih lebar. Banyak benda dia boleh shopping bila daat gaji nanti!

       “Heh, mata duittttonnn lah kau ni demok!” kata Zuhir sambil tersengih sinis.

       “Suka hati akulah. Dahlah. Kau pergilah balik. Karang bising Cik’ Ana tu. Anak terunanya hilang. Meh, anak sedara aku balik.”Raykal yang terlena diriba Zuhir didukung Su, lembut. Risau jika anak sedaranya terjaga. Zuhir menarik muncung. Dengki dengan akulah tu, kata hati Zuhir. Padahal terasa sebab Su suruh balik.

       “Yelah. Aku memang nak balik. Suhaimi tu nampak mengantuk je. Okaylah Mi. Aku chou dulu. Ada budak demok ni pantang nampak aku nak menumpang kasih dengan kau.”sindir Zuhir. Sebenarnya sengaja nak cari alasan duduk lama sikit. Bila dah mula gaduh tu... mulalah masing-masing tak nak kalah... so dapatlah lepak situ lama sikit.

       “Whatever.” Kata Su sepatah sambil mendukung Raykal masuk ke dalam bilik. Mariah sudah lama menghilang ke biliknya. Jet leg kot. Hm... apakah kaitannya pun daku tidak tahu menahu =_=’’’

-

       “Selamat pagi, assalamualaikum!” kata Su ceria. Dia kelihatan cantik berpakaian pejabat. Walaupun montel, baju blaus biru dibalut blazer hitam itu kelihatan sangat padan dengannya.

       “Selamat pagi, waalaikumusalam, cantiknya anak mak ni.” puji Cik’ Imah ikhlas. Su tersengih lebar.

       “Yelah tu mak. Padahal mak yang pilihkan baju Su ni.” Ujar Su sambil memeluk ibunya erat. Manja sungguh Siti Nur Subaidah dengan emaknya.

       “Betullah apa yang mak kata. Dah sarapan cepat. Karang along kamu turun makan pun kamu tak sempat. Along tu kalau pasal kerja terus lupa makan minum.”rungut Cik’ Imah. Risau dia dengan anak sulungnya itu.

       “Hee... jangan risau mak. Lepas ni Su akan pastikan along tak lupa makan dengan minum. Kalau dia lupa Su wrestling dia!” kata Su sambil mengusap belakang ibunya. Hati ibu mana tak risau kan...

       “Ha ha ha yelah tu. Cepat makan karang lambat pula.”Cik’ Imah meletak sesenduk nasi goreng ke dalam pingan anaknya. Su tersengih. Seronok dimanjakan sebegini.

       Baru tiga sudu nasi goreng disudukan ke mulut, jeritan Suhaimi sudah kedengaran. Tercekik Su dibuatnya. Teruja sungguh along ini.

       “Sekejaplah Along! Orang tengah makan ni...”segera Su menghabiskan nasi gorengnya. Cik’ Imah hanya menggeleng. Bertuah betul anak-anaknya ini.

       Selesai sahaja makanannya, terus Su menyalami ibunya. Lantas dia menyambar beg tangan dan meluru keluar. Alongnya dah siap sedia menunggu di dalam kereta. Sengaja sahaja dia menekan minyak. Mengusik adiknya itu.

       “Along ni, saje je, dengki dengan orang betullah along ni!” muncung sahaja mulut Su. Marah sungguhlah kononnya, padahal kalau pasal along ni tak pernah dia marah ke apa. Maklumlah abang kesayangan.

       “Heh, sekarang je duk along-along. Dekat pejabat panggil Encik Suhaimi okay?”kata Suhaimi menambahkan kemasaman diwajah Su.

       “Huh, faham Encik Suhaimi!” sengaja Su tekankan ayat itu. Terasa tau!

       Suhaimi menyimpan senyum. Comel betul adiknya ini.

       -

       “Selamat pagi Encik Suhaimi.” Semua pekerja yang lalu di hadapan Suhaimi memberi ucapan selamat pagi dan menunduk hormat. Su sudah merah mukanya. Malu jugalah, ramai betul pekerja along ni. Betul ke syarikat kecil ni? Macam tak boleh percaya je. Terasa macam  along ni guru besar pulak.

       “Selamat pagi bos. Ni siapa bos?”tanya Diana, setiausaha Suhaimi.

       “Ehem, selamat pagi. Ini pekerja baru. Nama dia Siti Nur Subaidah.”ujar Suhaimi sambil berlagak formal. Padahal kalau tak ada Su, Diana ni satu kepala dengannya.

       “Subaidah? Adik bos kan?”tanya Diana agak pelik. Awatlah si bosnya ni terlebih serius ni?

       “Hm... ye. Okay Diana awak tolong tunjukkan tempat dia kerja sekali kenalkan dia dengan semua pekerja terutamanya ketua-ketua bahagian yang ada.” Kata Suhaimi lalu masuk ke dalam biliknya. Su terkulat-kulat, nasib baiklah si Diana ni kenal dia. Kalau tak mahu dia menangis hentak-hentak kaki suruh along dia yang tunjukkan bilik dan sesi suai kenal.

       “Okay cik Siti Nur Subaidah jom.”

       “Panggil saya Siti sahaja cik Diana.” Ujar Su sedikit malu-malu. Diana tersenyum. Comel betul adik bos ni.

       “Kalau macam tu panggil saya akak Diana ye.”Su mengangguk faham. Lega hatinya melihat Diana yang peramah ni. Mintak-mintaklah orang lain pun peramah macam akak Diana ni juga.

       -

       “Okay semua. Saya nak kenalkan seorang pekerja baharu. Dia akan  menjawat jawatan Pegawai Pemasaran yang baru. Kiranya lepas ni ketua pegawai pemasaran tok sah nak pening-pening na...” gurau Diana. Tubuh Su ditolak sedikit ke hadapan. Dengan muka memerah Su mula memperkenalkan dirinya.

       “Assalamualaikum dan selamat pagi. Nama saya Siti Nur Subaidah, tapi awak boleh panggil saya Siti. Pengalaman saya masih sedikit jadi harap awak semua boleh bantu saya.”ucapan Siti disambut dengan tepukan para pekerja yang ada. Tersipu-sipu Su dibuatnya.

       Sesi perkenalan dimulakan. Habis semua pekerja yang ada Diana kenalkan kepada Su. Sampai mak cik cleaner, pak cik guard pun  Diana kenalkan. Su pun layankan aja....

       “Dah la tu. Kita pergi pejabat Siti sekali jumpa bos Siti tu.”
       “Hm... bos Siti tu garang tak?”tanya Su sedikit takut-takut.

       “Hah? Dia garang tak? Memang tak! Baiiikkkk memanjang. Dan... dia tu macam ais. Kalau dia tak tegur Siti bukannya dia tak suka Siti tapi sebab memang personaliti dia macam tu.”terang Diana. Takut pula adik bosnya berhenti lepas menghadap encik ketua tu.

       “Hm... okay.” Dengan perasaan berdebarnya Su mengetuk pintu bilik Ketua Pegawai Pemasaran, kak Diana sudah beredar, alongnya panggil. Kacau betul alongnya ini.
      
       “Masuk.”Suara yang kedengaran macho itu pada telinga Su macam bunyi guruh.  Dengan lafaz bismillah Su membuka pintu.

       “Encik Ir??!”tak semena-mena nama itu terkeluar dari mulut Su selepas memandang wajah bosnya itu.

       “Mak su budak kecik tu!” giliran Irwan Dazli pula terkejut.


       “Siti la!” marah Su spontan. Sesuka hati je panggil orang mak su. Anak sedara Su je boleh panggil Su macam tu. Wajah Irwan berubah merah. Su telan air liur. Alamak, macam mana aku boleh marah bos sendiri ni? matilah... Su sudah menundukkan wajahnya. Menanti masa untuk dia marahi.

7 comments:

  1. Best. .. nk lg.. cpt2 la n3 baru

    ReplyDelete
  2. arghh..best sangat.. excited nk tunggu part seterusnya

    ReplyDelete
  3. smbung lha cpat kak... tk sbar nk tnggu part 3...

    ReplyDelete
  4. kak sy nak baca part seterusnya..please..

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)