Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Saturday, 2 March 2013

PUTERI HATIKU >o< 3


BAB 3


Puteri hatiku >o<


Kira pantas melangkah keluar dari kelas dia selepas meletakkan beg. Orange yang asyik menyembang dengan kawan barunya tidak dihiraukan. Runsing betul dia rasa. Ya la.. tadi dia risau bagai nak rak pasal Si Tuan Puteri tup-tup Tuan Puteri tu menangkan orang yang baru mereka kenali. 'Tapi... kenapa aku nak marak-marah ni? Apa kena mengena dia dengan aku?' Kira mula memikirkan perasaan dia yang lain macam. Kadang-kadang dia rasa gembira dan kadang-kadang dia rasa nak marah saja bila Orange bersama lelaki lain. Tak mungkin perasaan itu kembali setelah dia buang rasa itu sejauh-jauhnya. Dia tidak sanggup merasai kesakitan yang sama.

Dia menuju ke tingkat paling atas iaitu paras bumbung. Pintu ke bumbung dibuka perlahan. Cuak juga, mana tahu kot-kot ada cikgu melepak dekat atas bumbung ni... Kira terpegun melihat kecantikan tempat baru ini. Hilang terus rasa marah dan geramnya. Patutlah si Puteri Orange mahu sangat duduk disini. Memang tempat ini indah dan damai.

“Kau buat apa disini? Kau tak tahu ke tempat ini kawasan larangan?”tegur satu suara asing dibelakang Kira. Kira yang terperanjat hampir-hampir mahu memanjat pagar bumbung sekolah itu.

“Ye ke? Aku tak tahu. Tak apalah. Aku pergi dulu.”jawab Kira selamba. Dia memang tak suka berkenalan dengan kawan baru. Kira yang baru mahu mengangkat kaki tidak jadi meneruskan langkahnya apabila satu tangan kasar menepuk bahunya.

“Ala.. relaks la bro.. Aku bukan nak buat apa pun. Kawan?” Leon menghulurkan tangan mahu bersalam. Kira memandang sepi. Dia tidak mahu berkawan dengan sesiapa! Dia menolak kasar tangan Leon dan meneruskan langkah ke pintu.

“Okey, fine.. Tak nak kawan aku tak kesah! Tapi kau dah jadi musuh aku!!!”Leon menolak kasar bahu Kira ke tepi. Dia memotong langkah Kira. Kira termangu. 'Memang semua budak sekolah macam ni ke? Kebudak-budakkan!' rungut Kira dalam hati.


=_='''


Raja Kiw mengeluh. Mengikut ramalan tukang tilik diraja, hari yang mereka takuti semakin dekat. Hanya tinggal lima bulan sahaja lagi. Raja Kiw mula risau dengan keselamatan anak gadisnya. Satu-satu penawar duka dan pencipta dukanya.

“Pengawai Robert.. Kamu sudah berjumpa dengan pelindung kita?” tanya Raja Kiw yang bermundar mandir itu. Robert tertunduk.

“Tuanku.. patik baru sahaja menemui seorang pelindung kita.. Masih kurang 4, Tuanku..”Terang Robert tanpa gusar. Dia sudah menjalankan tugasnya sebaik mungkin.

“Hm.. Beta bukan apa. Cuma.. beta takut kita akan kehilangan puteri kesayangan kita. Ini semua gara-gara si penyihir Luzx! Kalau tidak pasti Puteri Orange boleh menikmati kehidupannya.”Kata Raja Kiw sedikit sebal. Robert hanya mampu mengangguk.

“Patik akan usahakan Tuanku.”ucap Robert seraya memohon diri. Dalam diam hatinya turut gelisah mengenangkan mereka akan kehilangan Tuan Puteri Orange jika dia tidak menemui lima orang pelindung yang telah ditakdirkan menyelamatkan negara Swerd.

“Aku kena cari juga hingga ke lubang cacing.”Robert pantas berlari keluar dari Istana. Dia perlu berjumpa dengan tuan puteri. Dia yakin pelindung-pelindung itu berada berdekatan dengan tuan puteri kerana mengikut lagenda... mereka mempunyai ikatan yang kuat.


~O-O~


'Mana pulak la perginya si pengawal peribadi aku ni...' rungut Orange. Geram juga Orange rasa dengan Kira ni.. Orange bersembang sekejap je, tengok-tengok dah hilang. Memang tak padan dengan status pengawal Tuan Puteri Orange... Nak kena si Kira ni! Niat Orange mahu mencari Kira dibatalkan apabila Kira memasuki kelas untuk mata pelajaran pertama. Orange menayang 'Duck Face' pandai jugak si Puteri ni. Mata-mata gatal yang galak memandang Orange tersenyum bahagia. Comelnya.......! ^_^

Sepanjang kelas berlangsung Kira hanya buat derk saja dekat Orange. Orange mula rasa sedih. Kira yang merupakan orang pertama tidak melayannya sebagai Tuan Puteri Negara Swerd sudah tidak mempedulikan dia lagi. Adakah kerana dia didukung oleh Ren sebentar tadi? Orange hanya termenung sepanjang sesi pembelajaran itu. Satu ilmu pun tidak masuk.. Haih, buat rugi je masa si Orange ni..


'KRING! KRING!!!!' Loceng waktu rehat berbunyi. Orange tersentak dari lamunan dilemanya. Kira sudah pun bangun menuju keluar kelas. Orange pantas mengekori langkah pengawal keselamatannya itu.

Tiba di pertengahan tangga ke tingkat paling atas. Orange telah dihalang laluannya oleh beberapa orang pelajar yang kelihatan nakal. Orange ke tepi mahu meneruskan aktivitinya mengintip Kira. Tetapi budak-budak nakal ini masih menghalang jalannya. Orange mula marah. Dia mula bereluk tubuh. Budak itu bersiul miang. Orange mula rasa tergugat. Dia mahu berpatah balik ke bawah namun terdapat beberapa orang lagi dari geng yang sama menghalang jalannya.

“Ko.. Korang ni kenapa?”tanya Orange takut-takut. Seumur hidupnya mana pernah dia diperlakukan sebegini.

“Kau ni wangi..”Ujar seorang pelajar yang paling serabai diantara semua mungkin itu ketuanya. Tangan lelaki itu mula merayap bermain dengan hujung rambut Orange.

“Apa ni?!”Bentak Orange dia menolak kasar badan lelaki itu.

“Oh.. Main kasar ya.. Siap kau!” Orange ditarik kasar. Lelaki itu mula mengangkat tangan mahu memukul Orange.

“KIRA!!!!”Jerit Orange yang ketakutan. Ren yang kebetulan disitu bergerak pantas.

Terpelanting si ketua geng itu ditendang Ren. Mereka bertumbukkan sehingga hampir jatuh berguling di tangga itu.

“TANG!!”kedengaran bunyi besi berlaga besi. Kesemua terkedu.. terkejut dengan bunyi itu.

“KORANG NI TAK RETI NAK SENYAP KE?!”sergah Leon yang serabai mungkin baru bangun dari tidur.

“Maafkan kami..”Ucap Ren ikhlas.

“Suka hati kitaorang la! Tak payah nak berlagak taiko sangat la Leon!”ujar lelaki itu penuh angkuh. Leon tersenyum sinis.

“Hehehe.. siapa yang berlagak taiko sekarang ni?!” Leon sudah menyalurkan kuasanya ke satu titik.

“Swirl Wind!!!” terpelanting semua geng itu ke bawah. Leon tersenyum sinis.

“Lagi sepuluh tahun pun belum tentu korang boleh mengatasi aku!”ujarnya sedikit bongak.

Orange menolong Ren bangun. Ren yang sudah stabil berdiri ditinggalkan. Orange pantas mengejar langkah Leon yang berjasa kepadanya.

“Awak! Awak, tunggu kejap!!”jerit Orange yang tercunggap-cunggap.

“Hm.. ada apa? Aku mengantuk ni!”tanya Leon sampai menguap. Orange tersenyum. Tangan dihulurkan.

“Terima kasih sebab tolong saya tadi! Nama saya Orange!”kata Orange sambil tersenyum manis. Comel sungguh. Sampai Leon terkesima melihat lesung pipit si Orange ni.

“Sama.. Sama-sama.. saya Leon. Awak nak jadi kawan saya?”Tanya Leon spontan. Dia mana ada kawan perempuan. Padanya perempuan menyusahkan. Entah kenapa Orange ni menarik perhatiannya.

“Boleh ke? Okey kita kawan!”mereka berjabat tangan. Orange tersenyum girang. Lupa dia pada Kira. Seronok juga rupanya jadi rakyat biasa ni.


  • okey firstly... aku nak cakap sorry kat korang sebab dah lama x updatekan citer2 kat blog ni..
  • almaklum la Asyu ni student.. so harap korang faham..
  • Asyu nak mintak jasa baik korang doakan keputusan STPM penggal 1 Asyu cemerlang.
  • cerita-cerita kat dalam blog ni masih Asyu tulis cuma tak sempat nak update n sambung..
  • harap korang enjoy bab ni.. hehehe Asyu rasa macam mengarut je..
  • harap maaf kalau entri kali ni tak memuaskan hati korang... >.<''

2 comments:

  1. moga2kak asyu dapat result yg bagus. amiinnnn....
    minggu depan kita pulak exam >_<

    ReplyDelete
  2. AMIN... >.<
    terima kasih Siti..
    Insyaallah Siti senang jawab masa exam nant..
    dan semoga Siti dapat keputusan yang terbaik.. Amin.. ^-^

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)