Selamat membaca
Tajuk : Jodoh Ramadan
Shaz melangkah masuk ke
dalam rumah dengan beg plastik di kedua-dua belah tangannya. Lantai sudah tidak
dapat dilihat, betapa banyaknya barang yang dibeli oleh dia. Mata melilau
memandang ruang tamu yang kosong. Line clear!
“Ya Rabbi!!! Shazwan!
Apa kena dengan kamu ni beli barang banyak macam ni!” marah suara yang nyaring
tetapi kalau mendodoikan Shaz, mahu dia terlena.
“Erk... er...” Shaz
terkulat-kulat di depan pintu. Muka sudah berpeluh dingin. Risau benar hati dia
ini.
“Hah! Mulalah nak cari
akal tu! Muhammad Shazwan awak tu lelaki, tetapi kalau pergi shopping kalah
perempuan! Mama ni pun tak seteruk kamu ni tahu tak Shaz? Shopaholic betul!” rungut Puan Salina lagi. Tangan gatal mahu
mencubit si anak teruna, sakit hati dia melihat beg-beg berjenama di kiri dan
kanan Shaz.
“Alah mama, bukan Shaz
guna duit mama pun.” Bebel Shaz sendiri, memang dia kalau merajuk, marah
mulalah mulut tu terkumat-kamit membebel sendiri.
“Mulut tu! Hah,
marahlah tu. Shaz... kita ni orang Islam tak elok membazir, kalau sekali sekala
tak apalah juga, ini setiap kali membeli-belah! Membazir, bukan semua pula tu
kamu guna, kalau disedekahkan tak apalah juga. Ini, simpan buat pekasam!” Puan
Salina sudah beralih dari menghalang anaknya masuk ke dalam rumah. Penat
menasihat, marah tetapi Shazwan buat pekak sahaja.
“Suka hati kamulah,
mama harap kamu dapat isteri yang bertentangan dengan kamu! Biar dia kontrol
kamu yang hantu shopping ni!”
“Eh, mama ni, doa macam
tu pulak. Dah lah esok nak puasa dah. Shaz bukan apa ma, sekarang tengah sale,
alang-alang Shaz beli jelah.” Ujar Shaz sambil meletakkan beg-beg itu ke tepi
dinding.
“Mama tak fahamlah kamu
ni, ada offer ke sale ke, membeli macam esok dah tiada dalam kamus hidup kamu.”
Rungut puan Salina.
Shaz merapati mamanya.
Tangan puan Salina dicapainya.
“Mama, Shaz tengah
stress dengan hal pejabat. Shopping je yang boleh bantu Shaz releasekan stress
Shaz. Bukannya Shaz sengaja nak membeli mama. Dah jadi tabiat Shaz.” Ujar Shaz
apabila melihat puan Salina seperti nak tak nak sahaja melayan dia.
“Ikut kamulah Shaz mama
nak yang terbaik sahaja untuk kamu.”
Shaz memakai baju
melayu baru dibelinya sempena malam Ramadhan yang pertama. Terasa bersemangat dia
memakai baju baharunya itu. Mamanya tidak faham perasaan yang muncul tatkala
dia membeli sesuatu. Satu kepuasan yang tidak terkata.
“Mama, Shaz pergi
bahagian lelaki dulu, karang mama tunggu je dekat sini tau.” Kata Shaz sambil
pergi ke bahagian lelaki. Dia merapatkan saf dengan para jemaah yang ada.
Alhamdulillah kali ini dia dapat merasai nikmat Terawih sekali lagi.
“Opocot, mak kau mak
aku jatuh!” latah suara lembut tetapi nyaring itu. Shaz pun naik terperanjat
mendengar latah gadis itu. Dada diusap-usap. Mujur tak gugur jantungnya.
‘BOOM!’ bunyi mercun
bola berkumandang sekali lagi. Tak semena-mena tubuh Shaz jadi mangsa. Kena
hempuk dengan beg telekung dua tiga kali. Kuat juga perempuan ni. Mau lebam
badan Shaz ni.
“Eh, awak ni dah
kenapa?” tanya Shaz agak kuat, yelah kena hempuk dengan beg telekung yang
mungkin berisi botol air mineral mana tak sakit hati.
“Sorry! Sorry
sangat-sangat! Saya terkejut sungguh bukan sengaja. Eh budak-budak ni pun,
puasa pun tak start lagi dah main mercun. Tak sayang betul dengan jari-jari dan
anggota badan, buatnya putus, kudung tak ke naya je.” Bebel perempuan itu.
Nampak macam muda lagi. Mungkin 19 atau 20 tahun. Sayang, muda-muda dah
melatah.
“Hm... budak-budak
bukan dengar pun awak membebel. Lain kali cuba tahan latah tu ye, mujur beg,
kalau pisau yang awak pegang mungkin arwah saya ni. Puasa pun tak sempat lagi,
terawih baru satu malam.” Kata Shaz sambil mengibas bajunya.
“Shaz! Kat sini rupanya
kamu, penat mama tunggu dekat depan tu tadi.” Kata puan Salina sambil mencubit
‘ketam’ lengan anaknya. Shaz mengaduh sakit.
“Apa ni mama?
Sakitlah!” rungut Shaz sambil menggosok-gosok tempat yang dicubit oleh mamanya
tadi.
“Mak cik, maaf sangat,
saya yang buat anak mak cik lambat. Saya ni melatah. Terpukul anak mak cik ni.
Maaf ye mak cik. Maaf ye encik.” Kata si gadis dengan muka bersalah. Macam
comel pula Shaz tengok. Eh, lari topik sangat dah ni!
“Lah ye ke. Hm... bukan
sengaja. Kesian dekat anak ni, muda-muda dah melatah, menurun siapa latah ni?”
tanya puan Salina.
“Hehehe, padah suka
mengusik arwah mak cik saya, menurun dari dia la agaknya.” Ujar si gadis
tersipu-sipu malu.
“Maaf sekali lagi
encik.” Pinta si gadis sekali lagi apabila Shaz tidak menjawab maaf yang
diberikan.
Shaz mengangguk kecil.
Dalam hati mula wujud satu perasaan baru yang asing baginya.
“Eh, ralit bersembang
ni, nama anak siapa?” tanya puan Salina.
“Raisya mak cik.”
Raisya menyalami puan Salina selepas menyedari dia tidak sempat berbuat begitu
di dalam masjid tadi.
“Sedap namanya tu, nama
mak cik Salina, ini anak mak cik Shazwan.” Puan Salina memperkenalkan Shaz.
Shaz menayang muka kelat. Raisya yang perasan pantas meminta diri. Yelah orang
dah tak suka, buat apa tersua-sua lagi.
“Hm, Sya minta diri
dulu ye mak cik. Kalau panjang umur jumpalah kita esok, Raisya setiap hari
datang masjid ni, tolong moreh sekali dengan terawih di sini.” Kata Raisya
sambil menyalami tangan puan Salina.
“Oh, baguslah tu!
InsyaAllah esok jumpa lagi ye Raisya.” Kata puan Salina sambil memerhatikan si
gadis itu beredar dari perkarangan masjid itu.
Shaz pula kaku. Macam
patung. Puan Salina mencuit anaknya itu tetapi tidak sedar juga, Shaz masih
memerhatikan tempat Raisya beredar tadi. Puan Salina tersenyum penuh dengan
rasa gembira. Kalau betul jodoh anak dia, Alhamdullilah, jodoh Ramadhan la ni
kalau betullah jadi...
Shaz setia menjadi
jemaah masjid itu Ramadhan kali ini. Suka benar dia memerhati gelagat si Raisya
menolong memasak dan mengedarkan makanan. Manis betul si gadis yang melatah
itu. Sayangnya ada satu lagi benda yang membuat Shaz agak berat nak
menyampaikan rasa hatinya. Raisya seorang yang kedekut nauzubillah! Shaz pernah
terserempak adik Raisya datang ingin meminta duit membeli t-shirt keluaran
baharu, Raisya tidak memberikan adiknya duit malah melarang adiknya itu dari
pergi membeli t-shirt itu. Terngiang-ngiang kata-kata Raisya kepada adiknya di
telinga Shaz.
‘Kalau
Along tahu, kamu pergi beli jugak, jangan harap duit poket bulan ini along
kasi! Cuba berjimat sikit! Nak beli t-shirt harga beratus-ratus buat apa? Nanti
pakai dekat badan jugak!’
garang suara Raisya kepada adiknya itu sampai Shaz pun terhenjut-henjut bahu
menahan amarah dari nada ayat Raisya.
“Hah, mengintai anak
dara orang je kerja kamu ni Shaz! Mama tak ajar tau jadi penakut, kalau berani
masuk meminang teruslah!” Puan Salina mencabar Shaz. Terkulat-kulat Shaz.
Amboi, mamanya ni mencabar sampai masuk meminang, kalau cabar pergi tegur,
berbaik-baik ke...
“Mama ni, ingat senang
ke?” kata Shaz sambil menyandar ke dinding, masih berbaki 15 minit masa sebelum
waktu Isyak masuk.
“Senang je. Duit kamu
dah tentu banyak. Masuk je meminang. Kalau terima adalah jodoh, kalau tak, tak
adalah jodohnya tu.” Kata puan Salina sambil menarik senyuman bermakna.
“Tapi...”
“Hm... tahu dah. Tapi
dia kedekut kan?” tanya puan Salina.
Shaz menganggukkan
kepalanya. Puan Salina ketawa kecil.
“Dia bukan kedekut
Shaz, tetapi dia tahu apa nilai duit. Berharganya setiap sen. Bukan macam kamu,
membazir je kerjanya. Mujur bulan Ramadhan ni. Kalau tak mama kata kamu tu
sahabat setan tahu!”
“Ada pula macam tu
mama. Ye... Tapi Shaz tak tahu Shaz boleh hidup ke dengan isteri yang kawal
perbelanjaan Shaz ma. Nanti jadi gaduh pula.” Kata Shaz sambil mengerling susuk
tubuh Raisya yang masih sibuk menolong.
“Hm... kalau cinta
boleh je. Tolak ansur tu memang kunci dalam rumah tangga. Macam mama dengan
arwah papa.” Ujar puan Sakinah sambil menuju ke arah tempat wuduk meninggalkan
Shaz termenung seorang diri.
“Ehem!” dehem Shaz
disebelah Raisya yang sibuk membantu mak cik-mak cik yang ada membungkus
makanan. Sudah 25 Ramadhan, Raisya masih setia dengan memerah tenaganya di
masjid itu. Hal itu membuat Shaz semakin jatuh hati dengan Raisya.
“Opocot, bubur lambuk
terlambak!” latah Raisya yang sedang asyik menceduk bubur lambuk ke dalam
mangkuk putih lutsinar itu. Mujur senduk bubur tak melayang ke arah Syaz kalau
tak, mahu lebam matanya.
“Eh, eh, baik-baik la
awak, kalau kena tadi tak sempat saya nak beristerikan a... eh! Tak ada
apalah!” pantas Shaz menutup kata-katanya. Terlepas pula cakap dia. Muka Shaz
dah memerah.
“Hah? Apa awak cakap?
Saya tak perasanlah.” Ujar Raisya yang baru hilang terkejutnya. Shaz berasa
lega tetapi sedikit terkilan Raisya tak dengar isi hatinya.
“Tak ada apa-apalah.
Saya saja je datang tengok ni. Hari tu saya ada nampak adik awak. Ramai ke adik
beradik awak?” tanya Shaz cuba mengubah topik. Padahal semua dia dah korek dari
si adik Raisya yang bernama Aiman itu. Dia songgok dengan t-shirt yang Aiman
inginkan itu. Semua habis dibocorkan Aiman.
“Oh,haah, tu adik saya
hari tu, nama dia Aiman. Saya ada lagi 2 adik. Laili dengan Aisy. Dua-dua
sekolah rendah lagi. Aiman tu je yang form 5. Saya anak sulung.” Cerita Raisya
sambil melakukan kerjanya.
Shaz terangguk-angguk.
“Rajin ye awak buat kerja dekat sini. Tak penat ke?”
tanya Shaz lagi.
“Alah, setahun sebulan
je saya boleh berbakti macam ni. Apa salahnya.
Kerja pun tak susah mana. Dapat kenal-kenal dengan mak cik-mak cik dekat
sini. Seronok apa.” Terang Raisya.
“Hm.. baguslah. Dapat
juga saya kenal awak sebab awak buat kerja dekat sini. Hm... awak ada yang
punya ke?” tanya Shaz, mujur tak tergagap. Padahal dalam hati dah berombak
tsunami dah ni.
“Er... tak ada yang nak
kan saya ni. Saya ni jenis berjimat. Lelaki tak berapa suka bila saya cuba
kawal perbelanjaan mereka. Bukannya saya tak bagi langsung tapi mungkin lelaki
tak suka di kongkong agaknya.” Raisya melihat wajah Shaz. Dia tahu Shaz ni
pemboros dari Puan Salina.
“Uhuk! Uhuk!” Shaz
tersedak angin. Boleh pula dia tersedak angin. Separuh nyawa jugalah nak bagi
reda.
“Awak okay tak ni?”
tanya Raisya prihatin.
“Er.. okay. Saya minta
diri dulu ye.”
Shaz memerhatikan
Raisya dengan seorang lelaki yang boleh tahan kacak. Muda pun muda. Sakit pula
hatinya memerhatikan Raisya dan lelaki itu. Gayanya seperti rapat sangat.
“Kamu dah kena Shaz?
Merah sangat muka tu demam ke?” tanya
puan Salina ikhlas. Risau juga, bulan puasa ni selalu sangat suhu mencacak
naik. Dugaan Ramadhan.
“Okay!” garang suara
Shaz. Tersentak puan Salina. Terus dia pandang ke arah jelingan Shaz.
“O... patutlah.” Kata
puan Salina sendiri.
“Raisya jangan marah
mak cik nak tanya sikit. Boleh ke?” tanya puan Salina sambil menolong Raisya
menuang air ke dalam cawan.
“Boleh je, apa
soalannya mak cik?”
“Siapa lelaki tadi tu?
Macam rapat je dengan Raisya, bakal suami ke?”
“Eh, tak adalah! Tu pak
cik Raisya yang paling bongsu.” Raisya terus memandang wajah puan Salina.
“Alhamdulillah.
Senanglah kerja mak cik nanti.”
“Kerja apa mak cik?”
tanya Raisya dengan dahi berkerut. Lega benar wajah puan Salina ketika ini.
“Hehehe kalau mak cik
pinang Raisya untuk anak mak cik boleh?” tanya puan Salina terus.
“Hah! Anak yang mana
pulak ni mak cik? Tak kan encik Shazwan tu?” tanya Raisya dengan wajah tak
percaya. Pipi dah memerah. Alahai, ada hati jugak rupanya si Raisya ni.
“Untuk Shazwan la. Dia
je anak lelaki mak cik. Nak ke?” tanya puan Salina dengan senyum lebar.
“Er... mak cik tanyalah
mak ayah saya.” Kata Raisya malu-malu.
“Sungguh ni? Lusa mak
cik datang dengan rombongan. Bagitahu mak ayah. Tak payah nak beria-ria, dalam
bulan puasa ni eloklah kita bersederhana.” Kata puan Salina dengan teruja.
Raisya mengganguk dalam segan.
“Alhamdulillah,
setujulah ni ye. Lepas raya, sebulan lepas tu kita langsungkan dia orang ye pak
Haji?” tanya puan Salina dengan senyum lebarnya.
“Ye ye, Boleh sahaja.
Kami ikutkan je, anak dara kami pun kata serah kan pada saya. Eloklah kita buat
awal-awal.” Kata Encik Mohd dengan senyumannya. Puan Wani menepuk lembut paha
Raisya yang tertunduk malu.
“Mama! Macam mana Ok
ke?” tanya Shaz.
“Alhamdulillah, sebulan
lepas raya kamu nikah.”
“Yeay!!!”
“Amboi, suka benar tu!
Kata tak suka kena kongkong!” usik puan Salina.
“Eh, mama ni! Mana ada.
Kongkong untuk kebaikan tak apalah.” Ujar Shaz yang tergaru-garu kepala.
“Hah, pergi jumpa
tunang kamu tu, kejap je. Bawak bersabar lepas raya kahwin.” Usik puan Salina
lagi.
“Mama!” terjerit Shaz
menahan malu.
“Erm... Awak terima
kasih sudi terima pinangan saya.” Ujar Shaz.
“Er... Kenapa ye awak
pilih saya?” tanya Raisya yang masih tidak boleh memandang wajah Shaz.
“Sebab peribadi awak.
Walaupun awak melatah tapi peribadi awak cantik.” Ujar Shaz.
“Tapi sayakan kedekut?”
“Bukan kedekut tapi
jimat. Saya juga nak ubah diri saya. Dengan adanya awak dalam hidup saya nanti
mungkin saya boleh berubah. Dengan izin-Nya.” Kata Shaz.
Raisya mengerling wajah
Shaz. Dia memang jatuh hati dengan Shaz dan dia sudah pun buat istikharah.
Petunjuk-petunjuk itu banyak ke arah Shaz. Dia yakin Shaz jodoh dia.
“Hah! Dah-dah! Jom
balik. Amboi, jodoh Ramadan ni, nasib la jaga batas. Tunggu lepas raya. Tak
lama dah tu.” Usik encik Mohd. Disambut gelak ketawa puan Salina dan puan Wani.
Moga jodoh Ramadan
mereka kekal ke jannah.
Tamat.
No comments:
Post a Comment
Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)