Bab
12
Nada
kini menjadi seorang penyendiri. Sejak kejadian itu, Nada mula
menjauhi orang-orang yang menyayanginya. Huzairil yang duduk serumah
dengannya juga tidak dapat melihat bayang Nada. Apatah lagi, Huzairil
yang merupakan bapa kandung Nada. Demi merapatkan hubungan mereka
anak beranak, Huzairil telah membeli rumah disebelah rumah mereka.
Nada
rasakan semua yang diceritakan ayah dan daddy merupakan perkara yang
tidak boleh diterima akal. Serius,tidak faham!! Nada merupakan anak
Huzairil yang baru muncul, manakala ayahnya yang diketahui sejak dia
kecil ialah Huzairil si bapa susuan sahaja. Boleh faham ke? Nada
sudah runsing memikirkan perkara ini.
Kedua-dua
bapanya menagih jawapan, oleh sebab itu Nada menyembunyikan dirinya
di dalam bilik. Tidak sanggup pula Nada menghadapi bapa-bapanya.takut
satu hal, marah satu hal, rasa nak gigit je! Huh, sebab tu Nada
sembunyikan diri!
Sedang
Nada memikirkan masalahnya yang lebih berat dari masalah negara itu,
dia dikejutkan dengan bunyi ketukan dipintu. Terpacul muka mamanya.
Alhamdullilah, Linda sudah pulih. Kesan daripada 'kejutan' mesra
Huzairil si bapa kandung Nada, Linda diserang demam panas sehingga
dua hari terlantar dihospital.
“Ya,
mama?” tanya Nada sedikit mesra. Sejak kejadian itu, Linda sudah
semakin rapat dengannya. Mungkin rasa bersalah mula menghurung diri
Linda.
“Nada,
jom turun bawah. Kita makan, hari ni mama masak lauk kegemaran Nada.”
ujar Linda dengan senyuman manis.
“Hurm...
sekejap lagi ya, mama.” ujar Nada. Senyuman manis Linda dibalas
sedikit hambar. Selera makannya seakan hilang sejak dia mengetahui
hal sebenar-benarnya.
“Nada,
sejak kebelakangan ini... Mama tengok Nada murung saja. Nada kalau
ada masalah kongsilah dengan mama. Mama risau tengok Nada macam ni..”
ujar Linda penuh kasih. Rasanya sudah lama dia tidak membelai Nada
sejak kejadian dia mengetahui Nada ini kononnya anak kandung Huzairil
suaminya.
“Tak
ada apalah mama...” ujar Nada sambil mencuba tersenyum seikhlas
mungkin.
“Nada
tak dapat tipu mama. Walaupun mama selalu layan Nada kasar dan
bukanlah mama kandung Nada.. tapi mama tetap mama Nada. Mama tahu apa
yang menganggu fikiran Nada... Maafkan mama..” Ujar Linda sedikit
sebak. Nada mendongak memandang ibu susuannya. Sayu pula rasanya
melihat air mata yang bergenang di mata Linda. Perlahan tangan Nada
mengusp pipi si ibu menyatakan dia sayang akan si ibu.
“Mama...
benda dah lepas janganlah sebut.. Nada tak pernah salahkan mama. Dah
ditakdirkan macam ni jalan hidup Nada.. Nada tahu mama tak salah. Ni
semua salah ayah dengan daddy!” ujar Nada sedikit marah.
“Hm...
mama tahu ni semua pasal apa yang terjadikan? Maafkan jelah ayah dan
daddy Nada tu.. Mereka tak bersalah, mereka terdesak dalam keadaan.”
pujuk Linda.
“Nada
tak tahulah mama... Nada pening dan keliru dengan benda-benda ni
semua. Nada... Nada tak suka kebenaran ni!” ujar Nada sedikit
emosional.
Linda
mengusap lembut kepala Nada. Dipeluk erat tubuh anak gadis yang
sedang meniti zaman remaja itu. Terasa bajunya basah dengan air mata
Nada. Tiba-tiba pintu bilik Nada dikuak laju. Terpacul wajah Danial
yang sedang tersengih.
“Lor..
ada drama air mata pulak. Patutlah lambat... ada drama swasta
rupanya. Mama... Nada... jom la turun.. Danial dah lapar ni... boleh
dengar tak lagu rock kapak ni.. Rancak habis ni..” Ujar Danial
sedikit manja.
“Hisy...
sibuk je Danial ni! Baru nak bermanja dengan mama...” ujar Nada
sambil mengejar adik susuannya itu. Danial berlari sambil ketawa
riang. Walaupun sudah berumur 13 tahun kedua-duanya masih
keanak-anakan. Linda turut ketawa melihat keletah anak-anaknya.
“Hah,
dah, dah jom kita pergi makan. Nada mari..” tangan Nada ditarik
lembut. Danial menarik muka apabila mamanya tidak menarik tangannya
seperti Nada.
Nada
ketawa kecil. Dia memegang tangan Danial. Kesian pulak tengok budak
cengeng ni. Sejak segalanya dah terbongkar, Danial kembali rapat
dengannya. Nada suka dengan keadaan sekarang.
Wajah
riang Nada berubah apabila melihat dua orang yang ketika ini membuat
perasaannya dan fikirannya resah. Nasib baik ada seseorang yang
dirindui dimeja makan. Muka tetap dimaniskan.
“Nada!!
Lama tak jumpa kau..” ujar Aiman kawan baik Nada yang amat
dirindui.
“Eh,
ye ke? Bukan baru 5 minit tadi ke kita jumpa?” kata Nada sengaja
mengusik Aiman si Angel aka Anjelnya. Wajah Aiman bertukar cemburut.
“Ko
ni memang la memang.. Sakit kepala aku. Nak balik la!” ujar Aiman
konon-kononnya merajuk. Nada ketawa senang. Dia dapat rasakan dua
pasang mata itu asyik memerhatikan dirinya.
“Weih,
jom lepak taman..”ujar Nada cuba menghindarkan diri daripada
mata-mata yang ada. Aiman mengangguk. Mereka pantas beredar.
“Haih,
salah ke kita bagitahu dia perkara sebenar?”tanya Huzairil kepada
tetamunya, Huzairil.
“Entahlah,
doakan sahaja hatinya lembut..”kata Linda yang dari tadi memerhati.
#sedikit pendek... harap maaf.. lama sangat tak update cerita ni... Asyu janji cuti ni Asyu sambung tau...
sila komen ^___^
No comments:
Post a Comment
Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)