Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Monday, 12 November 2012

pengubat hatiku... 3


Bab 3

Huarghh...” Aina menguap sambil merenggangkan seluruh saraf-sarafnya yang keletihan yelah kalau dah tidur lebih sepuluh jam mana tak letih...

'TOK! TOK! TOK!' ketukan di pintu kedengaran keras. Aina mencebik bibirnya. Gara-gara ketukan itulah mimpi indahnya, berlarian ditepian pantai nan indah bersama-sama dengan Aaron Aziz hilang. 'Ni mesti abang long punye kerja! Saja je nak kacau pagi yang teramat indah ni..' Aina bangun lambat-lambat menuju ke arah pintu saja dia biarkan alongnya tuggu lama, biar dia pulak yang sakit hati. Dia mengambil tuala lalu menutup rambutnya yang mengerbang ala-ala puntianak mati laki itu, memang serabai habis!! kalau alongnya tengok pasti menjerit kalau tak menjerit mungkin meroyan kot.. sambil kakinya laju menuju ke arah pintu untuk membuka yelah kesian pulak dia tengok pintu tu dah hampir tercabut akibat diketuk bertalu-talu. Sambil itu matanya mengerling jam dindingnya yang sweet lagi cute berwarna merah jambu miliknya itu rupa-rupanya jam sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi. 'Patut la abang long kacau dah lambat giler rupanya..'

“Hah! Along ni nak apa?”tanya Aina dengan mata tertutup, rasa mengantuknya masih belum hilang. Dia bersandar di alang pintu biliknya. 'aik nape lak along ni tak bercakap-cakap?' Aina membuka matanya. Hampir tersembul biji mata Aina melihat manusia di depan pintu biliknya itu. RAISUL!
“ALONG!!!” jerit Aina tiba-tiba. Raisul yang terpegun pada mulanya dengan wajah comel polos Aina yang baru bangun itu terkejut dengan jeritan Aina yang tiba-tiba, hampir-hampir sahaja dia terjatuh nasib baik la ada palang pagar ditingkat dua itu kalau tak mungkin dah arwah kot. Azwan yang terdengar jeritan adiknya itu pantas melangkah ke bilik Aina. Aina ni kalau dibiarkan macam-macam dia buat. Ketika Azwan sampai ke bilik Aina dia melihat Raisul yang baru semalam dia kenal ada di depan bilik Aina. Dalam keadaan termengah-mengah itu sempat lagi dia fikir bukan-bukan yelah muka si Raisul ni naik merah semacam pastu si Aina menjerit macam tarzan macam mana tak fikir yang bukan-bukan. Yang si Raisul ni pulak panik tengok muka Azwan pucat takkan naik tangga tingkat dua dah macam nak pengsan..?
“Hah, kenapa dengan muka kamu tu merah macam udang kena panggang lak aku tengok..? bila sampai? Yang Aina tu kenapa menjerit?”tanya Azwan bertalu-talu.

“Tak ada apa-apa. Saya baru je sampai, uncle yang suruh saya panggil Aina sarapan... yang abang ni kenapa macam penat sangat? Macam baru habis maraton jer..” habis menjawab soalan-soalan Azwan, Raisul menyoal pula.

“ Bukan maraton. Ni terkejutkan Aina menjerit tu yang lari tak cukup tanah tu. Tadi aku ada kat bawah. Oh ye, kenapa si Aina menjerit?”tanya Azwan kembali.

“Ada lipas kot.. saya turun dulu ye.. suruh Aina cepat sikit jap lagi workshop kawan saya bukak kereta dia dah siap dah.” kata Raisul cuba mengubah topik. Pantas dia menuruni tangga ke tingkat bawah. Kelihatan Raisul agak malu-malu dengannya. ' ah! lantak kamu la.. hish! Lipas? nape lak dengan DikNa ni..selalu tu dia pijak je lipas kalau dia nampak tak de lak nak jerit-jerit panggil aku??' malas Azwan nak fikir pasal Raisul yang penting sekarang ni adiknya. Azwan mengetuk pintu selepas memberi salam. Aina yang baru lepas mandi terus membuka pintu.

“Sapa tu?” tanya Aina kalau Raisul malu dia nak bukak pintu. Segan woo.. ter..jerit kat depan dia.

“Along la..”sahut Azwan. Aina membuka pintu sedikit,

“Dia ada tak?'”tanya Aina.

“Sapa?”Tanya Azwan pelik pulak dia dengan Aina malu-malu kucing pulak.

“Sapa lagi... Encik Raisul la..” kata Aina.

“Oo.. Tak de.. cepat la bukak pintu..”kata Azwan.
“Along! Kenapa bagi Encik Raisul panggil Aina?” soal Aina. Tak sempat Azwan nak tutup pintu.

“La, mana la Along tau dia datang.. kenapa dia ada buat benda tak baik ke?” tanya Azwan masih risau dengan jeritan Aina. Aina mula malu.

“ Bukan tadi dia panggil Aina. Aina ingatkan along.. Aina bukak la pintu dengan muka baru bangun tidur. Nasib baik Aina tutup rambut kalau tak bukan setakat dosa tapi silap-silap masuk penjara. Yelah dia meninggal tengok rambut Aina yang serabai giler..” cerita Aina. Azwan yang mendengar ketawa tak ingat dunia. Ingatkan apa la yang di jeritkan si Aina ni.

“Tapi DikNa selalunye kamu kalau dah solat subuh bukannya boleh tidur lagikan?”tanya Azwan sedikit pelik.

“Orang ABC la hari ni tu yang terbabas tidur..”kata Aina selamba. Dia dengan Azwan sudah terlalu rapat sampai dah tak rasa malu nak cerita.

“Lor... tapikan nasib baik ko tak bocor DikNa , kalau tak along rasa bukan setakat kamu malu tahap kucing tapi malu tahap kambing kot...”usik Azwan. Aina sudah merah mukanya menahan malu dan geram teramat sangat. Azwan semakin galak mengetawakan Aina. Kuat sampai agak-agaknya bergema gelaknya satu rumah banglo ni. Ketawa Azwan yang kuat itu mengundang tanda tanya di hati Izwan,ilyasak dan Hilman. Mereka melangkah ke bilik Aina dengan wajah yang cemberut. Memang ketawa Azwan kedengaran jelas di bilik mereka, yalah bilik mereka semua di tingkat atas. Cuma bilik encik Amin dan puan Shahida serta pembantu rumah mereka merangkap pengasuh setia mereka berlima
mak Izah di bawah.

Hati Izwan,Ilyasak dan Hilman mula di serbu rasa cemburu. Yelah mana tak cemburu asyik berkepit dengan Along dengan mereka tak pun. Macam tunggul pun ada mereka ni.

“Woi along, apa yang kau gelakkan sampai kalah pontianak dapat laki baru ni? Hah yang DikNa ni kenapa pulak merah macam buah tomato pun ada dah ni?”soal Izwan bertalu-talu. Azwan pun cerita la serba sikit. Tak sempat nak habis Izwan dah memotong.

“Habis tu DikNa tak solat subuh ke?”tanya Izwan tegas. Dia memang pantang kalau ada ahli keluarganya tinggal solat dah macam ustaz mini la plak...' hish tapi pelik juga Aina ni kalau terjaga bukan reti tidur balik dari kecil macam tu'. Pernah satu ketika, masa itu Aina masih kecil dalam 9 tahun terjaga pukul 3 pagi. Jenuh jugak dia dengan Azwan nak pujuk suruh pergi tidur. Kalau tak tidur tak kacau orang tak pe la ni habis semua digeraknya.

“ABC la Angah!” balas Aina masam macam cuka dah muka dia. Izwan terangguk-angguk. Ilyasak dan Hilman pula terpinga-pinga.

“ABC tu ape?” lurus pulak soalan dua beradik ni sekali tengok memang serupa dengan tunggul. Soalan itu mengudang ketawa dari lagi tiga manusia itu. Dah la gelak tu kuat tak reti-reti la nak cover sikit.

“ABC tu Allah Bagi Cuti. Nama je dapat sijil master tapi ABC pun tak tau...”kata Azwan sambil menyekeh kepala Hilman si tukang tanya tadi.

“Oo.. baru tau...ala kita orang ni tak reti la hal orang perempuan ni lain la macam along ngan angah, betul tak abang Ilya?”tanya Himan meminta sokongan abang kembarnya.

“Betul,betul,betul.”sekali tengok dah macam Upin Ipin dua kali tengok dah macam burung belatuk la pulak... Aina yang sedari tadi ketawa semakin kuat pulak gelaknya.

“Assalamualaikum... uncle ngan antie panggil makan..” tiba-tiba suara keras mencelah. Huh ingatkan Hantu rupanya orang yang bikin Aina jerit. Ala SI Raisul la..

“Ok!!” jawab mereka berlima serentak. Hish takkan enam pulak tu dah masuk mahluk lain tu...seram Aina...
Mereka turun sambil bertepuk tampar. Raisul mendahului mereka. Aina yang asyik bergurau itu tidak sedar kakinya terlepas satu anak tangga apalagi melayang-layang la tubuh kurus Aina tu. Nasib baik la ada sepasang tangan perkasa lagi mantap menyambut Aina. Mata Aina sudah bertentang dengan mata Raisul... dari kerana mata.. tetiba je ada lagu jadi muzik latar..

“ehem..ehem... Raisul dah..dah la tu peluk adik aku tu...”kata Azwan akibat terkejut disondol adik-adiknya yang sudah panas hati melihat agenda hindustan itu. Dia sendiri sudah panas.. rasa kecik aje si Raisul yang besar mengalahkan Adi Putra tu kat mata dia...

“Opss.. sorry!” kata Raisul dan Aina serentak. Masing-masing pantas melangkah ke meja makan. Dari tadi drama swasta itu di tonton encik Amin dan puan Shahida. Kedua-duanya sudah tersenyum-senyum. Ada makna la tu... habis la Aina....

3 comments:

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)