BAB 4
PUTERI HATIKU >o<
Robert melangkah laju. Lagi 10 minit sahaja lagi masa persekolahan Tuan Puterinya akan tamat. Dia perlu pantas sudah tidak lama lagi masa yang tinggal untuk dia mencari 4 orang pelindung itu. Salah seorang daripada pelindung itu sudah dia jumpai. Yang pasti pelindung pertama ialah Kira.
Dengan nafas yang tercunggap-cunggap, Robert menunggu dihadapan sekolah TP itu. Mata-mata dari pelajar yang lalu lalang menyesakan dada Robert. Dia ni nampak je tough tapi sebenarnya dia takut bila ada orang tenung dia.
“Argh!!! Robert sayang!!”jerit Orange sambil bergayut dilengan Robert. Kira yang melihat hanya mempu mengeleng. Dah serupa dengan beruk dah Tuan Puteri Orange ni...
“Hai Princess..”ucap Robert sambil tersenyum ikhlas. Walaupun ikhlas tetap nampak kelat di mata Kira. Huhuhu >_<
“Robert! Jangan panggil Princess!! Remember I'm just an ordinary girl here!>3<”Orange tayang muka masyam.. Robert sudah gelak tidak ingat dunia. Rindu pulak dia nak tengok gelagat manja Orange ni..
“Okey,okey! Sorry Orange. Dah petang ni jom kita balik dulu..”Robert masih tidak mahu berhenti ketawa walaupun sudah berkata-kata.
“Balik?!”Kira sudah berkerut-kerut >~< memikirkan perkataan yang baru terluah dari mulut Robert.
“Yup! Balik rumah Orange la..”sekali lagi mata Kira terbeliak O , O.
“What?! For how long?! ><'''”tanya Kira yang dah tak menentu. Mana taknya baru depan-depan macam ni dah nak tercabut jantung kena tenung ngan ketua pengawal ni.. bayangkan setiap hari dirumah yang sama.. Pasti Kira mati awal..
“Forever!!”ujar Robert bersungguh-sungguh. Orange melompat kesukaan. Manakala Kira semakin putih bukan sebab guna Fair & Lovely tapi sebab oksigen tak cukup.
“YES!” “NO WAY!”jerit Orange dan Kira serentak. Masing-masing melihat muka masing-masing macam nak telan. Tak puas hatilah katakan.
“Hahaha gurau je.. Dalam 3, 4 hari je..”kata Robert sambil mengekeh ketawa.
Kira melepaskan nafas lega. Orange menarik muka masam. Baru nak manja-manja dengan Robert. Orange yang merajuk melangkah laju lupa dengan kakinya yang masih sengal. Hampir sahaja dia jatuh terpelecok.
“Orange!!”jerit Kira dan Robert serentak. Nasib baiklah si Leon sempat menyambut diri Orange. Kebetulan pula dia lalu di situ.
“Seriously!! Orange please watch your step!”ujar Leon sedikit geram. Orange tersengih-sengih nasib baik la ada kawan barunya ini. Robert menarik nafas lega. Kira sudah menggeleng-geleng kepala.
“Terima kasih Leon..”ujar Orange dengan muka tak malunya. Leon melambai-lambai tangannya sebelum meneruskan berjalanannya. Robert memerhati Leon dengan penuh teliti. Dia dapat rasakan sesuatu yang istimewa dari Leon. Adakah Leon merupakan salah satu daripada pelindung yang mereka cari-cari?
“Oit, cepatlah! Aku dah lapar ni!!”ujar Kira yang sudah jauh dihadapan. Robert berlari anak mengikut langkah Kira dan Orange.
^___^
“Oh My...”tak terkata Robert apabila melihat rumah yang didiami Tuan Puteri negara Swerd itu. Sangat-sangat.. BERSEPAH! Betul ke Tuan Puteri yang duduk rumah ni?!
Kira tarik sengih sinis. Dari sampai rumah tadi Robert dok pusing-pusing satu rumah sambil menggeleng tak percaya. Nak buat macam mana dia dan Orange mana reti nak kemas rumah... >.<
“Robert... Orange lapar..”ujar Orange manja. Robert menggeleng kepala.
“Tunggu sekejap. Kemas rumah dulu baru dapat makan!!”ujar Robert tegas.
“Ala...”Orange sudah mencebik-cebik bibirnya. Tapi tangan tetap bergerak juga. Kira senyap-senyap ingin melangkah ke biliknya.
“Kira! Jangan nak mengada, tolong sekali!”arah Robert. Kira yang sememangnya gerun dengan robert terus melaksanakan tugas yang disuruh.
Selepas sejam lebih barulah rumah yang sederhana besar itu siap dikemas. Riak puas hati terpancar di wajah Orange. Padahal dia kemas sofa jerk..
Robert pun sudah siap memasak. Memang delious!! jangan pandang Robert muka ganas disebelah mata! Muka je ganas tapi gentlement ^_^..
“Hurm.. mmmdap itulll Obert masyak!!”ujar Orange dengan mulut yang penuh. Kira sudah menutup mata dengan mulutnya. Mana taknya, tersembur-sembur makanan dalam mulut Orang yang kebetulan duduk berhadapan dengannya.
“Princess cuba makan elok-elok. Awak tu Princess..”ujar Robert sedikit geram. Memang susah nak ajar Orange ni tatasusila.
“Hurm..”bibir Orange terjuih tanda tidak puas hati. Tak puas hati pun makanan tetap disua ke mulut. Almaklumlah sedap sangattttttttttt..
@___@
Kira dan Robert asyik berlatih di tanah lapang rumah itu. Orange pula menjadi penonton setia. Kadang-kadang dia menyorak kecil apabila Kira terpelanting apabila terkena kuasa Robert.
Kira semakin bersemangat. Semakin galak dia mengeluarkan kuasanya. Maklumlah sudah berjauhan dengan istana bermakna dia tidak boleh berlatih sesuka hati. Robert sudah terduduk. Penat melayan Kira yang seperti gian mahu melepaskan kuasanya.
“Kira dah la. Penat dah ni..”ujar Robert mengangkat kedua tangannya menandakan dia mengeku kalah. Kira tersenyum bangga. Orange sudah mula bosan. Pantas sahaja dia masuk ke dalam rumah.
“Robert betul ke kamu datang sini suka-suka je?”tanya Kira dengan riak serius.
“Hm..”Robert cuba mengalih perhatian Kira.
“Tak payah nak buat benda lain! Cepatlah bagi tahu!!'desak Kira. Robert menghela nafas kasar.
“Kau tahukan.. pasal lagenda negara kita ni?”tanya Robert dengan muka serius tahap melampau. =o=
“Pasal Princess ke?”tanya Kira sedikit berkerut dahnya.
“Yup. Kau tahukan kau merupakan salah satu pelindung Puteri Orange?”tanya Robert lagi. Kira sudah terbeliak.
“Betul ke?!”tanya Kira tidak percaya. Robert pantas mengangguk.
“Ya. Kita masih perlu mencari 4 orang pelindung. Kalau tidak Orange dalam bahaya..”ujar Robert sedikit risau.
“Kita perlu cepat kalau macam tu. Dekat mana kita nak cari?!'tanya Kira.
“Sekitar Orange. Aku yakin!”ujar Robert semangat. Kira mengangguk faham. Tanpa mereka sedari Orange asyik mencuri dengar perbualan mereka. Orange tersenyum nakal. Dalam kepalanya timbul pelbagai idea untuk membantu kedua-dua pengawalnya.
#yeay!! bab baru!! sorry klu x best..
#kerana kau anjelku tengah taip.. semlm dah siap dah.. tapi x sempat nak save lappy padam.. nak wat cam ne kena la tuls balik..
#oh ye.. Ibu... Ampunkan daku tu.. nnt2 Asyu sambung ye.
#tolong la komen.. dah mcm apa je Asyu ni merayu je kerjanye... x pe la.. dah org x sudiiii.. huhuhuhu :'(
entry nie, xde sambung pun ...
ReplyDeletehehehe... sorry again..
Deletecerita ni slow sikit.. sebb dah lama tinggal..
tapi x pe.. asyu akan kejar balik cerita ni..
btw thanks sbb sudi baca...