Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Thursday, 8 November 2012

dia atau dia?? ! 2


BAB 2


Sudah hampir seminggu perkara itu berlalu, tetapi Airil dan Hafis masih tidak bertegur sapa. Airil masih dengan dunianya dan Hafis masih bersikap acuh tak acuh dengan Airil. Mungkin Hafis masih terasa dengan tingkah dan kata-kata Airil itu. Airil makin seronok dengan buah hatinya, Amy. Amy merupakan wanita yang entah keberapa menyentuh hatinya. Memang dia seorang kaki perempuan tapi tak lah sehingga yang berat-berat. Dia masih tidak sanggup merosakkan anak dara orang. Selalunya teman-teman wanitanya hanya bertahan 4 atau 5 minggu sahaja tetapi Amy masih bertahan dengannya walaupun hubungan mereka sudah menjangkau 10 minggu. Baginya ia satu rekod yang baru.

'Kring,kring,kring' kedengaran telefon rumahnya berbunyi. Airil berasa sungguh malas untuk bangun dari tidurnya. 'hish...memekak je.. mana la manusia dalam rumah ni..?!'hatinya menyatakan ke tidak sudiannya mengangkat telefon itu. Akhirnya telefon itu senyap. Airil mula menutup matanya yang sememangnya berat itu

'Kring,kring,kring' tak lama Airil lena telefon berbunyi kembali.

“Hish memekak je..! bibik! o..bibik! Angkat la telefon tu....!”teriak Airil dari dalam bilik. Dia diam seketika, namun deringan telefon itu masih membingit. Airil bangun sambil membentak. Akhirnya deringan itu tamat setelah Airil mengangkat telefon.

“Helo!!”ujar Airil kasar kepada pemanggil itu.

“Assalamualaikum.. amboi...! anak mama ni baru bangun ke? Kenapa suara macam nak telan orang tu?” Datin Syahira menyindir anaknya. Dari tadi dia cuba menghubungi rumah tetapi tidak berangkat.

“Waalaikummussalam, o.. mama ke? Tak delah, mama taukan hari ni hari ahad. So tu yang Airil bangun lambat tu. Hish.. mana la bibik pergi. Dari tadi bayang dia tak de.. mama tau dia pergi mana?”Airil mengerut-ngerutkan dahinya yang sederhana luas itu. Memang dari pagi lagi dia tidak mendengar suara bibik selalunya wanita tua itu akan mengejutkan dia bangun tidur.

“La.. kamu ni dah hilang ingatan ke Airil. Bukan kamu ke yang pecat bibik tiga hari lepas?” Datin Syahira pelik dengan pertanyaan anaknya itu.

“Owh..ye ke?”tanya Airil kembali ternyata dia masih mamai.

“Airil.. betul ke Airil ni okey?”tanya Datin Syahira risau. Airil yang hampir terlena di sebelah sana terjaga.

“Huargh... hm okey la mama, Airil ngantuk la.. mama ni ada apa call ni?”tanya Airil yang sememangnya mengantuk tahap gaban.
“Haah, mama hampir terlupa, petang ni ada seorang perempuan akan datang ke rumah nak jadi kita punya 'maid'. Kamu jangan pakai pendek-pendek pulak. Mahu pengsan perempuan tu tengok kamu.”kata Datin Syahirah mengingatkan Airil. Airil ni bukan boleh percaya sangat. Airil yang masih mamai itu sekadar mengangguk. Macam la mama dia boleh nampak. Airil terus meletakkan telefon, matanya yang masih berat mengundang rasa malas untuk ke biliknya yang berada ditingkat dua. Airil melangkah malas ke arah sofa ruang tamu. Sebaik sahaja meletakkan kepalanya terus dia hanyut dalam mimpi indah iaitu bersama Amy.


************************************


“Aik, happy nampak... ada apa-apa ke?”tanya Ila, selalunya muka Ain biasa-biasa je. Ni lain macam je keceriaan yang terpancar di muka si Ain ni. Ain tersengih. Ain melihat jam dinding rumah mereka, tiba-tiba dia terjerit kecil.

“Hah! Kenapa pulak kamu ni?”tanya Ila yang terkejut dengan jeritan Ain itu.

“Orang dah lambat ni.”jawab Ain sambil tergesa-gesa ke biliknya untuk bersiap.

“Lambat nak pergi mana?”semakin bertambah kerutan didahi Ila. Hm... nampak gayanya tua sebelum waktunya la Ila ni. Asyik berkerut je mana tak tua. Ain mengeluarkan kepalanya dari celah pintu,macam kura-kura la pulak. Dia tersengih.

“Nak pergi kerja. Baru dapat lima hari lepas. Orang tak bagi tahu Akak lagi ke?”Ain berkata dari bilik.

“Alhamdulillah, kerja apa Ain? Tak de pulak Ain bagi tahu.”tanya Ila sedikit tinggi suaranya.

“Ala kak jadi orang gaji je.. tapi gaji boleh tahan tinggi. Dalam RM 1500 sebulan.”jawab Ain.

“Wah, banyaknya! Macam mana Ain dapat kerja ni?”tanya Ila lagi. Mana tak teruja gaji yang ditawarkan amat tinggi. Ain yang sudah siap berbaju kurung putih berbunga pink kecil-kecil dan tudung berwarna pink lembut tersenyum manis kepada Ila.

“Ala... balik nanti Ain cerita. Dah lewat ni. Janjinya pukul 2, ni pun dah pukul 1 lebih. Ain pergi dulu ya kak.”kata Ain sambil menyalami tangan Ila. Ila mengiring Ain dengan pandangan mata sahaja. Dalam hati Ila mendoakan Ain berjaya dalam kerjanya.


*******************************



“Assalammualaikum.. assalamualaikum...!”dari tadi Ain memberi salam. Bukan setakat salam tangannya juga sudah sakit asyik menekan loceng rumah itu. 'hish..! takkan tak ada orang rumah sikit punya besar. Aik.. pintu pagar ni tak kunci la.. hm..penatkan aku je terjerit-jerit bagi salam.'

Ain melangkah masuk. Dia cuba memulas tombol pintu dapur ternyata tidak terkunci. Apalagi Ain main redah jelah. Lagipun hujan mula turun rintik-rintik. Takkan nak mandi hujan pulak. Ain mengintai dapur,tiada orang. Dipeti ais tertampal nota, Ain membaca nota itu. Rupanya itu senarai tugasannya untuk hari pertama. Bermakna Datin Syahira tiada dirumah hari ini. Ain segera memulakan tugasnya yang pertama: masak! Nasib baik la semuanya lauk kampung. Ain risau kalau masakan western, dia tak reti memasak masakan barat. Yelah walaupun dia pandai memasak tetapi lauk pauk barat tidak pernah lagi dia cuba memasaknya.

Airil terjaga apabila terhidu bau masakan. Bau yang sangat lazat. Perutnya mula berkeroncong minta diisi. Dalam keadaan mamai dan tidak sempurna(dia hanya memakai seluar kecik) dia melangkah ke ruang dapur. Dia terlihat susuk tubuh seorang perempuan, dia menyangkakan itu mamanya. Badan mamanya memang ramping seperti anak dara patut la papanya tak pernah nak cari yang lain. Airil memeluk tubuh 'mama'nya. Tubuh 'mama'nya seakan tersentak mungkin terkejut dengan tindakannya. 'Mama'nya hanya berdiri kaku. Airil mula mencari pipi 'mama'nya mahu mengucup tanda terima kasih kerana memasak untuknya. Yelah 'mama;nya orang kuat persatuan wanita... bukan selalu memasak untuk dia. Dia memusingkan badan 'mama'nya supaya mengadap mukanya. Sebaik sahaja dia melihat wajah 'mama'nya itu dia terkejut. Ternyata wanita yang dipeluknya bukan mamanya. Wanita itu sudah menangis teresak-esak sambil memandang ke lantai mungkin terkejut dengan tindakannya atau takut mahu melihatnya. Wanita yang sedang menangis itu sungguh cantik di matanya. Mata yang bundar dengan anak mata berwarna hazel, pipi yang kemerahan menyerlahkan wajah putih itu, dan bibir yang penuh tetapi mungil,kemerah-merahan tanpa secalit lipstick. Untuk seketika Airil terkesima dengan kecantikkan wanita itu. Namun lamunan itu terhenti saat namanya nyaring dipanggil mamanya.

“Airil Misyar!!! Apa kamu buat ni? Kenapa kamu peluk Ain Maisarah? Kenapa dia menangis? Apa yang kamu dah buat dekat dia?”jeritan Datin Syahira diikuti pertanyaan yang bertubi-tubi. Jeritan Datin Syahira itu mengembalikan semangat Ain yang tadinya hilang melayang saat dia dipeluk lelaki itu. Ain segera menolak tubuh sasa itu lalu berlari ke arah Datin Syahira. Dia terus menyorok dibelakang tubuh Datin itu.

“Mama.. tak.. tadi..tadi Airil ingat tu mama. Tu yang Airil peluk tu. Kamu pun kenapa tak bersuara?”kata Airil menyalahkan Ain.

“Saya..sa..isk..saya takut..isk isk.. ingatkan perogol.”kata Ain teresak-esak mempertahankan dirinya.

“Airil bukan mama dah bagi tahu ke.. yang hari ni ada orang baru datang nak kerja sini. Yang kamu terjah peluk dia kenapa? Lagipun kenapa pakai macam tu?”tanya Datin Syahira tegas. Tangannya mengusap-ngusap belakang tubuh Ain. Ain ternyata amat ketakutan,dia masih menggigil walaupun sudah berhenti menangis.

“Ala...tadi Airil mamai... tu yang Airil terpeluk dia. Airil tak sengaja.”kata Airil dengan nada yang tegas juga. Datin Syahira mengeleng-geleng kepala. Dia memohon maaf kepada Ain. Yelah bukan senang nak cari pekerja yang baik yang sanggup mengorbankan nyawa untuknya. Datin Syahira menjeling tajam Airil Misyar. 'Gulp' Airil menelan air liur. Makna jelingan mama itu pastinya tidak membawa kebaikan padanya. Habis la dia kali ni....






No comments:

Post a Comment

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)