Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Monday, 12 November 2012

pengubat hatiku... 1


Bab 1
Aina merenung dirinya dicermin. Dia menilik mukanya, memang dia akui kulit mukanya kelihatan teruk diliputi jerawat batu yang besar-besar. Badannya juga besar. Tetapi dia juga punya hati dan perasaan. Teringat kembali bagaimana dia dihina 'apek' yang perasan bagus tu...

“Woi korang...! aku dapat surat cinta la woi...!” tiba-tiba 'apek' menjerit. Aina yang sedang tekun melakukan tugasan Bahasa Inggeris terkejut. Entah apa-apa la apek tua ni... rungut Aina dalam hati.. mengganggu kontentrasi saje mamat seorang ni...
“Cuba korang dengar.... kehadapan Amri yang tersayang... aku telah lama menyimpan perasaan kepada mu... tetapi semakin aku simpan semakin aku sengsara.. oleh itu aku ingin memberitahu bahawa aku ikhlas mencintaimu... Aina” Aina menoleh apabila mendengar namanya disebut-sebut..
“Ooo.. Aina kamu ada hati dengan aku ye...” kata Amri sambil menuju ke arah Aina.

“Woo...” kedengaran seisi kelas bersorak.

“ Apa..” belum sempat Aina menghabiskan ayatnya Amri memotong .

“A....ku tau la aku ni hensem... tapi tak payah la ko nak tangkap feeling dengan aku... Cuba ko tengok muka ko kat cermin. Jangan setakat tengok je.. tenung betul-betul.. cantik ke?? Dah la hodoh,gemuk! Ada hati nak tulis surat cinta... sorry la you are not my taste..” kata Amri tanpa henti. Seisi kelas mengetawakan Aina. Aina terpinga-pinga, dia tidak tahu menahu apa yang berlaku.. dia tidak pernah menulis surat cinta kepada Amri. Yang pastinya kata-kata Amri itu amat melukakan hatinya. Dikala itu, dihatinya sudah tersemat satu dendam.. selepas kejadian itu dia sering dibuli oleh apek itu.


10 tahun kemudian....

“ huargh..!”Azwan menjerit dengan kuat ditepi telinga Aina. Aina yang terkejut, terjerit kecil. Azwan ketawa melihat wajah adiknya yang terkejut. Memang dia suka menyakat satu-satunya adik perempuannya.
“ Hish abang ni suka la kacau Aina.. tak boleh tengok orang senang la dia ni...” rungut Aina yang masih bengang dengan abangnya. Sapa tak bengang asyik kena sergah je...macam dah tak reti nak bagi salam..
“AdikNa, kamu tengah buat apa ni? Ingat dekat pakwe ye...”usik Azwan saje je nak sakitkan hati Aina. Aina memandang abangnya tajam. Dia memang tidak suka hal pakwe makwe dibangkitkan. Setiap kali hal ini dibangkitkan hatinya rasa bengkak. Azwan tahu dia sudah tersalah kata. Muka cemberut Aina itu menunjukkan rasa dihatinya.

“ Ala Aina jangan la marah abang tak sengaja. Sorry... bukan ape dari tadi abang tengok Aina macam mengelamun. Tu yang abang kacau AdikNa tu...” tutur Azwan perlahan.

“Tau pun takut. Karang Aina tak mau layan abang dah baru tau. Suka hati abang je cakap AdikNa ada boyfriend. Mana nak cekau...”balas Aina dalam seloroh dia tahu abangnya rasa bersalah. Azwan tersenyum. Aina kembali hanyut dengan dunianya. Azwan hanya mengeleng-gelengkan kepalanya melihat adiknya,sejak peristiwa dahulu adiknya sentiasa begini. Teringat dia sewaktu peristiwa yang menyakitkan hatinya itu berlaku. Ketika itu Aina berumur 13 tahun ketika jiwa remaja adiknya tengah memberontak.
“Aina... oo.. Aina.. Mak panggil makan tu adik oi.. AdikNa.. betul ke kamu dah berapa hari tak makan ni? Turun la makn AdikNa sayang.” bising mulut Azwan sama bising dengan bunyi dia mengetuk pintu. Lama jugak Azwan menanti di depan muka pintu adiknya. Azwan sudah tidak dapat bersabar lagi apabila sudah hampir tiga hari Aina membuat perangai. Semakin dewasa semakin banyak kerenah Aina. Azwan cuba membuka pintu bilik adiknya tetapi terkunci.

“Aina buka la pintu ni adik...” Azwan diam seketika menanti jawapan dari adiknya.
“a...ba..bang..... to..long.. aina...” kedengaran satu suara yang sangat perlahan dari bilik Aina.
“Aina..! Bukak pintu ni adik... tolong bukak pintu ni dik..” rayu Azwan apabila terdengar suara lemah dari bilik itu.

“Aina jauh dari pintu, abang nak pecahkan pintu ni!” arahnya tegas. Suara Aina yang lemah membuat dia berasa panik. Azwan menendang pintu bilik itu sekuat hati. Dengan sekali tendang sahaja pintu sudah terbuka, tak sia-sia dia mempelajari ilmu mempertahankan diri. Sebaik sahaja pintu terbuka kelihatan tubuh badan Aina terkulai layu di tepi katilnya. Aina sudah tidak sedarkan diri. Di dahinya kelihatan luka, darah mengalir dengan banyaknya. Ditangannya ada bingkai cermin yang sudah pecah.

“Mak... ayah.., tolong... abang long! Aina... aina..” jerit Azwan memanggil ibu bapanya. Azwan menepuk-nepuk perlahan wajah adiknya itu dengan harapan dia akan sedar.

“Ya Allah! Anak aku..! abang, tolong Aina abang!” teriak Puan Shahida melihat keadaan anaknya itu.

“Ya Allah..! Abang long pergi call ambulan cepat!” arah Encik Amin kepada anak sulungnya. Dia sudah panik melihat darah anaknya mengalir laju. Lantai bilik itu hampir dipenuhi dengan darah.

Kenangan buruk itu tak mudah dilupakannya. Aina dibawa ke hospital. Doktor yang merawatnya mengatakan Aina bernasib baik dihantar cepat tetapi Aina kehilangan banyak darah, dia telah koma selama sebulan. Ketika Aina sedar dia menjerit kesakitan, kerana sendi-sendinya sudah lama tidak digerakkan. Pilu hati Azwan dan keluarga mendengar teriakkan Aina. Ketika itu, tubuh Aina amat kurus. Dari gemuk gendempol menjadi kurus sekurusnya. Setelah Aina semakin pulih Azwan bertanyakah apakah sebenarnya berlaku kepada Aina sehingga Aina menjadi begitu. Tetapi Aina hanya mendiamkan diri.. doktor yang merawatnya mengatakan Aina masih trauma.

Beberapa minggu selepas itu baru Aina membuka mulut mengatakan dia dibuli disekolah. Azwan yang panas hati pergi ke sekolah Aina secara senyap-senyap. Dia pergi bersama Izwan adik kembarnya. Azwan menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Dari kata-kata Shira kawan baik Aina, Aina dibuli Oleh seorang lelaki bernama Amri.

“Hoi! Sapa yang nama Amri!” teriak Azwan di depan kelas Aina. Izwan tidak dapat menenangkan Azwan yang semakin menyinga akibat mendengar cerita bagaimana Aina dibuli. Amri yang ketika itu sedang asyik menyembang dengan rakannya spontan berdiri. Guru-guru kelas lain mula pergi ke arah kelas itu kerana riuh rendah dengan suara murid-murid menjerit.

“ Oo.. jadi kau la yang nama Amri ye...?” kata Azwan menahan amarah yang teramat sangat.
“Ye bang... kenapa?” tanya Amri lurus.

“ Kenapa kau tanya! Hambik nih! Ni untuk sakitkan adik aku... Ni untuk adik aku kat hospital......” kata Azwan tanpa henti sambil menumbuk Izad. Tindakan Spontan Azwan itu tidak sempat dihalang oleh Izwan ataupun guru-guru disitu.

Selepas puas menumbuk Amri. Azwan berhenti, lembik Amri dibuatnya yalah dia bukan calang-calang orang, dia ada tali pinggang hitam dalam karate. Akhirnya dia dipanggil ke bilik pengetua bersama ibu bapanya, ibu bapa Amri dan juga Amri sendiri. Azwan menceritakan kenapa dia buat begitu. Muka Amri berubah tatkala nama Aina disebut-sebut. Rupa-rupanya Amri hanya bermaksud ingin bergurau dan tidak bermaksud membuat Aina jadi begitu. Petang itu juga ibu bapa Amri dan Amri pergi ke rumah mereka untuk meminta maaf di atas perbuatan Amri. Ketika itu Amri meminta izin berjumpa dengan Aina. Nak gila juga dia mendengar permintaan itu, dia takut Aina kembali menjadi murung. Tetapi keadaan Aina seperti biasa malah sedikit ceria manakala Amri mukanya seperti orang mati bini selepas mereka berjumpa. Entah apalah yang mereka bincangkan sehingga kini Azwan tidak tahu.


“ABANG... oo.. Abang long!” teriak Aina memanggil Azwan. ' hish pelik la abang ni... kata orang dia yang melebih... mesti beranggan pasal Kak Liza la ni..' bisikkan nakal mula menghurung diri Aina apabila abangnya pula mengelamun.
“hm.. Hah ape? Apa Aina kata?” tanya Azwan yang masih bingung. Aina hanya mengeleng-ngelengkan kepalanya melihat perlakuan abangnya. Azwan menilik adiknya, Aina semakin cantik sudah tiada lagi Aina yang montel dan gelap... kadang-kadang dia rindu Aina yang dulu walaupun tidak secantik sekarang tetapi riang sahaja.

“Abang, AdikNa tau la abang susah hati pasal Kak Liza tak ada sini tapi jangan la sampai jadi bingung cam ni.” kata Aina memerli Azwan. Mestilah macam nak sasau baru kahwin dah kena tinggal kejap dengan bini.. yelah tak sempat nak bermanja sakan..

“Oo.. Perli abang ye... tapikan DikNa.. tak patut la kak Liza kamu buat abang cam ni... kenapa la dia pergi kursus dekat Sarawak tu..” keluh Azwan kepada adiknya.

“Hahahaha... woi Abang Long baru kena tinggal bini tiga hari takkan dah merungut tak macho la bro..” sampuk Izwan, adiknya Ilyasak turut ketawa mendengar rungutan abang sulungnya..
“ Woi sampai hati kamu semua gelakkan aku ye.. tunggu la bang ngah, bulan depan ko nak kahwinkan.. tunggu la nasib kau pulak..” kata Azwan geram ditertawakan oleh adik-adiknya.

“Ala.. Bang Long ni Kak Liza tu cikgu dia kena la pergi kursus. Itukan tanggungjawab dia..”kata Aina ingin memujuk hati abangnya.

“Hah, abang Ilya mana abang Ilman?” tanya Aina apabila menyedari kolum abang-abangnya tidak cukup.

“Apa korang buat ni? Sebut-sebut nama aku? Mengumpat ye?” tanya Hilman sambil mengusap-ngusap kepala adik bongsu mereka,Aina. Tak lama lagi Aina akan pulang ke Kota Kinabalu menyambung pengajiannya disana, Aina hanya pulang pada cuti semester ,jadi rindu abang-abangnya hanya terluah pada waktu yang singkat. Aina memang anak yang manja, dia merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarganya dan dia dikelilingi oleh empat abang yang sangat mengasihinya. Adik beradiknya semuanya sepasang kecuali dia. Dia pun tidak tahu mengapa dia bukan kembar seperti mereka selalu juga dia bertanya tetapi ibu dan ayah hanya buat-buat tidak faham apabila Aina bertanya soalan itu, hanya abang-abangnya menjawab bahawa dia terlebih istimewa sebab itu dia hanya seorang. Itulah kata-kata mereka untuk memujuk hati Aina yang kesunyian.


Aina tersenyum sendiri apabila mengingati bagaimana kelakuan abang-abangnya. Abang sulungnya iaitu Muhammad Azwan seorang yang sangat rapat dengannya sehingga apa-apa hal yang ingin dia lakukan dia akan bertanya pendapat abangnya itu. Abangnya itu berkerja sebagai pengurus besar di sebuah bank yang terkemuka, dia juga seorang yang sangat rajin mempelajari seni mempertahankan diri. Apabila Aina bertanya kenapa dia mempelajari seni mempertahankan diri ini katanya untuk melindungi diri Aina.

Abang keduanya pula, Muhammad Izwan seorang yang penyendiri tetapi jika hal dia, pasti abangnya menjadi becok. Abang Izwannya berkerja sebagai seorang pelukis dia sudah pun memiliki geleri sendiri. Abangnya itu berbeza dengan abang sulung walaupun mereka kembar seiras. Muka mereka memang sama tapi perangai mereka berlawanan. Abangnya itu seorang yang pintar jika Aina punya apa-apa soalan pasti abangnya mampu menjawab termasuk la hal-hal wanita. Walaupun dia seorang pendiam tetapi Aina masih dapat merasakan kasih sayang abangnya itu.

Abang ketiga dan keempatnya iaitu Muhammad Ilyasak Zulkarnain dan Muhammad Hilman Zulkarnain mereka tidak begitu rapat dengannya kerana sejak mereka sekolah menengah, mereka duduk di asrama, tetapi apabila dia demam atau sakit pasti abang-abangnya itu balik menjenguknya walaupun pada waktu persekolahan. Abang-abangnya ini kembar tidak seiras tetapi sangat rapat dan perangai mereka sama sangat. Tetapi dia tahu mereka semua amat mengambil berat mengenai dirinya.

“AdikNa ni kenapa tersenyum-senyum ni?” tanya keempat-empat abangnya serentak. Keadaan itu membuatkan Aina ketawa terbahak-bahak. Abang-abangnya yang terpinga-pinga turut ketawa bersamanya. Malam itu Aina tidur dengan nyenyak tanpa kenangan sedih yang merunsingkan hatinya.

p/s: sorry klu x best ni novel lama...

1 comment:

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)