PART 4*^__^
Sudah sebulan peristiwa itu berlalu,
Asy Quratun dan Ashril sudah mulai rapat. Namun ‘baik’ itu dari segi istilah
mereka sahajalah. Bergaduh,bergurau sudah sebati dengan mereka. Sehari tidak
bergaduh memang tak lengkap hidup mereka. Arul, Azwan dan Alif juga sudah
berkawan rapat dengan Ashril, sampai kadang-kadang mereka bergabung idea untuk
mengenakan Ash.
“Yo, bro!”teguran dari manusia spesis
beruk itu mengejutkan Ash yang sedang minum. Apalagi bersemburlah segala air di
dalam mulutnya. Aisy yang seronok mengunyah kuih di depan Ash mula muncung.
Mana taknya, habis basah muka dia dengan air teh suam. Nasib baik suam kalau
tak mau dia meraung dekat situ jugak.
“Alahai kesian anak papa.. Entah
apa-apa mak cik Ash ni...”ujar Ashril sejak berkenalan dengan adik beradik Ash
dia sudah mengetahui nama panggilan yang sering digunakan.
“Apa pulak aku? Kaulah yang salah dah
la tak bagi salam main yo, yo pulak.. memang tersembur la jawabnye..”ujar Ash
yang sudah masam mukanya. Air ditolak ke tepi. Hilang sudah keinginannya untuk
membasahkan tekak.
“Alolololo.. Merajuk pulak mak cik
ni.. Tak padan dengan brutal, hati tetap penuh dengan taman hahahaha!”kuat
ketawa Ashril yang terluah. Sampai
berkerut-kerut Aisy dan Ash melihat Ashril ketawa tak ingat dunia. Aisy pantas
menulis sesuatu diatas kertas.
‘PAPA JANGAN KETAWA KUAT-KUAT MAK CIK
QURATUN KATA NANTI SETAN BERANAK DALAM TEKAK!’ terbeliak matanya membaca
tulisan yang terdapat dikertas itu. Bukan main lagi anaknya selepas Ash datang
ke rumah mereka. Makin pandai pula si Aisy ni menegurnya. Terus Ashril
tersipu-sipu malu dengan anak sendiri.
“Hehehe rasakan dengan anak sendiri
kena sound.. Terbaikkan?!” Ash memerli Ashril. Seronok pula dia dapat kenakan
Ashril. Selalunya dia yang asyik kena buli dengan Ashril dan adik beradiknya.
“Haah, seronok sangat la Pengkid
Pendek. Tak padan dengan chibi ada hati nak sakat aku. Haih, cerminlah diri kau
sikit si chibi oit...” makin berasap Ash mendengar celoteh Ashril itu. Baru dia
nak bukak mulut, Uncle Majid dah muncul.
“Hah, dah, dah gaduh tu, meh Quratun
Uncle dah masak nasi ayam special khas untuk Aisy dan Quratun.”ajak Uncle Majid
tanpa menyebut nama Ashril, sahaja dia nak buli si Ashril asyik dia je yang
membuli Quratun, sakit juga mata yang memandang pembulian yang berlaku.
Ash memberi tanda ‘Good’ pada Ashril.
Ashril menjelirkan lidah kepada Ash, memang kebudak-budakan Aisy hanya mampu
mengeleng.
O______O
Ashril mengeluh tubuh Aisy yang lena
di atas sofa diangkat. Perlahan-lahan dia menapak ke bilik. Tadi Ash dan Aisy
asyik menonton kartun sehingga tertidur. Dibiarkan Ash tidur disofa itu.
Ashril meletakkan tubuh Aisy dengan
berhati-hati. Takut benar dia jika anaknya terjaga. Lama dia merenung
satu-satunya tinggal arwah isteri tercintanya Qaisara. Jika dia tidak buat
salah dahulu pasti anaknya sekarang sibuk berceloteh, dan dia akan menyuruh
anaknya diam kerana terlalu bingit.
“Aisy sayang, sudah-sudahlah marahkan
papa, papa dah lama tinggalkan untie jahat tu.. Cakaplah Aisy papa janji takkan
suruh Aisy diam. Cakaplah Aisy..”kata Ashril sedikit sayu.
Ash yang sedari tadi berdiri dibalik
pintu hampir menitis air matanya mendengar luahan hati seorang bapa. Perlahan
Ash meninggalkan Ashril yang masih merayu pada Aisy yang sedang tidur lena.
Tanpa disedarinya, dia terlanggar kotak kecil yang berapa di balik pintu itu
ketika mahu beredar.
Ashril tersentak pantas sahaja dia
menolah. Tergaman dia melihat gelagat Ash yang serba tidak kena. Memang kelibut
Ash dibuatnya, jika tidak ditahan pasti sudah terhambur ketawa Ashril. Ashril
bangun meninggalkan bilik anaknya, tidak mahu Aisy terganggu.
“Kau dengar ke?” tanya Ashril memecah
kesunyian.
“Dengar apa pulak?”tanya Ash blur,
biasa dah nak dekat Maghrib memang dia jadi blur memanjang.
“Er... tak ada apa-apa la..” Ashril pantas
bangun mahu meninggalkan ruang tamu yang membuat dia rasa tidak selesa tika
itu.
“Aku doakan kau berjaya buat dia
bercakap, aku akan tolong kau. Aku pun teringin nak dengar suara Aisy yang Uncle
Majid kata merdu tu..” kata Ash perlahan tetapi masih mampu didengari Ashril.
Ash pantas melangkah ke motorsikalnya memandang jam sudah menunjukkan pukul 7.
Ashril yang masih di anak tangga tersenyum. Tidak sangka Ash ingin menolongnya
membuat Aisy bercakap.
“Tak payah nak senyum lebih. Aku nak
beting dengan kau, kalau aku berjaya buat Aisy bercakap kau kena tunaikan semua
permintaan aku, kalau kau menang pun sama.” Ujar Ash sebelum memecut.
“Hish, ingat ikhlas bebenor, rupanya
ada udang disebalik timbunan mee. Tak apa- tak apa. Aku mesti menang, kau
tunggu je Ash!”ujar Ashril seorang diri. Tidak semena-mena senduk hinggap
dikepala Ashril.
“Ouch! Apa ni, ayah?” Tanya Ashril
sambil menggosok-gosok kepalanya yang sedang sakit.
“Kenapa kamu kasi Ash balik? Ayah dah
masak banyak ni.. Mesti kes gaduh lagi. Haih, budak-budak sekarang ni, saja je!”
rungut Uncle Majid sambil berlalu ke dapur. Ashril mencebik-cebik, meniru aksi
ayahnya membebel. Setelah puas, dia segera memenjat anak tangga ke bilik anak
kesayangannya, Aisy.
>_______<
“Assalamualaikum!!!”ujar Ash yang
sudah terpacul didepan pintu rumahnya.
“Waalaikumsalam, lambat pulak kamu
balik hari ni Ash..” mulut Encik Sufian mula menyiarkan siaran tanpa hentinya.
“Ala relaks la ayah, tadi orang main
dengan Aisy sampai tertidur, tapi orang sampai jugak rumahkan, lewat sikit je..”ujar
Ash sambil melirik jam didinding rumahnya, sudah pukul 8.40 malam, patutlah
ayahnya mula membingit.
“Oh.. ingatkan dah tersangkut dengan
orang sana.. Apa cerita dengan Aisy? Dah mula bercakap?” tanya En. Sufian. Mulutnya
tersenyum-senyum sukalah tu daat buat muka Ash berubah merah.
“Hish, mana ada! Aisy tu sama je Ayah,
Ash tak tau la.. Tapi Ash nak jugak cuba pujuk dia cakap. Kesian Uncle Majid.” Ujar
Ash sedikit sedih.
“Um.. Kesian tu kesian la.. Tapi kamu
kesiankan si Atuk ke si Ayahnya?”usikan Encik Sufian mula kedengaran.
“Hurm, malas nak cakap dengan ayah
dah. Baik orang cari idea nak pujuk si kecik tu. Okeylah papai!!” Ash sudah
berlari masuk ke bilik. Encik Sufian ketawa terbongkok-bongkok.
Siap!! Next n last entri mungkin sebelum exam or lepas exam tau..
Doakan Asyu Selasa dah start exam STPM penggal 2!! TOLOG DOAKAN ASYU, I'M SCARED!!!
hahahaha.... semoga si quratun tu berjaya lah pujuk aisy tu... untung2 jadi mak tiri... kahkahkah.... best2. all the best for ur exam. :D
ReplyDeletethanks @nur maselyna nasuha ..
Deletehehehe mabye akan jadi mak tiri mana kita tauuu
tungguuu hehehe
Assalamualaikum kaks syu :)
ReplyDeletecerita akak sangat best :D, by the way good luck for everything insy'allah
Wa'alaikumusalam @Nadiah Arif
Deletethanks..
insyallah ^_^
welcome
DeleteAsslm kak.
ReplyDeletehaiii.. oh akak buat cerpen eh? thanks follow. really my story life cute?? haha sye rase mcm tapape je. XD
wa'salam..
Deletehahaha betullah @miss Cupcake.. story life miss sgttt comel.. nak wat cerpen leh x???