teaser 1 part last
JIKA ITU TAKDIR KITA
“Humaira!!!”jerit Faiz dari jauh. Seronok pula berkawan dengan Humaira ni. Humaira yang sedari tadi melangkah terhenti langkahnya.
“Kenapa ni Faiz?”tanya Humaira yang asyik memegang tangan seorang budak lelaki.
“Awak ni sapa?”tanya Faiz yang sudah bekerut-kerut dahinya. Pelik pulak tengok kawan barunya asyik berkepit dengan orang lain.
“Ni la abang sayang kita!”kata Humaira teruja. Lelaki yang dikatakan abang sayang itu mengusap manja kepala Humaira. Faiz mencebik-cebik tanda mahu menangis. Humaira mendekati Faiz pelik pula dengan kelakuan Faiz itu.
“Kenapa dengan awak?”tanya Humaira sedikit panik.
“Nanti awak tak mau kawan ngan kita dah..isk..isk.”tangis Faiz bersungguh-sungguh.
“Mana ada. Saya tetap kawan ngan awak tau!!!”kata Humaira bersungguh-sungguh marah dia dikatakan sebegitu.
“Janji?!”tanya Faiz sekali lagi.
“Ya, kita janji!”ujar Humaira serius.
“Awak sayang kita?”tanya Faiz selepas dia berpaling mahu pulang.
Humaira tersenyum manja.
“Kita sayang Faiz selama-lamanya..”ucap Humaira ikhlas. Faiz tersenyum senang, dia meneruskan perjalanannya. Humaira menggapai tangan abang sayangnya itu.
Masing-masing meneruskan perjalanan masing-masing. Sambil-sambil itu Faiz dan Humaira berbalas pandangan apabila masing-masing menoleh ke belakang.
Cinta mungkin hadir tanpa sedar.. mungkin cinta ini lahir ketika kita masih suci..
Namun yang pasti.. Kau Aku Dia adalah satu.
******
“Faizuddin!!!”jerit Humaira yang baru sedar dari pengsannya. Lisa yang sedari tadi menunggu Humaira tersentak mendengar jeritan kawannya itu.
“Humaira, Humaira Istighfar!”Marah Lisa apabila Humaira seperti orang gila. Humaira terpaku. Direnung kosong wajah Lisa. Dia memandang sekeliling. Bilik yang aneh.. Putih je.. Macam,macam bilik hospital.. Hospital?! Mata Humaira kembali terbuntang.
“Faiz.. Faiz mana Lisa?!”tanya Humaira polos. Lisa menahan sendu.
“Faiz.. Faiz..”kata-kata bagaikan tersekat diterongkong Lisa. Tak sanggup dia nak meluahkan kata-kata itu.
“Faiz mana? Jawablah!”melihat Lisa tidak menjawab soalannya membuat Humaira mencabut tiub drip yang disambung ke tangannya. Darah memancut-mancut. Lisa menjadi panik. Pantas tubuh Humaira ditekan ke atas katil. Lisa terjerit-jerit memanggil nurse yang lalu berhampiran bilik Humaira.
“Jawablah!! Faiz mana?!”Tangisan mula berlagu. Semakin lama semakin perlahan akhirnya pandangan Humaira kembali gelap.
#teaser for the last part.. hahaha
mest korang mcm tertanya2 apa jad kat Faiz.. pastu mana pergi Uzair kn2.. Hahahah Asyu syok sendiri...
esok insyallah Asyu postt.... sorry Asyu bizy dgn asigment.. P. Am dah siap!!! hahaha tinggal nak masuk gmabr.!! Sej blum =_= ada lagi 3000pp... huhuhu sedew2!!.. so harap korang faham la keadaan Asyu ni ye..
Oh ye. Untuk blog satu lagi tu.. Asyu nak sambung tapi masa x mengizinkan hahaha.. so Sorry!!!!
No comments:
Post a Comment
Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)