PART 5*^__^
“ Assalamualaikum Aisy... Kalau tak
jawab dosa!”Ash mula memancing perhatian Aisy yang sedang bermain seorang diri.
Aisy memandang wajah Ash dengan penuh minat. Tangan si kecil pantas mencoret
sesuatu dikertas lukisan. Terjuih-juih mulutnya tanda tekun menulis.
‘Kenapa berdosa?’ itu yang tertera
dikertas lukisan itu. Ash tersenyum hambar. Takkan la si bapak beruk(Ashril) tu
tak kasi tahu?
“Hm.. mak cik tak tau sangat la Aisy..
Tapi yang mak cik tahu memberi salam itu sunat manakala menjawab salam itu
wajib...”ujar Ash malu-malu kucing. Malu apabila kekhilafannya yang satu itu
diketahui Aisy. Aisy terangguk-angguk faham. Sekali lagi tangannya pantas mencoret
sesuatu.
‘Wa’alaikumusalam’ tersenyum Ash
melihat tulisan tangan si kecil. Ash menggosok lembut kepala Aisy.
“Aisy mak cik teringin nak dengar
suara Aisy.. Aisy tak mahu bercakap ke? Tak nak panggil papa? Atuk? Mak cik?”
tanya Ash sedikit perlahan. Takut juga hati Aisy terluka dengan pertanyaannya.
Aisy tertunduk diam. Sesekali diangkat
kepala melihat wajah Ash. Terlihat kegelisahan di wajah anak kecil itu. Ash
mengeluh kecil.
“Tak apa... Mak cik Quratun tak kisah
Aisy tak mahu bercakap. Bila dah bersedia nak bercakap Aisy cakap saja. Kita
orang rindu dengan suara Aisy..” Kata Ash meredakan raut gelisah di wajah Aisy.
Aisy mengangguk perlahan. Aisy melangkah perlahan ke biliknya.
Ash mengeluh melihat telatah si kecil.
Budak kecik pun ada masalah apatah lagi orang dewasa macam Ash ni.. Ash
melangkah keluar ke taman. Rasa nak meenangkan fikiran. Entah kenapa dia rasa
turut berkait dengan masalah keluarga ini, masalah si kecil Aisy.
Tiba-tiba ada suara yang sudah lama
tidak didengari. Menjerit-jerit memanggilnya. Alamak, si mr. Crazy the
second!!! ‘Macam mana pulak la lelaki separa normal ni ada dekat sini?’Ash
sudah merungut-rungut kecil. Pantas sahaja dia mahu menyembunyikan diri. Namun
lelaki itu lebih cekap. Fakrul sudah melangkah masuk ke dalam kawasan rumah
Uncle Majid. Time-time ni jugak pagar tu tak nak buat hal. Selalunya sangkut.
“Lama tak jumpa awak! Mana suami?
Anak?” terlebih ramah pulak Fakrul kali ni. Terkulat-kulat Ash dibuatnya.
Melihat wajah Ash ketika itu Fakrul tersenyum nakal. Sebenarnya dia sudah tahu
yang si gadis ini bukan isteri kepada anak pemilik rumah indah ini. Ash Cuma
gadis yang menolong menjaga cucu Uncle Majid. Perkara ni pun dia dapat tahu
dari Uncle Majid yang peramah.
“Erm.. erm.. awak buat apa kat sini?
Macam mana boleh masuk ni?”tanya Ash sedikit panik.
“Saya ikut pintu la... Awak kenapa tak
sihat ke?”tanya Fakrul sahaja mahu mengusik Ash. Ash ikutkan hati nak lari
sahaja dari situ mengenangkan si kecil Aisy seorang diri tak sanggup pula. Tapi
dia kena lari jugak! IDEA!!
“Aisy! Aisy sayang... Mari ikut mama
pergi shopping mall. Mama nak cari present untuk uncle Yad dan uncle Din!” ujar
Ash sedikit menjerit. Aisy yang baru sahaja selesai mandi pantas menayang muka
gembira. Budak mana yang tak gembira dapat pergi jalan-jalan?
“Cepat pakai baju mama tunggu dekat
luar tau..”ujar Ash tersenyum. Senang pulak hati dia tengok senyum Aisy itu.
Ala sekali sekala dia bawak Aisy berjalan pun okey...
“Awak nak keluar ke? Boleh saya ikut?”
tanya Fakrul teruja. Inilah peluang dia nak keluar bersama dengan gadis idaman
hati.
“ Tak.. Tak boleh! Eh.. maksud saya
tak boleh la.. sebab nanti husband saya merajuk. Dia tu susah sikit nak pujuk
tau..”ujar Ash pantas. Fakrul menayang puppy eyes, ni yang buat Ash lemah ni.
Nasib baik Aisy dah siap, boleh la mereka lari daripada mamat psiko ni.
“Erk.. Anak saya pun dah siap.
Okeylah! Babai!” ujar Ash pantas mencapai kunci kereta Myvi milik Uncle Majid
yang tergantung ditepi pintu. Nasib baik ada kunci kalau tak... melayanglah
Aisy naik motor dengan dia.
Ash pantas memasukan Aisy ke dalam
kereta. Dia memandu laju meninggalkan kawasan perumahan Uncle Majid. Sesekali
dikerling Aisy yang kelihatan amat riang. Seolah-olah telah melupakan apa yang
dbualkan mereka sebentar tadi.
‘Mak cik. Boleh tak Aisy panggil mak
cik, mama?’ note pad itu dihulurkan kepada Ash. Terkesima Ash dibuatnya.
“Erm.. Bo.. Boleh saja. Mak cik suka
Aisy panggil mama. Tapi... Mama nak dengar suara Aisy boleh tak?” ujar Ash
masih cuba memancing suara Aisy.
Aisy pantas mengeleng. Ash mengeluh
melihat kedegilan anak kecil itu. Ini mesti menurun perangai si bapak beruk tu!
“Tak apalah. Jom kita shopping!” ajak
Ash sambil memimpin tangan Aisy. Aisy meloncat riang. Tiba-tiba anak kecik itu
berhenti serta merta. Dikeluarkan note pad dan dicatit sesuatu.
‘Mama... call papa suruh datang sini!’
Berkerut dahi Ash membaca catitan itu. ‘Biar betik budak ni?! Suruh aku call
mamat spesis beruk tu pulak.. ni yang lemah ni...’ Ash memandang wajah penuh
berharap Aisy. Nak tak nak dia keluarkan jugak telefon androidnya. Menekan nama
‘Ashril beruk’. Tak sampai 10 saat panggilan diangkat.
“Hello? Ada apa yang berlaku dekat
Aisy ke? Dia okey?” belum sempat Ash bagi salam atau mukadimah dah bertalu-talu
soalan dari si beruk.
“Wa’alaikumsalam... Aisy? Aisy sihat
wal’afiat je... ni anak encik Ashril ni dah merengek suruh encik datang
shopping mall. Rindu katanya...” ujar Ash sedikit memerli. Tertawa kecil
Ashiril mendengar perlian Ash.
“Ops.. Sorry my bad! Okey.. another 10
minit saya tiba.”ujar Ashril riang.
“Okey... kami tunggu dekat McD.”ujar
Ash seraya mematikan panggilan telefon. Ashril dihujung talian tergamam. Macam
tu je panggilan dia dimatikan.
Ash menarik Aisy ke McD. Dibelinya set
kanak-kanak lalu dibiarkan Aisy asyik dengan permainan percuma itu. Ash melayan
perasaannya. Baru dia ingat nak ajak Yad dengan Din lepak mall dah Aisy mintak
panggilkan mamat beruk tu.. haih... rosak mood den...
“Hoi! Termenung apa tu?!” sergah
Ashril. Ash yang asyik mengelamun terperanjat pantas mencapai air milo milik
Aisy lalu dijirus ke arah si beruk jadian.
“YOU ASHHH!!!” lantang Ashril
memanggil Ash. Ash memandang terkebil-kebil. Aisy ketawa bagai nak rak.
“So sorry... kau yang salah! Sapa
suruh sergah aku... kan dah dapat hadiah free.. hehehe” Ash menyertai Aisy yang
seronok mengetawakan Ashril.
“Arghhh... tak kira. Belanja aku
t-shirt satu!” ujar Ashril sambil memuncungkan mulutnya. Ingat comel la tu...
comel apanya.. buruk ada la...
“Ala.. dah-dah la muncung tu... aku
belanja jom!” ujar Ash menahan gelak. Lantas mereka laju melangkah ke salah
satu kedai menjual pakaian. Pada mulanya Ash menghulurkan sehelang t-shirt
berbelang kepada Ashril. Tapi mamat tu banyak songeh pulak. Aisy ni pun satu..
bila si mamat tu tanya pendapat dia.. dia gelang kepala. Satu hal dah sekarang
ni nak menunggu depe habis pilih. Ash hanya memerhati.
Kadang-kadang pilihan si bapa tidak
menepati citarasa si anak. Lalu berlakulah pergaduhan kecik. Si anak
hentak-hentak kaki. Si bapa menggeleng-geleng kepala tanda tidak puas hati.
Ash tertawa sendiri. Ketawanya menarik
perhatian dua beranak itu. Kedua-duanya menjegilkan mata kepadanya. Dia menarik
sengih. ‘Tak pelah.. ada jugak kenangan manis dengan dua beranak ni. Tak lama
lagi aku dah nak balik uni... hurm.. alamatnya rindu la dekat bapak beruk dan
budak kecik ni...’ Ash mula menarik muncung.
“Hah, kenapa pulak ni? Orang dah siap
shopping dia termenung pulak.”ujar Ashril seraya menarik tangan Ash dan
memegang tangan Aisy. Sedikit tersentak Ash dengan pengangan tangan lelaki itu.
Tetapi dibiarkan sahaja. Hatinya sedikit sayu mengenangkan mereka akan berpisah
pada hujung minggu depan.
“Awak ni kenapa?”tanya Ashril sedikit
pelik melihat perlakuan Ash itu. Ash hanya memandang sayu.
“Tak de apa.. Sayu pulak mengenang ni
last kita meluang masa sama-sama..”ujar Ash perlahan.
“Awak nak berhenti ke?”tanya Ashril
sedikit kalut.
“Tak la.. saya nak sambung
belajarlah...” ujar Ash sayu.
“Owh..”hanya itu
sahaja yang terluah dari mulut Ashril. Aisy hanya memerhati. Matanya sedikit
berkaca. Hilang terus keinginan mereka untuk bershopping apabila perkara itu
berbangkit. Tapi kenapa Ashril perlu sedih?!
# bersambung part last dlm minggu ni jugak... sabarrr >__< komen tau!!!
WAHHHHHHHHHHHHH TAK SABAR!!!
ReplyDeleteahhhhhhhhhhhhhhh... i can't waiting 4 the last part... cpat2 lah yer... bila awak nak sambung nie???? :D suit gitu bila ashril tu kena simbah ngan air milo... kakakaka.... padan muka dia... :D
ReplyDelete