Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Friday, 28 November 2014

Dalam Kebencian Ada Kasih Untukmu, Suamiku! ~21~



ASSALAMUALAIKUM

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.

HI... JUMPA LAGI. ^_^ KHAS UNTUK READER KESAYANGAN  DKAKUS BAB 21.




Bab 21

            “Kau nak buat apa lagi ni Ai Lin?”tanya Janice sambil menyilang kakinya. Pelik dengan Ai Lin yang semakin agresif mengejar seorang lelaki muslim.

            “Hm... Aku nak dia melutut dekat aku,merayu pada aku.”kata Ai Lin. Dia rakus meneguk air arak itu. Pahit menerjah kerongkongnya.

            “Hm... adalah. Tip top punya planning. Jutawan muda dalam genggaman aku. Well, do you want to help me or not?”tanya Ai Lin  dengan riak bangga. Janice sudah terjuih-juih mulutnya. Perasan diva betullah dia ni, untunglah bapak kau gengster kalau tak tak hingin aku kawan dengan kau. Rungut Janice di dalam hatinya.

            “Erk... perlu ke?”tanya Janice dengan muka bosannya.

            Ai Lin menjeling marah. Tak sedar diri agaknya Janice ni... kalau bukan sebab bapak dia yang tolong memang kau dah merempatlah, Janice. Mahu sahaja Ai Lin menghambur kata-kata itu.

            “Kenapa? Kau tak nak ke?” tanya Ai Lin. Matanya merenung tajam wajah Janice. Janice menelan liur. Ai Lin ni kadang-kadang keluar juga aura gangsters ayahnya itu.

            “Mana ada aku cakap tak nak. Of courselah. I will join. You’re my bestfriendkan...” ujar Janice laju. Nak gugur jantung dia tengok renungan Ai Lin itu.

            “Good. Because I will need your help.” Ai Lin mengenggam tangan, erat.

-

            “Weih, Vincent! Bangunlah! Terbongkang tengah-tengah jalan ni kenapa?” Riss menggerak Vincent menggunakan hujung jari kakinya. Vincent mengeliat kecil.

            “Hm... what?” Vincent bertanya kasar. Rambut yang kusut masai dikusutnya lagi.

            “Bangunlah. Kita kena pergi area CidXin. Budak dia buat hal. Bos besar suruh tolong.” Ujar Riss bosan.

            Vincent terus terduduk, gerun pulak dengar ‘bos besar’ itu. Hari Ahad pun kena kerja. Bosan betul. Riss sudah masuk ke bilik air. Vincent duduk menyandar ke sofa lusuh yang zaman bila punya pun dia tak tahu.

            “Weih, Riss kalau aku tak follow tak boleh ke?”tanya Vincent. Mengharapkan pengecualian dalam kerja kali ini.

            “Banyak cantik kau! Tak de, tak de... ikut aku. Kalau tak, tahulah nasib kau!” ugut Riss dalam bilik air. Vincent melepaskan nafas kasar. Sikit-sikit ugut, ugut. Bosanlah. Dah nasib. Follow jelah...

            -

            “Mama, Afifah nak pergi ni. Nanti lambat pula first day Ifah ni.” Afifah melangkah laju. Beg sandang dicampai begitu sahaja. Puan Sakinah mengurut dada. Seram melihat telatah menantunya yang ligat mengalahkan dara sunti.

            “Afifah cuba berjalan, kamu tu tak pada dengan mengandung ligat semacam saja.” Rungut Puan Sakinah. Tangannya mula memainkan peranan, memegang erat lengan si menantu, takut benar jika sesuatu berlaku kepada menantu kesayangannya itu.

            “He he he... Sorry ma. Afifah nervouslah. Nasib baik Tasha girlfriend si Iz tu ada. Boleh kerja dengan dia. Tapi Afifah kerja cashier je ma... ingatkan nak la belajar buat kek, tapi Si Tasha tu siap marah Ifah lagi. Dia kata ibu buyung sesuai duduk jaga duit aja.” Cerita Afifah dengan muncung-muncungnya. Puan Sakinah tergelak kecil.

            “Hah, elok sangatlah! Tak adalah mama risaukan sangat pasal kamu and baby dalam tu.” Kata Puan Sakinah sambil membantu Afifah memakai seat belt. Besar betul perut Afifah ni. Memang patut pun tengoklah berapa di dalam.

            “Hm... mama ni. Yelah- yelah Afifah janji Ifah akan jaga diri ni baik-baik. Babies ni pun... okay mama... Afifah pergi dulu. Assalamualaikum. Bye-bye granny!” kata Afifah seusai menyalami ibu mertuanya. Puan Sakinah tergelak lagi. Pandai betul Afifah membuat dia ketawa.

            Afifah memandu dengan cermat. Risau juga dengan keadaan jalan raya di sini. Tingkap dibuka luas. Sejak kandungannya ini masuk 6 bulan, dia mula alami alahan dengan bau penyaman udara.

            ‘PIN!!!’ Afifah terus menekan brek sekuat hatinya. Mujur dia memandu dengan cermat, jika tidak pasti kandungannya di dalam bahaya. Dia terkaku ditempat pemandu. Terkejut yang teramat.

            “Woi! Gila punya driver! Are you okay?” tanya seorang lelaki.

            “You? Afifah are okay?”tanya Ahmad sekali lagi. Risau apabila tiada respon dari wanita itu.

            “Hah? Hah, yes I’m okay.” Balas Afifah dengan suara menggigil.

            “Really? Awak nampak pucat. Hm... okay awak duduk sebelah. Saya hantarkan.” Kata Ahmad prihatin.

            “Hm... ta... tak menyusahkan ke?”tanya Afifah teragak-agak. Memang waktu ini dia tidak mampu memandu. Terasa lututnya masih goyang.

            “Its okay. Trust me. I ni kawan husband you. Boleh keluar tak ni?” Melihat Afifah seperti tidak mampu berdiri membuat Ahmad membantu wanita itu berdiri.

            “Thanks. Tapi kereta you macam mana?” Kata Afifah tatkala dia sudah selamat duduk diseat sebelah pemandu.

            “Jangan risau nanti I suruh budak-budak I datang ambik. You nak pergi mana ni?” Ahmad sudah mula menggerakkan kereta.

            “Hm... Taman Sip Im... nak pergi kedai kek Tasha.” Jawab Afifah sambil membetulkan duduk.

            “Tasha? Oh... girlfriend Iz tu ke?” berkerut kening tebal Ahmad memikirkan Tasha.

            “Yup. Girlfriend Iz.” Balas Afifah ala kadar.

            “Owh... kenapa pergi sana? Mengidam ke?”tanya Ahmad pabila Afifah seperti nak tak nak sahaja melayan dirinya.

            “Tak lah. Nak kerja.”

            “Hah, kerja?! Gilalah Harris ni, isteri dah susah nak berjalan pun suruh bekerja lagi ke?” luah Ahmad tanpa sedar. Marah benar apabila Afifah terpaksa bekerja dalam keadaan begitu.

            “Eh, awak ni kenapa?! Yang awak kata gila tu suami saya tau! Tak ada maknanya dia yang suruh. Saya yang tak boleh duduk diam. Rasa rimas. Kenapa awak yang melebih ni?” marah Afifah. Memang dia sukar mengawal perasaannya bila berbadan dua ini.

            “Er... er... sorry. Terlepas kata. Terkejut sangat. Ingatkan Harris yang suruh. Pelik jugak bila si jutawan muda suruh isterinya yang sarat bekerja.” Kata Ahmad dengan nada bersalah. Gerun pun ada. Janganlah berani nak buat orang mengandung ni naik angin.

            “Huh, lain kali jangan nak memandai aja.” Kata Afifah dengan kasar. Hilang traumanya melayan cakap Ahmad ni. Rasa marah pulak yang timbul.

            “Okay. Maafkan saya. Baiklah tuan puteri buyung... destinasi yang dituju sudah pun tiba... Maafkan saya sekali lagi ya. Ampunkan patik...” Ujar Ahmad meminta maaf dalam gurau. Afifah tersenyum tipis.

            Nasib baik minta maaf kalau tak memang nak makan  fire ultraman la jawabnya.

            “Hm... okay. You’re forgiven. And sorry too sebab marahkan awak. Walhal awak dah tolong saya.” Kata Afifah seraya menyambut kunci keretanya dari Ahmad.

            “Tak apa. Saya faham. Emosi ibu mengandung ni tak boleh nak duga. Jangan risau. Saya tak ambil hati.” Kata Ahmad dengan senyuman manis. ‘Tapi awak yang ambil hati saya, curi hati saya... buat saya rasa serba tak kena...’

            “Okay. Kosong, kosong ya. Terima kasih daun keladi nanti harap buat la lagi...” gurau Afifah dengan comel sekali. Membuat Ahmad jatuh... jatuh cinta buat sekian kalinya dengan isteri temannya itu.

            “Ha... ha... ha... er... okaylah. Saya masuk dulu.” Gelak Afifah janggal. Mana tak janggal, asyik kena tenung macamlah dia ni alien dari negara lain.

            Ahmad hanya merenung tajam diri Afifah hinggalah wanita itu hilang dari pandangannya. Barulah dia tersedar. Dahi ditepuk kuat, kenapalah diri ini asyik buat malu depan Afifah?

-

            “Lambat you sampai Ifah...” kata Tasha yang sibuk menyusun kek dan roti ke tempat yang sepatutnya.

            “Sorry. Ada kemalangan kecil tadi.” Balas Afifah penuh rasa bersalah. Dia yang beriya-iya nak kerja. lepas tu datang lambat pula.

            “Hah, kemalangan? Are okay? Ada cedera? Kenapa datang kerja kenapa tak pergi klinik?” tanya Tasha bertubi-tubi. Dibelek-belek tubuh Afifah. Risau pula dia.

            “Tasha... tasha.. Natasha! I’m fine. Jangan pegang-pegang... rasa geli. Naik keras perut I tahan ketawa.” Kata Afifah yang kelelahan.

            “Ops sorry. Kesian babies. Auntie is so sorry okay...” kata Tasha ke arah perut Afifah. Sekali lagi Afifah ketawa. Bersungguh-sungguh Tasha meminta maaf.

            “You ni asyik ketawa saja. I risau tau tak. Lain kali kalau kecemasan tak payah datang. I tak kisah. Yang penting you and babies sihat walafiat.” Ujar Tasha tegas. Mak buyung seorang ni semua dia nak buat main.

            “Okay... so sorry my dear. Buat you risau saja. But I’m totally fine. Sihat. Babies pun cergas sahaja. Don’t worry to much, I nak kerja... bukan you yang paksa. Okay?” kata Afifah sambil memegang tangan Tasha. Walaupun  baru kini mereka bersembang mesra. Tetapi terasa Tasha ini seperti kawan karibnya Leila.

            “Okay. So... sekarang you pergi duduk dekat peti cash tu, youkan cashier. I nak bake lagi sikit. Do a good job okay my dear friend.” Ujar Tasha sebelum hilang ke dalam dapur.

            Afifah turut mula sibuk apabil pelanggan tetap Tasha mula masuk ke kedai kek itu.

-

            “You betul ke boleh balik sendiri ni?”tanya Tasha serius. Afifah tersenyum manis.

            “Yup. I okay. Don’t worry pergi je. Iz dah tunggu lama dekat restoran tukan. Kesian dia.” Ujar Afifah sambil melangkah ke keretanya.

            “Iz tu I tak kisah sangat. Lantak dialah. Mengada-ngada nak makan kat restoran hari ni... you tu... I risau.” Ujar Tasha muram.

            “Natasha, I.... Really.... Really.... okay my dear. Please go. You buat I rasa macam I orang kurang upaya saja.” Afifah buat muka tak puas hati.

            “Hm... okay. Bye-bye. Assalamualaikum. Tunggu Iz tu. Nanti I piat-piat telinga dia. Gedik nak makan tempat lain. Kesian you.” Kata Tasha sambil melakonkan dia memiat-miat telinga si kekasih hati. Afifah tergelak kecil. Dia memandang Tasha pergi dahulu. Yalah bukan boleh percaya sangat minah tu. Karang dia iringnya Afifah sampai depan rumah.

            Dari jauh kelihatan seorang lelaki sedang berlari. Laju. Sepertinya dia di kejar seseorang. Dalam kekalutan dia melarikan diri, dia tidak sedar Afifah yang berada di depannya. Ketakutan dikejar orang suruhan ceti haram itu membuat dia melanggar Afifah tanpa sedar

            “Argh!” jerit Afifah tatkala dirinya terasa melayang.

            Afifah terasa dirinya di dalam pelukan seseorang. Pantas dia membuka mata. Alhamdulillah, alhamdulillah. Syukur bayinya selamat. Dia memandang wajah penyelamatnya.


            ‘Ha... Harris?’ Air mata Afifah tumpah melihat wajah yang cukup dia rindui itu.


BERSAMBUNG...


LAGI SATU BAB.... BAB 22... LEPAS TU HANYA TEASER YANG AKAN DIUP ITUPUN DI PAGE DAN GROUP ASYU SAHAJA. KALAU NAK BACA SILA KE FB ASYU YE... ^_^

2 comments:

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)